Isnin, 2 Ogos 2010

POLIS BERTINDAK MENAHAN 29 ORANG DLM UPACARA LILIN ANTI-ISA

Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.
Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.
Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 200 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.
Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut
Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.
Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu

Rabu, 28 Julai 2010

10-10-10 pilihan angkasawan Dr Sheikh Muszaphar...

Angkasawang negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan melangsungkan perkahwinan dengan 1 doktor iaitu Dr Halina Mohd Yunos pada 10-10-10. Mereka telah pun melansungkan pertunangan mereka pada 01-01-10.
Beliau juga berhasrat untuk menjemput 10,000 tetamu dan seramai 1,000 tetamu dijangka menghadiri majlis resepsi mereka. Malah perkahwinan mereka akan diserikan juga oleh 100 angkasawan.
Memandangkan angka 1 dan 0 yang disukai oleh Sheikh Muszaphar, mungkinlah jumlah wang hantaran mereka RM100 000. Perbelanjaan majlis perkahwinan mereka mungkin RM1 000 000. Sheikh Muszaphar dan Halina dikhabarkan juga ingin memiliki 10 anak dan akan menetap di Lot10.. . . . ..

Isnin, 26 Julai 2010

Melakukan perubahan dalam kehidupan seharian - Kem Remaja Spies

Seramai lebih 100 peserta remaja menghadiri kem remaja anjuran kerajaan negeri selangor di bawah exco pendidikan, pendidikan tinggi dan modal insan di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam pada 24 sehingga 25 Julai 2010 yang lalu. Peserta di pilih dari kawasan parlimen Hulu Selangor dan DUN Pelabuhan Klang dengan bantuan Pusat-pusat khidmat rakyat berkenaan.

Menurut Kordinator Pembangunan Modal Insan Dun Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman (gambar), program ini yang di adakan dari masa kesemasa adalah sebahagian dari usaha kerajaan negeri Selangor untuk mendidik peserta mengukuhkan asas dalaman diri masing-masing. Selain dari itu, ianya akan juga melahirkan masyarakat berilmu dan beriman dimana mereka akan menggunakan ilmu tersebut di landasan yang sepatutnya.
"Kursus ini berlangsung selama dua hari satu malam dan peserta dilihat bersungguh-sungguh dan ceria melakukan aktiviti yang dijadualkan"
Program ini merupakan permulaan kepada peserta ini untuk memahami konsep Spies sebelum menyertai kursus kemantapan seterusnya. Sepanjang kursus tersebut, pendekatan yang digunakan seperti ceramah dan tanyangan media telah membantu dalam proses memahami Spies. Lima elemen Spies, spritual, fisikal, inteklektual, emosional dan sosial ini akan mendidik peserta mengukuhkan asas dalam diri mereka, melatih ketahanan fisikal supaya senantiasa cergas dan sihat membawa kepada kecerdasan intelek bagi melahirkan remaja yang berwawasan. Kursus ini kelak dapat membantu remaja mengamalkan sikap kerjasama berkumpulan bagi melahirkan generasi cemerlang.

Jumaat, 23 Julai 2010

Rakyat yang kena bila projek substandard, dulu bumbung sekarang bumbung runtuh !

Kira-kira 100 penduduk mengadakan bantahan di hadapan Blok K, Pangsapuri Sri Semarak, Bukit Beruntung kerana tidak puas hati ekoran kejadian "bumbung 1Malaysia" diterbangkan ketika ribut melanda kawasan itu petang Selasa lalu.
Bantahan yang diadakan secara aman itu berlangsung selama 40 minit bermula jam 6 petang tadi
Bumbung itu telah diganti oleh kerajaan persekutuan ketika pilihan raya umum Hulu Selangor Mac lalu dan projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika program Juara Rakyat di Hulu Selangor sebelum itu.
Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut.
Berikutan kejadian itu, kerajaan Selangor telah mengarahkan MDHS menjalankan siasatan terhadap bumbung pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bagi menentukan sama ada ianya masih selamat. Terimakasih kepada semua penyokong dan penggiat politik Bkt Beruntung yang hadir dari Pakatan Rakyat. Isu rakyat pasti dibawa keatas...harap ahli majlis kali ni benar-benar berfungsi dan tidak mengaut keuntungan kantong sendiri dan membiar isu berlalu tanpa pembelaan.

Rabu, 21 Julai 2010

RUMAH ANAK KESAYANGANKU, JALAN ANGGERIK BKT BERUNTUNG 7 JULAI RABU 9 MLM

Yb Haniza menjadi tetamu meraikan anak2 yatim Rumah Anak Kesayanganku
Bersama rakan pendukung parti, ahli-ahli majlis yang baru dan lama

Isnin, 19 Julai 2010

Malam Kesenian Islam dan Pelancaran Dana Bgn Mesjid ArRahimah, Bandar Sg Buaya (17 Julai 2010- 9mlm)

Selepas program di Pusat Jagaan Sejahtera, bergegas balik untuk persiapan ke Surau Al Hidayah yang baru siapkan di Jalan Melursari, Bdr Sg Buaya kerana ada diadakan jamuan kesyukuran dan ceramah di surau tersebut. Selesai solat maghrib, ke Mesjid ArRahimah, Bandar Sg Buaya atas undangan Nazir Mesjid, Hj Anuar kerana lepas solat Isya' akan dilancarkan Tabung dana bangunan mesjid dan persembahan malam kesenian islam. Nashruddin Abd Aziz diberikan tanggungjawab perasmian majlis malam itu.

Majlis Sepetang Bersama Wargaemas - Pusat Jagaan Sejahtera, Sg Buaya (17 Julai 2010 - 3 ptg)

Semua dah bersedia, assalamualikum dan salam sejahtera....
Bersama Yb Gan Pei Nei, Nashruddin Abd Aziz menjamu kopi +bubur kacang

Khamis, 8 Julai 2010

Selasa, 6 Julai 2010

Azmin - PR tidak pernah khianati rakyat

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak pernah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dan tiada sebab untuk merasa bimbang dengan usaha UMNO Selangor mengadakan jelajah menjelaskan pembohongan PR terhadap rakyat negeri ini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bagaimanapun berkata, usaha UMNO itu dilihat sebagai sesuatu yang semakin terdesak.
Menurutnya, pihaknya percaya yang menentukan pentadbiran di negeri ini bukan UMNO dan BN sebaliknya rakyat keseluruhan.
“Saya tidak bimbang dengan UMNO yang semakin terdesak kerana saya percaya rakyat Selangor matang dan bijak dalam membuat pertimbangan.
“Mereka boleh mengadakan jelajah, boleh memaki hamun melalui media cetak dan elektronik,” katanya sebagai mengulas laporan akhbar ini berhubung UMNO Selangor akan mengadakan jelajah memberi penjelasan pembohongan PR kepada rakyat rentetan pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor.
Ujar Azmin, sebaliknya pembohongan dilakukan oleh UMNO sendiri kerana mereka tidak berani berdepan dengan isu nasional.
“Isu prestasi Felda misalnya, mereka tidak berani jawab di Parlimen tetapi menggunakan mahkamah untuk memberi tekanan, gunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap Suara Keadilan. Kenapa gunakan institusi kerajaan untuk sekat kebebasan di negara ini?
“Semua ini kerana mereka gagal menjawab (di Parlimen) dan terpaksa menggunakan tindakan yang pada saya adalah tindakan yang bacul dan tidak matang,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Gombak itu lagi, kejayaan PR di Selangor adalah tidak boleh dinafikan dengan urus tadbir Kerajaan Negeri yang baik dan telus.
“Kerajaan Negeri mengadakan tender terbuka untuk memastikan perancangan lebih baik, bentuk sesi pendengaran awam iaitu SELCAT bagi pastikan pengurusan anak syarikat Kerajaan Negeri adalah telus dan pembentukan satu jawatank
Kuasa integriti untuk pastikan kewibawaan
“Kerajaan Negeri berpegang kepada prinsip dan ini menunjukkan kita amalkan sikap yang cukup terbuka dengan tiada perkara yang kita lindungi,” katanya.



Ahad, 4 Julai 2010

Majlis penerangan pendemokrasian rakyat 2 Julai Sabtu Dewan Dato Abd Hamid

HISHAMUDDIN NAIK HAIRAN...


Nampak tak siapa dibelakang Raja Petra??

Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan kepada rakyat apa hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Kononnhya menurut Hishamuddin "Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra?

Aku rasa yang tertanya-tanya dimana Raja Petra sekarang hanyalah Hishamuddin seorang kerana kebanyakkan rakyat Malaysia yang mengikuti Malaysia Today telah tahu yang Raja Petra kini berada di England setelah beliau menyiarkan gambarnya dihadapan Scotland Yard beberapa bulan yang lalu..

Dan Dato Zaid Ibrahim juga telah menjelaskan kepada kita akan hubungannya dengan Raja Petra, sebagai kawan. Kawan yang tidak meninggalkan kawan yang berada didalam kesusahan, sila baca di SINI

Hishammuddin juga berkata pihak berkuasa tidak mempunyai laporan bagaimana Raja Petra ke luar negara sedangkan pasportnya telah diserahkan.

"Apa pasport yang dia guna pun kita tak tahu. Kalau nak bawa dia balik dari England pun, kita kena bekerjasama dengan polis UK (United Kingdom) tapi sekarang ni jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan kita," katanya.

Apa yang nak dihairankan Hishamuddin ooiii... Rakyat Indonesia, Rakyat Bangladesh, Rakyat Thailand, Rakyat Myanmar dan lain -lain negara ramai yang boleh masuk dan bekerja secara haram di Malaysia ini.. kalau beribu-ribu orang tu boleh keluar dan masuk begitu mudah.. Raja Petra dan Keluarganya apalah sangat..

Rabu, 30 Jun 2010

Piala Dunia (37) : Sepanyol & Paraguay Layak Ke Suku Akhir..

Piala Dunia: Sepanyol 1 Portugal 0
CAPE TOWN: Juara Eropah, Sepanyol mempamerkan keunggulan apabila menumpaskan Portugal 1-0 pada pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Green Point sebentar tadi.Gol tunggal jaringan penyerang David Villa pada minit ke-63 hasil hantaran Inesta sudah cukup untuk memastikan Sepanyol menempah tiket ke pusingan suku akhir.
Piala Dunia: Paraguay 5, Jepun 3 (Penentuan penalti)
Paraguay mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Jepun 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan apabila tamat masa tambahan dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Loftus Versfeld malam tadi.
Jepun gagal meraih gol pada penalti ketiga apabila sepakan Yuichi Komano terkena palang.
Paraguay akan dengan Sepanyol pada peringkat suku akhir.

Selasa, 29 Jun 2010

Setpol baru MB - Faekah Husin

SHAH ALAM, 29 Jun – Faekah Husin hari ini mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik yang baru kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Acara itu berlangsung pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bangunan SUK di sini.
Turut mengangkat sumpah ialah Dr Badrul Amin sebagai Pengarah Penerangan Negeri dan dua setiausaha eksekutif, Azman Abidin dan Dr Razali Bolhi.

Isnin, 28 Jun 2010

DS ANWAR -Tiada siapa bangkitkan soal tukar MB kpd saya

 


KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali berkata, keutamaan yang akan diberikannya sekarang ialah untuk memperkukuhkan jentera parti itu dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan dengan itu, Azmin berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat dengan kesemua 22 ketua cabang PKR negeri untuk membincangkan barisan kepimpinan di peringkat negeri yang baru.
Katanya lagi, sekarang, dengan pembahagian bidang tugas dan tanggungjawab yang lebih jelas, beliau akan memberi fokus kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Semalam, kepimpinan PKR pusat merombak pentadbiran parti itu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan melantik Azmin mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor manakala Zaid Ibrahim mengantikan tempat Azmin sebagai pengerusi Wilayah Persekutuan.
Perubahan itu menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan memang wujudnya masalah di Selangor apabila media massa melaporkan sekumpulan 15 Ahli Parlimen PKR merancang untuk memberikan tekanan kepada pucuk pimpinan agar menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Bagaimanapun kepimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin dan Abdul Khalid sendiri menafikan sebarang usaha ke arah tersebut.
Azmin yang ditanya sekali lagi mengenai hubungannya dengan Abdul Khalid hari ini menegaskan, adalah penting untuk mereka berdua sama-sama membantu dan memperkukuhkan negeri tersebut.
Beliau juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Khalid adalah harmoni dan beliau sentiasa bekerjasama dengannya dalam menangani apa jua isu di negeri tiu.
Malah katanya, Abdul Khalid patut diberi peluang untuk terus menerajui Selangor sebagai menteri besar.
“Selangor patut menjadi peneraju dan contoh kepada yang lain dalam hal tadbir urus yang baik sebelum kita bercita-cita untuk menduduki Putrajaya,’’ katanya.
Sementara itu, Anwar yang juga Ketua umum PKR ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, jikalah benar ada permintaan untuk menukar menteri besar, sudah tentu ia telah dibangkitkan kepadanya.
Masalahnya kata Anwar, tidak ada pihak yang membuat permintaan tersebut dan beliau percaya masih mempunyai pengaruh untuk menentukan siapakah yang patut memimpin Kerajaan Negeri Selangor.

Jumaat, 25 Jun 2010

PARTI LIAR ANAK NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO - HIDUP YAHUDI!!!!

Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar,Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.
Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib (ANAK PM MALAYSIA) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K.Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.
Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH UMNO

Khamis, 24 Jun 2010

Debaran Piala Dunia : England 1, Slovenia 0, USA 1, Algeria 0. England & USA Layak Ke Pusingan Kedua

England dan Amerika Syarikat layak ke pusingan kedua Piala Dunia. Ini kedudukan akhir kumpulan C
TEAMS W D L GD PTS
USA 1 2 0 1 5
England 1 2 0 1 5
Slovenia 1 1 1 0 4
Algeria 0 1 2 -2 1
Piala Dunia: AS 1, Algeria 0
Pertemuan Amerika Syarikat dan Algeria dalam Kumpulan C berakhir dengan keputusan Amerika menang 1 - 0. Gol Amerika Syarikat telah dijaringkan oleh Landon Donovan pada minit akhir permainan. Dengan kemenangan ini, Amerika dan England layak ke pusingan kedua
Piala Dunia: Slovenia 0, England 1
England menewaskan Slovenia 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay sebentar tadi.
Gol kemenangan England dijaringkan Jermain Defoe pada minit ke-23 hasil hantaran James Milner.
Kemenangan itu membolehkan England mara ke pusingan seterusnya.