Rabu, 11 September 2013

Isnin, 5 Ogos 2013

PROGRAM BANTU ANAK YATIM RAYA LAGI RAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK YATIM.







Kelab Anak Muda- Wanita Bandar Tasik Puteri (KAMU-BTP) telah menganjurkan satu program Lawatan dan Penyampaian Sumbangan di bawah Program BANTU ANAK YATIM RAYA LAGI kepada anak-anak yatim di Komplek Damai, Asrama Anak Yatim Damai, Kuang pada Sabtu 4 Ogos 2013 bermula jam 11.00 pagi di sini, hari ini. Ianya merupakan salah satu program kebajikan bersama dengan pejabat Yb William Leong, Ahli parlimen Selayang, NGO INSAF, Persatuan Peniaga-Penjaja BTP, Ahli Majlis MPS Puan Salasiah Disa dan sukarelawan-sukatelawan masyarakat di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
 
Program ini dihadiri oleh Wakil YB William Leong, Puan Salasiah Disa, serta Pengarah Program Bantu Anak Yatim Raya Lagi, ShaifulAnuar Sulaiman. Sumbangan berupa barang makanan, Baju raya baru dan lama, wang tunai diserahkan kepada Ustaz Suhaimi Dzajuli, Pengasas Kompek Damai ini yang di diami kira-kira 100 orang anak-anak yatim dan asnaf yang berumur antara 1 tahun sehingga 17 tahun.

Mengenai Rumah Anak Yatim Damai Kuang pula, ianya telah ditubuhkan pada 1989. Rumah ini beroperasi di Lot Lorong Teratai, Kuang, Selangor. Penubuhan rumah kebajikan ini dibuat atas dasar tanggungjawab sosial untuk melihat generasi yang lahir dari kalangan anak-anak yatim dan asnaf ini akan lebih terbina sahsiah serta keperibadian dan mempunyai asas pendidikan yang kukuh. Rumah kebajikan ini diusahakan dan diuruskan oleh Tuan Haji Suhaimi Dzajuli dan beberapa orang tenaga sokongan serta sukarelawan.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara anggota-angota KELAB ANAK MUDA WANITA BTP (KAMU) dengan anak-anak yatim di sini di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat. Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada anak-anak yatim di sini dan mereka akan merasa dihargai dan diingati apabila adanya program lawatan sebegini.
Bagi pihak Rumah Anak Yatim Damai ini pula, sebagai sebuah organisasi yang bergerak secara sukarela, pengurusan Rumah ini mempunyai keterbatasan untuk mengatur kegiatan menjana kewangan. Namun, keperluan untuk menggiatkan aktiviti kepada penghuni harus dilaksanakan secara berterusan. Justeru itu, keprihatinan masyarakat, institusi dan organisasi korporat amatlah diharapkan untuk membantu ke arah mereaslisasikan harapan ini. 

Pengarah Program, Shaiful Anuar Sulaiman berharap program sebegini akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Sabtu, 27 Julai 2013

KUASA SUJUD DALAM SISTEM MANUSIA SEKARANG ~ MENAKJUBKAN

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…

SIFAT WANITA YANG SELALU DI BENCI LELAKI..........

Antara sifat WANITA YG DI BENCI LELAKI: 
1.Ingkar Allah, 2.Tak dengar nasihat, 3.cerewet sgt, 4.Queen control, 5.selekeh, 6. mulut celupar, 7.curang, 8.pemalas, 9.mengada ngada atau manja sgt, 10.suka mendesak, 11.mengugut utk putus bila gaduh, 12.membosankan, 13.pisau cukur, 14.terlalu materialistik, 15.cemburu buta, 16.terlalu bergantung, 17.tunjuk pandai & bodohkan lelaki, 18.membandingkan dgn lelaki lain, 19.mengungkit, 20.tomboy sgt, 20. bimbo, nampak sgt bodoh, 21.pembohong, 22.terlalu kerap ubah pendirian, 23.rajuk lama, 24.tak mahu mengalah, 25."murahan" 26.tak sopan, 27.suka tuduh yg bkn2, 28.mahu lelaki berubah ikut citarasa dia, 29.mahu perhatian 24 jam, 30.tak nampak pengorbanan lelaki, 31.suka tanya kisah lampau lelaki, 32.tak hormat ibubapa/ keluarga lelaki, 33.gedik sgt. 
Mari kita pesan memesan utk kebaikan bersama & jadikan Ramadhan sbg titik perubahan. Waassalam.

Perniagaan suatu jihad dan ibadah....serta pelaburan jangka panjang utk akhirat.....

Perniagaan suatu jihad dan ibadah....serta pelaburan jangka panjang utk akhirat.....

Selasa, 23 Julai 2013

MARI KITA TERIMA PASANGAN KITA SEADANYA....KITA PASTI BAHAGIA......

 
Terima Pasangan anda seadanya...

Ingatlah..
Pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri...
Jangan terlalu mahukan kesempurnaan...
Kerana kesempurnaan akan lahir daripada pasangan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain...

Jika terdetik rasa kurang senang..
Fikirkanlah kebaikan yang telah mereka lakukakan..
Elakkan dari memikirkan kekurangan dan keburukan....

Ingatlah...
Tujuan perkahwinan bukanlah untuk menguasai ataupun dikuasai...
Tetapi tujuan perkahwinan itu adalah untuk saling lengkap melengkapi....

Percayalah...
Lengkap melengkapi akan membuahkan kebahagiaan.....
Menguasai dan dikuasai akan mengakibatkan kehancuran dalam hubungan....

Selasa, 16 Julai 2013

BANTU ANAK YATIM NAK RAYA LAGI ~ PROJEK AMAL PUASA KALI INI

Bila di ajukan persoalan tentang baju-baju lama yang masih elok di gunakan, maka beberapa orang kawan saya telah memberikan idea untuk saya mengumpulkannya dan mungkin dapat di sumbangkan kepada yang memerlukannya di kala sayawal yang akan menjelma.

Satu idea yang baik.

FB/Bantu Anak Yatim Raya Lagi  pun segera di wujudkan dan sekarang hampir sedozen baju-baju melayu dapat di kumpulkan.

Jika sesiapa berminat untuk mendermakan baju-baju yang masih elok untuk di gunakan, bolehlah menumbangkannya kepada saya melalui FB/Bantu Anak yatim Raya Lagi, apa yang di perlukan adalah dengan membungkus baju-baju berkenaan, tuliskan ucapan Selamat Hari Raya, letakkan saiz dan umur untuk kanak-kanak yang akan menerimanya...

Itu sahaja.

https://www.facebook.com/pages/Bantu-Anak-Yatim-Raya-Lagi/470082033040975?ref=hl

Khamis, 27 Jun 2013

KEBENARAN TENTANG TULANG SULBI, BERTAHAN HINGGA KIAMAT

Tulang Sulbi (Tulang Ekor) Manusia Dan Kebenaran Hadis Nabi SAW

Tulang sulbi atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bagian terbawah dari tulang belakang.

Tulang sulbi ini adalah tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhir. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bagian tubuh manusia akan rusak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:

Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

fakta, bahwa hadits ini benar.

Seorang dokter yang berama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 menit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi mereha kemudian menghitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.

Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke labolatorium analisa terkenal di Sanaa, Yaman. Nama labolatorium itu adalah (Al Olaki Labolatory) 

Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.

Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.

Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui.

1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah?

Ahad, 23 Jun 2013

MALAM NI 15 NISFU SYA'BAN... ALLAH AMPUNI SEMUA HAMBA-HAMBANYA KECUALI YG BERMUSUH DAN SYIRIK

Malam Nisfu Sya'ban ialah malam 15 Sya'ban.

23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.

Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.

Selasa, 9 April 2013

TAHNIAH KEPADA PENYANYI AISHAH, BOLEH LA PEMINAT SEMUA TURUN KE JEMPOL BANTU

Tiga tokoh baru dipilih oleh PAS untuk membawa cabaran pada PRU 13 nanti. Mereka ialah Penyanyi terkenal Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol, Arkitek terkenal Dato Raja Kamarul Baharin Raja Ahmad di Parlimen Kuala Terengganu dan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato Fauzi Shaari di Parlimen Larut.

WEEKEND DI RUMAH JALAN BAWAH TG PIANDANG....

Memang dingin sekali dibuai angin petang di ban pecah,tg piandang .. sempat bergambar dgn adindaku Saifuddin,
Harap dapat luangkan masa dengan rakan sekolah selepas ni.... dulu di kawasan inilah, aruah bapa duk bawak memancing ikan semilang..... bila air pasang tergesa2 la balik takut di kepong air pasang.... pasir memang halus... tapi sekarang semuanya di tambak dgn batu2 besar utk menghalang dari di makan air pasang.......

Rabu, 3 April 2013

JANGAN AMBIK JALAN PINTAS, RASUAH KEJAR KEMEWAHAN

Banyak sebab menjadi punca berlaku rasuah. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan individu.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan, memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum?
Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka?

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya" (al-Baqarah : 188)

Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu? Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
Ambillah ini sebagai iktibar dan jawapan kepada persoalan dikepala sebagai seorang pemimpin yang hendak memimpin.
@(MediaPKR/SAS)

Isnin, 18 Mac 2013

Keputusan peperiksaan SPM bakal menjelma.... pasrah dengannya..

Hari Rabu @20 Mac 2013 bakal menjadi detik penentu masa depan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan besar dalam hidup mereka, SPM. Hari bakal menjadikan mereka lebih arif dan berpengalaman dimana mereka kelak akan terpisah dari keluarga dan kawan-kawan selepas bulan Julai nanti, ada yang ke IPT, ada yang ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik dan sebagainya. Namun, segalanya juga bukan menjadi titik akhir kehidupan bagi yang tidak berjaya dan harus mengambil semula peperiksaan SPM itu kelak.

Salam tahniah dan selamat berjaya
dari cekgu..