Isnin, 7 Mac 2011

Pusat Tuisyen Rakyat Dun Batang Kali dilancarkan

Sebahagian dari usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal yang telah diambil dari kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa telah berjaya mengumpulkan lebih 80 peserta, menurut Koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman, tuisyen tersebut telah bermula semalam di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.

Nasruddin Abd Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat memerangkap Penyelaras Dun Batang Kali telah melancarkan program PTRS ini semalam di pejabat Dun Batang Kali. Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman.

Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula pada 6 Mac akan dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

Isnin, 21 Februari 2011

Garaj mesti dirobohkan - Majlis Daerah Hulu Selangor

KUALA KUBU BHARU - Penduduk di Taman Arif Utama di sini terkejut dengan notis merobohkan binaan struktur garaj yang dikeluarkan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bertarikh 9 Februari lalu.

Notis berkenaan menuntut seramai 31 daripada penduduknya supaya merobohkan semua garaj yang dibina di hadapan rumah mereka selewat-lewatnya sebelum Selasa depan iaitu genap 14 hari dari notis berkenaan dikeluarkan.

“Melihatkan kepada keadaan muka bumi taman perumahan ini yang berbukit, ia menyukarkan kebanyakan penduduk meletakkan kenderaan mereka di hadapan rumah.

“Jadi, mereka terpaksa membina garaj di atas rizab jalan tetapi ini sedikit pun tidak mengganggu lalu lintas,” katanya.

Menurut seorang penduduk, MDHS juga perlu mempertimbangkan usia struktur garaj yang dibina penduduk kerana kebanyakan dibina sejak awal mereka mendiami taman ini sekitar awal 90-an.

Justeru, beliau meminta budibicara MDHS agar notis tersebut dibatalkan dan beliau sedia mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara itu.

Tindakan yang diambil pihak MHDS mungkin berdasarkan kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, di bawah Seksyen 72 (Akta 133).

“Apa keperluan meroboh diambil sedangkan laluan di sini tidak sesak dan apa salahnya kawasan lapang dijadikan tempat letak kereta untuk kemudahan penduduk.

“Struktur muka bumi kawasan perumahan di sini juga perlu diteliti kerana berbukit dan tidak rata,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail ketika ditemui mengesahkan beliau menerima surat daripada jawatankuasa mengenai perkara berkenaan.

Beliau telah meneliti kandungan surat berkenaan dan keputusan penangguhan merobohkan dibuat bagi memberi laluan pertemuan dan perbincangan diadakan antara kedua-dua belah pihak.

“Saya telah terima surat berkenaan, pada awalnya rayuan dikemukakan oleh individu dan Jumaat lalu saya menerima surat daripada wakil penduduk.

“Saya telah mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu tindakan merobohkan dan akan berbincang bersama wakil penduduk,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi mengelak timbulnya sebarang masalah memandangkan isu berkenaan melibatkan faktor kejiranan dan ramai yang bakal terlibat.

Mengikuti peredaran masa, cepat berlalu... senyuman dikuntum tidaklah kaku...

Mengikut kata Dr SaifulAmin Jalun, kita boleh menyatakan idea kita didalam masa 3 minit. Kita juga boleh menyatakannya denga penuh bergaya, tulus, berani dan yang paling penting dengan muka berseri-seri dan senyuman menikam kalbu...

Marilah menguntum senyuman apabila kita bersua dengan rakan dan taulan. Kurangkan prasangka buruk dan sentiasa berbaik sangka..

Rabu, 16 Februari 2011

Komen Prof madya Dr Abu Hassan mungkin benar, rakyat tidak terpukau lagi dgn manifesto parti tetapi gelagat ahli politik itu sendiri telah banyak mewarnai politik Malaysia sekarang.......

Adakah janji 100 hari Pakatan Rakyat akan memberi kesan pada pentadbiran Najib untuk menyediakan pelan 'counter back'  sekiranya pilihan raya akan diadakan tahun ini?

Pada pandangan saya masyarakat sekarang secara realistiknya tidak mempercayai manifesto.Tidak kira siapa pun yang melakukan manifesto itu, masyarakat tidak memberi perhatian yang besar kepadanya. 
Cuma setiap posisi politik boleh memberi manifesto dan merencana strategi mereka bagi negara ini. Masyaraat menilai dengan cara lain iaitu menilai sejauh mana kebersihan ahli politik dalam menjayakan sebuah negara yang mempunyai tanggung  jawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Kenapa Dr. berkata masyarakat kini sudah tidak mempercayai manifesto sedangkan sebelum ini telah banyak janji dalam manifesto Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat ditunaikan?

Sebenarnya selepas PRU 12, kebanyakan parti politik gagal memenuhi  manifestio tersebut baik secara strategi mahupun secara realiti dan praktikal. Dengan kata lain, masyarakat sudah hilang sedikit kepercayaan terhadap manifesto, slogan atau kempen-kempen tidak kira daripada apa pun. 
Jadi masyarakat sekarang lebih berfikir terhadap politik praktikal atau pragmatik bermakna sesiapa yang dapat membawa masyarakat terhadap penghidupan ataupun sivil society atau masyarakat madani iaitu masyarakat yang hidup serba selamat dan sejahtera serta tidak dibebankan dengan segala macam bebanan. 
Maka masyarakat akan memilih aliran politik yang sebegini. Sebab itu saya mengatakan perkembangan aliran sosialisme ini sangat besar di negara kita sekarang di mana masyarakat mula memberi tumpuan terhadap keselesaan pengangkutan awam, tempat tinggal termasuklah harga barangan dan makanan yang murah. 

Jika benar pengundi tak percaya manifeto, mereka percaya apa dalam menentukan undi?

Berapa banyak manifesto sekalipun masyarakat sudah mengabaikan dan menganggap manifesto hanyalah sekadar bahan-bahan bercetak yang diberi oleh parti politik sebagai garis panduan apa yang mereka lakukan. 
Jadi, masyarakat melihat itu. Untuk masyarakat mempercayai seratus peratus manifesto itu sudah tidak wujud sebaliknya masyarakat sudah menanam suatu sikap baru iaitu untuk melihat politik praktikal atau pragmatik.

(MySAS - sempat berjumpa dgn Prof sewaktu Forum Mesir-Tunisia di Hotel De Plama, Ampang 14 Feb 2011)

Khamis, 10 Februari 2011

PEJABAT DAERAH HULU SELANGOR KESAN AKTIVITI HARAM LUPUS SISA KENDERAAN..BRAVO !

HULU BERNAM - Pejabat Daerah Hulu Selangor (PDHS) berjaya mengesan kegiatan pelupusan sisa kenderaan secara haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab di sebuah ladang kelapa sawit di sini.

Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, maklumat mengenai kegiatan haram itu diperoleh hasil aduan penduduk termasuk penuntut universiti berdekatan yang menyedari wujudnya aktiviti melupuskan sisa buangan dengan kaedah pembakaran terbuka.

“Berdasarkan siasatan, kegiatan ini sudah berlarutan sejak sebulan lalu. Namun, pelupusan yang dilakukan di dalam ladang kelapa sawit sejauh lebih kurang dua kilometer menyebabkan ia sukar dikesan.

“Bagaimanapun, kegiatan haram ini berjaya dihidu ekoran kaedah pelupusan dilakukan secara pembakaran terbuka,” katanya kepada Sinar Harian selepas melakukan serbuan di lokasi tersebut di Ladang Escot, di sini, semalam.

Turut serta dalam serbuan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Gombak, Penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Penghulu Mukim Kalumpang serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Hulu Bernam.

Nor Hisham berkata, pelupusan sisa secara haram itu dilakukan di atas tanah milik individu seluas hampir 1.2 hektar.

Menurutnya, pemilik tanah terbabit didakwa telah menyewakan tanahnya kepada pengusaha tidak bertanggungjawab sebanyak RM700 sebulan.

“Kegiatan ini jelas menyalahi undang-undang dan kita akan mengambil tindakan kepada pemilik tanah di bawah Seksyen 127, Kanun Tanah Negara atas kesalahan melanggar syarat tanah.

“Pemilik tanah akan menerima notis pertama iaitu arahan supaya melakukan pemulihan semula tanah dan jika tidak dipatuhi, tanah tersebut akan dirampas,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar JAS, Nik Ahmad Ridzuan Nik Mohd Kamil berkata, berdasarkan siasatan dan kesan kemusnahan alam sekitar, pihaknya akan mengambil tindakan lebih tegas dan pemilik tanah bakal berdepan tindakan mahkamah.

Menurutnya, JAS akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 29 (a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu Larangan Pembakaran Terbuka dan pemilik tanah boleh kompaun sebanyak RM2,000.

“Bagaimanapun, pemilik tanah mungkin berdepan tindakan mahkamah dengan denda sehingga RM500,000,” katanya.

Dalam pada itu, Penghulu Mukim Kalumpang, Abdul Ghani Surani ketika ditemui berkata, sebelum ini pengusaha sama telah diberi amaran kerana melakukan kegiatan sama di Kampung Sungai Surian dan diberi arahan keluar.

Beliau bagaimanapun tidak menyangka pengusaha terbabit hanya beralih tempat dan meneruskan kegiatan tersebut di lokasi lain.

“Disember lalu, kita telah memanggil pengusaha terbabit dan memberi amaran supaya berhenti melakukan kegiatan tersebut dan persetujuan bersama mengenai perkara berkenaan dicapai.

“Jadi, kita menganggap mereka sudah berhenti, tetapi sebaliknya berlaku malah mereka bertindak melampau dengan melakukan kegiatan sama di dalam ladang kelapa sawit berdekatan kediaman penuntut universiti di sini,” katanya.

Rabu, 9 Februari 2011

PERKAMPONGAN ORANG ASLI KG KOLAM AIR, KUALA KUBU BHARU TIADA ELEKTRIKSEJAK 5 TAHUN LALU...

KUALA KUBU BHARU - “Kami sudah hilang sabar!” demikian keluhan Tok Batin, Hassan Polis, 54, bersama penduduk Orang Asli, Kampung Kolam Air di sini berikutan masalah ketiadaan bekalan elektrik yang dialami sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, selama ini, lapan keluarga di perkampungan tersebut hanya bergantung dengan pelita, lilin dan sesekali cahaya unggun api untuk melakukan kerja rumah termasuk apabila menguruskan persiapan anak-anak ke sekolah di waktu pagi.

Bagaimanapun, mereka terpaksa bergelap sekiranya perbelanjaan untuk membeli lilin dan minyak gas habis digunakan untuk membeli keperluan harian.

“Tetapi, walaupun kami marah dengan keadaan seperti ini, kami masih menghormati undang-undang kerana apa yang mahu hanyalah penyelesaian.

“Kami sedar kami hanya penduduk minoriti tetapi, kami ada hak seperti mana disuarakan kebanyakan pemimpin yang mahu membela nasib kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak 2006 mereka dijanjikan kemudahan bekalan elektrik sebaik rumah penduduk yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) siap sepenuhnya di kampung mereka.

Hassan bagaimanapun kesal kerana walaupun rumah berkenaan siap, namun bekalan elektrik yang dijanjikan tidak disambung.

“Dua, tiga tahun kami masih boleh sabar, tapi ini sudah lima tahun kami menunggu dengan pelbagai janji dan alasan diberikan.

“Tetapi, sehingga ke hari ini kami tetap bergelap dan masih bergantung kepada lilin dan pelita sedangkan orang lain sudah menikmati kemudahan asas ini,” katanya.

Menurutnya, jika dilihat pada jarak perkampungan mereka dengan bandar yang hanya memakan masa lima minit atau lebih kurang 1.5 kilometer, tidaklah sukar untuk menyalurkan bekalan elektrik.

Katanya, perkara itu juga tidak mungkin menjadi faktor penghalang kerana tiang lampu dan kabel telah pun dipasang pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa kemudahan itu masih belum disambungkan ke perumahan mereka.

Apabila ditanya pernahkah aduan dibuat kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), beliau berkata, mereka pun ada maruah dan tidak sepatutnya mereka dibiarkan turun naik ke pejabat JHEOA daerah untuk kemukakan perkara sama.

“Rasanya sudah bertimbun surat kami di pejabat JHEOA. Dan orang pejabat pun sudah muak dengan muka kami yang terlalu kerap ke sana.

“Jadi, kami rasa amat kecewa dengan masalah yang tidak berkesudahan ini sehingga membebankan kami semua,” katanya.

Sementara itu, Johari Buyung, 34, berkata, mereka pernah usahakan untuk memanjangkan aduan kepada wakil rakyat, namun mendakwa ditegah pegawai JHEOA kerana tidak mahu menanggung malu.

Johari berkata, mereka hanya dinasihatkan supaya bersabar dan menunggu sehingga peruntukan disalurkan.

“Sebab itu, kami tidak pernah menulis surat kepada wakil rakyat kawasan ini.

“Kami sebelum ini mencadangkan supaya biarlah kami yang tanggung kos pemasangan meter sekiranya JHEOA menghadapi masalah berkaitan hal ini.

“Tetapi, pegawai yang kami temui menegah kerana jabatan tidak sanggup menanggung malu,” katanya.

Johari berkata, disebabkan sekatan itu, penduduk terpaksa menanggung beban dan berdepan dengan pelbagai masalah.

Suri rumah, Bangsi Soya, 43, pula berkata, ketiadaan bekalan elektrik sememangnya mengundang banyak masalah terutama ketika menyediakan makan malam, masalah anak-anak mengulang kaji pelajaran dan ketika mengurus persiapan anak-anak ke sekolah.

Menurutnya, sering kali mereka terpaksa menggunakan unggun api untuk membuat kerja rumah atau menunggu siang untuk menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah.

“Kalau sudah tiada lilin atau pelita, terpaksa meraba-raba dalam gelap. Bagi yang ada lampu suluh mungkin mudah, tetapi semua itu perlukan wang untuk bateri termasuk membeli minyak untuk pelita.

“Kampung kami juga gelap kerana sepanjang jalan tiada lampu. Kami juga bimbang apabila mahu menghantar anak ke sekolah sebab jalan gelap.

“Paling merisaukan yang berjalan kaki kerana bila sudah tiada minyak untuk mengisi tangki motor, kami terpaksa berjalan kaki keluar,” katanya.

Bangsi berkata, kebanyakan penduduk yang bergantung kepada hasil jualan buah Jering dan Petai atau sesekali dapat kontrak potong rumput, tidak mampu membeli bekalan minyak.

Namun katanya, penduduk perlukan cahaya di waktu malam sehingga terpaksa membeli diesel yang jauh lebih murah berbanding minyak gas mahupun petrol.

Selain itu sebuah lagi perkampungan Orang Asli, iaitu Kampung Buluh Telor turut berdepan masalah sama.

Difahamkan, lebih 40 penduduknya mengalami masalah serupa sejak bertahun lamanya.

Dalam pada itu, Pegawai JHEOA Daerah Hulu Selangor, Zainal Abidin Mat ketika dihubungi mengesahkan mengenai masalah dihadapi penduduk di kedua-dua kampung terbabit.

Beliau bagaimanapun, bersedia memberi maklumbalas pada petang ini memandangkan terpaksa menghadiri pertemuan bersama Pengarah JHEOA di Shah Alam, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun ketika dihubungi melahirkan kekecewaannya berhubung dakwaan wujud sekatan ketika penduduk mahu mengemukakan aduan kepadanya.

Bagaimanapun, beliau bersedia membantu penduduk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan ada sekatan daripada pegawai JHEOA untuk membuat aduan kepada saya.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana JHEOA perlu mengutamakan hak rakyat daripada takut menanggung malu,” katanya.

Menurutnya, beliau menerima aduan penduduk Kampung Buluh Telor dan masalah mereka adalah tidak mampu mengemukakan deposit untuk pemasangan meter elektrik.

“Tetapi, saya bersedia menyalurkan sumbangan bagi pemasangan meter sekiranya maklumat lengkap diberikan JHEOA mengenai jumlah keperluan itu.

“Tetapi, sehingga kini saya belum menerima sebarang maklumat dan tidak menyangka perkara ini yang berlaku,” katanya.

PENDAFTARAN AWAL PUSAT TUISYEN RAKYAT DUN BATANG KALI

Usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali akan mengadakan pelancaran dan pendaftaran awal Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. 
Pendaftaran awal akan diadakan di beberapa tempat melalui ketua kampong dan surau di sekitar Dun Batang Kali, manakala semua pertanyaan boleh diajukan kepada koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman (019 3291967) berpejabat di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.


Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman,” katanya lagi.
Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas dijanka bermula mulai 6 Mac akan datang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

Ahad, 6 Februari 2011

MASIH BUAT KEPUTUSAN MEMBAZIR YG SAMA, BELANJA RM6BILLION UTK KAPAL PERONDA

SHAH ALAM 6 FEB: Kerajaan Umno-BN perlu menjelaskan keutamaan kerajaan kerana sanggup membelanjakan RM6 Bilion untuk pembinaan enam buah kapal peronda untuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tetapi menarik balik subsidi rakyat dengan alasan kerajaan tidak mencukupi dana.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan membelanjakan RM6 Bilion bagi membina enam kapal peronda TLDM generasi kedua dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd. 
Tegas beliau, tindakan ini langsung tidak mencerminkan polisi kerajaan Umno-BN yang sentiasa melaungkan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
"Perlukah kerajaan Malaysia membuat pelaburan membeli kapal pada masa ini walaupun ekonomi kita masih belum pulih dengan sempurna dan walaupun kerajaan pada masa ini kerap memberitahu rakyat bahawa kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan wang untuk subsidi rakyat pula dikurangkan," kata beliau.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan ketelusan kontrak ini kerana kerajaan mahu memberikannya kepada sebuah syarikat mempunyai rekod korupsi yang amat kronik hingga kerajaan terpaksa mengeluarkan dana tambahan untuk 'menjamin keluar' syarikat tersebut.
"Bukankah kerajaan sepatutnya lebih teliti dengan penawaran kontrak supaya kontak-kontrak yang ditawarkan juga perlu ditawarkan kepada pihak yang paling berkebolehan untuk menyiapkan kerja," tegas beliau.
Sebelum ini, syarikat milikan kerajaan, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) telah diberi kontrak yang serupa pada tahun 1998, iaitu membina dan membekal enam kapal peronda bagi TLDM dengan harga RM5.4 Bilion.
Tetapi, disebabkan korupsi yang kronik dalam PSCI menyebabkan PSCI tidak dapat menyiapkan kapal-kapal tersebut dan terpaksa meminta kerajaan untuk mengeluarkann modal tambahan.
Korupsi dalaman PSCI menyebabkan kerajaan terpaksa 'menjamin keluar' syarikat tersebut merombak semula pengurusan serta bergabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.
"Saya rasa perkara ini, sepatutnya kalau menteri ingin mengumumkan perkara ini sepatutnya memberikan maklumat yang lebih terperinci agar rakyat dapat menilai samada kontrak ini adalah munasabah, wajar," kata beliau.
Katanya lagi, penerangan juga perlu diberikan kerana rakyat juga perlu tahu spesifikasi kapal yang melonjakkan harga kapal peronda ini hingga mencecah RM1 Bilion seunit.

"Harga RM 1 bilion setiap kapal merupakan harga yang mungkin munasabah dan mungkin terlalu mahal. Ini tertakluk kepada samada kapal ini mempunyai jenis senjata ataupun jenis misil yang canggih ataupun radar yang tak sama, kerana menurut maklumat yang saya dapat, harga kapal ini adalah antara RM100 juta hingga RM1 Bilion pun boleh," jelas beliau.

Selasa, 1 Februari 2011

KARAOKE LEBIH BAHAYA DARI MEREMPIT.. BAGAIMANA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MEMBENARKANNYA

KARAOKE LEBIH BAHAYA DARI MEREMPIT TETAPI KEDUA_DUANYA TIDAK BAIK DILAKUKAN.
Penduduk Bukit Sentosa 2 melaluiPersatuan Penduduk Seroja, PIBG Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2 dan surau-surau sekitanrya membantah dengan sekeras-kerasnya perniagaan karaoke yang akan membawa kepada keruntuhan moral dan masalah sosial yang hanya mengujudkan maksiat kepada penduduk Bukit Sentosa 2 , Bukit sentosa 3 dan Bukit Beruntung 3.

Antara kesan buruk ialah :-
1) Menggalakkan remaja dan orang dewasa berdua-duaan bukan muhram.
2) Menggalakkan orang-ramai leka dengan hiburan yang melalaikan.
3. Memberi kesan menambah untung dengan penjualan minuman terlarang.
4. Dengan ujud minuman keras akan wujud bunga-bunga perzinaan dan persundalan.
5. Pergaduhan mudah tercetus bila minuman atau hisapan yang terlarang berlaku dalam tempat tertutup sebegitu.
6. Terdapat keluarga yang kurang didikan agama membawa anak kecil dan remaja kununya untuk memberi mereka kegembiraan .
Surat-surat bantahan kali ke 2 telah dihantar ke Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memohon tindakan menghentikan perniagaan yang tidak bermoral tersebut melalui pemberhentian lesen tersebut yang akan berakhir pada bulan Mac ini. Dengar khabar, satu lagi lesen yang sama dikeluarkan di bandar bukit sentosa walaupun mendapat tentangan dari penduduk tempatan..

MySAS: Marilah semua penduduk membuka minda dan mata besar2 dimanakah  letaknya pentadbiran dan kelulusan aktiviti sebegini di kawasan PBT Hulu Selangor. Bagaimana aktiviti yang dianggap "sihat" oleh sesetengah penduduk di sini masih boleh melepasi benteng persetujuan ahli-ahli majlis. Jelas sudah, memang diduga siapakah dibelakang aktiviti perniagaan ini jika tidak ahli majlis berkenaan atau bekas ketua cabang sendiri yang membawa dan menyokong kelulusan lesen perniagaan ini. Banyak kepincangan dan perkara seperti ini tidak betul-betul di bincangkan terutama di dalam barisan ahli majlis pakatan rakyat tentang kelulusan perjalanan dan aktiviti PBT terutama di kawasan hulu selangor ini. Lantas, banyak perkara dan aktiviti sumbang dari pandangan islam tidak dapat dielakkan dan berlaku. 

(petikan dari Ulama Pewaris )

Isnin, 31 Januari 2011

Harapan tinggi penduduk di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.



Dimana letaknya Bukit Sentosa? Dimana Bukit Beruntung? Kekadang sukar untuk menjawab soalan ini apabila ada saudara yang jauh datang melawat penduduk disekitar kawasan ini. Mana tidaknya, papan tanda kawasan perumahan di kebanyakan tempat di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah pun lusuh, nama jalan pun sudah lebur hilang entah kemana.... ini adalah antara keluhan penduduk disini.

Pelaburan TESCO memesatkan pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan nilai hartatanah di Bandar Bukit Sentosa. Bayangkan TESCO Transit (Gudang) betul-betul terletak di sebelah Tol Bukit Beruntung yang telah beroperasi sejak tahun lalu. Kini, Kompleks perniagaan TESCO sedang dibina di Bandar Bukit Sentosa (di tapak Juara Rakyat). Sedangkan TESCO Rawang di Batu 16 juga telah mula operasi sejak akhir tahun lepas.
Disamping itu, projek kompleks dan deretan kedai , pejabat dan bank sedang di bina sepanjang laluan antara Tol Bukit Beruntung hingga ke Bandar Bukit Sentosa (gambar atas).
Kemakmoran yang dibawa oleh Kerajaan Selangor di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat terus berkat di mana sebuah Universiti Madinah akan dibina diantara Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa.
Malangnya kelembapan samada sengaja atau tidak sengaja dan kemungkinan kurang percaya pihak bank-bank (kecuali Public Bank) kepada DS Najib melambatkan proses pembelian rumah dan hartatanah di sini. PM harus melobi bukan sahaja melobi di Abu Dhabi tapi di tempat saperti Hulu Selangor  pun Najib kena pastikan agar bank-bank dan institusi insuran membuka pasaran di sini. Penduduk di sini sudah menunggu hampir 10 tahun kehadiran institusi kewangan (yang ada sekarang cuma bank Public dan ATM). Hendak di katakan tidak ramai penduduk bukanlah alasan lagi bagi KFC dan PIZZA HUT untuk terus menjadikan destinasi yang kekal bagi cawangan mereka disini.
Jangan disebabkan Negeri Selangor di tadbir Pakatan Rakyat maka usaha sambil lewa dilakukan. Yang rugi  adalah rakyat di kawasan Hulu Selangor dan  Malaysia amnya (kawasan ini pernah disifatkan sebagai koridor utara Klang valley), jadi dimana semangat 1Malaysia Najib dalam hal ini?
Projek Pengangkutan Bas samada bas mini atau perlu van sapu (lebih baik teksi) perlu diadakan segera dari Bandar Bukit Sentosa melalui Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa 3 , Bukit Beruntung 3 dan ke Pekan Rasa dan seterusnya ke Rawang. 
Projek Bandar Kuala Kubu ke 2 patut disegerakan dan kemudahan Balai Bomba dan klinik kesihatan  yang sesuai (bukan klinik 1Malaysia yg tiada doktor) perlu diwujudkan segera di Bukit Sentosa.
Kemudahan rekreasi adalah yang paling ketara dimana kebanyakan taman permainan kanak-kanak adalah di tahap paling menakutkan (rosak disana sini). Buatlah sesuatu saperti Theme Park atau Taman Air untuk kemudahan penduduk disini.
Jika semua keperluan ini dapat disediakan maka secara langsung  kepadatan penduduk akan bertambah, rumah-rumah yang sediaada akan terbeli , aktiviti ekonomi dan perniagaan baru akan lebih giat dan akhirnya cukai lebih banyak dapat dikutip, menjadikan pendapatan majlis daerah (PBT) akan meningkat.
Maka semua hulubalang kerajaan negeri (ahli majlis zon2) dan kerajaan persekutuan, berikanlah peluang untuk penduduk disini menikmati keperluan asas pembangunan dan janganlah banyak sangat politik-things di Hulu Selangor.

MySAS
(edit/padanan dari PAS Bkt Sentosa2)

Sabtu, 15 Januari 2011

UNDANG2 BERPOLIGAMI DILONGGARKAN DI SELANGOR TAHUN INI

Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.

Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Walau bagaimanapun bagi merealisasikan agenda poligami ini saya ingin berpesan kepada suami dan isteri.

Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.

Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.

Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.

Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.

Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Wahai isteri, kalau suami anda menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi, jangan bimbang tentang kasih sayang kepada anda akan berbelah bahagi. Sebenarnya, kasih sayang dia kepada anda tetapi 100 peratus jika selama ini memang dia sayang anda seratus peratus. Tetapi ingat, kalau selama ini dia hanya memberi kasih sayang kepada anda hanya 70 peratus, mungkin selepas anda meredai perkahwinannya dia akan memberi kasih sayang 100 peratus kepada anda pula.

Kasih sayang suami banyak bergantung kepada sejauhmana kometmen anda kepada suami anda. Jika anda memberi persembahan yang baik kepadanya, makan minum yang dihidangkan, budi bahasa, pergaulan yang menceriakan tentulah semua pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Jadi, kalau anda lihat suami seperti kurang saying kepada anda, cek semulalah kometmen anda kepadanya. Mungkin ada kelompangan di sana sini.

Baiki kekurangan itu dengan segera, nescaya kasih suami akan bertambah semula.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kometmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.

Bayangkan kalau suami balik ke rumah anda, dan hari ini anda anggap sebagai hari pertama anda berkahwin tentu mesranya amat tinggi. Kalau itu yang anda boleh lakukan pasti kasih sayang 100 peratus adalah milik anda. Kalau begitu kenapa hendak sekat dia berkahwin dengan wanita lain, bukankah dengan itu anda boleh membantu kaum sejenis anda mendapat kasih sayang daripada orang yang anda sayang. Bayangkan betapa besarnya pahala anda ketika itu sedangkan kasih sayang suami anda tetap sama.

Selain itu wahai isteri, anda perlu sedar kelemahan anda. Sewaktu anda hanya berdua dengan suami anda sayanginya 100 peratus, tetapi setelah ada anak seorang sayang anda kepada suami anda sudah berkurangan dan dilebihkan kepada anak. Layanan kepada suami sudah berkurangan dan suami kadangan terpaksa membawa diri. Bayangkan kalau anak sudah sepuluh, tentu suami dilupakan langsung. Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.

Jika anda sedar kelemahan itu, ubahlah sikap segera. Berilah kometmen yang terbaik kepada suami jika anda sayang dan cinta kepadanya. Sesungguhnya suami anda seorang yang amat manja lalu dia hendak bermanja dengan anda dan dia mahu dimanjai. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga. Wallahu aklam

Selasa, 11 Januari 2011

Paria bukan perkataan baru, sudah 40 tahun lepas.....

"Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta parti. Mereka tidak perlu mengotori sesiapa kalau bersentuhan, mereka juga bebas bergaul. Tempat didalam kapal itu tidak teratur, Mereka berasak-asak saperti kambing." Petikan halaman 211 (Novel Interlok)

Selepas membaca buat kali kedua novel Interlok ini (setelah memunggah khazanah buku-buku didalam kotak simpanan), amat payah untuk saya bersetuju dengan segerombolan pembakar novel di Klang untuk bersama menyamai pendapat.. Tak ada sebab jelas.
Tidak ada apa yang salah, petikan itu merujuk kepada orang didalam kapal. Kita mesti memahami bahawa semua yang datang dari India itu terdiri daripada pelbagai golongan, buruh, kelas sederhana dan professional. Ianya bertepatan dengan situasi dan sejarah diketika itu.
Cerita ini udah 40 tahun lepas dan ianya satu hakikat sejarah ketika itu...
Ianya satu karya seni yang dihasilkan oleh seorang sasterawan negara yang jujur. Jelas ia berkenaan hubungan antara kaum yang terbentuk di negara kita (pada masa itu)
Perkataan "paria" disebut didalam novel itu bukan bertujuan untuk menghina. Malahan keseluruhan konteks novel dan penggunaan perkataan amat penting untuk difahami.


ShaifulAnuar Sulaiman
Tanggal 11.1.11

Isnin, 10 Januari 2011

Jumaat, 7 Januari 2011

FAEDAH MENGINGATI MATI....

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi bersabda: ‘Perbanyakkan mengingati perkara yang memutuskan kelazatan iaitu mati’

Banyak ingat mati tidak bermakna anda berhenti kerja, mengambil tempat di sudut masjid, membilang biji-biji tasbih sambil menunggu Malaikat Maut datang menjemput. Banyak ingat mati sebaliknya menjadikan anda memahami hakikat hidup dan menjadi manusia hebat di sisiAllah. Di antara faedah banyak ingat mati ialah:

1. Kurangkan rasa tamak haloba mengumpulkan dunia yang tidak bermanfaat untuk Akhirat. Jika kelihatan zahirnya dunia, tetapi ia membawa manfaat untuk Akhirat ia digalakkan.
2. Beri peluang sempurnakan tuntutan Tuhan yang belum selesai dan sempurna.
3. Cari bekalan sebanyak mungkin mengadap Allah.
4. Pendekkan angan-angan dalam perkara melalaikan dari Allah.

Khamis, 6 Januari 2011

Suruhanjaya Diraja siasat kematian Mendiang Teoh Beng Hock perlu!! Inkues pun tak dapat menolong cari jawapan !

Tungu dan lihat, bagaimana Adun UMNO hendak menyokong atau tidak pindaan mengembalikan kuasa Sultan dan MB.. lepas tu baru buat angkat sumpah Khusrin...

Sidang DUN Selangor yang akan turut menyenaraikan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam menentukan pemilihan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pindaan ini dijangka akan dapat mengembalikan kuasa Sultan melantik penjawat awam utama atas nasihat Menteri Besar, telah dilucutkan oleh umno-apco Be End melalui Pindaan Perlembagaan 1993.

Inilah peluang terbaik untuk Rakyat melihat dan menilai siapa yang akan menyokong pindaan 'serampang dua mata' ini, iaitu untuk membuktikan siapa yang akan menyokong mengembalikan kuasa Sultan dan siapa yang akan 'menderhaka' dengan tidak memberikan sokongan terhadap pindaan ini.

Jika selama ini umno-apco Be End yang kerap melemparkan tuduhan mengatakan PR derhaka kepada Sultan, maka kali ini mereka tiada pilihan selain daripada menyokong usul pindaan oleh PR untuk mengembalikan kuasa Sultan.

Kegagalan ADUN daripada umno-apco Be End untuk menghadiri persidangan DUN dan menyokong usul pindaan ini akan membuktikan kepada Rakyat, siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Sultan. Diharapkan tidak ada mana-mana ADUN daripada umno-apco be End yang akan mengambil 'Cuti Derhaka' bagi mengelak diri daripada menghadiri sidang DUN Selangor yang akan datang ini. Seperti kata TS Khalid MB Selangor, "Kita tunggu dan lihat."

Isnin, 3 Januari 2011

Kamu Tahu Kamu Tua Bila…

Aku kagum melihat budak-budak muda zaman sekarang. Semuanya disuapkan ke dalam mulut, sampai hendak pakai Google pun malas. Hidup memang senang, jika dibandingkan zaman dahulu.
Semestinya kalau kita hidup dalam era mana-mana pun, pasti ada jurang generasi antara yang muda dan tua. Walaupun tidak seteruk jurang yang wujud 15, 20 tahun dahulu, tetapi jurang itu tetap ada.
Jadi, sebagai merenung tahun 2011 yang bakal tiba beberapa jam lagi aku ingin kongsi senarai perkara-perkara yang mengingatkan aku yang esok aku akan menjadi tua setahun lagi. Perlu diingatkan ini adalah senarai ‘tua’, bukan ‘purba’.
1. Kamu Sempat Menonton TV Hitam Putih.
Aku rasa satu sebab aku suka rekabentuk monokrom adalah kerana aku membesar dengan menonton peti TV hitam putih. Malah, TV dahulu pun berbentuk seperti peti/perabot jika kamu ingat. Aku ingat lagi menonton siri TV Six Million Dollar Man dan Fantasy Island dalam hitam putih. Jadi bayangkanlah berapa terujanya aku bila aku akhirnya dapat menonton montaj ‘Cumi & Ciki’ dalam warna kerana Youtube.

2. Kamu Tahu Apa Itu Puspa Jaya.
Pada zaman awal 80an dahulu, oleh kerana tiada TV3, Astro dan sebagainya, penonton TV hanya boleh menonton siaran RTM 1 dan RTM 2 (untuk yang tinggal di Selatan kamu boleh menonton siaran dari Singapura, dan di Utara dari Thailand). Ketika itu, selain siri ‘Drama Minggu Ini’, siri-siri drama RTM memang popular. Pasal Opah dan Anjang Aki janganlah cerita, tetapi yang betul-betul ‘hardcore’ akan tahu siri ‘PJ’. Senang cerita siri ini sebenarnya ingin menumpang populariti siri ‘Dallas‘. Tidak silap aku ianya kisah keluarga yang ada seorang anak perempuan bernama Puspa Jaya yang sakit leukemia. Akibat kesempitan wang mereka telah berusaha mengumpul derma tapi malangnya apabila cukup wang untuk menjalankan rawatan si Puspa Jaya tadi telah meninggal. Aku tidak faham kenapa tetapi semua ahli keluarga dan rakan taulan yang menderma tidak ingin mengambil wang yang mereka derma itu balik, jadi bapa si Puspa Jaya ini mengambil wang tersebut dan memulakan perniagaan dengan syarikat bernama ‘PJ’. Semestinya syarikat ini berjaya dan keluarga tadi pun menjadi keluarga jutawan.
Kalau drama sekarang selalunya keluarga tersebut sudah hidup macam jutawan, tiada ‘backstory’ tentang bagaimana mereka menjadi jutawan, bukan?
3. Kamu Pernah Naik Bas Mini Tanpa Penghawa Dingin di Stesen Bas Klang.
Memang panas, busuk dan menyakitkan hati. Aku bersyukur tiada lagi Bas Mini di Lembah Klang.
4. Kamu Pernah Simpan Buku Nombor Telefon.
Aku pasti manusia zaman sekarang semuanya menyimpan nombor telefon dalam telefon bimbit mereka. Pada suatu masa dahulu manusia semuanya membawa Buku Nombor Telefon. Yang paling popular ialah jenis yang dilipat-lipat dan boleh diletakkan dalam dompet. Kalau dibuka lipatan akan menjadi sehelai kertas yang panjang. Penting untuk menyimpan nombor saudara-mara di KL apabila kamu lari dari kampung.
5. Kamu Pernah Tunggu Surat.
Sekarang benda yang kamu terima dari Pos Malaysia hanyalah bil-bil dan bungkusan barang tidak berguna yang kamu rembat dari Ebay. Dahulu sebelum adanya telefon bimbit dan e-mel (dan semua telefon awam berbau ludah) cara paling biasa untuk berkomunikasi adalah dengan surat-menyurat. Lagi-lagi bila kamu masih belajar. Aku tidak ingat berapa banyak masa aku bazir semata-mata untuk menunggu surat. Kalau ingin keluar hujung minggu terpaksa buat rancangan awal-awal melalui surat, kalau ingin menelefon rumah terpaksa beritau awal-awal agar mak si dia yang bukan angkat telefon rumah dan macam-macam lagi. Aku pun hairan mengapa kita dulu semuanya penyabar, sekarang e-mel lambat sikit sudah maki-hamun.
6. Kamu Sempat Menonton Gila-Gila Remaja di Panggung Wayang.
Sebelum semua remaja kononnya ‘cool’ sekarang, remaja-remaja yang ingin tampak individualistik terpaksa berhempas pulas mencari bahan rujukan. Tidak kisahlah rujukan muzik (ingat lagi zaman fanzine?) ataupun fesyen. Disebabkan Internet tidak wujud ketika itu remaja zaman tersebut terpaksa lebih kreatif untuk menonjolkan diri. Rancangan TV pun banyak yang di’potong’, dan wayang di pawagam jangan cerita-lah. Jadi kamu bayangkanlah betapa gempaknya bila filem Gila-Gila Remaja keluar. Aku mati-mati ingat pada masa itu untuk SPM kalau tidak belajar dan hanya naik motor sekeliling Malaysia sudah boleh lulus.
7. Kamu Pernah Rasa Modem 56K Itu Memang Laju Gila.
Zaman Internet pada mulanya dipenuhi dengan aktiviti menunggu. Buka sahaja browser Mosaic, terus ke Yahoo! dan terus menunggu.
Dan tunggu.
Dan tunggu.
Budak-budak sekarang memang beruntung!
8. Kamu Pernah Kemaruk King’s Quest.
Ketika zaman komputer CGA dahulu (bila komputer kamu ada punat ‘turbo’), salah satu game yang aku betul-betul kemaruk ialah King’s Quest. Memang penuh dengan pengembaraan dan memang seronok ke sana ke mari dalam dunia fantasi mencari penyelesaian masalah. (Ini semuanya selepas zaman Karateka dan DigDug berakhir, atas inginkan lebih cabaran). Memang mengujakan mencari pengembara zaman mitos di Barat.
Dan selepas itu siri Leisure Suit Larry pula keluar. Macam King’s Quest, tapi ada tetek.

9. Kamu Pernah Sewa Video Gusti.
Waktu remaja aku dahulu banyak dibazirkan dengan menonton video gusti. Duit pun banyak dibazirkan, sebab sewa ketika itu RM2 untuk satu pita. Paling seronok ketika ada rakaman khas seperti Wrestlemania, Survivor Series dan macam-macam lagi. Sebagai remaja yang mudah terpengaruh, ya, aku memang pernah ingat Hulk Hogan itu ‘cool’. Aku juga suka Ultimate Warrior, walaupun si Jim Warrior itu sekarang sebenarnya fanatik berhaluan kiri sekarang. Walaupun gambar tidak jelas (akibat pita yang digunakan dan dipadam dan kemudian dirakam balik berkali-kali) tetapi dunia cukup indah ketika itu. (LUPAKAN HD!) Akibat dari selalu menyewa pita video dari kedai sewa video aku sedikit-sedikit mencuba menyewa video-video jenis lain. Terutamanya yang ada tetek.

10. Nama Jepun Yang Kamu Tahu Hanya Hayata.
Sebelum bermulanya ‘boom’ Doraemon dan siri-siri anime separa porno bahan import yang paling popular dari Jepun ialah siri TV Ultraman. Ya, Ultraman Hayata.
Semua kanak-kanak ketika itu kenal siapa Hayata. Sebelum Tiga, sebelum Dyna dan sebelum Ultraman ada warna ungu dan emas pada kostum mereka, Ultraman yang paling asas ialah kegemaran kanak-kanak satu dunia. Protagonis utamanya bernama Hayata, dan semua kanak-kanak zaman itu berangan ingin menjadi Hayata. (Walaupun sebenarnya kanak-kanak zaman sekarang pun masih ada yang ingin menjadi Ultraman. Malah yang bukan lagi kanak-kanak pun ada aku pasti.)

Selamat Tahun Baru 2011 Semua!

Rabu, 29 Disember 2010

Pertemuan dengan bekas prof di universiti..

Satu pertemuan akan diatur pada 1.1.11 ini untuk ketemu kembali bekas pengajar universiti di Universiti Nebraska, Lincoln di era 1982 sehingga 1988 dahulu. Harap dapat berjumpa kawan-kawan lama semasa di universiti dulu, terutamanya rakan kolej dan kawan serumah...