Khamis, 19 Mac 2009

Tarikh lahir satukan Emelda - Adlin


Oleh ANGELINA SINYANG
PASANGAN sejoli... Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramli bersama barangan hantaran mereka.
TANGGAL 14 Mac 2009, genaplah 29 tahun usia pelakon Emelda Rosmila. Sambutan hari lahir kali ini meninggalkan kenangan manis bagi Emelda atau lebih mesra dipanggil Mel kerana pada hari itu secara rasminya menjadi tunangan kepada pelakon dan penggiat teater, Adlin Aman Ramlie, 36.
Pasangan merpati dua sejoli yang sudah empat tahun menyulam cinta ini didekatkan dengan ikatan pertunangan dalam majlis ringkas tetapi meriah yang berlangsung di rumah pusaka keluarga Mel di Kampung Batu Lapan, Ulu Kinta, Ipoh, Perak pada tarikh tersebut.
Meskipun impian disatukan sebagai suami isteri pada bulan ini tidak menjadi kenyataan, Mel dan Adlin tidak kecewa kerana hubungan cinta mereka kini tersimpul kukuh dengan ikatan pertunangan.
Pemergian ayahanda tercinta, Abdul Hamid Md. Ally akibat serangan jantung pada 2 Februari 2008, ujar Mel, merupakan punca mengapa dia dan Adlin mengambil keputusan menangguhkan perkahwinan yang dirancang diadakan pada bulan ini.
"Rancangan mahu bertunang dan berkahwin sudah lama dibuat tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ayah meninggal dunia pada 2 Februari 2008.
"Tidak sesuai rasanya kami mengadakan majlis perkahwinan dalam keadaan keluarga masih bersedih mengenangkan pemergian ayah, apatah lagi ibu (Rokiah Ibrahim) baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahimnya kira-kira sebulan lalu," kata Mel.
Hasil persetujuan bersama, Mel dan Adlin memilih hari lahir mereka untuk memeterai ikatan suci antara mereka.
Tarikh lahir Mel yang jatuh pada 14 Mac lalu dipilih untuk melangsungkan majlis pertunangan manakala hari lahir Adlin pada 23 Mei ini akan menyaksikan mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan.
Pada majlis pertunangan itu, wang hantaran telahpun ditetapkan RM29,000 dan mas kahwin sebanyak RM1,001.
Bagaimanapun ibu Adlin, seniwati veteran Ruminah Sidek atau lebih mesra dipanggil Mak Mah menambah RM1,000 lagi sebagai hadiah kepada bakal menantunya menjadikan wang hantaran RM30,000.
Seperti majlis pertunangannya, Mel juga merancang mengadakan majlis perkahwinan di rumah pusaka keluarganya kerana rumah itu menyimpan seribu kenangan pahit dan manis Mel sejak kecil sehinggalah dewasa.

Selasa, 17 Mac 2009

Rozita Che Wan makin cantik, bergaya !!!



Ditulis oleh Rosli Manah
Rozita Che Wan ni semakin hari semakin lawa pulak penampilannya. Sebab itulah macam-macam gosip singgah dekat dia. Dulu ada gosip dia dapat hadiah kereta daripada Datuk K. Selepas dia menafikannya, gosip tu senyap sekejap. Kini ada pula gosip mengaitkan nama Rozita. Kali ini dikata dia sudah menjadi isteri kedua kepada suami seorang artis.Yang nyata, dalam banyak gosip itu Rozita semakin laris berlakon dan penampilannya juga semakin mengancam.

Inilah wajah terbaru Rozita yang dirakam semasa menghadiri pelancaran drama terbaru lakonannya 3 Janda yang akan disiarkan di saluran Astro tidak lama lagi. Judul drama terbitan Metrowealth Movies Production itu macam kena pula dengan status sebenar Rozita sebagai ibu tunggal. Selain Rozita, drama itu turut membariskan dua pelakon eksklusif Astro, Farid kamil dan Lisa Surihani, Norliana Samsudin dan Ery Sulaiman.
Cuba perhatikan susuk badan Rozita. Makin kurus nampaknya dia ni. Kurus yang menambah seri. Okeylah tu. Jaga badan atau memendam rasa dek banyak sangat gosip pasal dirinya?

MY DAVID BECKHAM ....



David Beckham and fellow team mates of Milan Team celebrate during the Serie A match between AC Siena and AC Milan at the Artemio Franchi Stadio on MARCH 15, 2009 in Siena, Italy. (Photo by New Press/Getty Images)

TIADA INSENTIF RANGSANGAN... SAHAM BLUECHIPS TURUN HARGA !!


KEKECEWAAN berhubung kekurangan insentif langsung kepada syarikat tersenarai dalam Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion bagi tempoh dua tahun yang diumumkan minggu lalu mencetuskan aktiviti jualan dalam kaunter perbankan utama. Ia juga berlaku susulan penurunan unjuran kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi keseluruhan 2009 yang dijangka berpotensi mengehadkan pertumbuhan pinjaman dan peningkatan hutang tidak berbayar (NPL). Kaunter perbankan utama seperti Maybank yang susut 54 sen, Public Bank susut 85 sen dan Public Bank-Asing susut 90 sen, menyumbang hampir 70 peratus kepada penurunan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) minggu lalu.

Pesan Fazura kepada mak datin....




Oleh NIEZAM ABDULLAHFoto RASHID MAHFOFSolekan EMMA MUSTAFA (Shuuemura 016-6748854)Pakaian RIZMAN RUZAINI(rizman_ruzaini@yahoo.com)
KALAU dulu tidak keterlaluan saya katakan apabila sebut nama Fazura, ramai yang akan mengangkat kening sebelah. Mana tidaknya, wanita ini sering dikaitkan dengan perkara yang kurang enak.
Dialah kaki gaduh, dialah gadis liar. Pendek kata yang jahat atau tidak baik itu semuanya ditujukan buat Fazura. Menambahkan lagi cakap-cakap orang apabila berlaku kejadian dia didakwa mencederakan seorang surirumah di sebuah kelab hiburan kira-kira lima tahun lalu. Bukan mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan tohmahan tersebut jika seseorang itu tidak dikurniakan semangat dan kekuatan yang tinggi.
Sebelum ini Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 26, pernah berkata hidupnya bagaikan “tersiksa” dek kerana kejadian tersebut.
Tetapi syukur akhirnya semua orang tahu siapa sebenarnya yang bersalah apabila wanita yang gemar membahasakan dirinya Faz ini dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan tersebut.
Hari ini Faz membuktikan dia bukanlah wanita murah yang boleh disepak terajang macam bola. Faz yang saya kenali sejak sepuluh tahun lalu menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari segi bercakap, pergaulan, kerjaya dan segala-galanya berubah.
Yang ketara kata wanita ini, tatkala usianya sudah menghampiri 26 tahun pada 27 September ini dia merasakan sesuatu. Apa dia? Saya merungkai rahsia itu.
Ketika diminta untuk bergambar mengenakan pakaian kelas pertama rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini, Faz meminta tidak diberikan pakaian yang agak seksi. Seksi dalam erti kata yang terlalu menjolok mata. Pelik? Yalah.. sebelum ini dia tak memilih corak atau jenis pakaian untuk diperagakan.
Tetapi kali ini Faz membuat satu perubahan baru, dia mahu kelihatan lebih sopan? Kenapa? Bukan mengada-ngada tapi kata Faz ada sebabnya. Kata wanita ini dia sudah tidak sesuai untuk bergaya dengan mengenakan pakaian yang sedemikian rupa lagi.
Segala-galanya disebabkan faktor usia kerana Faz merasakan dia sudah tua. Sudah tidak sesuai lagi hendak bergaya macam budak-budak remaja seperti beberapa tahun lalu. Tahun ini ketika usianya melepasi 25 tahun, satu perasaan baru tiba-tiba hadir melintasi hati dan benak fikirannya.
“Tahun ini Faz merasai perasaan yang baru. Yalah, betul kata orang tua apabila dah dewasa, kita akan rasakan sesuatu yang lain.
“Kalau dulu rasa asyik nak enjoy 24 jam tapi hari ini perasaan itu sudah hilang. Entahlah. kawan-kawan semuanya dah kahwin. Ada yang mengandung. Suasana tu dah berbeza sekarang.
“Tak salah Faz kata yang Faz dah tua. Kadang-kadang apabila mencecah usia dewasa ini kita rasa risau semacam,” katanya. Dek kerana kerisauan itu maka Faz mempunyai perancangan lain.

Isnin, 16 Mac 2009

KALAH DI ALL ENGLAND, MENANG DI SWITZERLAND


DATUK Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi kekalahannya kepada Lin Dan apabila menewaskan pemain China itu 21-16, 21-16 untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.
Kejayaan manis pemain nombor satu dunia itu bukan sahaja berjaya menebus kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 malah Terbuka China 2008 dan Seluruh England 2009 minggu lalu. Turut muncul juara semalam adalah pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan beregu Denmark, Martias Boe-Carsten Mogensen 21-14, 21-18 untuk mengungguli acara beregu lelaki.

Rumah Pelajar 20A..... Moga Tuhan memberkati keluarga mereka


Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut suboh pun tak terkejut!!Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui samada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan samada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.Saya terbaca lapuran bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja.Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.Ameen ya robbal 'alamin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 13 Mac 2009

ANOTHER SKYSCRAPER NEXT TO TWINTOWER IN KL


KUALA LUMPUR - MALAYSIA'S capital Kuala Lumpur will see a 65-storey Four Seasons building rise up alongside its iconic 88-storey Petronas Twin Towers, a report said on Friday.The tower, which will include a hotel, apartments and a shopping mall, will be completed by 2012 despite the global economic crisis, developer Syed Yusof Syed Nasir told the New Straits Times.The daily said the project, known as Four Seasons Place, was being built by a firm controlled by Syed Nasir along with Malaysian tycoon Ong Beng Seng and the Sultan of Selangor.'We are committed to the project even during the downturn,' Syed Nasir said.The daily said the 140 apartments in the project would be sold for about RM2,500 (S$1,049) per square foot.The 452-metre (1,483-foot) Petronas Twin Towers which were completed in 1998 were the world's tallest buildings until they were upstaged by the 509-metre-high Taipei 101 in Taiwan's capital. -- AFP

Isnin, 9 Mac 2009

JUE AZIZ- TIADA EPISOD LUKA DLM KAMUS HIDUPNYA


Tiada lagi episod luka dalam kamus hidupnya. Segala memori silam dikuburkan bersama deraian air mata kekesalan. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana berpeluang membetulkan segala kelemahan diri.Cinta bukan lagi fokus utama, sebaliknya dia berusaha mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, keluarga, karier dan jalan hidup yang lebih tenang.Akui Jue Aziz, dia dapat merasakan kelainan dalam dirinya. Berkat kemahuan diri yang kuat di samping dorongan keluarga yang tidak pernah putus, segala kelemahan berjaya diperbetulkan sedikit demi sedikit. Yang pasti, dia kini lebih bahagia dan tenang.“Kesedaran bermula bila Jue mendekatkan diri dengan Allah. Keikhlasan keluarga membantu Jue juga membuatkan Jue rasa bersalah dan mula sedar dengan segala kesilapan.“Daripada situ, Jue bangkit dan kembali bersemangat mengatur kehidupan yang lebih baik. Jue percaya perubahan boleh berlaku jika kita mahu dan bersungguh-sungguh. Jika kita berubah kerana orang lain, ia tidak bertahan lama.“Terus-terang jika diputarkan waktu, Jue tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Biar orang mengenali Jue kerana kerja Jue. Sepanjang dalam industri, kehidupan Jue tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Ada saja yang diperkatakan orang sehingga melukakan hati keluarga Jue.“Apapun, Jue anggap ia sebagai pengalaman. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan ia terbukti apabila Jue kini semakin matang dan sedar kelemahan diri.“Kalau boleh, selepas ini Jue tidak mahu dikaitkan lagi dengan mana-mana lelaki atau gosip cinta. Jika bertemu yang sesuai, Jue akan terus kahwin,” katanya bersungguh-sungguh.Sambil menghela nafas panjang, Jue berkata, hatinya pedih setiap kali dikaitkan dengan tanggapan bukan-bukan mengenai dirinya, walhal penilaian itu dibuat berdasarkan pandangan luaran semata-mata.

Badminton: Lin Dan repeats Olympic win


BIRMINGHAM, England - Olympic champion Lin Dan repeated his Beijing victory over world number one Lee Chong Wei when he won back the men's singles title at the All-England Open here on Sunday. The Chinese star beat the ambitious, hard-working Malaysian 21-19, 21-12, after beginning rather patchily, then grabbing his first important chance, and accelerating impressively towards the end. "I don't feel the pressure because I have already played and won the most important title," Lin had said before the final - referring to the 2008 Games - and so, eventually, it proved. However, for a while in the first game at Britain's national indoor arena Lin faltered unexpectedly. From leads of 8-2, 10-6, and 16-12 he began to make errors, not all of them forced, allowing Lee to nudge his way up to 19-17.

Ahad, 8 Mac 2009

Cops stop illegal march to Istana Negara called themselves ANTI PPMSI ......


KUALA LUMPUR: Defying police orders, some more than hundred thousand of people marched from the National Mosque to Istana Negara to submit a memorandum to the king to protest against the policy of teaching Science and Mathematics in English.

Kumpulan ‘muka pecah pintu’ juarai Raja Lawak 3


Sorakan dan tepukan daripada penonton Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga peringkat akhir di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi telah membuktikan yang kumpulan Sepah memang layak bergelar juara.

SELAMAT BERJAYA DI FINAL ALL ENGLAND !!



KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki Nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mencatatkan pencapaian bersejarah dalam kerjaya profesionalnya selepas berjaya ke perlawanan akhir Badminton Terbuka All England yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham.

CINA ISLAM (林川興): Program tanam pokok demokrasi pagi ini

CINA ISLAM (林川興): Program tanam pokok demokrasi pagi ini

Ikan keli goreng bercili .. waduhh sedap ooo



Kalau ada penggemar ikan keli, boleh cuba resepi ni.... saya memang suka makan ikan keli nie, berempah ke, karike, gorengka, dapat tengok resepi kak tirana nie, teruss cuba....
Bahan-bahannya adalah...
5 ekor ikan keli (yg sederhana besar) - dipotong dua
seulas bawang putih dan 5 biji bwg kecil ditumbuk
2 biji bawang besar - dipotong bulat
5 tangkai cili kering - direbus dan diblend.
Cara masak:
ikan keli tu dibasuh dengan air limau nipis dan asam keping serta garam kasar. utk hilangkan hanyir dan lendir.
Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit - digoreng dalam minyak yg diletakkan asam keping. Petua spy masa digoreng, ikan tu tak meletup.
Utk 'bercili', tumiskan bawang merah + bwg putih hingga naik bau, masukkan cili kering blended tu, tak perlu tambah air masak sebab bukan nak buat sambal.Pastikan terasa garamnya dan akhir sekali masukkan ikan keli goreng dan bawang besar tadi. Kacau-kacau. dah siap.
Makan dengan nasi panas berasap...
Boleh gunakan ikan selain keli... kembong, tenggiri, kerisi...
@naskah drp hazlin/tirana

SMS ALERT YG MENGEJUTKAN.....


Tit Tit ... berbunyi hanfon Areef Raimi. Diangkatnya hanfon dan baca SMS yang baru diterima."28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas mengadap Sultan Perak."

Dibacanya untuk isteri dengar."Wah hilanglah majoriti Pakatan.""

Ini bagusnya perkhidmatan SMS Agendanews abang baru sewa. Lagi cepat berita politik dari TV, Radio dan suratkhabar."

"Baguslah bang. Maklumat abang kira terkinilah."

Dimasa lain, dapat mesej pasal pergolakkan diPerak."DUN Perak bersidang bawah pokok," Areef membacakan SMS."Ya ke bang? Kenapalah dia orang tu? Tak fahamkah mesyuarat yang tidak berjadual kena minta perkenan raja.

"Lain masa pula.Tit Tit ... "Ada pekej ransangan ekonomi RM10 billion.

"Tit Tit ... "Polis menyembor air kepada demonstrasi PPSMI."

Ada saja SMS terkini dari Agendanews.

Mula-mula Rahimah suka bertanya apa berita yang diterima. Lama-lama dia dah bosan. Biasalah orang pompuan bukan suka sangat cerita politik. Terutama sekarang banyak sangat wayang.Ada sekali itu, suami balik lambat betul. Entah kempen apa dan untuk siapa. Dia masuk tidor lepas sembahyang subuh.

Rahimah tengah menguruskan rumah tapi terganggu dengan banyak SMS masuk dalam hanfon suami. Dia mula-mula agak SMS Agendanews.Lama-lama dia teringin nak tahu kenapa banyak SMS masuk. Ada huru hara mana-mana ke? Areef mesti nak tahu.Dia malas nak kacau si Areef yang sedang tidor lalu dibukanya hanfon suami. Ditekan SMS terakhir.Tersentak Rahimah terbaca mesej "Thingking of you. Call me xoxo."

Bila dilihat nama penghantar Mohd Nor, dia heran? Macam mana orang lelaki tulis macam itu. Dia pun talipon nombor itu.

Sorang pompuan angkat sebelah sana,"You dapat mesej I tadi? Aini miss you lah bang."Dia terus matikan hanfon tu dalam terkejut. Rupanya bukan Mohd Nor tapi Noraini.

Celaka Areef, rupanya SMS Agendanews itu buat guna untuk temberang aku. Nanti aku kejutkan.Habis. Tak payah tunggu Perak huru hara hingga darurat.

@Nukilan Husin Lempoyang

Jumaat, 6 Mac 2009

DATUK LEE CHONG WEI MESTI MENANG UTK KE FINAL ESOK !


DATUK Lee Chong Wei dijangka tidak berdepan masalah menempatkan diri dalam kelompok empat pemain terbaik, esok apabila bakal berdepan lawan mudah dari Finland, Ville Lang pada saingan suku akhir Badminton Seluruh England 2009 di Birmingham, hari ini.Pemain ranking pertama dunia dan pilihan utama kejohanan Siri Super pusingan ketiga itu, hanya memerlukan 37 minit untuk menyingkirkan pemain Jerman, Marc Zwiebler, 21-18, 21-16 pada saingan pusingan kedua di National Indoor Arena, semalam. Lang menentang Chong Wei, juara Terbuka Malaysia, selepas Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, menarik diri kerana mengalami kecederaan belakang badan sewaktu menjalani sesi latihan.Turut mencari tempat ke separuh akhir adalah gandingan negara, Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari selepas mereka menang mudah ke atas beregu Denmark, Anders Kristiansen-Simon Mollyhus yang menarik diri sewaktu berada pada kedudukan 21-20 set pertama.

WIRA DERMAWAN 2009 - FORBES ASIA


SINGAPURA: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah, adalah antara empat rakyat Malaysia yang dinobatkan oleh Forbes Asia sebagai "Wira Dermawan 2009".
Mereka yang lain ialah Datin Seri Panglima Raya Erom, juga dari Sabah dan isteri bekas ketua menteri Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak; pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah; serta presiden dan pengasas Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Lim Kok Wing.
Forbes Asia hari ini mengedarkan terbitan tahunan "Heroes of Philanthropy" ketiganya dan terbitan kedua yang menyenaraikan 48 penderma terkemuka empat daripada setiap 12 negara terpilih yang memberikan sumbangan yang besar dan ada kalanya inovatif, bagi tujuan amal di Asia dan di negara-negara lain.
Dalam satu siaran media di sini, Forbes Asia berkata yang terpilih bukanlah semestinya mereka yang menghulurkan derma terbesar, sebaliknya pilihan itu bertujuan menonjolkan orang yang bermurah hati dari golongan yang berbeza-beza, sebahagiannya yang terpilih tahun lepas, tetapi kebanyakannya nama baru yang patut diberikan pengiktirafan.
Ia berkata krisis kewangan global menjejaskan kekayaan di seluruh Asia, tetapi tahun lepas masih merupakan tahun yang baik bagi sumbangan amal kerana hartawan dan penderma-penderma cuba meneruskan komitmen amal mereka dan antara penerima manfaat itu ialah mangsa gempa bumi Sichuan dan angin puting beliung Myanmar.
Dalam kata-kata penghargaannya, majalah itu berkata Ahmadshah, 62, pemilik harta berskala kecil, mengasaskan Yayasan Tun Ahmadshah pada 2004 untuk membantu mereka yang memerlukan dan menderma kira-kira AS$13,000 setahun.
Ia mengeluarkan biasiswa dan membiayai program pendidikan bagi pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik, membayar kos perubatan dan kelengkapan penjagaan kesihatan, serta membantu ibu tunggal, anakanak yatim dan mangsa tragedi.
Raya Erom, 46, mewarisi sebahagian besar kekayaannya daripada bapa mertuanya, Tun Mohd Said Keruak, yang juga bekas Yang diPertua Negeri Sabah, dan melabur dalam sektor pembangunan harta, perkayuan dan pelancongan.
Menurut Forbes Asia, beliau yang bercita-cita membantu seramai orang yang mungkin sejak di bangku sekolah lagi itu menjalankan kerja amal dalam pembangunan kanakkanak, pendidikan, kesihatan, kesenian, muzik perlindungan alam sekitar dan kesukanan.
Raya Erom kemudian menubuhkan Yayasan Kebajikan Suria pada 1996, dan yayasan itu telah membantu lebih 1,000 kanak-kanak di seluruh Sabah.
Tahun lepas beliau menderma sejumlah AS$37,000 dan bentuk wang dan barangan, dan tahun ini yayasan itu akan menubuhkan bahagian kaunseling wanita bagi menangani cabaran kerjaya, kemurungan, kemandulan dan penderaan.
Majalah itu berkata Cheah, 63, memulakan Tabung Amanah Pendidikan Sunway pada 1997, yang telah mengeluarkan biasiswa kolej bernilai AS$12 juta sejak penubuhannya.
Beliau menderma AS$3 juta tahun lepas, kebanyakannya bagi pembinaan dan kerja baik pulih sekolah rendah dan menengah, dan kini merancang untuk menjadikan dana amanah itu sebagai Yayasan Tan Sri Jeffrey, menjelang pertengahan tahun ini, dengan mengambil contoh Yayasan Harvard.
Tentang Lim, 62, Forbes Asia berkata beliau telah menyumbang dan menganjurkan kempen mengumpul dana bagi segalanya, dari usaha membanteras AIDS hinggalah menentang dasar apartheid.
Misi beliau ialah "merintis jalan bagi pembelajaran individu yang memerlukan untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka sepenuhnya agar mereka boleh menyumbangkan kepada pembinaan negara," kata Forbes.
Tahun lepas, Lim menyumbang sejumlah AS$22,000 kepada perjuangan rakyat Palestin melalui kempen mengumpul dana "Plight of Palestinians: From Grim to Bleak", kata majalah itu. BERNAMA

Rabu, 4 Mac 2009

BANJIR DI KL...



KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan beberapa kawasan dan jalan utama di ibu kota ditenggelami air sedalam satu hingga dua meter, petang semalam. Difahamkan banjir turut menyebabkan ribuan warga kota terkandas berikutan air yang naik dengan pantas ketika kebanyakan pekerja mula keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah. Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lebih 1,000 kakitangan di bangunan itu terpaksa menunggu beberapa jam untuk keluar dari pejabat masing-masing, berikutan banjir kilat melanda kawasan sekitar dan jalan utama. Selain orang ramai yang terperangkap, banjir turut menyebabkan hampir 200 kenderaan yang ditinggalkan di kawasan letak kereta PWTC, tenggelam dan hingga jam 7 malam semua kenderaan gagal dikeluarkan pemilik masing-masing berikutan paras air belum surut.

Selasa, 3 Mac 2009

IBU TUNGGAL LAHIRKAN 8 BAYI JADIKAN 14 SEMUA ANAKNYA



NADYA Suleman menjadi ibu tunggal paling terkenal di dunia selepas melahirkan lapan bayi kembar beberapa minggu lalu, sekali gus menjadikan jumlah anaknya kepada 14. Tetapi, dengan melihat kepada Nadya, tidak akan ada orang yang menyangka dia berada di tengah kontroversi seluruh dunia atau dapat membayangkan bagaimana dia akan membesarkan sebegitu ramai anak.
Nadya, 33, yang mempunyai enam anak lain di bawah usia lapan tahun, memeranjatkan dunia dengan sikap tenangnya. Bekas jururawat psikiatrik itu tersenyum sambil berkata: “Saya mempunyai rancangan — setiap hari saya akan lebih bersedia. Saya tidak fikir orang ramai yang memarahi dan menyelar saya akan membantu saya menguruskan 14 anak. Saya tidak akan membiarkan diri saya tenggelam dengan kecaman itu demi kehidupan anak saya. Menjadi anak tunggal mendorong Nadya yang berasal dari Los Angeles untuk memiliki begitu ramai anak.Katanya : “Sudah menjadi impian saya sejak sekian lama untuk mempunyai ramai anak, keluarga besar. Saya teramat rindu untuk mempunyai hubungan dan kaitan dengan orang lain, sesuatu yang tidak pernah saya peroleh ketika membesar.”
Hakikat bahawa bayi kembar lapannya diperoleh menerusi teknik penyuburan menyebabkan banyak tanggapan berbeza mengenai wanita itu. Kemudian, apabila media mendedahkan bahawa anaknya yang lain juga diperoleh menerusi teknik penyuburan, bermulalah satu perbahasan hangat mengenai tindakan wanita itu.Nadya dan doktor yang membantu proses kehamilan cara itu diselar hebat.Namun, sambil membelai kepala anaknya, Nadya tidak sedikitpun menunjukkan rasa kesal atau kecewa, jauh sekali tertekan.“Ini Noah. Dia semakin sihat,” kata wanita itu perlahan. “Ini pula Jonah. Dia mencetuskan masalah. Jeremiah pula menjalani rawatan sakit kuning....”
Lapan bayi ajaib itu dilahirkan pada 26 Januari lalu. Pasukan perubatan seramai 46 orang di Hospital Kaiser Permanente mulanya menyangka hanya ada tujuh. Tetapi, tiba-tiba muncul bayi yang kelapan. Ia mungkin terlindung oleh adik-beradiknya yang lain ketika ujian pengimbasan.Bayi itu pada mulanya dilabelkan ‘A’ hingga ‘H’ sebelum dinamakan Noah, 12.1 kilogram, Maliah, 1.24, Isaiah, 1.47, Nariah, 1.13. McCai 680 gram, Josiah, 1.24 kilogram, Jeremiah, 595 gram dan Jonah 1.21 kilogram.Seorang demi seorang bayi itu akan dibawa pulang dalam masa beberapa bulan lagi ke rumah Nadya yang dikongsi bersama ibubapanya. Keinginan Nadya untuk memperoleh anak bermula sejak dia berkahwin dengan Marcos Gutierres. Pasangan itu sudah bercerai. Nadya tertekan selepas mengetahui dia tidak mampu mengandung secara semula jadi.“Saya berdepan dengan banyak masalah.
Satu-satunya pilihan yang ada ialah menerusi teknik penyuburan,” kata Nadya.Dia menjalani proses pengeluaran benih sementara seorang teman lelaki bersetuju mendermakan sperma dan embrio pertama berjaya dimasukkan pada 2001.“Kemudian, apabila dilahirkan dan anak saya semakin membesar, saya sedar dia perlukan adik. Saya lahirkan tiga lagi selepas itu sebelum melahirkan bayi kembar dua pada 2006,” katanya.Nadya menggunakan wang bantuan untuk orang kurang upaya bagi membiayai rawatannya.“Saya juga bekerja dua syif sehari. Saya berjimat. Selepas yang keenam, terlintas di hati saya untuk memiliki lebih ramai lagi anak.”Kerana tidak mahu membazirkan baki enam embrio, Nadya meminta doktornya menanam semua embrio itu pada dirinya. Dia tidak sangka semuanya akan hidup dan dua daripadanya akan membentuk dua lagi pasangan kembar.“Orang ramai mungkin tidak menyedari mengenai hal ini. Nisbahnya amat rendah untuk satu embrio menjadi bayi. Yang paling banyak yang saya jangka hanyalah kembar dua,” kata wanita itu.Hanya sebulan selepas proses penanaman embrio itu, perut Nadia sudah membesar luar biasa.
“Saya menjalani ujian pengimbasan dan pada mulanya mereka hanya melihat lima. Saya begitu gembira dan terharu,” katanya.Malah, ketika doktor menerangkan bahaya dan ancaman kesihatan yang dihadapinya dan juga kandungannya, Nadya masih tidak bimbang atau takut. Tetapi dia mengaku, ketika tarikh melahirkan kandungannya semakin hampir, dia berasa bersalah, bimbang dan kecewa terhadap dirinya.Bagaimanapun, proses melahirkan itu berjalan lancar.“Ia sungguh menakjubkan. Semuanya berjalan lancar, tenang dan tersusun. Tetapi tiba-tiba berlaku hiruk-pikuk.
Orang ramai marah dan mengutuk saya. Ketika itu saya mula menangis. Saya begitu terkejut.”Walaupun Nadya bertegas menyatakan dia gembira untuk menukar 250 lampin seminggu dan menyuapkan makanan 320 kali kepada anaknya, ramai pakar sangsi keupayaannya.“Sepanjang 30 tahun saya tidak pernah memberi rawatan penyuburan kepada wanita yang sudah mempunyai enam anak.
Saya juga tidak pernah mendengar ada doktor lain yang melakukannya,” kata pakar sakit puan, Dr David Adamson.
Pakar sakit jiwa, Jenn Berman pula berkata: “Mustahil bagi satu orang untuk memenuhi kehendak semua 14 anaknya.”Ibu Nadya begitu marah dan berkata dia sungguh kecewa dengan tindakan anaknya.
Pelakon, Naomi Watts berkata, dia tidak tahu bagaimana Nadya akan membesarkan anaknya.‘Keluarga yang mempunyai dua anak juga sudah boleh dianggap ramai,” kata pelakon itu.
Namun, Nadya Suleman tidak bersetuju.