Rabu, 12 Ogos 2009

Tengku Puan Pahang dan anak selamat di wad ...


ANAKANDA Tengku Puan Pahang (dari kiri), Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menerima rawatan di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.Tengku Puan Pahang tak mahu penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bersama lima anaknya, rela ditahan di wad dan tidak dikunjungi suami serta pelawat kerana tidak mahu wabak itu menjangkiti orang lain.Tunku Azizah berkata, baginda tidak berkecil hati kerana terpaksa tinggal dalam wad pengasingan bersama anak-anak, malah turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) melarang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat selepas kembali dari London, petang semalam. "Saya bersyukur kerana rawatan yang diberikan doktor berjaya mengurangkan kesakitan, tetapi kami perlu ditahan di wad sehingga pulih sepenuhnya. Biarlah kami saja di sini bersama doktor dan jururawat sebab saya tidak mahu penyakit ini berjangkit kepada orang lain."Ketika sakit seperti ini, semestinya saya mengharapkan kehadiran suami dan anak-anak memerlukan bapa di sisi, tetapi saya tidak berkecil hati jika Tengku Mahkota tidak dapat bersama kerana kesihatan baginda lebih utama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.Lima anak baginda - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, dimasukkan ke wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Jumaat lalu.Tengku Puan pula disahkan menghidap H1N1 sehari selepas itu. Baginda dan Tengku Mahkota sebelum itu berada di London bagi menyaksikan perbarisan tamat latihan anak sulung mereka, Tengku Amir Nasser Ibrahim di Royal Military Academy, Sandhurst, tetapi terpaksa pulang awal, Sabtu lalu, bagi menemani lima anak baginda di HTAA.Menceritakan saat cemas apabila dimaklumkan lima anak baginda dijangkiti H1N1, Tengku Puan berkata:"Saya menangis apabila diberitahu lima anak di Kuantan menghidap H1N1, terutama apabila mengenangkan seorang daripada mereka mengalami asma yang mungkin menerima risiko tinggi akibat penyakit maut itu, sedangkan ketika itu saya dan suami berada di London."Memang sukar menerima kenyataan yang akhirnya anak saya turut menjadi mangsa, terutama apabila mengetahui H1N1 boleh menyebabkan kematian jika penghidapnya mengalami penyakit seperti asma dan radang paru-paru."Saya tidak henti berdoa semoga semua anak selamat dan sepanjang dalam penerbangan pulang ke Malaysia, fikiran saya berkecamuk memikirkan nasib mereka," katanya.Tengku Puan berkata, baginda bergegas pulang untuk memberi sokongan moral dan menenangkan lima anaknya yang ketika itu sangat lemah akibat jangkitan H1N1. "Tengku Mahkota yang terkejut dengan berita itu menawarkan diri untuk pulang, tetapi saya melarang kerana baginda turut mengidap asma dan berisiko tinggi jika dijangkiti H1N1. Sebaik sampai di Kuantan, saya terus melawat anak di HTAA dan keadaan mereka ketika itu sangat lemah, muntah dan tidak berselera makan."Apabila tidur malam, mereka meracau kerana bermimpi yang bukan bukan. Paling membimbangkan, suhu badan mereka tinggi sehingga mencecah 40 darjah selsius. Akibat berada di sisi mereka, saya akhirnya turut dijangkiti H1N1 dan wad ini tidak boleh dikunjungi orang ramai," katanya.Mengenai keadaan baginda dan anak-anaknya, Tengku Puan bersyukur kerana suhu badan mereka sudah menurun selepas diberikan antiviral, Tamiflu. "Cuma Tengku Hassanal yang masih panas badannya, tetapi keadaan semua anak, termasuk Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma, sudah semakin stabil walaupun mereka belum berselera makan," katanya.Mengumpamakan diri baginda dan anak-anak bagaikan makhluk asing disebabkan semua doktor dan jururawat perlu memakai pakaian khas daripada kaki hingga ke kepala ketika merawat mereka, Tengku Puan berkata, pengalaman dilaluinya kali ini sungguh mencabar kerana lima anak dan dirinya diserang sakit serentak. "Saya bagaikan hilang arah kerana H1N1 bukan penyakit biasa, sebaliknya banyak kematian dilaporkan di negara kita. Ketika itu, perasaan pilu melanda kerana terbayang sukarnya saya mendapatkan cahaya mata, tetapi kini semua mereka diserang penyakit maut itu," katanya. Tengku Puan berkata, seorang daripada pengasuh anaknya turut dijangkiti H1N1 dan dirawat di hospital sama, manakala tujuh lagi dikuarantin di rumah selepas mendapat tanda diserang penyakit berkenaan. "Ketika mula dijangkiti H1N1, saya menghubungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan keadaan kami dan setiap hari, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menelefon untuk bertanyakan perkembangan kesihatan kami."Saya juga bimbang kerana adik, Tunku Mariam yang turut menghidap asma dan anaknya, yang membantu menjaga lima anak saya sementara menunggu ketibaan saya ke HTAA, kini sakit dan mempunyai simpton H1N1 dan mereka sudah menjalani pemeriksaan di Kuala Lumpur tetapi belum mendapat keputusan lagi," katanya. Tengku Puan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak bersikap lewa dan menganggap H1N1 seolah-olah tidak berbahaya dengan membawa anak ke tempat awam yang dikunjungi ramai. "Malah, pada ketika Kuantan dilanda wabak ini, masih banyak pihak yang menganjurkan pesta keraian. "Sepatutnya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan termasuk memakai topeng muka dan selalu mencuci tangan. Paling menyedihkan, sekolah masih terus dibuka walaupun ramai murid yang sakit. "Guru hanya mengarahkan mereka pulang, sedangkan langkah paling tepat yang patut diambil ialah menutup sekolah bagi menghalang wabak penyakit itu menular," katanya.

Anwar kesal serangan peribadi Muhyiddin


PETALING JAYA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi. Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja. “Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin). Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam. Anwar berkata, Muhyiddin semestinya mengetahui bahawa terdapat di kalangan mereka yang tidak selesa seterusnya menimbulkan perasaan marah sekiranya isu tersebut dimainkan. Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin tersebut, Anwar berkata, pimpinan UMNO sengaja mencipta propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. “Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak. “Kita mempunyai hujah-hujah yang jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolokkan simbol-simbol bangsa, agama dan raja semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat lain iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (PR) bersetuju menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dalam pada itu ketika ditanya mengapa isu tersebut digunakan ketika ini, Anwar berkata, UMNO sedang mengalami krisis sokongan rakyat selain mahu sokongan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu katanya, kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu terus-menerus melabelkannya pengkhianat bangsa Melayu. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu desakan supaya Pas keluar dari PR tidak menjadi satu perkara yang besar kerana kenyataan tersebut dikeluar daripada Pemuda UMNO yang mahukan PR berpecah. Anwar turut menafikan bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu semasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog.

Dun Perak bubar November tahun ini?

Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.
Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.
"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.
Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.
Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.
"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.
"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.
Menurutnya kemungkinan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Perak akan datang tidak dapat dijangkakan kerana sidang Dun pada Mei 2009 lalu telah berlaku ?huru hara?.
Kata Nizar, sidang Dun yang lalu dianggap tidak sah kerana tindakan Umno-BN merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) Dun Perak secara paksa.
"Bila dia (Umno-BN) buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana Umno (buat) arah polis angkat Speaker. Kita pun nak cuba belajar angkat Speaker.
"Adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,"ujarnya.
Menurutnya, kemelut tersebut merupakan rantaian dari tindakan 'rampasan kuasa' yang telah dilakukan oleh Umno-BN pada Februari 2009 lalu.
Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat yang mahukan Dun Perak dibubarkan segera.
Meski pun, katanya hanya diberi kuasa selama 12 jam pada 11 Mei 2009 lalu oleh mahkamah masih sempat menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan.
"Umno terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas. Setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi.
"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 telah memberikan 'keabsahan' kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah.
"Sebaik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan itu, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat.
"Selepas itu, saya 'berlari' (bergegas) dalam kereta minta buatkan surat. (apabila) Saya sampai di Ipoh surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana," ujarnya menceritakan rentetan peristiwa di Perak.
Malangnya, kata beliau apabila sampai ke Istana pada jam 10.30 malam tidak dibenarkan masuk bagi menghadap Sultan Perak.
Menurutnya, dalam surat tersebut memohon perkenan Sultan agar membubarkan Dun Perak.
"Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak. Oleh kerana, Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat. Apa sudi kiranya, Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,"jelasnya.
Pada majlis tersebut sejumlah RM22,000 berjaya dikumpulkan oleh MTD Chukai bagi mengisi Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Isnin, 10 Ogos 2009

SERIBU KENANGAN DIPROGRAM SPIES REMAJA - AMPANG PECAH


Ahad (9 Ogos 2009), sampai sahaja di Kem Binasemangat, Ampang Pecah, majlis penutupnya (jam 3 petang), ternampak remaja yang berusia dari 13 hingga 17 tahun begitu riang dan ceria jika dibandingkan di hari pertama. Mungkin setelah bangun awal malam tadi, ada sesi qiamulail membuatkan mereka dapat merasa, begitu "united", setelah dua hari satu malam. Namun, program yang ke 5 ini, masih mampu menarik lebih 80 peserta dari sekitar Hulu Selangor, dan walaupun tiada "tarian poco=poco" atau "karaoke", ianya membawa seribu kenangan. Tahniah kepada pengelola, Smart Training. Kiriman - SAS.

Jumaat, 7 Ogos 2009

7 wasiat raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Rabu, 5 Ogos 2009

Ajai, Liza nikah 15 Ogos


Penyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain.
Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza, (Norliza Ilias) di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.
Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai (Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai.
Selamat pengantin baru! diucapkan semula kali ini Ajai akan mendapat kebahagiaan baru. Inilah perkahwinan pertama Liza manakala Ajai pernah berkahwn dengan penyanyi Nurul dan memiliki seorang anak, Ayu Nazirah..

ZON EKONOMI KHAS - WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR DIRASMI...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekan butang bagi merasmikan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan sambil disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat (kiri); Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (dua dari kiri) dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (dua dari kanan) di Kampung Runchang, Pekan, Pahang hari ini. SEZ dijangka mampu menarik pelaburan asing dan domestik ke wilayah itu sebanyak RM90 bilion menjelang 2020

Isnin, 3 Ogos 2009

Bersama anak yatim di Rumah Kasih Sayang, Bdr Tasik Puteri



Bangun pagi ini Ahad- 2 Ogos 2009, kawan di BTP terus terusan menalipon, rupanya ada program yang hendak aku hadiri, membantu dia mengambil gambar disekitar majlis pemeriksaan kesihatan dan penyampaian ubatan kepada lebih 50 orang penghuni Rumah Kasih Sayang..Tersentuh hati bila melihat mereka dengan gembira menyambut kami, mungkin sudah tidak ada orang lain lagi (keluarga mereka) yang menziarahi rumah dua tingkat ini, dinakhodai oleh Umi dan suami, Ustaz Zailan, sudah beroperasi sejak 2003 lagi..
Majlis dihadiri oleh Ahli parlimen Selayang, Yb William Leong, Ahli Majlis MPS@ Timbalan Ketua Cabang Selayang, Datuk Mahzan Hassan, Ketua Wanita PKR Cabang, Datin Aminah, Wanita PKR Btp, Norasiah Abd Rahman, JKP Btp, Hj Kamaruddin, Pak Taha, Kak Samiah, Kak Ida, Sam, Zulrosdi (datang lambat) dan jiran-jiran Btp yang perihatin...

UMNO LAHIR DARI PERHIMPUNAN HARAM !!!


Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan HaramPerhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.Peristiwa 1946 dibahasa di DUN KelantanHujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus BerkuasaPihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.PenutupKasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan

Sabtu, 1 Ogos 2009

SENSITIVITI RAKYAT TENTANG ISA - MACAMANA ?


ERRA KEMBALI LIGAT...



Erra mula muncul dalam Gugu Gaga Erra bersama puterinya, Engku Aleesya dan suami sebaik sahaja selepas bersalin.
Kini Erra menjadi pengacara pula. Erra pernah jadi pengacara program kecantikan dan fesyen sebelum ini.
Kali ini Erra menjadi pengacara program bual bicara Anjung Seri. Pastinya program berkonsep rumah tangga yang memperkatakan pasal hiasan rumah.
Nampaknya Erra cuba lari daripada program yang berkonsep hiburan.
Seseorang artis tidak semestinya hanya tahu pasal dunia mereka sahaja, ada juga yang mempunyai pengetahuan dalam bidang lain khususnya yang mereka minati.
Erra juga seoarang selebriti yang mempunyai taste tersendiri dalam hiasan rumah, jadi sesuailah dengan program bual bicara Anjung Seri.

Noniswara dijabkabul dgn Dato Rosman - 31 Julai (Jumaat)



Tanggal 31 Julai 2009 menjadi detik bersejarah bagi dramatis, Noniswara Baharudin apabila selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati, Dato' Rosman Ridzwan.
Majlis serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas waktu Isyak disaksikan keluarga dan rakan terdekat. Dengan sekali lafaz, Nonis sah menjadi milik Dato' Ridzwan.Mas kahwin sebanyak RM317.00 diberikan sempena tarikh pernikahan. Pernikahan ini menyaksikan sembilan dulang hantaran diberikan sebelah perempuan dengan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Walau bagaimanapun, hantaran dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.Pertemuan di Kota London tiga tahun lepas membibitkan debaran di hati namun dibiarkan berlalu begitu sahaja. Segalanya bermula hanya selepas pertemuan secara tidak sengaja membuatkan hati ingin mengenali dengan lebih rapat.
"Kami bertemu lagi secara tidak sengaja apabila menghadiri majlis yang sama di mana Nonis membuat persembahan di situ. Kalau tak silap pertemuan yang tak sengaja kali keempat" ujar Nonis mengimbas kembali detik perkenalannya dengan suami.Percintaan selama setahun membuatkan hati Dato' Rosman terpaut menyunting Nonis menjadi suri dalam hidupnya.Walaupun berlaku kejadian tidak diingini sejurus selepas pernikahan selesai, namun Nonis menganggap semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang penting semuanya selamat dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

Jumaat, 31 Julai 2009

PRK DI DUN PERMATANG PASIR..


GEORGETOWN [8.30 am] - Satu pilihanraya kecil bakal diadakan sekali lagi di Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang. Ia berikutan satu berita mengejutkan telah kami terima sebentar tadi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abd Rahman (foto), dikatakan telah meninggal dunia pagi ini. Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. ADUN PAS dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh. Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat rahmat dariNya.

Khamis, 30 Julai 2009

Bumi Kenyalang menjadi kenangan..




Kenangan bersama ayam renyek, mee golok, laksa sarawak dan kek lapis di kg gersik, kucing telah meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mudah dilupakan.. Saya masih belum ke kampong kawan-kawan lama masa persekolahan dulu seperti Dr Chua Kok Hua, seorang pensyarah di Uniten, YB Fadilah Yusof (ketua murid saya), sekarang Timbalan Menteri dan Mohd Syawal, kawan semeja di tingkatan lima dahulu, tidak kurang Sdr Nordin, dengar khabar berada di bank di bandar kucing, semuanya saya masih tidak berjumpa, tetapi saya sudah pun berada di kampong mereka, aneh juga orang Sarawak sudah lama dekat dihati saya, sekarang mereka akan terus menjadi kenangan dan mendapat sokongan saya, harapan baru untuk kawan semua, berubah untuk pencerahan semula bumi kenyalang!

SELAMAT BERJUANG ORANG SANTUBONG !



(SIRI SARAWAK) - RUMAH PANJANG KG RAYU IBAN, SANTUBONG - 27 JULAI 9 MLM- PKR Sarawak di Santubong telah memasuki 11 tahun lamanya, mungkin tidak ramai yang tahu kewujudan pejuang reformasi yang sekian lama berjuang tanpa peluru dan senjata, memasuki setiap ruang yang ada untuk menerangkan ruang baru dan memberikan harapan kepada semua rakyat Sarawak, Sdr Morni salah seorang yang ditemui, bersama isterinya, berbangsa iban, mendapat dokongan dari rumah panjang iban ini. Sudah lama Tuai Rumah Panjang ini (macam ketua kampong), Sdr Hamdin AK Sidi berkongsi harapan untuk keluar dari pemerintahan yang tiada keadilan dan kesaksamaannya untuk sekian lama.. Selamat berjuang orang Santubong..

LAWATAN KE RUMAH PENEMPATAN RAKYAT (RPK) BANDAR BARU SEMARIANG, KUCING - 27 JULAI 2009



(SIRI SARAWAK) - Sebelum berkonvensyen di Crown Tower, Kucing, pada 27 Julai satu lawatan bersama Sdr Zulrosdi, Timbalan Ketua Penerangan Sarawak ke PPR Bdr Baru Semariang menjadikan satu pengalaman yang amat berguna dalam melihat projek rakyat kerajaan BN selama ini di kawasan pembangkang di Sarawak. Sdr Azhari, ketua penduduk di sini membawa melawat keadaan rumah yang ketinggalan setelah 7 tahun, struktur bumbung yang tertanggal dan keadaan longkang yang teruk, betapa menunjukkan kualiti ketulusan kerajaan negeri dalam membantu rakyat miskin..

Selasa, 28 Julai 2009

LEBIH DARI 1000 PESERTA HADIR DI KONVESNSYEN HARAPAN BARU SARAWAK - CROWN TOWER- 28 JULAI 2009 SELASA


Timbalan Presiden PKR, Sdr Dr. Syed Husin Ali menerima cenderahati dari Pengerusi JWK Penganjur, Sdr Jimmy Donald ketika selesai merasmikan Konvensyen Harapan Baru Sarawak dan memberikan Ucaptama di konvensyen tersebut.
Turut sama di majlis perasmian tersebut adalah Penasihat Utama Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Seri Hjh Hafsah Harun, Pengerusi MPN, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, YB Gabriel Adit ak Demong (Adun Ngemah) dan YB Dominiq Ng Kim Ho (Adun Padungan).

Ahad, 26 Julai 2009

SEKITAR PELEPASAN JELAJAH HULU SELANGOR -AMK HULU SGR 25 JULAI 10PG DATARAN SENTOSA





Lebih dari 50 buah kereta telah menyertai Program Jelajah Hulu Selangor pada hari Sabtu lepas, dimana menyaksikan beberapa tempat telah dikunjungi oleh squad Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Diantara tempat kunjungan adalah Hulu Rening, Sungai Tengi, Hulu Bernam dan berakhir di D'Rimba Hulu Tamu, Batang Kali. Pelepasan konvoi telah selamat dilakukan oleh Ketua Cabang sendiri, Sdr Nashruddin Abd Aziz di Dataran Sentosa, Bukit Sentosa..
Pengarah Program, Sdr Zainal dari Kampong Sungai Buaya ketika ditemubual, berasa terharu dengan sambutan warga Hulu Selangor, yang rata-ratanya adalah anak-anak muda, mungkin aktiviti sebegini sesuai bagi melahirkan insan yang sihat dan bertanggongjawab di kalangan masyarakat sekarang. Aktiviti lain dijalankan semasa sampai adalah perlawanan bolatampar, penyerahan bolasepak dan bolajaring diakhiri dengan kemuncak di D'Rimba Tamu Hill, Batang Kali, dimana diadakan penyampaian hadiah dan penyerahan borang ahli PKR.