Memaparkan catatan dengan label moral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label moral. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2009

Sand and Stone


A story tells that two friends were walking through the desert..


In a specific point of the journey, they had an argument, and one friend slapped the other one in the face.


The one, who got slapped, was hurt, but without anything to say, he wrote in the sand: "TODAY, MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE".


They kept on walking, until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one who got slapped and hurt started drowning, and the other friend saved him. When he recovered from the fright, he wrote on a stone: "TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE".


The friend who saved and slapped his best friend, asked him, "Why, after I hurt you, you wrote in the sand, and now you write on a stone?"


The other friend, smiling, replied: "When a friend hurts us, we should write it down in the sand, where the winds of forgiveness get in charge of erasing it away, and when something great happens, we should engrave it in the stone of the memory of the heart, where no wind can erase it"


~by unknown author~

Ahad, 4 Januari 2009

Kisah dua beradik


Photobucket

Ada dua beradik tinggal di sebuah ladang yang luas peninggalan arwah ayah dan ibu mereka. Oleh kerana si abang telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai, dia mendiami rumah yang besar manakala si adik mendiami rumah yang kecil di ladang itu kerana dia masih bujang. Dua beradik itu mengerjakan ladang peninggalan ibubapa mereka dengan tekun. Segala hasil dan keuntungan dibahagi samarata di antara mereka.


Pada satu hari si adik terfikir. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Aku rasa tidak adil jika hasil dan keuntungan ini dibahagi samarata kerana abangku mempunyai tanggungan yang ramai sedangkan aku seorang diri dan keperluanku tidak seberapa." Justeru, tiap-tiap malam dia mengambil seguni beras dari kepuknya lalu mencurahkan beras tersebut ke dalam kepuk abangnya secara rahsia.


Sementara itu, si abang pun terfikir juga dan berkata kepada dirinya, "Aku rasa tidak adil jika hasil dan keuntungan ini dibahagi samarata kerana adikku itu seorang diri. Aku telah berkeluarga, ada isteri dan anak-anak yang boleh menjaga aku satu hari nanti sedangkan adikku itu tiada sesiapa yang boleh menjaga dia." Justeru, tiap-tiap malam dia mengambil seguni beras dari kepuknya dan mencurahkan beras tersebut ke dalam kepuk adiknya secara rahsia.


Setelah beberapa lama, dua beradik itu berasa hairan bila melihat beras di kepuk masing-masing tidak mengurang sedikit pun sehinggalah pada suatu malam mereka bertembung di pertengahan jalan ketika masing-masing hendak menghantar beras tersebut. Sekarang barulah mereka faham mengapa beras dalam kepuk masing-masing tidak luak. Si abang terharu dengan pengorbanan si adik dan si adik pun terharu dengan pengorbanan si abang. Mereka lantas menangis sambil berpelukan.


Masih adakah lagi hubungan yang serapat ini di antara adik beradik di zaman sekarang? Sanggup berkorban harta dan kesenangan untuk saudara yang tersayang. Barangkali masih ada tapi bilangannya boleh dikira dengan jari. Yang paling menyedihkan, ada yang sanggup mengkhianati saudara sendiri, bercakaran berebut harta pusaka sedangkan apalah sangat yang ada pada harta jika dibandingkan dengan hubungan adik beradik seibu sebapa. Ada yang bermasam-masam muka bertahun lamanya dek kerana harta pusaka sedangkan dalam islam dilarang sama sekali kita tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut.


Tirana @ TPM