Jumaat, 7 Oktober 2011

Belanjawan PRU? bukan kata Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkan belanjawan yang diumum hari ini sebagai "belanjawan pilihan raya". Katanya, kerajaan sebaliknya memberikan pelbagai kemudahan dan tawaran kerana prihatin dengan keperluan rakyat pada masa ini. "Tapi kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kpd mereka... Bila election nak diadakan? Bila?" soalnya.
~~ nampaknya confirm bajet pilihanraya...

Jumaat, 30 September 2011

100 small entrepreneurs needed for research/survey..

I need to engage a research in identifying the level of motivation dan achievement among small Malay entrepreneurs at a particular area or who rented a building complex in Selangor. Around 50- 100 small  entrepreneurs required (depending on their type of business) and involved in this research which conducted varieties of small business scale. In theory, this research will show the relationship between level of motivation and achievement. Self-esteem need was identify as the most motivational factor that influence the entrepreneurship activity of respondents. Analysis would show that the level of motivation among respondents being high as a whole. .. The findings hopefully will show that the respondents appreciate the humanistic value while conducting their business. Family and community support also had helped them toward a high achievement as well as their worthy experiences...
So, please inbox me .. thank you...

Khamis, 29 September 2011

TG NIK AZIZ - UMNO YG MASIH HALANG HUKUM HUDUD

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz :

Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah.
Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim.
Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami.

Khamis, 22 September 2011

Nostalgia bermain wau di Pekan Tg Piandang..













Ingat lagi aku di kala berada di sekolah rendah di pekan kecil Tg Piandang, bila musim sawah padi (disini dipanggil bendang padi) tiba, maka kumpulan kami (kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun) akan siap sedia dengan "peralatan" kami untuk berjuang di sebelah petang bermain wau. Wau yang kami main bukan lah dari jenis di dalam gambar tu, wau bulan atau wau merak tetapi adalah dari jenis wau bujang (aruah bapa panggil wau bujang disebabkan tiada warna ).. Kebanyakan kami akan bersedia dengan benang "berkaca" dan wau bujang @ seret untuk berlaga.. AKu tak tau samada di tempat lain pernah ada permainan wau seret ini.. Kemudian akan aku ceritakan secara terperinci bagaimana ndak di buat benang 'berkaca" untuk permainan wau seret...

Siapa tidak kenal kami di kala itu, tahun 1970an di pekan kecil yang majoritinya penduduk cina, dengan kemudahan panggungwayang dan sawahpadi yang terbentang luas, tetapi dekat dengan laut Selat Melaka di pinggiran pantai..menggunakan perkhidmatan Bas Merah (Red Omnibus) sebagai penghubung jalan ke Kuala Kurau dan ke bandar Parit Buntar.. Kami merupakan anak-anak kampong yang penuh dengan tradisi kekampongan, bermain guli, senapang berpeluru bemban, naik bot nelayan, bolasepak dan badminton adalah sukan kegemaran disamping sepak takraw... Sungguh nostalgia. Jika diperkesahkan, mungkin banyak lah cerita boleh dibuat cereka bersiri di astro.. Ramai teman-teman akan tersenyum pabila membaca cerita ini..

~ disambung kemudian..

BERSAMA PROF DR ABU HASSAN, UNIVERSITI MALAYA

Sempat bertandang ke dewan melewar, gombak mendengar hujah bernah dari 2 orang Professor, Dr Abu Hassan dan Dr Aziz Bari disamping aktivis API Cikgu Ishak Surin malam tadi. Penghujahan bernas dan penuh fakta di laungkan untuk faedah generasi muda yang hanya berpatriotik dengan kibaran bendera dan lagu NegaraKu. Harap selepas ini, akan ada lagi orang muda bertanya siapakah Ibrahim Yaakob, Dol Said, Rahman Limbong dan Mat Indera... Pejuang menentang penjajah bermula dari penaklukan Portugis dan bukan selepas pembentukan UMNO pada 1946. Berilah pengiktirafan kepada semua pejuang yang berhaluan kiri dan jangan hendaknya mewarisi kehendak penjajah, sudah sudahlah zaman penjajah hampir 400 tahun membelengu kita dan jangan pulak minda dan undang-undang penjajah masih menghantui rakyat Malaysia ini ~ SAS

Isnin, 19 September 2011

Isnin, 5 September 2011

Ahad, 21 Ogos 2011

SEMINAR SPM MATEMATIK DI AMPANG..

Setelah dapat jemputan dari kawan KPMI Dun Lembah Jaya, saya terus ke lokasi kejadian.. untuk berkongsi inspirasi dan motivasi bagi memberikan semangat kepada lebih 80 orang peserta seminar tersebut. Tahniah pengelola dan peserta!! Pelajar berjaya, pelajar cemerlang, pelajar hebat! Anda yakin, anda pasti berjaya!!

Khamis, 28 Julai 2011

SAYA HANYA SEORANG RAKYAT MALAYSIA - PM ITU MILIK RAKYAT.

AMPANG JAYA 28 JULAI : Pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan menafikan sekeras-kerasnya beliau antara yang berniat mahu mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri itu semalam.
"Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat,"katanya.
Pada satu sidang media yang diadakan hari ini, Fareez berkata, ekoran penahannya semalam beliau dihentam di Twitter, Facebook dan blog pro Umno kerana didakwa cuba mensabotaj program edaran Jalur Gemilang semalam.

Selasa, 26 Julai 2011

SEMINAR KEUSAHAWANAN MENJANA EKONOMI HEBAT


Tanggal 24 Julai 2011 Ahad 3 ptg..Lebih 50 peserta telah menghadiri Seminar Keusahawanan Menjana Ekonomi Hebat yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Dun Sementa. Program telah ditutup oleh Tuan Penyelaras Dun Sementa, Tuan Hj Bakhir.

Khamis, 21 Julai 2011

STOP, LOOK AND GO!

Setiap dari kita pasti perlukan helaian baru untuk diselak, menghidu aroma baru, kertas baru, dairy baru.. tanpa pengalaman baru pasti jemulah hidup ini. Bagaimana hendak menghitung usia-usia akhir.. apa pun yang penting sejauhmana ianya memberi nafas baru, semangat baru, tingkahlaku baru, hidup baru semuanya hendaklah dinilai, setiap detik perlu di cetus, khidmat perlu disumbang, pencapaian diri harus dilakukan.. Berhenti untuk menilai segala apa yang kita lakukan, kita tidak kemana-mana sekiranya dosa lampau, kesilapan lalu dan kelemahan masih kita igaukan dan terus mengikuti dan membanyangi kita. Seperti bebola besi yang tertambat di pergelangan kaki dan tangan kita.. menjadi penghalang potensi diri ..
Lihat dan perhati ruang, masa dan daerah tindakan untuk melihat terus kehadapan dengan harapan baru.. Tetapkan keredhaan Allah sebagai penanda aras asas dalam perjalanan hidup ini..Jangan terlalai, bina perancangan sebagai keperluan jangan gagal untuk merancang...
@seminar usahawan hebat 23 Julai Bukit Indah

Rabu, 20 Julai 2011

"SELANGORKU" UNTUK DEKATI RAKYAT SELANGOR - TS KHALID IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat, yang pentadbirannya kini masuk tahun keempat, akan melancarkan slogan baru — Selangorku Ahad ini - dilihat mendekatkan rakyat menjelang pilihan raya umum.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.
Kerajaan negeri mengambil pendekatan itu ketika spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bila-bila masa selepas Ramadan ini.
“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Khalid berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.
Majlis pelancaran akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ahad, 10 Julai 2011

PERLUKAH GAS UTK PESERTA HIMPUNAN AMAN.....

MUSTAFA KAMIL AYUB, DATUK AMIGA, YB NIZAR, YB ABDULLAH SANI
DI RUMAH ARUAH PAGI TADI

MUNGKIN KAH INI ARUAH YG MENGALAMI SESAK NAFAS
SEBELUM DI BAWA KE HOSPITAL

PERLUKAH DIGUNAKAN GAS APABILA SEMUA BERHIMPUN SECARA AMAN
Polis hari ini menafikan ada apa-apa kaitan dengan kematian peserta protes BERSIH 2.0, Burhanudin Ahmad semalam, dan mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan dari komplikasi terdedah kepada gas pemedih mata.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.
Beliau berkata, siasatan mereka tidak menemui sebarang kecederaan luaran, ataupun kecederaan dalaman.
Siasatan awal, katanya, menunjukkan jantung mangsa sedikit bengkak dan tiga arteri tersekat," katanya dalam sidang media hari ini. Siapa yang bercakap benar - keluarga Baharuddin menyatakan bahawa 4 tulang dada dan 3 batang giginya patah. Siapa yang bercakap benar dan siapa berbohong ini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANGBERSIH HARI INI (9 JULAI 2011 SABTU)

ADEIGAN PENGUASA ZALIM -1667 pejuang ditahan penguasa di himpunan BERSIH 2.0 09072011




Selasa, 5 Julai 2011

Jumpa BERSIH 2.0 pada 9 Julai Sabtu ini!!!

Pakatan Rakyat mmengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil atau BERSIH 2.0 di stadium seperti ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak semalam.Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok, Pakatan terbuka dengan tawaran itu selagi ia menghormati hak rakyat berhimpun secara aman.

Ahad, 3 Julai 2011

Syabas Sasterawan Negara, A. Samad Said

Berlatarbelakangkan tangkapan berkaitan dengan BERSIH, Datuk A Samad Said menggesa para intelektual mengikis sikap 'cari makan' dan berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan....

Jumaat, 3 Jun 2011

SEMINAR PEMERKASAAN USAHAWAN DI BATANG KALI HULU SELANGOR

Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Selangor telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 pada 2 Jun 2011 bertempat di Dewan Dato Abdul Hamid Bandar Ligamas, Batang Kali semalam.

Lebih 400 peserta telah menghadiri seminar tersebut yang telah di tutup oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman. Objektif seminar ini diadakan ialah untuk Mendedahkan peniaga dan usahawan mendalami ilmu-ilmu perniagaan yang  berkesan dan juga cara-cara pemasaran yang terkini seperti penggunaan laman web. Seminar yang terbuka kepada semua ini disertai oleh peniaga, usahawan, pesara dan bakal-bakal usahawan juga lepasan universiti.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah motivasi usahawan yang disampaikan oleh Konsultan Motivasi,  Dr Hj Hamdan Datuk Md Salleh dan ShaifulAnuar Sulaiman dari Rehawealth Training dan Consultancy. yang menerangkan teknik-teknik perniagaan dan innovatif yang berkesan dalam perniagaan, kemudian disambung dengan teknik pemasaran dan prinsip perakaunan syarikat. Sesi petang dimulakan dengan penerangan ringkas daripada wakil-wakil agensi pinjaman kredit seperti Agro Bank, Mimbar, Skim Mikro Kredit Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Bank. Selepas sesi penerangan pemasaran berinternet dan satu sesi dialog dijalankan antara peserta seminar dan panel-panel yang terdiri daripada agensi-agensi pinjaman kredit dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Tukiman  dan program tamat pada jam 5.30 petang.