Khamis, 14 Januari 2010

WEEKEND YANG SIBUK (9-10 JAN 2010)


Bersama pemimpin wanita di Wacana Gender (10/1/10-Ahad)

Sepetang bersama Ds Anwar/Anak2 Perak diPerantaun..mc (9/1/10-Sabtu)

Isnin, 11 Januari 2010

WACANA GENDER : KEADILAN SOSIAL DAN PERSPEKTIF GENDER 9-10 JAN 2009


Wacana Gender yang berakhir pada 10 Jan 2009 di hadiri oleh Dato'Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 6 ptg dengan memberi "Amanat kepada Wanita Malaysia". Turut hadir di upacara penutup wacana gender adalah Yb Yaakob Sapari dan Yb Azmin Ali disamping pembentang-pembentang kertaskerja di antaranya- Mantan Timbalan Menteri Kementerian Pemberdayaan Wanita Indonesia, Dr Yusuf Supiandi, Dr Cecilia Ng, aktivis wanita (beliau juga berkhidmat di Women's Development Research Centre, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang),YB Saari Sungib (Adun Hulu Kelang) dan Tuan Khalid Jaaffar (IKD).

DEMO WANITA PKR - BANTAH KENAIKAN HARGA BARANGAN


Wanita PKR yang berseminar 2 hari di Hotel DePalma, Jalan Ampang (9-10 Jan 2009), sempat turun ke Pasaraya Amapang Point (1ptg0 untuk berdemo menyatakan situasi yang dihadapi wanita Malaysia sekarang, kenaikan harga barang.. Kira-kira 100 wanita yang diketuai oleh YB Haniza dan YB Zuraida telah bersama-sama turun untuk menarik perhatian kerajaan persekutuan tantang keadaan konsumer dan surirumah yang membelibelah dan menghadapi isu kenaikan harga barangan..

Khamis, 7 Januari 2010

RAKYATLAH JUARA RAKYAT !! TERIMAKASIH 20 SEN !!


Bila mengadakan program UMNO JUARA RAKYAT yang akan berlangsung di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, UMNO telah menggunakan segala keperluan dan jentera Kerajaan, dengan mengerahkan semua agensi kerajaan dan sekolah diatas nama parti UMNO...

Bila membaca falsampah JUARA RAKYAT, akhirnya didapati RAKYATlah JUARA RAKYAT dan bukan UMNO atau BN...Rakyat menjadi penentu kuasa, rakyat yang memerintah..jadi janganlah mendera rakyat, janganlah mengambil dan salahgunakan duit rakyat !!

Rabu, 30 Disember 2009

KES JUAL ENJIN JET, ADA JUGA KESAN KE ATAS NEGARA


Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap.  Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar.  Kenyataan Balasubramaniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya.  Imej Kerajaan kita terjejas teruk.  PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat.  Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.
Lebih menakutkan kekurangan solid voteuntuk Najib (gambar kanan) itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standingterhormat seperti dulu.
Kerajaan seakan nampak tidak solid.  Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.
PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah.  Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera.  PM seakan terpisah dari realiti.  Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari.  Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.
Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula.  Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.
Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.
Keadaan nampaknya kritikal.
Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.
Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak.  Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.
Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters.  Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.
PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri.  Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.
Antara isu yang sukar ditepis oleh Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan.  Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini.  Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990-an.
Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau.  Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.
Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau.  Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.
Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau.  KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.
KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.
Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaluddin dalam banyak perkara.
KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.
Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini.  Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang.  Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.
Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.
Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu.  Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentukmonetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.
A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting.  Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda.  A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.
Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.
Namun, sampai kepada isu monetary gainrule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.
Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.
*Tulisan ini dipetik daripada blog Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap AJK PAS Pusat.

Ahad, 27 Disember 2009

Video persembahan tarian "line dance" di sambutan Xmas 20 Dis 2009

GARA-GARA TERLELAP, 10 PENUMPANG TERBUNUH !





Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang. 

Khamis, 17 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH !!




Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keADILan dan kebenaran.
Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya diallui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Tetapi bagi posting kali ini che'GuBard ingin memperingatkan diri ini dan semua yang ingin berkongsi mengenai betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.
Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Rabu, 16 Disember 2009

TAHNIAH SENATOR TUAN SYED HUSIN ALI ~



KUALA LUMPUR, Dis 16 — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di Bangunan Parlimen di sini.
Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. 

Selasa, 15 Disember 2009

Reunion of NUMSA, my 6 years at Lincoln, Nebraska USA (1982-1988)



Kenangan lama berjaya mengumpulkan lebih 65 alumni UNL ke Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 12-13 Disember yang lepas, aku cuma hadir di majlis makan malam di Medan Ikan Bakar, Pasir Panjang ..
Ramai yang hadir, cuma aku suka sangat dapat berjumpa rakan rumah seperti Tam, Shah, Mahzan dan Bakar.. Banyak nostalgia yang dilalui bersama di kala belajar di tempat yang jauh dari masyarakat Malaysia..
Tahniah kepada jawatankuasa penganjur ie. Kak Nita, Mahzan, Ajoey, alin dan lain-lain..
Semoga berjumpa lagi ditahun hadapan...

Rabu, 9 Disember 2009

Bersama Yb Ean Yong, Exco Selangor - Rabu (9 Disember 2009)


PERTAMA KALINYA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - 19 DISEMBER 2009 SHAH ALAM


Ramai yang menanti - nanti tarikh bersejarah di mana satu gabungan kuasa 'perjuangan' dan politik bergabung demi kemerdekaan sebenar rakyat.

pkatan rakyatBAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.
Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Isnin, 7 Disember 2009

JWK PR PATUT DIBENTUK UTK TERUS MENERAJUI NEGERI...

Bagi mengukuhkan kekuatan parti-parti Pakatan Rakyat, maka satu Jawatankuasa Bertindak bagi peringkat DUN wajar dibentuk.
JWK tersebut akan memainkan peranan sebagai penggerak untuk menganjurkan program, serta aktiviti bermanafaat bagi menguatkan dan menambahkan pengaruh rakyat terhadap Pakatan Rakyat, diantara lain penting sebagai menghadapi persediaan awal PRU 13. JWK akan juga berperanan untuk menangkis semua tohmahan dan propaganda parti-parti BN.

JWK ini boleh dianggotai oleh wakil parti PR dan juga semua ketua-ketua JKKK yang terdapat di peringkat DUN masing-masing.

Tindakan JWK Bertindak Pakatan Rakyat adalah satu usaha terbaik bagi menyatukan parti-parti Pakatan Rakyat. Selain mengeratkan hubungan dan kemesraan antara pemimpin parti, strategi dan perancangan boleh dirancang untuk keutuhan PR diperingkat DUN masing-masing.

(sumber berita Ronnie/Sg Pelek)