Sabtu, 28 Mac 2009

Mahathir mengesahkan dirinya menyertai semula UMNO !!




TETAP HADIR...Perhimpunan Agung UMNO 2008 berakhir dengan penuh ceria apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) menghadiri hari terakhir perhimpunan itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC. Beliau turut mengesahkan kesediaannya menyertai semula parti yang pernah diterajuinya itu. Kehadirannya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada perwakilan selain disambut dengan pelukan oleh para pemimpin lama dan baru parti termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kanan), Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri).

Najib ambilalih jawatan Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 28 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan terus memberi sumbangan dan berjuang dalam Umno meskipun beliau bukan lagi presiden parti itu.
“Saya masih Pengerusi Badan Perhubungan Umno, saya masih ahli Umno, Ketua Umno (bahagian) Kepala Batas dan ini bermakna bukan saya tinggal parti, cuma beralih kedudukan setelah menjadi presiden parti.
“Sumbangan kepada parti akan diterus dan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008, di sini, hari ini.
Pada perhimpunan kali ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan presiden parti daripada Abdullah.
“Kalau seseorang itu pejuang, kita akan jadi pejuang selama-lamanya, sumbangan masih boleh diberi dalam cara-cara lain,” kata Abdullah.

Jumaat, 27 Mac 2009

Azalina, Shahrir dan empat MB tewas



Dua menteri, tiga timbalan menteri dan empat menteri besar dan ketua menteri tewas dalam persaingan merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno. Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Hasan Malek.
Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal dalam persaingan itu: Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).Hanya seorang ketua menteri yang berjaya terpilih kali ini iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Sementara tujuh menteri yang berjaya dipilih: Datuk Mustapa Mohamad, Datuk Noh Omar, Datuk Ismail Sabri, Datuk Mohamad Zin Mohamed, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Zulhasnan Rafique dan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Manakala lima timbalan menteri yang berjaya dipilih: Datuk Saifudin Abdullah, Datuk SP Lajim Ukin, Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Idirs Haron.Turut terpilih, dua bekas menteri besar: Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah).Hanya seorang calon wanita yang terpilih iaitu Datuk Dr Norraesah Mohamad.
Turut menang di senarai terbawah, ketua Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Justeru, perkembangan dalam Umno kini memberi syarat jelas kepada pembangkang agar berhati-hati dan membuat perkiraan baru. Pembangkang perlu bertindak mengubah strategi daripada mahu mengambil kesempatan atas perpecahan Umno kepada pengukuhan diri sendiri. Pembangkang (Pakatan Rakyat) perlu perkemaskan ikatan pakatan. Pembangkang akan kecewa kalau masih terus mengharapkan peperpecahan dalam rumah tangga Umno.
Yang penting selepas ini serangan ke atas Umno, memomokkan kononnya Umno akan hancur dan sebagainya perlu dirihatkan sedikit dan tumpukan kepada mencuri masa mencari helah dan modal lain. Pembangkang lebih baik terus meracuni pemikiran umum dengan masa depan Umno yang sudah tidak diyakini kerana permasalahan, idealisme, budaya, tradisi dan juga iltizam perjuangannya yang tidak menentu itu, dan bukannnya terus bercerita mengenai perpecahannnya dan juga menghimpun segala macam masalah peribadi (termasuk fitnah) ke atas pemimpinnya.

Perlu berani berubah – Abdullah



KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.
‘‘Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa UMNO wajib melakukan perubahan.
‘‘Apa yang saya ingin dengar adalah suara yang menyatakan ‘aku akan berubah’ lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.
‘‘Sedarilah, di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika UMNO, jika BN tidak berubah, maka pilihan raya ke-12 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada BN menubuhkan kerajaan.
‘‘Selepas ini, rakyat di luar dewan ini, tidak akan mengundi kita lagi,’’ tegasnya di Perhimpunan Agung UMNO 2008, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam ucapan kira-kira sejam itu Presiden UMNO turut meminta UMNO melakukan perubahan berani selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal jika tidak mahu menyaksikan hayat parti itu berakhir.
Menurut Abdullah, UMNO kini berada di persimpangan jalan dan laluan yang dipilih nanti akan menentukan sama ada UMNO kekal relevan sepanjang masa atau akan hanya menjadi satu sejarah masa lalu.
Beliau berkata, ada juga yang masih berpendirian bahawa UMNO tidak perlu melakukan perubahan dan percaya UMNO akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama.
Orde lama itu, kata beliau, ialah dengan menyekat dan menghalang kebebasan warganya daripada menyuarakan kritikan.
Mereka, tegas Abdullah, berpandangan UMNO boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu.
‘‘Masih terdapat di kalangan kita yang lebih tertarik dengan cerita-cerita yang menyeronokkan hingga kita menjadi leka, lena dalam ulitan mimpi bahagia,’’ katanya.
Abdullah bimbang, jika laluan lama dipilih ia bukan sahaja membawa UMNO ke belakang malah akan mempercepatkan berakhirnya talian hayat UMNO.
Sehubungan itu, kata beliau, untuk terus relevan, UMNO perlu berusaha mencantumkan kekuatan lama yang telah hilang dengan elemen baru yang perlu diterokai.
Tegasnya, kekuatan lama yang telah hilang adalah semangat asal dan komitmen asal kepada perjuangan bangsa dan perjuangan parti.
Justeru, katanya, setiap ahli UMNO perlu menghidupkan kembali semangat berkorban, semangat dedikasi, semangat kesederhanaan, semangat berkhidmat, semangat kemanusiaan dan mempamerkan integriti yang tinggi lagi dihormati.
‘‘Gugurkanlah sifat angkuh yang merasakan diri kita sahaja yang betul, yang merasakan diri kita sahaja yang pandai. Jauhilah amalan rasuah, imbangkan perhatian di kalangan warga keseluruhannya baik yang Melayu dan bukan Melayu demikian juga kepada ahli-ahli parti baik yang menyokong kita atau saingan kita,’’ tegas beliau.
Perdana Menteri turut meminta seluruh ahli UMNO mengambil iktibar daripada loceng amaran yang berdering kuat, yang menuntut setiap ahlinya bertanya ‘apa yang tersilap’ atau ‘kenapa dan bagaimana kita tersilap.
‘‘Jawapan spontan saya terhadap persoalan tersebut ialah ‘kita telah gagal mengurus kejayaan kita sendiri’.
‘‘Bahawa kita terlalu mabuk dilambung ombak kejayaan. Bahawa kita menjadi leka diulit gurindam kejayaan. Bahawa kita merasakan diri kita sudah menjadi terlalu kuat. Bahawa kita lebih mementingkan kedudukan kita di dalam UMNO daripada memikirkan kedudukan UMNO di kalangan warga dan di dalam negara,’’ tegasnya.
Keadaan sedemikian, kata Abdullah menuntut ahli-ahli UMNO bermuhasabah, melihat ke dalam diri, meninjau kembali sumber kekuatan selama ini selain memeriksa kelemahan dan kesilapan semenjak akhir-akhir ini.

Cuma 1 jam esok bergelap - Earth Hour 28 mac 2009 8.30 malam



Semua orang digesa untuk memadamkan lampu untuk sejam bermula 8.30 malam pada Sabtu 28 March 2009. Program Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia(WWF) pada Sabtu ketiga setiap March. Melalui kempen ini orang ramai di minta untuk memadamkan lampu atau apa jua peralatan elektrik bagi tempoh sejam. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.
Selamat bergelap sejam esok.....

Rabu, 25 Mac 2009

DATU MUSTAPHA DI SABAH MULAKAN POLITIK WANG UNTUK MEMBANTU ORANG SABAH SETIAP PEMILIHAN USNO ..



Siapa punca politik wang dan bagaimana ia boleh menular dan meresap masuk ke dalam UMNO sedangkan semua pihak sedar bahawa perjuangan awal UMNO tidak pernah dicemari dengan gejala jijik sedemikian.
Malahan, ketika mula-mula UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, bangsa Melayu lebih sanggup berlapar dan mengorbankan harta benda mereka bagi menghidupkan UMNO dan melihat perpaduan serta kemerdekaan direalisasikan.
Lebih membanggakan lagi, ahli-ahli parti ketika itu juga turut mengadakan kutipan derma dan pelbagai sumbangan bukan sahaja untuk membolehkan segala perancangan parti berjalan dengan lancar tetapi juga turut mengumpul dana dan kewangan bagi membiayai rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Sememangnya, alangkah pilu dan dukacita para pejuang lampau yang telah tiada dan sebilangannya yang masih hidup juga tentunya amat terkilan dengan apa yang berlaku dalam arena politik hari ini.
UMNO dikaitkan dengan budaya rasuah yang secara tidak langsung mampu menghancurkan parti dari dalam di samping memberi pelbagai kesan kepada negara dan generasi masa hadapan.
Sedar atau tidak, sememangnya gejala tersebut mula dikesan sekitar awal tahun 1980-an dan diperkatakan pada tahun 1990-an.
Cakap-cakap mengatakan bahawa kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO telah membawa sekali amalan rasuah bukan sahaja dengan kata-kata manis yang menjanjikan pelbagai imbuhan tetapi juga wujudnya penularan sampul berisi di kalangan ahli-ahlinya.
Sesungguhnya ketika itu, penggunaan politik wang tidak dibincangkan secara terbuka seperti hari ini dan ia dilakukan secara tersembunyi agar tidak memalukan para pelakunya.

Selasa, 24 Mac 2009

LA NINA SEDANG MENYERANG MALAYSIA ..BERJAGA-JAGA



SITUASI cuaca tidak menentu sejak beberapa minggu ini terutama di sebelah petang menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai terutama di bandar besar kerana mereka berhadapan dengan risiko kemungkinan terperangkap dalam hujan lebat serta banjir kilat. Apa tidaknya, hanya dalam tempoh lebih dua jam hujan lebat tanpa henti, air akan naik mendadak dan sudah pasti akan menyebabkan banjir kilat terutama di kawasan yang tidak mempunyai sistem perparitan yang baik. Kini, Jabatan Meteorologi Malaysia berterusan memantau perkembangan perubahan masa terkini dengan memberi maklum balas segera kepada pihak berkaitan sebagai langkah awal berjaga-jaga terutama kepada Unit Bencana Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pengarah Bahagian Pembangunan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Wan Azli Wan Hassan, berkata pihaknya akan menghantar laporan terus kepada unit berkenaan serta jabatan lain termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan serta pelbagai agensi lain termasuk keselamatan. “Jika keadaan diramalkan serius, kita akan hebahkan segera kepada pihak berkenaan dan orang ramai tetapi ketika ini kita hanya menghebahkan ramalan cuaca masih dalam keadaan biasa atau normal. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. “Ciri perubahan cuaca yang ditunjukkan sekarang berbeza dan sukar diramal. Masih banyak ruang kajian untuk saintis mengkaji hal ini kerana ia terlalu kompleks.
Wan Azli menunjukkan proses pembentukan El Nino.
“Memang sekarang dianggap sedang berlaku La Nina, walaupun tahap bacaan agak tinggi tetapi lemah dan menuju ke arah neutral. Pertubuhan Meteorologi Dunia dan saintis sendiri belum dapat tentukan arah tuju cuaca dunia sekarang dan ia agak pelik. “Berdasarkan model kajian yang mengkaji unjuran cuaca akan datang, model itu sendiri tidak boleh tentukan hala tuju sebenarnya,” katanya. Berdasarkan ramalan bermusim oleh model European Centre for Medium-Range Weather Forecast (ECMWF) bagi tempoh Mac hingga Ogos 2009, jangkaan secara purata jumlah hujan bagi bulan Mac, April dan Mei ini menunjukkan ia berada di paras purata di seluruh Semenanjung Malaysia. Bahkan, maklumat yang diekstrak dari ramalan bermusim ECMWF itu, seluruh Semenanjung Malaysia dijangka mengalami keadaan cuaca yang normal sepanjang tempoh ramalan tetapi beberapa kawasan di Kapit, Bintulu dan Miri Sarawak akan menjadi lebih kering sedikit.
Banjir antara risiko hujan lebat akibat kecelaruan cuaca.
Mulai Mei hingga Ogos 2009, seluruh Sarawak akan mengalami keadaan cuaca yang normal kecuali Bintulu, Miri dan Limbang yang mana bahagian ini akan mengalami keadaan cuaca yang sedikit lebih kering daripada normal dari Julai dan Ogos 2009. Wilayah Persekutuan Labuan akan mengalami keadaan cuaca yang normal manakala Bahagian Kudat, Sabah dijangka mengalami keadaan cuaca lebih lembap ketika tempoh Mac hingga April 2009 manakala kawasan lain mengalami keadaan cuaca yang normal. Jangkaan secara purata untuk tiga bulan bagi Jun-Julai-Ogos menunjukkan keadaan cuaca normal dijangka berterusan di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, keadaan cuaca dijangka lebih kering sedikit di tengah dan timur laut Sarawak manakala kawasan lain kekal normal.

ANTARA MUHYIDDIN DAN MAT TYSON....TUNGGU 26HB MAC JADI PENENTU !!


Muhyiddin dianggap pemimpin UMNO paling lantang menegaskan 'kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun pahit'.Di kala pemimpin-pemimpin UMNO membisu, Muhyiddin telah menegaskan bahawa isu peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Najib dipercepatkan. Berkali-kali beliau menegaskan bahawa tindakannya ini adalah berdasarkan kepada kehendak akar umbi. Memandangkan kepada kelantangan Muhyiddin, beliau telah dipandang serong oleh Pak Lah.
Pak Lah sendiri tanpa berselindung telah memberi sokongan terbuka kepada Ali Rustam. Berdasarkan perkembangan mutakhir ini, Muhyiddin dianggap sebagai 'master mind' kepada kes rasuah yang dihadapi oleh Ali. Saya tidak menyalahkan Ali kerana Ali cukup matang berpolitik dan saya anggap kes Ali telah pun selesai.Keadaan sekarang sudah menjadi celaru. Celaru kerana penyokong-penyokong Ali hendak beralih kepada siapa? Kepada Muhyiddin kah atau kepada Mohamad kah? Jikalau penyokong Ali tetap percaya kepada 'konspirasi' Muhyiddin, maka keadaan Muhyiddin menjadi tenat. Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya sedar keadaan ini, Muhyiddin mungkin menjadi mangsa.
Sebagai seorang bakal Presiden Najib juga sedar keadaan ini. Najib berkata' hari ini kita ramai-ramai menawarkan diri bertanding, apa guna kita menang tetapi parti kita kehilangan kuasa'. Najib menegaskan, jangan terlalu ghairah berebut jawatan hingga melupakan kepentingan parti dan halatuju parti selepas perhimpunan agung. Najib memerlukan timbalan yang boleh bekerja bersama-samanya menangkis serangan pembangkang yang bertali arus sejak pilihanraya ke 12 lalu. Siapakah timbalan Najib yang boleh kita harapkan untuk berhadapan dengan Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang maupun Karpal Singh ?
Siapakah timbalan Najib yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk menangani krisis ekonomi dan politik yang semakin gawat ini. Kedua-dua tokoh ini tidak banyak bezanya. Kedua-duanya adalah bekas Menteri Besar kepada dua negeri yang maju. Kedua-duanya adalah daripada team wawasan ketika Anwar Timbalan Presiden UMNO pada 1993. Kalau begitu apakah pertimbangan lain yang boleh perwakilan fikirkan untuk membuat penentuan iaitu memilih satu daripada dua?
Akhirnya perwakilan khususnya penyokong-penyokong Ali Rustam perlu memikirkan kepentingan parti dan negara. Sebarang bentuk tekanan emosi dan sentimen hendaklah diketepikan. Pilihlah dengan kewarasan akal agar kesilapan tidak berlaku kerana sebarang kesilapan kemungkinan menyebabkan UMNO kehilangan kuasa.
@twww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

CHONG WEI THE BEST SPORTSMAN 2008




KUALA LUMPUR: It was a memorable day for world No. 1 men’s singles shuttler Lee Chong Wei and coach Misbun Sidek when they bagged the top prizes at the 2008 National Sports Award ceremony here yesterday.
The 28-year-old Chong Wei was named as the best sportsman while Misbun lifted the best male coach award.
Chong Wei, however, was not present at the award ceremony and his father, Lee Ah Chai, received the trophy and RM10,000 on his behalf from the King.
Chong Wei is in Hyderabad for the Indian Open beginning tomorrow and he is aiming to win his first back-to-back title outside of Malaysia. He scored a sensational win over Lin Dan of China last week to win the Swiss Open title.
The other nominees who Chong Wei beat to the award yesterday were Mohd Azizul Hasni Awang (cycling), Zulmazran Zulkifli (bowling), Safuan Said (lawn bowls), Cheng Chu Sian (archery) and Lee Hup Wei (athletics). His outstanding run last year included a silver medal-winning effort at the Beijing Olympics in August.
It was the second time Chong Wei won the national award after 2005.
“It’s nice to win the award again. This time, it is more special because my coach is also one of the winners,” said Chong Wei in a telephone interview from Hyderabad.
“This will spur me to achieve more good results for Malaysia in badminton. My main goal this year is the world championships (in India from Aug 11-16).”
Malaysia have not won a title in the world championships series.
For Misbun, it was also the second time that he won a national award. He won a special award for Mohd Hafiz Hashim’s success in winning the All-England title in 2003.
“It feels good to be appreciated but this award is a collective effort of many parties. I want to thank the association, the NSC (National Sports Council), the NSI (National Sports Institute), and, especially, the athlete. This award represents all their hard work,” said Misbun, who received RM5,000 and a trophy.
“I am sincere in what I am doing. I will continue to do what I love and try to deliver what the association and the country want — a constant world beater in badminton.”
It was double joy too for squash at the award ceremony.
World No. 1 Nicol David took home her sixth sportswoman award for her amazing unbeaten run last year. She captured 10 titles, including claiming the World Open crown for the third time in four years.
The other nominees for the women’s award were Chin Eei Hui-Wong Pei Tty (badminton doubles), Fatehah Mustapa (cycling), Wendy Chai (bowling), Siti Zalina Ahmad (lawn bowls), Siow Yi Ting (swimming) and Chai Fong Yin (wushu).
Nicol and team-mates Sharon Wee, Delia Arnold and Low Wee Wern were named the best female team for winning the Asian Championships team title last year.
In the men’s team category, archers Cheng Chu Sian, Mohd Marbawi Sulaiman and Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz were the winners. The trio qualified for the Beijing Olympics and shown marked improvement in the sport.
The late Datuk Ho Ko Chye was also honoured with the best leadership award for his contribution to sports over three decades.
Two dedicated sports officials Nellan Vellasamy and Petrina Low received special awards for their efforts in promoting golf and gymnastics respectively.

Isnin, 23 Mac 2009

MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK NORA DANISH..

"Saya mahu bersikap adil kepada semua pihak dan hari ini, saya memang sudah bersedia untuk memperkenalkan Rayqal kepada anda."Bukan itu sahaja, saya berpendapat sekarang adalah waktu yang cukup sesuai untuk saya menampilkan anak saya kepada umum memandangkan usianya pun hampir mencecah tiga bulan."Bukan sengaja saya mahu mengelak untuk bertemu dengan media sebelum ini bersama Rayqal, tetapi saya belum bersedia ketika itu kerana keadaan anak saya yang masih lagi kecil," jelas Nora Danish dipetik sebagai berkata bagi menjelaskan perihal kelahiran anaknya yang menjadi isu hangat baru-baru ini.Nora berkata demikian dalam satu majlis cukur jambul anaknya itu yang turut dihadiri oleh bekas mertua Nora iaitu Ramli dan isterinya, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, Rizal serta ibu Nora, Salimah Talib selain ahli keluarga kedua-dua belah pihak.Nora dan Rizal pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006, namun ikatan yang termeterai itu tidak kekal lama apabila pelakon drama bersiri Puteri itu disahkan bercerai dengan talak dua ketika hamil tiga bulan. Malah ketika hamil, Nora juga seolah-olah melarikan diri daripada wartawan dan peminat bagi mengelakkan kontroversi yang timbul antaranya dengan Rizal dan Fasha Sandha.

Jumaat, 20 Mac 2009

Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....

BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!

Perhimpunan Agung Umno tamat awal, hadapi tiga pilihan raya kecil


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac ini dijadualkan tamat lebih awal bagi membolehkan anggota parti membuat persiapan bagi penamaan calon tiga pilihan raya kecil keesokkan harinya.
Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim berkata perhimpunan agung yang kebiasaannya tamat pada sebelah petang akan tamat pada tengah hari 28 Mac bagi membolehkan anggota parti pergi ke kawasan pilihan raya kecil terbabit.
"Perhimpunan akan tamat selepas Presiden parti menggulung perbahasan. Kita jangka semuanya akan selesai sekitar pukul 1 tengah hari," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perjalanan perhimpunan parti itu pada 24 hingga 28 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.
Hari penamaan calon bagi tiga pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak ditetapkan serentak pada 29 Mac manakala pengundian pada 7 April.
Selain perhimpunan tamat lebih awal, Husainay berkata majlis Makan Malam Bersama Presiden yang kebiasaannya diadakan pada malam ketiga persidangan diganti dengan majlis makan malam "Jasamu Dikenang" pada 26 Mac.
"Majlis 'Jasamu Dikenang' ini bagi menghargai jasa dan sumbangan Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata Husainay merujuk kepada proses peralihan kuasa yang akan menyaksikan Abdullah menyerahkan tampuk pimpinan parti kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata perbahasan usul pada 27 Mac dijangka diteruskan hingga ke lewat malam dan majlis Jamuan Bersama Timbalan Presiden yang kebiasaannya dilangsungkan pada hari keempat persidangan tidak akan diadakan.
Menurut jurucakap Unit Media ibu pejabat Umno, Norazilah Abdul Munir Perhimpunan Agung Umno bermula dengan perasmian serentak perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka pada 24 Mac.
Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu akan disempurnakan Najib.
Keesokannya, ketiga-tiga sayap Umno akan mengadakan perhimpunan dan pemilihan masingmasing di Dewan Tun Dr Ismail bagi Wanita Umno, Dewan Tun Hussein Onn (Pemuda Umno) dan Dewan Merdeka (Puteri Umno). Pada sebelah malamnya, berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Hari ketiga persidangan akan menyaksikan upacara menaikkan bendera Umno pada pukul 8 pagi, sebelum diikuti majlis perasmian Persidangan Agung Umno di Dewan Merdeka yang akan disempurnakan Presiden Umno pada pukul 9 pagi.
Majlis akan diteruskan dengan pemilihan jawatan tertinggi parti pada 11 pagi sebelum persidangan diteruskan dan disusuli dengan majlis makan malam "Jasamu Dikenang".
Pada 27 Mac, perbahasan usul oleh perwakilan akan diteruskan sehingga ke lewat malam, sebelum presiden parti menggulung perbahasan dan perhimpunan tamat keesokan harinya. BERNAMA

Khamis, 19 Mac 2009

Tarikh lahir satukan Emelda - Adlin


Oleh ANGELINA SINYANG
PASANGAN sejoli... Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramli bersama barangan hantaran mereka.
TANGGAL 14 Mac 2009, genaplah 29 tahun usia pelakon Emelda Rosmila. Sambutan hari lahir kali ini meninggalkan kenangan manis bagi Emelda atau lebih mesra dipanggil Mel kerana pada hari itu secara rasminya menjadi tunangan kepada pelakon dan penggiat teater, Adlin Aman Ramlie, 36.
Pasangan merpati dua sejoli yang sudah empat tahun menyulam cinta ini didekatkan dengan ikatan pertunangan dalam majlis ringkas tetapi meriah yang berlangsung di rumah pusaka keluarga Mel di Kampung Batu Lapan, Ulu Kinta, Ipoh, Perak pada tarikh tersebut.
Meskipun impian disatukan sebagai suami isteri pada bulan ini tidak menjadi kenyataan, Mel dan Adlin tidak kecewa kerana hubungan cinta mereka kini tersimpul kukuh dengan ikatan pertunangan.
Pemergian ayahanda tercinta, Abdul Hamid Md. Ally akibat serangan jantung pada 2 Februari 2008, ujar Mel, merupakan punca mengapa dia dan Adlin mengambil keputusan menangguhkan perkahwinan yang dirancang diadakan pada bulan ini.
"Rancangan mahu bertunang dan berkahwin sudah lama dibuat tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ayah meninggal dunia pada 2 Februari 2008.
"Tidak sesuai rasanya kami mengadakan majlis perkahwinan dalam keadaan keluarga masih bersedih mengenangkan pemergian ayah, apatah lagi ibu (Rokiah Ibrahim) baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahimnya kira-kira sebulan lalu," kata Mel.
Hasil persetujuan bersama, Mel dan Adlin memilih hari lahir mereka untuk memeterai ikatan suci antara mereka.
Tarikh lahir Mel yang jatuh pada 14 Mac lalu dipilih untuk melangsungkan majlis pertunangan manakala hari lahir Adlin pada 23 Mei ini akan menyaksikan mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan.
Pada majlis pertunangan itu, wang hantaran telahpun ditetapkan RM29,000 dan mas kahwin sebanyak RM1,001.
Bagaimanapun ibu Adlin, seniwati veteran Ruminah Sidek atau lebih mesra dipanggil Mak Mah menambah RM1,000 lagi sebagai hadiah kepada bakal menantunya menjadikan wang hantaran RM30,000.
Seperti majlis pertunangannya, Mel juga merancang mengadakan majlis perkahwinan di rumah pusaka keluarganya kerana rumah itu menyimpan seribu kenangan pahit dan manis Mel sejak kecil sehinggalah dewasa.

Selasa, 17 Mac 2009

Rozita Che Wan makin cantik, bergaya !!!



Ditulis oleh Rosli Manah
Rozita Che Wan ni semakin hari semakin lawa pulak penampilannya. Sebab itulah macam-macam gosip singgah dekat dia. Dulu ada gosip dia dapat hadiah kereta daripada Datuk K. Selepas dia menafikannya, gosip tu senyap sekejap. Kini ada pula gosip mengaitkan nama Rozita. Kali ini dikata dia sudah menjadi isteri kedua kepada suami seorang artis.Yang nyata, dalam banyak gosip itu Rozita semakin laris berlakon dan penampilannya juga semakin mengancam.

Inilah wajah terbaru Rozita yang dirakam semasa menghadiri pelancaran drama terbaru lakonannya 3 Janda yang akan disiarkan di saluran Astro tidak lama lagi. Judul drama terbitan Metrowealth Movies Production itu macam kena pula dengan status sebenar Rozita sebagai ibu tunggal. Selain Rozita, drama itu turut membariskan dua pelakon eksklusif Astro, Farid kamil dan Lisa Surihani, Norliana Samsudin dan Ery Sulaiman.
Cuba perhatikan susuk badan Rozita. Makin kurus nampaknya dia ni. Kurus yang menambah seri. Okeylah tu. Jaga badan atau memendam rasa dek banyak sangat gosip pasal dirinya?

MY DAVID BECKHAM ....



David Beckham and fellow team mates of Milan Team celebrate during the Serie A match between AC Siena and AC Milan at the Artemio Franchi Stadio on MARCH 15, 2009 in Siena, Italy. (Photo by New Press/Getty Images)

TIADA INSENTIF RANGSANGAN... SAHAM BLUECHIPS TURUN HARGA !!


KEKECEWAAN berhubung kekurangan insentif langsung kepada syarikat tersenarai dalam Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion bagi tempoh dua tahun yang diumumkan minggu lalu mencetuskan aktiviti jualan dalam kaunter perbankan utama. Ia juga berlaku susulan penurunan unjuran kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi keseluruhan 2009 yang dijangka berpotensi mengehadkan pertumbuhan pinjaman dan peningkatan hutang tidak berbayar (NPL). Kaunter perbankan utama seperti Maybank yang susut 54 sen, Public Bank susut 85 sen dan Public Bank-Asing susut 90 sen, menyumbang hampir 70 peratus kepada penurunan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) minggu lalu.

Pesan Fazura kepada mak datin....




Oleh NIEZAM ABDULLAHFoto RASHID MAHFOFSolekan EMMA MUSTAFA (Shuuemura 016-6748854)Pakaian RIZMAN RUZAINI(rizman_ruzaini@yahoo.com)
KALAU dulu tidak keterlaluan saya katakan apabila sebut nama Fazura, ramai yang akan mengangkat kening sebelah. Mana tidaknya, wanita ini sering dikaitkan dengan perkara yang kurang enak.
Dialah kaki gaduh, dialah gadis liar. Pendek kata yang jahat atau tidak baik itu semuanya ditujukan buat Fazura. Menambahkan lagi cakap-cakap orang apabila berlaku kejadian dia didakwa mencederakan seorang surirumah di sebuah kelab hiburan kira-kira lima tahun lalu. Bukan mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan tohmahan tersebut jika seseorang itu tidak dikurniakan semangat dan kekuatan yang tinggi.
Sebelum ini Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 26, pernah berkata hidupnya bagaikan “tersiksa” dek kerana kejadian tersebut.
Tetapi syukur akhirnya semua orang tahu siapa sebenarnya yang bersalah apabila wanita yang gemar membahasakan dirinya Faz ini dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan tersebut.
Hari ini Faz membuktikan dia bukanlah wanita murah yang boleh disepak terajang macam bola. Faz yang saya kenali sejak sepuluh tahun lalu menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari segi bercakap, pergaulan, kerjaya dan segala-galanya berubah.
Yang ketara kata wanita ini, tatkala usianya sudah menghampiri 26 tahun pada 27 September ini dia merasakan sesuatu. Apa dia? Saya merungkai rahsia itu.
Ketika diminta untuk bergambar mengenakan pakaian kelas pertama rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini, Faz meminta tidak diberikan pakaian yang agak seksi. Seksi dalam erti kata yang terlalu menjolok mata. Pelik? Yalah.. sebelum ini dia tak memilih corak atau jenis pakaian untuk diperagakan.
Tetapi kali ini Faz membuat satu perubahan baru, dia mahu kelihatan lebih sopan? Kenapa? Bukan mengada-ngada tapi kata Faz ada sebabnya. Kata wanita ini dia sudah tidak sesuai untuk bergaya dengan mengenakan pakaian yang sedemikian rupa lagi.
Segala-galanya disebabkan faktor usia kerana Faz merasakan dia sudah tua. Sudah tidak sesuai lagi hendak bergaya macam budak-budak remaja seperti beberapa tahun lalu. Tahun ini ketika usianya melepasi 25 tahun, satu perasaan baru tiba-tiba hadir melintasi hati dan benak fikirannya.
“Tahun ini Faz merasai perasaan yang baru. Yalah, betul kata orang tua apabila dah dewasa, kita akan rasakan sesuatu yang lain.
“Kalau dulu rasa asyik nak enjoy 24 jam tapi hari ini perasaan itu sudah hilang. Entahlah. kawan-kawan semuanya dah kahwin. Ada yang mengandung. Suasana tu dah berbeza sekarang.
“Tak salah Faz kata yang Faz dah tua. Kadang-kadang apabila mencecah usia dewasa ini kita rasa risau semacam,” katanya. Dek kerana kerisauan itu maka Faz mempunyai perancangan lain.

Isnin, 16 Mac 2009

KALAH DI ALL ENGLAND, MENANG DI SWITZERLAND


DATUK Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi kekalahannya kepada Lin Dan apabila menewaskan pemain China itu 21-16, 21-16 untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.
Kejayaan manis pemain nombor satu dunia itu bukan sahaja berjaya menebus kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 malah Terbuka China 2008 dan Seluruh England 2009 minggu lalu. Turut muncul juara semalam adalah pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan beregu Denmark, Martias Boe-Carsten Mogensen 21-14, 21-18 untuk mengungguli acara beregu lelaki.

Rumah Pelajar 20A..... Moga Tuhan memberkati keluarga mereka


Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut suboh pun tak terkejut!!Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui samada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan samada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.Saya terbaca lapuran bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja.Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.Ameen ya robbal 'alamin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 13 Mac 2009

ANOTHER SKYSCRAPER NEXT TO TWINTOWER IN KL


KUALA LUMPUR - MALAYSIA'S capital Kuala Lumpur will see a 65-storey Four Seasons building rise up alongside its iconic 88-storey Petronas Twin Towers, a report said on Friday.The tower, which will include a hotel, apartments and a shopping mall, will be completed by 2012 despite the global economic crisis, developer Syed Yusof Syed Nasir told the New Straits Times.The daily said the project, known as Four Seasons Place, was being built by a firm controlled by Syed Nasir along with Malaysian tycoon Ong Beng Seng and the Sultan of Selangor.'We are committed to the project even during the downturn,' Syed Nasir said.The daily said the 140 apartments in the project would be sold for about RM2,500 (S$1,049) per square foot.The 452-metre (1,483-foot) Petronas Twin Towers which were completed in 1998 were the world's tallest buildings until they were upstaged by the 509-metre-high Taipei 101 in Taiwan's capital. -- AFP