Ahad, 3 Mei 2009

MISHA OMAR : LAGU POP DAN ALBUM POP TERBAIK !!



KUALA LUMPUR: Keunggulan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin masih menjadi hak miliknya apabila lagu-lagu dan album nyanyiannya masih dinobatkan sebagai yang terbaik.
Siti memenangi empat anugerah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Anugerah itu adalah Album Pop Etnik Terbaik (Lentera Timur), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Di Taman Teman, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Pada CintaNya) dan Album Terbaik (Lentera Timur).
Sementara itu, penyanyi Misha Omar buat pertama kalinya berjaya meraih empat anugerah iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa), Lagu Terbaik (Nafas Cahaya) dan Album Pop Terbaik (Misha Omar).
Bagaimanapun, Siti tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut yang dihoskan oleh Adibah Noor, Asdlin Shauki, dan Bob Lokman kerana sedang mengerjakan umrah.

AHMAD MASLAN ..KETUA PENERANGAN UMNO BARU..



'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'...itulah pepatah yang begitu sesuai dengan Ketua Penerangan Umno yang baru, Ahmad Maslan, 43.
Nama beliau bukanlah antara nama yang disebut-sebut untuk menjawat jawatan itu. Namun pelantikannya oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 24 April lalu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan memandangkan beliau sememangnya sudah lama terbabit dalam jentera penerangan Umno sebelum ini.
Pelantikannya dalam saf Kabinet baru sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Felda dan Biro Tatanegara juga menunjukkan beliau sememangnya mendapat kepercayaan yang begitu besar daripada Najib
Dalam temu bual dengan mStar Online, Ahli Parlimen Pontian ini menyifatkan pelantikannya sebagai Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Najib sebagai "tuah dan amanah."
"Ia antara tuah dan amanah. Memang begitulah nampaknya dan saya amat menghargai dan bersyukur atas amanah yang diberi serta menerima dengan tawaduk.
"Saya kira daripada pengalaman sudah-sudah, saya akan dapat melaksanakannya dengan bantuan semua pihak. Nampaknya ia (kerjaya politik) melonjak begitu dan hakikatnya adalah untuk meremajakan Umno dan kerajaan," kata beliau.
Mengenai cabaran, Ahmad menggariskan dua aspek yang beliau akan beri penekanan.
Pertama menyatupadukan kembali orang Melayu yang telah berpecah empat iaitu Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu atas pagar.
"Cabaran utama adalah menyatukan Melayu sebagai bangsa induk selain mengakui hakikat kita bersama-sama dengan kaum Cina, India dan Bumiputera lain," ujar beliau.
Cabaran kedua, bagi beliau, adalah menarik semula sokongan khususnya daripada kaum Cina dan India.
"Mereka pernah menyokong kita secara majoriti dan mereka juga mengemukakan pandangan tertentu kepada kerajaan. Kita menghormati pandangan itu dan akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN," jelas Ahmad.
BERIKUT SEDUTAN TEMU BUAL DENGAN AHMAD MAZLAN:
Boleh YB ceritakan sedikit latar belakang YB dan bagaimana terlibat dalam bidang politik?
AHMAD MASLAN Saya berasal dari Benut, Pontian. Saya datang dari sebuah kampung yang serba kekurangan yang mana hanya pada tahun 1996, kampung saya mendapat kemudahan elektrik, air, jalan raya dan telefon. Bayangkan saya bersekolah daripada tahun 1973 hingga 1978 (tanpa kemudahan). Sebelum pergi ke sekolah, saya menoreh getah dan pernah bekerja di ladang kelapa sawit.
Seterusnya saya masuk ke sekolah asrama penuh dan melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Di New Zealand, saya menjadi Pengerusi Kelab Umno Wellington dan daripada situlah, saya mula menceburi bidang politik iaitu pada tahun 1998. Kemudiannya pada tahun 1999, saya berucap di Perhimpunan Agung Umno mewakili Kelab Umno Luar Negara.
Kemudian, saya bekerja dengan Biro Tatanegara di Jabatan Perdana Menteri seterusnya kembali semula ke bidang politik setelah dilantik menjadi setiausaha politik kepada Timbalan Menteri Kewangan pada masa itu iaitu Datuk Mustapa Mohamed. Daripada situ, saya menimba banyak pengalaman daripada Tok Pa (Mustapa) yang sangat rajin bekerja.



SHAH ALAM: For the first time, popular reality talent show One In A Million 3 (OIAM3) has seen a male winner. He is New Boyz lead singer Shah Indrawan "Tomok" Ismail, 25, of Rembau, Negri Sembilan.
Tomok beat Sabahan Esther Chin, 21, who finished second, and Perlis-born Aweera Noriyissham, 19, to win the RM1 million prize in the contest's finals broadcast live on 8TV from Stadium Malawati here at 8.30pm yesterday.Tomok sang two songs -- Hanya Kau Yang Mampu by Aizat and Rindu Terhenti (a new song written by Tinta S and composed by Aubrey Suwito) -- impressing judges Paul Moss and Syafinaz Selamat.The final concert was hosted by actor Awal Ashaari and television personality Marion Caunter.It also saw performances by the previous season's winner, Ayu Damit, and rock group Bunkface.

Cerita Puan Manohara ..



Kemunculan Manohara sekali gus menangkis beberapa laporan akhbar harian Indonesia baru-baru ini yang mendakwa model jelita itu telah didera di dada oleh suaminya yang merupakan seorang kerabat Diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.Sebelum ini posting PEMUDABESUT melaporkan kenyataan yang dibuat oleh ibu model itu, Daisy Fajarina kepada akhbar harian di Jakarta yang mendakwa anak perempuannya itu mengalami penderaan fizikal dan emosi selepas menjadi isteri anak raja itu.Pelakuan itu didakwa dilakukan sejurus selepas pasangan itu mengerjakan umrah pada bulan lalu, namun Istana Kelantan menafikannya malah memberitahu bekas model muda itu sangat bahagia bersama suaminya.Ibu Manohara juga membuat tuduhan terbuka dengan mendakwa dihalang daripada melawatnya anaknya di negara ini ekoran larangan Jabatan Imigresen yang kononnya memenuhi permintaan pihak Istana Kelantan

@Posted by pemudabesut

Jumaat, 1 Mei 2009

Pihak Berkuasa Mesti Tegas-Jangan Jadikan Malaysia Pusat Seludup Manusia


BOT membawa 37 rakyat asing ditahan di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.
Bot bawa 37 rakyat asing ke Australia ditahan polis Afghan, Pakistan dan Iraq ditahan asing ditahan
KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan Malaysia sebagai transit ke Australia melalui jalan laut, terbongkar berikutan penahanan 37 rakyat asing termasuk 16 warga Afghanistan, 14 Pakistan dan tiga Iraq di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.Malah, pihak berkuasa kini turut menyiasat kemungkinan tragedi bot karam yang mengorbankan sembilan orang, termasuk enam sekeluarga dari Pakistan di perairan Teluk Ramunia, Johor, kelmarin, mempunyai kaitan dengan sindiket itu.Dalam kes penahanan 37 rakyat asing itu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mereka mahu menuju ke Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Australia, dengan bantuan sindiket didalangi rakyat tempatan dan asing, untuk bekerja atau mendapatkan suaka politik di sana.

Selesema babi serang Mexico


.
GAMBAR virus H1N1 selesema babi yang diedarkan kelmarin oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat
PENDUDUK Mexico memakai topeng mulut dalam kenderaan awam, semalam.H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh pendudukBANDARAYA MEXICO: Sejenis virus selesema khinzir yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia.Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu."Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham."Kami dapati apa yang berlaku ialah penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia." Wabak itu menyebabkan kebimbangan di Mexico, di mana lebih 1,000 penduduk dilaporkan sakit. Penduduk di ibu negara itu mula memakai topeng mulut dan pihak berkuasa mengarahkan lebih banyak tempat awam di tutup.Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus khinzir itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.
Pemangku Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Richard Besser berkata vaksin baru yang bersesuaian dengan virus selesema itu sedang dicipta. Sekiranya kerajaan memutuskan penghasilan vaksin adalah perlu, pengeluar akan mula mengeluarkannya.Sementara itu, di LOS ANGELES, pihak berkuasa kesihatan California menjangka lebih banyak pertambahan kes selesema itu akan dikesan selepas sekurang-kurangnya lapan penduduk di Amerika disahkan menghidapnya.California yang mencatatkan enam kes seumpama itu berkata pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dan persekutuan di mana Gabenor Arnold Schawarzenegger mahu tindak balas segera dilaksanakan. – AP/Reuters

Buat aduan kepada Jawi guna SMS



@junhairi.alyasa@kosmo.com.my
PENOLONG pegawai teknologi maklumat, Nor Azah Ali (kiri) dan Shahriza Farah Diba Zakaria memegang poster Gerbang SMS JAWI 15888 pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Lapor maksiat di hujung jari! Itu langkah terbaru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mulai semalam yang mewujudkan sistem aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Selain itu, sistem tersebut diperluaskan dan penggunaan SMS juga membolehkan orang ramai mendapatkan borang nikah yang akan dihantar terus kepada e-mel pengguna.
Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera berdasarkan aduan SMS yang dihantar tetapi perlu menyiasatnya terlebih dahulu.
"Tetapi setiap aduan itu perlu disiasat dengan teliti terlebih dahulu sebelum tindakan diambil, kita tidak mahu ada unsur fitnah atau percubaan menganiaya orang," katanya ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Gerbang SMS Kerajaan Malaysia 15888 di Dewan Hadhari Jawi sini semalam.
Sistem SMS yang dibangunkan oleh Dapat Vista Sdn. Bhd., itu sudah boleh digunakan sejak semalam dan orang ramai perlu menghantar SMS dengan menggunakan telefon bimbit ke JAWI MENU dan dihantar ke nombor 15888.
Kos penghantaran pertama akan melibatkan bayaran sebanyak 15 sen dan kos penerimaan pula sebanyak 20 sen dan semua SMS terbabit akan dihantar terus kepada tiga saluran utama bagi membolehkan tindakan pantas diambil iaitu ke e-mel, SMS kepada pegawai dan direkodkan ke dalam laman web Jawi.

Selasa, 28 April 2009

SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA


Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.

PERLUKAH AFUNDIMASUK UTK ARIL ??




KONSERT Akademi Fantasia ke-7 minggu lalu bukan sahaja mengundang tanda tanya oleh sesetengah penonton, tenaga pengajar, dan pengkritik malah turut menimbulkan kontroversi kecil apabila pelajar yang tersingkir, Aril telah memeluk beberapa orang tenaga pengajar wanita tanpa segan silu.
Apabila meminta Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 24, menjelaskan keadaan tersebut, dalam nada yang bersahaja dia menjawab pelukan itu berlaku disebabkan hubungan kekeluargaan yang dibina selama ini.
Penyingkiran Aril turut terselit kontroversi apabila dia memeluk tenaga pengajar wanita - foto THE STAR oleh DARRAN TAN
“Kami punya perasaan selama 61 hari dalam Akademi sudah seperti keluarga yang erat terutama Cikgu Fatimah dan Cikgu Siti Hajar yang saya anggap sudah seperti ibu saya sendiri manakala Cikgu Ida Nerina seperti kakak saya.
“Pelukan itu sebagai tanda hormat kerana susah saya hendak bagi tanda hormat memandangkan orang luar tak faham situasi kami di dalam,” jelas Aril.
Dia yang berjaya memikat hati penonton melalui persembahan nyanyian dan tarian lagu Nakal oleh Gigi itu lantas menafikan penonton tidak mengundinya disebabkan kualiti yang ada pada dirinya.
“Mungkin penonton tidak mahu mengundi saya bukan disebabkan kualiti tetapi muka saya sudah biasa dilihat sebelum ini sekaligus memberi peluang kepada kawan-kawan bermuka baru seperti Yazid.
“Saya ada terasa sedikit yang saya akan keluar pada minggu ini tetapi bila difikir semula tidak rasa akan disingkirkan pula.
“Tetapi ia normal kerana ada juga yang menunjukkan persembahan baik sebelum ini tetapi terkeluar juga.
“Walaubagaimanapun, saya tetap menghargai setiap penonton dan dalam masa yang sama merasa sedikit kecewa.
“Sekurang-kurangnya, ia mengajar saya untuk lebih matang di luar selepas ini,” kata pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur ini.
Tutur Aril, selepas ini dia hanya menyerahkan arah tuju karier seninya kepada Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB) dan sebolehnya menginginkan genre muzik seperti band Indonesia, Padi.
Yazid membuat persembahan yang cukup emosi
Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagul menganggap penyingkiran Aril disebabkan kelakuannya yang gagal menangkap perhatian semua penonton.
“Apa yang kami perhatikan dalam keputusan tiga konsert sebelum ini, Aril selalu terkeluar daripada top 5.
“Walaupun bakatnya begitu terserlah, tetapi mungkin tentang ‘attitude’ dia tidak berjaya menangkap perhatian semua penonton.
“Jadi, dia selalu berada di tempat ke-6, 7 atau 8,” ucap Khairul Mizan.
Khairul Mizan turut menjawab persoalan pihak produksi Astro memberikan lagu yang ‘menyusahkan’ seolah-olah mahu mengganggu-gugat prestasi pelajar cemerlang, Hafiz seperti yang berlaku pada minggu ke-7 lalu.
“Setiap lagu ada cabaran kepada pelajar untuk menunjukkan skala ‘talent’ dan cabaran besar bagi fakulti selain hendak ketengahkan dalam konsert. Tiada hubung kait dengan sukar.
“Kami tidak membuat banci atau kuota walaupun dari awal sudah ada ramai pelajar dari Sabah dan Sarawak. Ia suatu kebetulan. Kita hanya melihat bakat dari negeri mana dan tiada konspirasi dalam hal ini, jawabnya yang turut kecewa dengan penyingkiran Aril namun redha dengan undian bijak oleh penonton.
Khairul Mizan merumuskan konsert pada minggu ke-7 lalu agak menghiburkan dan sangat ketara telah menyerlahkan transformasi.
Antara komen positif pengkritik tetap iaitu penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim dan pelakon Adlin Aman Ramli serta pengkritik jemputan penyanyi Adibah Noor:
Aril - Nakal (Gigi)
Walaupun pada awalnya Hafiz menghadapi kesukaran menyanyikan lagu hip-hop, ternyata peserta ini akhirnya berjaya lakukan dengan baik sekali
Datuk Khadijah: “Persembahan awak sungguh baik dan awak pandai berinteraksi dengan penonton.”
Adibah: “Awak memang ‘born to be on stage’. Awak tetap memberikan persembahan profesional walaupun ada gangguan dalam diari. Persembahan awak best ‘gila’.”
Adlin: “Terima kasih kerana memberikan persembahan pembukaan malam minggu yang sangat hebat. Awak merupakan seorang yang ‘sporting’, ‘daring’, keyakinan tinggi dan dinamik.
“Dalam AF7, awak merupakan produk baru yang belum pernah dijumpai. Awak mempunyai ‘attitude’ yang ada dalam superstar iaitu ‘energy’ sikap gatal, ego...”
Akim - Situasi (Bunkface)
Datuk Khadijah: “Vokal bertenaga dan interaksi dengan audiens adalah fantastik.”
Adibah: “Rupa-rupanya awak simpan di minggu ke-7 kerana malam ini Akim betul-betul ‘transform’ seperti yang dijanjikan iaitu hendak membuat persembahan ‘meletup-letup’.”
Adlin: “Cakap pasal tenaga, awak paling bertenaga...”
Yazid - With Or Without You (U2)
Datuk Khadijah : “Penyampaian penuh emosi dan koreografi bagus...”
Adibah: “Persembahan kali ini berbeza dengan persembahan sebelum ini. Awak sudah masuk dalam dunia dan elemen sendiri. Awak sangat hebat dan masuk dengan aura yang berbeza. Saya dapat rasa penyampaian lagu itu. Tahniah..”
Adlin: “Saya bangga dengan awak. Persembahan Isma dan Hafiz selepas ini tidak boleh kalahkan awak.
“Persembahan awak penuh karektor dan representasi lagu. Pergerakan badan ‘simple’, ada melodi dan berkesan.
“Awak teruskan pergerakan itu dalam karektor dan tidak rasa pergerakan itu bodoh..”

Penculik : Ceter Benar

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu: (takut).. hello...

Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????

Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..

Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..

Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...

Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....

Noname: Apa??Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...

Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...

Ibu: (malu)......

Ahad, 26 April 2009

Aril Tersingkir dari Akademi Fantasia !


Seluruh penonton di dalam Dewan Sri Putra di Bukit Jalil tergamam seketika apabila mendengar pengumuman pelajar favourite, Hairil Azam Pilus atau Aril, 24, telah tersingkir daripada Akademi Fantasia 7 (AF7), sebentar tadi. Satu keputusan yang mungkin menimbulkan seribu tanda tanya, mengapa Aril?
Melalui penyingkiran Aril, ramai pihak yang tidak berpuas hati lantas menduga mungkinkah akan ada undian AF masuk?

Jumaat, 24 April 2009




Mawi bersama sajian terbaru Marrybrown iaitu Nasi Sate Marrybrown dan Burger Sate.

Rabu, 22 April 2009

Kandungan Rita Rudaini dah makin sarat .....


Kandungan pelakon Rita Rudaini semakin sarat. Inilah gambar baru Rita dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Gambar ini dirakam semasa Rita dan pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan itu ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar kes pengesahan perkahwinan mereka.
Pasangan ini berkahwin di Selatan Thailand. Semoga bertambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung.

Malang buat Amylea, tersingkir sebelum buat persembahan di One In A Million



Amylea berasa sangat tertekan selepas gagal meneruskan saingan bagi memburu gelaran juara OIAM3, malam Jumaat lalu.
ANTARA keunikan program televisyen (TV) realiti, One In A Million (OIAM) ialah peserta yang akan disingkirkan pada sesebuah konsert mingguan diumumkan pada awal sebelum sesuatu persembahan dimulakan.
Para peserta program TV realiti itu bukan sahaja tidak tahu penyingkiran mereka, malah persiapan termasuklah daripada segi persembahan dan juga pakaian tetap disediakan seperti konsert minggu-minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, itulah risiko dan kejutan yang terpaksa dilalui oleh peserta OIAM hampir pada saban minggu apabila mereka disingkirkan terlebih dahulu sebelum sempat mengadakan persembahan tersebut.
Peserta OIAM musim ke-3, Amylea Azizan misalnya, berasa terkejut dan tertipu apabila segala persiapannya untuk mengadakan persembahan punah apabila dia tersingkir pada konsert mingguan Top 5 program TV realiti itu baru-baru ini.
"Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Saya umpama penyanyi yang mahu mengadakan konsert tetapi tidak jadi. Macam promoter (penganjur pertunjukkan pentas) telah menipu saya," katanya pada sidang media selepas tersingkir dari OIAM3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Pada konsert itu, Amylea yang tampil dengan pakaian gaun malam berwarna kuning sudah bersedia untuk mendendangkan tiga lagu pilihannya iaitu Yesterday Once More (Carpenters), Fallin (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).
Jelas terpampang kesugulan di wajah peserta berusia 22 tahun itu ketika namanya diumumkan terkeluar daripada OIAM3 oleh pengacara program TV realiti tersebut, Awal Ashaari dan Marion Caunter.
Menurut Amylea, dia berasa sangat tertekan selepas gagal meneruskan saingan bagi memburu gelaran juara bagi merebut hadiah RM1 juta pada program TV realiti yang 100 peratus ditentukan oleh khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.
Malah, peserta berasal dari Pulau Langkawi, Kedah, itu turut meluahkan impiannya mahu bergelar juara OIAM3, sekali gus melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di Amerika Syarikat pada masa depan.

Isnin, 20 April 2009

Bersama pelajar SPM 2009 di Kuala Kubu Baru



Hampir 350 pelajar dari sekitar Rawang, Bukit Beruntung dan Kuala Kubu baru menghadiri program SPIES anjuran kerajaan negeri di Dewan Serbaguna, Kuala Kubu Baru pada Ahad 19 April 2009. Program yang berjalan dari 8 pagi sehingga ke 5 petang telah memberikan beberapa
manafaat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM pada hujung tahun ini.
Selamat berjaya @

Jumaat, 17 April 2009

Lagu "kasih Sayang" SEHARUM

http://www.youtube.com/watch?v=oplxwv2898c

Khamis, 16 April 2009

"Izinkan saya jalankan tugas dan terus berikan khidmat" - Elizabeth


SHAH ALAM: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Elizabeth Wong hari ini kembali bertugas setelah menerima tawaran untuk mengekalkan jawatan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Linda Jasmine bersama anak..


Keayuan si jelita Linda Jasmine yang menambat hati aktor Que Haidar... bersama anaknya..

PROTON EXORA IS ON THE ROAD .......



MPV prices, from RM69,998 for the Exora M-Line 1.6 Automatic to RM75,998 for the Exora Hi-Line 1.6 Automatic. PM says PROTON needs to undertake initiatives and efforts to be more competitive and productive.
What about the need to tackle the issues of quality, reliability and after sales service.
Remember the recent complaints regarding PERDANA V6 from Terengganu and Selangor Excos.
Thank you! Proton management for not using women to launch and promote EXORA.

Isnin, 13 April 2009

Imej baru MAWI .....


IMEJ botak lebih sinonim dengan Mawi, jadi nampak janggal apabila kepalanya sudah tumbuh banyak rambut.
Ditegur tentang imej barunya itu, suami kepada Nora’Ashikin Rahmat atau Ekin ini menafikan yang rambut barunya dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk isterinya.
"Tiada sesiapa yang meminta saya membuat imej baru ini dan saya anggap ia sebagai stail rambut baru saya.
"Tetapi apabila rambut makin panjang ni, rasa semacam pula dan mahu sahaja saya potong botak," beritahu Mawi.