Selasa, 8 September 2009

Wanita lebih berdisiplin dan yakin bila bersilat?


Mereka pernah dilarang menyertai silat kerana aktiviti itu dianggap tidak sesuai untuk wanita. Namun, dua gadis berhati waja ini tetap meneruskan minat dalam silat sehingga meraih kejayaan membanggakan.
KEBANYAKAN ibu bapa kurang gemar melihat anak gadis mereka melakukan aktiviti lasak seperti remaja lelaki, apatah lagi jika aktiviti itu melibatkan aksi seperti bergaduh.
Namun, jika dilihat pada satu sisi lain, ilmu mempertahankan diri yang 'kasar' itu merupakan satu warisan seni yang sungguh indah jika didalami dengan landasan yang betul.
Daripada 'bunga', 'langkah' dan 'buah,' kesemuanya menjadikan silat berbeza dengan seni mempertahankan diri yang lain, walaupun tujuannya sama iaitu mempertahankan diri dan mendidik pengamalnya agar lebih berdisiplin.
Hari ini, warisan peninggalan nenek moyang kita itu bukan sahaja dipraktikkan oleh masyarakat tempatan, malah telah berkembang ke luar negara. Tidak dinafikan silat dan seni mempertahankan diri yang lain lebih sinonim dengan lelaki tetapi tidak bererti ia tidak boleh disertai oleh kaum wanita.

PAS Selangor Edar 2,000 Bubur Lambuk Untuk Temui Rakyat Shah Alam..

SHAH ALAM, 7 Sept - Amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada umat Islam di bulan Ramadhan, sentiasa menjadi rebutan para dermawan dan pelbagai pihak, semata-mata untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Malah Nabi Muhammad S.A.W turut menuntut umatnya agar berbuat demikian pada bulan yang mulia ini kerana puasa mengajar kita erti kesusahan dan kelaparan yang dilalui mereka yang kurang berkemampuan.
Begitu juga dengan PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini menemui rakyat di Parlimen Shah Alam untuk mengedarkan 2 ribu sajian bubur lambuk kepada pengujung dan peniaga di Kompleks PKNS, Shah Alam.
“Dalam kita mengendalikan Selangor dari tahun lepas yang pastinya apa yang kita dapat, tiap sen yang kita dapat, kita tumpahkan kepada rakyat di negeri Selangor, akhirnya rakyat negeri Selangor tuan-tuan dan puan-puan tak ada satu orang pun yang berpendapatan keluarga 1,500 ringgit sebulan”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai di Kompleks PKNS, Shah Alam petang tadi.
Beliau turut menyeru kepada golongan fakir, miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim di seluruh Selangor khususnya Parlimen Shah Alam agar mendaftarkan diri bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
“Lembaga Zakat Selangor mempunyai kutipan zakat 245 juta, 245 juta ini lebih daripada cukup untuk menampung keperluan semua fakir, semua miskin, semua anak yatim dan semua ibu tunggal yang ada di negeri Selangor ini”, jelasnya lagi.
Dalam pada itu, beberapa pengunjung yang ditemui Tv Selangor mendapati mereka amat mengalu-alukan inisiatif kerajaan negeri mengadakan program sebegini kerana rakyat berpeluang beramah mesra bersama pemimpin mereka.
“Baiklah kiranya, yang terbaik sebab apa mana-mana tempat pun setiap tahun memang diadakan cara macam ini. Jadi hubungan di antara masyarakat dan juga pemimpin tu dapat dieratkan lagi”, kata Alias Mat Diah dari Kapar, Klang.“Baguslah, sebab boleh edarkan kepada semua pengunjung-pengunjung dan peniaga Kompleks PKNS Shah Alam ni. Selain kita bersedekah kan, kita juga boleh merapatkan silaturrahim dengan Datuk Dr Hassan Ali dan kenal dia lebih rapat lagi”, kata Ahmad Safuan dari Shah Alam.
Turut sama mengagihkan bubur lambuk tersebut ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dan Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ahad, 6 September 2009

Bersedekah di bulan ramadhan....

Perkara yang sering diingati oleh umat Islam dibulan Ramadhan ialah amalan sedekah dan zakat. Sebenarnya, zakat juga adalah sedekah; namun ia adalah sedekah yang wajib. Misalnya Allah SWT menyatakan: "Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah " (at-Taubah: 103), maka makna 'sedekah' di sini adalah zakat. Begitu juga apabila Allah SWT menyatakan: "Sesungguhnya sedekah itu adalah untuk fakir, miskin, amil, muallaf… " (at-Taubah: 60)... Wallahualam.

Berhati-hati bila makan di bulan Ramadhan nie..

SETIAP kali tirai Ramadan dibuka, cara pengambilan makanan kita turut berubah. Bulan yang melatih kita menahan pelbagai nafsu menjadi medan ujian yang mencabar terhadap selera makan.
Bagaimanapun ramai tewas kerana rambang mata melihat aneka juadah enak di bazar Ramadan atau makan semahu-mahunya ketika berbuka puasa di hotel dan restoran.
Ada juga menganggap bulan puasa dan Aidilfitri sebagai pesta makan apabila lambakan makanan menyelerakan mudah didapati bukan saja oleh umat Islam, malah masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini.
Pengambilan makanan tidak seimbang sepanjang Ramadan dan Aidilfitri mengundang bahaya kepada kesihatan, terutama bagi pesakit kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang kronik.

Sabtu, 5 September 2009

Najib Kena Jujurlah kenapa harga minyak dinaikkan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerangkan dengan jujur bagaimanakah subsidi minyak naik melebihi 30 sen ketika harga minyak dunia dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Pada hari yang sama harga petrol dinaikkan di negara ini, Commodity Online melaporkan harga minyak lebih seimbang dan tidak mengalami turun naik yang ketara.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kerajaan Najib adalah pihak yang bertanggungjawab jika peniaga menaikkan harga barangan keperluan menjelang musim perayaan ini dengan memberikan alasan harga minyak naik.
"Trend yang berlaku sebelum ini ialah harga barangan keperluan terus naik melambung selepas kerajaan menaikkan harga minyak.
"Jika harga barang keperluan dinaikkan dan para peniaga pula memberikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barang keperluan, kerajaan Najib mesti bertanggungjawab," tegas beliau.

Jumaat, 4 September 2009

Kenapa bendera menjadi Mangsanya Dong !


Mari kita lihat sebahagian daripada senario hubungan terkini di antara Malaysia dan Indonesia. Tarian Pendet ditayangkan Discovery Channel menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Negara kita dituduh mencuri ‘budaya’ mereka. Sedangkan menurut pengacara program televisyen bual bicara dan penganalisis politik Indonesia, Wimar Witoelar, warga Perancis dan India tidak pernah mengganggu atau menuduh Indonesia mencuri budaya mereka apabila produksi ballet Giselle dan Ramayana dipersembahkan di negara itu.

Apapun, berhubung kesilapan tayangan tarian Pendet, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus memberhentikan tayangan klip promo itu. Setakat ini tindakan terbabit dilihat masih tidak diterima baik.

Rabu, 2 September 2009

Nostalgia Pengajian di Lincoln, Nebraska 1981 - 1988


(Aku sendiri pun sudah lupa wajah aku yang kurusss..:) )
(Gambar ini diambik di Oak Lake, Lincoln.. kami buat pertemuan dan fishing menjadi aktiviti disamping potluck)
Pengajian hampir 6 tahun lebih di Amerika Syarikat (Tucson, Arizona sehingga ke Lincoln, Nebraska) memberikan banyak pengalaman pahit dan manis bersama kawan- kawan seMalaysia (bukan SatuMalaysia)..
Apabila FB (Facebook) ini muncul maka di jadikan tempat perhubungan, semua punyai FB masing-masing, aku pun terkejut melihat wajah kami semua telah bertukar, almaklumlah sudah jelas banyak perubahan kepada kami semua, semuanya diambang 40an..
Semua dengan kerjaya masing-masing, semoga kewujudan rangkaian ini (FB) akan terus menjadi titik permulaan kami semua berhubung.. apabila dikira hampir lebih 25 tahun agaknya tidak bertemumuka dan berhubung, mungkin setengahnya bersms dan ada yang bertalipon.. Namun kami berharap dapat berkumpul dan bergambar seperti dahulu...
@SAS

Sambutan ringkas tetapi bermakna


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 hari ini mungkin yang paling ringkas dalam sejarah apabila berlangsung kurang 40 minit, namun ia tetap menaikkan semangat bangga dan cintakan negara.
Lebih bermakna, acara itu diadakan di Dataran Parlimen, lambang sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
Dalam masa yang singkat itu, semua aspek penting berjaya diterapkan dengan penuh teratur dan sistematik sehingga sambutan serba ringkas menjadi amat menarik dan tidak memenatkan seperti tahun-tahun sebelumnya.
Walaupun tanpa perarakan lazim iaitu kereta berhias, perbarisan anggota tentera dan perarakan kontinjen peserta, sambutan tahun ini tetap meriah.
Secara keseluruhan, hampir 10,302 peserta daripada pelbagai kontinjen termasuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kementerian-kementerian, agensi awam, badan-badan berkanun, swasta dan sebagainya terlibat dalam menjayakan sambutan bertemakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Program sambutan kali ini dimulakan dengan pergerakan masuk 500 anggota kontinjen keselamatan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Hishamudin Jumat Abas Jumat diikuti dengan pergerakan masuk Kawalan Kehormat Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Kawalan Kehormat Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohd. Radzi Othman.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada pukul 7.45 pagi diikuti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa minit selepas itu.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tiba pukul 8 pagi dan sejurus itu lagu Negaraku dinyanyikan bersama pertunjukan lintas udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Seri Paduka kemudian melakukan pemeriksaan terhadap KKU dengan diiringi Pancaragam Pusat RAMD.
Seterusnya, acara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Negaraku dengan selingan tembakan 14 das meriam dilakukan sebelum bacaan ikrar oleh tujuh warga pendidik yang secara simbolik mewakili tujuh kaum utama di negara ini.
Program kemudian diteruskan dengan persembahan koir Malaysia Tanah Airku oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan persembahan lagu Muhibbah, Jalur Gemilang dan 1Malaysia dinyanyikan.
Menjelang pukul 8.30 pagi, acara sambutan berakhir selepas Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat.
Seri Paduka dan para pembesar serta pemimpin lain mula meninggalkan majlis selepas itu.
Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, walaupun tempoh sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 agak singkat, ia memberi impak yang sangat bermakna.
"Ringkas tetapi semua penjiwaannya dapat kita rasai seperti dilihat di tepi jalan dan kiri kanan gerbang masuk ke Parlimen.
"Kita lihat di sini tidak semestinya sesuatu perayaan kemerdekaan itu dibuat besar-besaran sehingga kita membelanjakan berjuta-juta ringgit wang rakyat.
"Dengan adanya penyusunan pada pagi ini, kita dapat membuktikan bahawa dengan belanjawan yang terhad tetapi dengan penglibatan rakyat, kita dapat impak yang sama," katanya ketika ditemui selepas sambutan berkenaan.
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 diadakan sederhana kali ini berikutan penularan penyakit selesema babi atau H1N1 dan bulan Ramadan.

Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat Hari Kemerdekaan ke-52



Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira walau dimana anda berada.Biarpun kita telah merdeka, namun hakikatnya kita masih lagi menjadi hamba....kepada Yang Maha Esa.

Ahad, 30 Ogos 2009

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum.
Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Kerajaan Selangor kecewa dgn demo kepala lembu...



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23 di sini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia telah menyebabkan seluruh negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama."
"Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia."
Semalam, sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu.
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan.
Terdahulu hari ini, kira-kira pukul 10 pagi, empat wakil rakyat parti pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS mengadakan perbincangan berhubung insiden itu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Nor Azam Jamaluddin di pejabatnya di sini.
Wakil rakyat terbabit ialah Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran Ronnie Liu and ADUN Seri Andalas Dr A. Xavier Jayakumar.
Lapan laporan polis individu dikemukakn terhadap insiden berkenaan, masing-masing oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Aruthchelvan; pegawai khas kepada Dr Jayakumar, Abdul Razak Ismail; dan enam anggota pihak berkuasa tempatan Selangor.
Nor Azam, ketika ditemui pemberita, berkata satu laporan polis dibuat semalam berhubung perhimpunan haram dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis.
Beliau berkata polis juga akan mengadakan siasatan mengikut Akta Hasutan kerana insiden itu menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan terbuka mengenai cadangan kuil Hindu itu pada 5 September dan akan dihadiri penduduk Seksyen 23, pegawai Majlis Bandar Raya Shah Alam dan wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Penduduk Taman Ixora di Seksyen 23 Shah Alam telah beberapa kali membuat bantahan pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman itu dari Seksyen 19 ke kawasan mereka termasuk menyerahkan memorandum kepada Rodziah menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos lepas.
Menurut laporan, Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf berkata, pembinaan kuil itu, di atas tanah perindustrian milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), adalah tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 peratus penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah di taman itu.
Di KUALA LUMPUR, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menganggap insiden penduduk Seksyen 23 Shah Alam, yang membantah pembinaan kuil itu sebagai tindakan tidak wajar dan keterlaluan terutamanya di bulan mulia Ramadan.
Katanya, mereka sepatutnya mengawal emosi dan menjaga tata susila budaya dalam menyuarakan pendapat atau bantahan demi menjaga keharmonian awam.
"Rakyat Malaysia sepatutnya belajar daripada sejarah terutamanya selepas peristiwa 13 Mei. Apa yang mereka lakukan itu tidak akan boleh lepas daripada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen di sini, hari ini.
Rais turut menasihatkan pihak media supaya tidak mensensasikan berita sedemikian yang boleh mencetuskan pergolakan kaum.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?


SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.
Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.
Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.
Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.
Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.
Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.
Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock. _

Khamis, 27 Ogos 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan..


Kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Selasa, 25 Ogos 2009

MACAMANA NAK KATA UMNGOK BOLEH MENANG, SEMALAM CERAMAH PUN RAMAI KERUSI SAJA ...


PRK PERMATANG PASIR MASIH MILIK PAKATAN RAKYAT...


Keputusan pilihanraya kecil N11 Dun Permatang Pasir berpihak kepada Pas yang menang dengan majoriti 4,551 undi.Tahniah buat seluruh tenaga kerja serta penyokong Pakatan Rakyat memenangkan calon Pas, Ustaz Salleh Man.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengundi Permatang Pasir yang telah membuat pilihan yang bijak dan tepat di dalam bulan mulia Ramadhan ini.
Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir
Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

Aku memang menjangkanya bila meghadiri sendiri ceramah semalam, terlalu ramai penduduk yang keluar, jika diadakan pada hari cuti, sudah pasti lebih lagi majoriti kemenangan... Signal yang kuat menyokong PR dikala arus perdana meroyan dan bergema dengan situasi seolah sudah ada gelombang baru dibawah slogan Najib..

Jumaat, 21 Ogos 2009

SITI NURHALIZA YANG SENTIASA KASUAL...





Pada 19 Ogos lalu, Dato’ Siti Nurhaliza telah singgah untuk menjadi tetamu di konti Suria FM untuk memilih pemenang hadiah wang tunai RM10,000 bagi kempen Lagu Berduit Suria FM tajaan One Drop Perfumes. Tampil dengan makeup tipis dan natural serta fesyen kasual dengan jaket dan topi hitam, Siti katanya begitu seronok menjadi tetamu undangan krew Breakfast@Suria bersama juruhebah Tuah dan Zizi. Lagi pun lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia menjadi lagu pilihan untuk ganjaran tersebut.

SURAT MISTERI TERBONGKAR ????

(sumber : http://mediarakyatmsia.blogspot.com/ )
Malaysia Today membuat kejutan dengan artikel yang berjudul “The shit has hit the fan”. Tiada sebarang tulisan daripada penulis, hanya “artikel” yang di-”scan” dan ditampal pada ruang kolum tersebut. ?Baca: The shit has hit the fan !!
Media Rakyat Msia cuba mendapat pengesahan daripada Gobind Singh Deo, peguam yang menyerahkan “surat misteri” dalam inkues Teoh Beng Hock semalam, sama ada apa yang tersiar itu adalah kandungan asal “surat misteri”, namun dibalas dengan smsnya berbunyi, “Can’t comment.”
Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia Today:

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.
Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.
ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.
3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk “menjaga” kepentingan Dato” Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu “menjaga” kepentingan beliau di Selangor.
4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:
i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.
ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:
a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato’ Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.
b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.
c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.
iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.
5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”. Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.
6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat.
Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.
7. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.
8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI”
Kami yang menurut perintah,

PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

Death at MACC: My CSI XIII – Letter from MACC Officers

For the justice of my called friend TBH and those victimised by MACC, please be sensitive to all the argument and thoughts given by every single part od Malaysians..I dun blame RP or others, but what have we done to save guard our justice...Justice for Beng Hock..Please read this...
@MySAS
By Dr. Rafick
1. When Gobind raised the matter for the first time during the inquest that he had received a letter “purportedly” written by MACC officers, I had a gut feeling that some good and decent MACC officers, despite living in fear could no longer tolerate the abuse the public has given to MACC as whole. These are honest people and have the best interest of MACC at heart but they have to be careful in their actions as there are bigger forces at play.
2. The moment it was announced, I asked a few friends whether they could assist me in getting a copy of the letter. By the time I sighted the copy, RPK has done all of us a favor by publishing it in his blog. Prior to that I was not sure whether I should do it. I am glad RPK did it and spare me the trouble of bringing it out.
3. Being a former government servant, the first thing that came to my mind is the authenticity of the letter. Based on what was shown on RPK website and what was mentioned by Gobind, the following points basically points to the fact that it is indeed authentic
a. It carries the official letterhead of MACCb. The format of writing is a standard government format in terms of heading and numbering system.c. The language of the letter is very much official is usually used by officers in government serviced. The letter states the in a correct manner, the post of the person, his position acronyme. The way the writer address the reader is also in a typical government writing (Y.Bhg.Tan Sri/Dato/Tuan/Puan)f. The slogan at the end of the letter is a standard practice of writing.
4. In my mind, it goes beyond reasonable doubt that the letter is authentic. The sad thing though, none of the mainstream paid any emphasis on this letter. What was highlighted is that the case of burning their official X-trail in Klang. The timing of the burning also coincides with the timing of the letter was released to the public. It made wonder whether it was intentionally done to divert public attention over the matter.
5. While Khir Toyo has denied any involvement in the scheme of things to bring the downfall of the Selangor government as indicated in the letter, it certainly cast serious shadow over the matter. It is not too long ago, when the issue of Khir Toyo bungalow was raised and based on the letter that was released, it explains quite well why there is no further action taken on this case.
6. There were two parts of the letter that in my mind that is relevant.

Rabu, 19 Ogos 2009

Bertimbang rasalah - MB Selangor meminta penduduk Seksyen 23


KUALA SELANGOR 17 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta penduduk Seksyen 23, Shah Alam. bertimbang rasa menerima keputusan kerajaan negeri membina kuil di atas tanah seluas 0.2 hektar berhampiran kawasan perumahan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi penjelasan kepada penduduk terbabit selain berbincang dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mengenai isu itu.
''Kita hidup dalam masyarakat majmuk, bertimbang rasalah,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 330 fakir miskin di Masjid Nurul Iman, Kampung Batu 8, Ijok di sini semalam.
Semalam, kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 berkumpul secara aman bagi menyatakan bantahan berhubung pembinaan kuil tersebut yang terlalu dekat dengan surau.
Bantahan juga dibuat kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam sedangkan orang India hanya 40 orang.
Mereka berkumpul di hadapan tapak kuil tersebut kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa sepanduk mencemuh pemimpin pakatan pembangkang kerana meluluskan pembinaan kuil itu.
Menurut Abdul Khalid, kuil itu sebenarnya dialihkan dari kawasan lain dan selepas beberapa perbincangan dibuat, ia diputuskan dibina di Seksyen 23.
''Jadi bila kena alih, boleh jadi penduduk di tempat yang kena alih senang hati dan orang yang di tempat yang kita nak bawa itu pula yang tidak suka,'' katanya.