Rabu, 5 Mei 2010

Mahkamah bebas 10 aktivis Bersih

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Jalan Duta di sini membebaskan 10 aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan di pekarangan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007 lepas.
Hakim Fathiyah Idris semasa membaca penghakiman kira-kira jam 10.30 pagi tadi menyatakan, pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah cacat.
Pihak pendakwa jelasnya, gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.
Manakala pihak polis pula jelasnya lagi, hanya bertindak mengikut jangkaan bahawa akan berlakunya himpunan.
Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.
Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.
"Kita menganggap keputusan mahkamah hari ini adalah paling tepat."Pada hari itu kami datang ke parlimen atas tanggungjawab sivik kami untuk menghantar memorandum, kita bukan nak pergi berhimpun," kata Hatta selepas ditemui di luar bilik mahkamah.
Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.
Ekoran itu mereka telah ditangkap dan dituduh mengadakan perhimpunan haram dibawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 (Akta 334) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) Akta yang sama.
Bersih dalam satu kenyataan sebelum 11 Disember 2007 itu, membantah usaha kerajaan meminda perlembagaan bagi melanjutkan usia persaraan kakitangan SPR.
Kerajaan dikatakan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.
Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November 2007 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz yang dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember tahun berkenaan.
BN ketika itu dikatakan amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.

Isnin, 3 Mei 2010

PRK HULU SELANGOR - INSIDEN DI BUKIT SENTOSA 2 ....

Insiden yang terjadi semasa pembuangan undi di SK Bukit Sentosa amat mengharukan. Kumpulan dari mana yang datang siap dengan berbaju oren, sampai saja di kawasan kami, terus memaki dan memaki, sedangkan kami semua adalah penduduk dan pengundi di sini, namun kumpulan orang luar tidak peduli, terus menuduh kami memukul "orang" mereka, pihak berkuasa kemudian diminta memasang tali keselamatan membezakan kawasan bagi kumpulan masing-masing. Insiden penuh bermakna dikala kami semua penduduk Bukit Sentosa cuma memerhati saja gelagat orang luar....

Selasa, 20 April 2010

Kerja amal bukan senang, bukan ramai nak buat.....


Pertahan Parlimen hulu Selangor, tonggak laluan ke Putrajaya !

Lama tidak dapat masuk ke sini, ada tugasan yang dibuat  ini, seharusnya semua kena berkerja keras untuk mempertahan kerusi parlimen ini !


Profail dk zaid ibrahim :-
Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO
2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.
2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.
2004: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.
2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.
Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman.
Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.
Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA .
Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.
Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008. Keadilan untuk Semua.
Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman. Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman. Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan. Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008. Buku Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

Jumaat, 26 Mac 2010

Alfatihah, takziah kpd keluarga allayarham Dk Dr Zainal Abidin Ahamad, MP Hulu Selangor

Jenazah allahyarham akan disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini, sembahyang jenazah di Mesjid Kuning, Bt 10, Hulu Langat pagi ini...Alfatihah.

Ahad, 7 Mac 2010

KESAH SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU2 NYA.. BIARKAN 2X

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor pada hari ini, Ahad 7 Mac 2010 bertempat di Dewan Juble Perak, Bangunan SUk, Shah Alam dari jam 8 sehingga 6 petang, banyak yang terungkai kesah kekuatan Pakatan Rakyat dan masadepannya di Selangor, bahkan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat. Insyallah, Putrajaya semakin dekat !

Khamis, 4 Mac 2010

Bersama di perkebumian wargaemas Kg Sg Buaya...

Memang sukar dijangka bilamana kita akan menemui ajal, malang bagi warga emas dari Kg Sg Buaya yang telah menjadi mangsa korban penyamun dan perompak yang bertembung denganya ketika memasuki rumahnya sendiri ketika isterinya telah di ugut didalam rumah... Nen Ariffin, 75 tahun, Alfatihah untuk allahyarham, seorang pejuang Pakatan Rakyat..

Isnin, 8 Februari 2010

CHELSEA DIPUNCAK SEMULA.........


LONDON 8 Feb. - Dua jaringan Didier Drogba pada separuh masa pertama membolehkan Chelsea menang 2-0 ke atas Arsenal di Stamford Bridge dan mengembalikan kelab itu di puncak Liga Perdana dengan perbezaan dua mata di hadapan Manchester United.
Penyerang ternama Ivory Coast itu tidak dikawal pada minit ke lapan dan mudah menolak bola hasil tandukan ketua pasukan John Terry dari sudut Florent Maouda.
Lima belas minit kemudian, beliau sekali lagi mencipta jaringan hasil serangan balas pantas bermula dari gerakan Frank Lampard yang melihat kedudukan beliau di sebelah kanan padang.
Drogba melepasi pertahanan Arsenal, Gael Clichy yang akhirnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Manuel Almunia.
Dengan keputusan tersebut, ditambah kekalahan kepada Manchester United di tempat sendiri minggu lalu, meninggalkan Arsenal dengan sembilan mata di belakang Chelsea dan tujuh mata di belakang United. - Reuters

Rabu, 3 Februari 2010

ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI 2 - LAWAN TETAP LAWAN

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.
Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Isnin, 1 Februari 2010

UMNO MULA SERANG PKR ?

Cukup rancak sehari dua ini Umno menyerang Pakatan Rakyat dengan memberi gambaran bahawa PR sedang mengalami krisis keyakinan dan umpama retak menanti belah. Tidak dinafikan wujud sedikit masalah seperti 'pendarahan dalaman' menurut Lim Kit Siang tetapi tidak sampai mengalami komplikasi.
Isu melibatkan YB Khalid Samad, Dato Dr, Hassan Ali, Zuklifli Nordin dan beberapa ahli parlimen daripada PKR lebih kepada proses 'pendidikan' kepada PR. Tetapi apa yang berlaku kepada Umno-BN menyebabkan mereka sebenarnya dalam kepanasan. Tengku Razaleigh secara terbuka berada di pentas rakyat bersama kerajaan Pas Kelantan, Khairy didesak secara terbuka melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menyebabkan parti 'juara rakyat' cukup tertekan.
Oleh itu tidak ada cara lain kecuali mengalih isu dan cuba menyogok wakil rakyat PR sama ada di parlimen dan Dun untuk berpaling tadah untuk 'memulih semangat' Umno-BN. Mereka tahu kalau mempelawa sekadar guna 'air liur basi' tak berkesan maka ratusan juta ringgit ditawarkan untuk wakil rakyat PR melompat parti. Dato Seri Anwar mendedahkan bahawa Dato Dr. Jamaludin Jarjis mengetuai komplot untuk menumbangkan PR. Siapa tak kenal JJ, bagi penduduk Rompin cukup mengenali beliau bahawa rasuah sudah sinonim dengannya untuk memastikan beliau kekal sebagai ahli parlimen Rompin. Maka saya tak pelik tugas untuk 'membeli' wakil rakyat PR diketua oleh JJ. JJ cukup dekat dan rapat dengan Presiden parti juara rakyat. sudah pasti beliau bukan bertindak bersendirian kalau tak buat apa susah-susah perabis bil telefon untuk menghubungi wakil rakyat PR dari Amerika!
Apa yang berlaku mendedahkan tembelang sebenar Umno yang bukan parti juara rakyat tetapi parti juara rasuah!

Isnin, 25 Januari 2010

DS DR WAN AZIZAH TERIMA ANUGERAH OMAR AL-KHATTAB, 40% PEMBUAT DASAR DI SELANGOR ..


SHAH ALAM, 25 Jan: Kerajaan Negeri Selangor membuktikan hasrat golongan wanita yang selama ini memperjuangkan nisbah 30 peratus sebagai pembuat dasar telah ditunaikan malah melebihi 40 peratus.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lihat sahaja di dalam saf exco kerajaan negeri sekarang ini, terdapat lebih 40 peratus dari kalangan wanita yang berperanan aktif.
Abdul Khalid menjelaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Wanita Selangor 2010 yang diadakan baru-baru ini Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, dekat sini.
Untuk rekod, terdapat empat tokoh wanita di dalam kepimpinan kerajaan negeri sebagai exco sekarang; Ahli Dewan Negeri (ADN) N30 Kinrara, Teresa Kok memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan, ADN N41 Batu Tiga, Puan Rodziah Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi).
ADN N45 Selat Kelang, Dr Halimah Binti Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan) dan ADN N37 Bukit Lanjan, Elizabeth Wong (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar).
Turut berucap dalam majlis itu adalah Penerima Anugerah Omar Al-Khattab 2009 yang berpusat di California, Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Exco Wanita Selangor, Puan Rodziah Ismail.
Konvensyen kali ini bertemakan Wanita Berdaya, Harapan Negara - Pemberdayaan Wanita dalam Kepimpinan dihadiri oleh 1,500 kepimpinan wanita di segenap peringkat dalam masyarakat dari seluruh Selangor.Dalam ucapannya juga, Abdul Khalid berkata, apa yang diamalkan di Selangor bukan berdasarkan kouta tetapi lebih kepada mengenengahkan kebolehan, kemahiran dan pengalaman.
“Bagi saya, kejayaan Negeri Selangor bergantung kepada keupayaan 50 peratus golongan wanita yang ada di negeri ini, justeru itu, mereka wajar mengambil peluang yang terbuka luas sekarang jni dalam bidang ekonomi dan teknologi.
“Kini sebagai sebuah negeri maju, Selangor memasuki bidang sektor perkhidmatan yang tiada diskriminasi antara jantina, tiada beza kebolehan antara lelaki dan wanita, apa yang diutamakan adalah kepakaran dan kemahiran termasuk tenaga berfikir.
Sementara itu, Dr Wan Azizah tidak dapat menahan airmata terharunya apabila diraikan di dalam majlis itu kerana menurut katanya, beliau tidak pernah menangis di hadapan khalayak ramai biar apa pun halangan yang dihadapinya selama ini.
“Tetapi bila melihat semula tayangan peristiwa selama 10 tahun yang dipaparkan tadi, saya tidak dapat menahan perasaan sebak,” ujarnya sambil mengelap airmata dengan tisu.
Sebelum itu, suasana dewan sunyi sepi melihat tayangan multimedia yang memaparkan banyak peristiwa bersejarah sejak 1998 menceritakan detik-detik perjuangannya diiringi lagu berirama syahdu.
Beliau telah dipilih menerima Yayasan Anugerah Omar Al-Khattab berdasarkan perjuangannya membela keadilan dan menegakkan kebenaran di negara ini ekoran ketidak-adilan yang dikenakan ke atas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula Disember 1998 hingga kini.
Wan Azizah berkata, sebenarnya pihak yayasan itu berhasrat memberikan anugerah itu sejak tahun 2000 lagi tetapi beliau menolak kerana dirasakan perjuangannnya hanya untuk membebas dan membela nama baik keluarga.
Namun setelah didesak berdasarkan maruah dan nama wanita Islam masakini sangat buruk menyebabkan beliau terbuka hati untuk menerimanya kerana menyifatkannya ini adalah ruang beliau berdakwah dan menaikkan nama wanita Islam di mata dunia.
“Saya menerima anugerah ini untuk semua wanita dan bagi pihak seluruh mereka yang terlibat di dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran di mana sahaja mereka berada,” tegasnya sambil diiringi tepukan hadirin.