Rabu, 20 Jun 2012

SELAMAT HARI BAPA !

Ramai menyambut Hari Bapa. Special thought hari ini utk aruah bapa, Cikgu Sulaiman. Alfatihah.

Khamis, 14 Jun 2012

Watak Shahrizat dalam filem boleh di serahkan kpd Karena Kapoor?

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan untuk menerbitkan filem mengenai Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan isu National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam perbincangan bersama pengarah filem Hishamuddin Rais.

Menurut Rafizi, beliau mencadangkan agar genre filem pendek itu adalah komedi.

"Bagi saya politik ini kalau ceramah, serius, bosan. Saya nak lebih daripada ceramah. Politik ini mesti ada satu nilai artistik.



"Filem ini mungkin selama 45 minit dan akan pastikan supaya lebih kepada komedi dan seninya bukan terlalu banyak mesej politik. Soal siapa pelakonnya, saya serah pada Hisham (Hishamuddin)," kata Rafizi (atas).

Dalam temubual dengan saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi, Rafizi ketika ditanya mengenai risiko perundangan sekiranya filem itu diterbitkan tidak menolak kemungkinan itu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada pihak tertentu yang merasakan filem itu ada unsur fitnah atau tidak.

"(Risiko perundangan) mungkin. Bergantung macam mana... sudah tentu filem itu fiksyen semata... tak ada kaitan hidup mati. 

"Tapi bergantung pihak tertentu merasakan ada unsur fitnah mereka atau tidak. Kita perlu teliti biar ia betul-betul berasaskan fakta," katanya lagi. 

Idea membawa isu panas itu ke layar perak diumumkan Rafizi dalam ceramahnya di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Selain bergiat dalam aktivisme mahasiswa dan BERSIH, Hishamuddin (gambar atas, berbaju hijau) juga terkenal sebagai pembikin filem dan pernah mengajar mahasiswa perfileman di beberapa institusi pengajian tinggi negara ini.

Rabu, 13 Jun 2012

TS KHALID ~ Usaha memberikan pendidikan percuma mampu dilakukan di UNISEL

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi gambaran awal bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri ini mampu dilakukan di Universiti Selangor (Unisel), dalam masa terdekat. Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan menggunakan peruntukkan RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Unisel. "Saya akan buat beberapa pengumuman berhubung perkembangan Unisel setelah mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah tidak lama lagi.

Selasa, 12 Jun 2012

Sabtu, 9 Jun 2012

Tahniah Senator Yb Syed Shahir !


Bekas Presiden MTUC antara 5 dilantik senator
Yang Dipertua Dewan Negara beramah mesra dengan Ahli Dewan Negara
yang baru dilantik di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita MCA Pahang Datuk Lim Nget Yoon, 56, merupakan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen hari ini.
  
Kelima-lima mereka dilantik sebagai Senator buat kali pertama untuk penggal tiga tahun.
  
Empat lagi yang dilantik ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin, 55, Ketua Wanita Umno Bahagian Bentong Roslin Abdul Rahman, 52, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan & Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud, 60, dan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Ariffin S.M. Omar, 62.
  

Pelantikan Dr Ariffin dan Syed Shahir diusulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang tamat perkhidmatan pada 30 Mei lepas.

Rabu, 6 Jun 2012

Yb Kamal kenalah jawab isu laptop Hulu Sgr....

‎[HULU SELANGOR: Hulu Selangor parliamentarian, P Kamalanathan has much explaining to do as to over why he distributed 1Malaysia laptops which were meant for students in his constituency, to local MIC leaders and media members. Alleging abuse, PKR leader K Vasantha Kumar said a parent whose application for the laptop was rejected twice had approached him demanding an explanation. The parent had told Vasantha Kumar that Kamalanathan had given away laptops to the MIC’s leaders and reporters at a function held last Saturday. “I was told the laptops were presented to them to kick-off the election machinery in the constituency towards to 13th general election. “The parent who complained was frustrated. He said he had applied for the laptop for his daughter twice and was rejected. “They were angry. The laptops are meant for students to help promote ICT and help improve broadband penetration in the country, ” he told FMT.]

Turun seposen RON97 mulai esok !!

Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun..

Lagi nak perang video Bersih 3.0. dua ahli panel Hanif pun dah letak jawatan.....

KUALA LUMPUR: *Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan. Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu.

Ahad, 27 Mei 2012

Beg tangan pun nak kesah?




Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).
Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.

Sabtu, 26 Mei 2012

Ramai tidak setuju PLKN diwajibkan...

Ramai pihak menolak cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Beberapa pertubuhan pendidikan, ibu bapa dan pelajar memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.Dr Tiki pada Khamis berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan diusulkan kepada kerajaan untuk persetujuan selain meminta maklum balas dari orang ramai.


“Jika ia dipersetujui, kira-kira 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. Oleh itu, kami akan mengkaji kemudahan sedia ada sama ada ia perlu diperluaskan untuk menampung pertambahan peserta,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, agak sukar untuk menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana program itu boleh menampung sekurang-kurangnya 90,000 pelatih setiap sesi pengambilan.

“Kita akan memilih pelatih secara rambang untuk ditempatkan di 79 kem seluruh negeri. Agak sukar menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana jumlahnya hampir setengah juta,” katanya pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, orang ramai tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut sehingga kemudahan di kem latihan dipertingkatkan.

“Sehingga perkara melibatkan keselamatan boleh dijamin, program tersebut tidak boleh diwajibkan,” katanya.

Ibu bapa turut menyatakan rasa bimbang mengenai keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

“Kem latihan yang disertai anak saudara saya mencatatkan kes buli paling tinggi,” kata Karen Wong, 48, yang turut memiliki seorang anak lelaki di Tingkatan 5. Lawrence Liu, 53, yang mempunyai anak perempuan di Tingkatan 4 berkata, program itu berdepan dengan masalah keselamatan.

“Terdapat banyak kes kematian berlaku. Apabila pelatih sakit, tiada perhatian secukupnya diberikan,” katanya.

Pelajar Tingkatan 4, Amin Haikal Ahmad, 16, dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berkata, program tersebut mempunyai masalah imej.

“Saya terdengar pelbagai cerita mengerikan dari beberapa kem latihan…saya tidak mahu menyertai program itu walaupun niatnya baik,” katanya.

Nur Fatin Syahmi Aqilah Mohd Ghani, 16, berkata, kerajaan perlu menggalakkan pelajar lepasan sekolah menengah menyertai program sukarelawan berbanding memaksa mereka menyertai program PLKN.

Isnin, 21 Mei 2012

Dulu tumbuk ANWAR, sekarang Ketua Panel Bersih 3.0~ dah habis dendam dulu ke?

*Ada Kemungkinan Ketua Panel Bersih Cadangkan Anwar Ditangkap* Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari itu. Perlantikan beliau sebagai ketua panel menyiasat Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara. Dengan perlantikan yang dipertikai banyak pihak itu mengenai revelansinya, memberi peluang dan kuasa kepada beliau meneruskan tugas beliau yang belum berakhir untuk menamatkan kerjaya politik Anwar Ibrahim.

Ahad, 20 Mei 2012

Anuar Musa sokong tuntutan royalti minyak akhirnya.....


Perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan sering membawa bersama persaingan politik parti melibatkan PAS dengan Umno.

Penguasaan PAS dalam kerajaan negeri dan Umno melalui persatuan bola sepak negeri menjadikan persaingan ini lebih sengit, dengan masing-masing berusaha dengan pelbagai cara untuk menunjukkan kaitan dan mengambil manfaat.

Kedua-dua kerajaan negeri dan persatuan bola sepak negeri sebelum ini berusaha menarik perhatian sebagai pihak yang mempunyai kaitan dalam kemenangan pasukan Kelantan, melalui pelbagai tindakan termasuk pemberian hadiah. 

Kali ini, Umno, atau lebih spesifik lagi Tan Sri Annuar Musa mempunyai kepentingan terbesar dalam kemenangan pasukan bola sepak Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby malam ini.

Walaupun PAS yang menguasai kerajaan negeri masih boleh meraih kredit, Annuar mempunyai satu kepentingan peribadi yang lebih besar dalam perlawanan malam ini, ekoran hukuman gantung daripada jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM.

Annuar menerima sokongan kuat penyokong dalam pertembungan ini, ekoran peranannya yang dianggap telah berjaya membantu meningkatkan prestasi pasukan Kelantan sejak beberapa tahun lepas.

Malah, akhbar Umno, Utusan Malaysia turut memuatkan kenyataan sokongan kepada Annuar oleh pemain Kelantan di muka depan hari ini, memetik Mohd Badhri Mohd Radzi sebagai berkata, "Saya mahu pastikan Piala FA ke Kota Bharu dan hadiahkannya kepada Tan Sri Annuar Musa."

Kenyataan yang mengaitkan terus perlawanan malam ini dengan Annuar ini memberi gambaran sokongan meluas untuk Annuar, termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Annuar menunjukkan sikap melawan dalam menghadapi krisis dengan FAM ini, dengan sengaja melibatkan diri dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA, sehingga diberi amaran keras oleh badan tertinggi bola sepak Malaysia itu.

Perlawanan malam ini, pada masa pasukan Kelantan mahu mencipta sejarah memenangi piala itu selepas dua kali tewas di perlawanan akhir sebelum ini, mendapat dimensi politik tambahan dengan adanya perjuangan peribadi presiden persatuan bola sepak negeri itu.

Rabu, 16 Mei 2012

PR SEDIA HADAPI PRU13 BILA-BILA MASA ~ SAIFUDDIN


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13. Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.

SHAFIE BEDAL DUIT SIAPA, BERI KPD ZAHIDA RAFIK ~ PEMANDU ZAHIDA

*PETALING JAYA:* Bekas pemandu seorang artis popular, Noor Azman Azemi *(gambar dua dari kanan)* memberitahu beliau pernah diarah membawa wang tunai berjumlah RM1 juta untuk diberikan kepada artis tersebut. Beliau juga mendakwa setiap kali pertemuan antara artis itu dengan seorang menteri, artis itu akan diberikan paling sedikit RM100 ribu. Menurutnya lagi, beliau tampil mengadakan sidang media hari ini kerana mahu membersihkan namanya yang dituduh melarikan RM200 ribu wang artis itu yang juga bekas majikannya.

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU!!


GAMBAR - ZIZAN RAJA LAWAK ZAMAN SEKOLAH




Siapa sangka budak sekolah yang tersenyum malu di tengah rakan-rakannya ini akan menjadi popular sebagai pelawak? Bukan itu sahaja, malah dia juga kini popular sebagai pelakon dan penyanyi yang mendapat imbuhan lumayan. Artis tersebut tidak lain yang tidak bukan ialah Zizan Raja Lawak yang mempunyai hidung bertuah. Malah penangan lawaknya serta tuah hidungnya itu juga membuat Juliana Evans tertawan padanya... ahaks! 

Selasa, 15 Mei 2012

SENAMAN BONTOT OLEH BEKAS TENTERA DEPAN RUMAH AMIGA ! ADA MORAL KE?

'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga BEGINIKAH MORAL BEKAS TENTERA? MEMALUKAN... Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

Isnin, 14 Mei 2012

PRU13 dalam masa terdekat, pakatan rakyat kini dalam peringkat akhir siapkan calon2...


PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan secepat mungkin.

“Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.
“Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan rakan-rakan di sana,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk memuktamadkannya.