Isnin, 12 Januari 2009

TAHNIAH KPD MAWI & EKIN..... 1001 MALAM SUNGGUH MENARIK ....












Hentikan peperangan..


Sand and Stone


A story tells that two friends were walking through the desert..


In a specific point of the journey, they had an argument, and one friend slapped the other one in the face.


The one, who got slapped, was hurt, but without anything to say, he wrote in the sand: "TODAY, MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE".


They kept on walking, until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one who got slapped and hurt started drowning, and the other friend saved him. When he recovered from the fright, he wrote on a stone: "TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE".


The friend who saved and slapped his best friend, asked him, "Why, after I hurt you, you wrote in the sand, and now you write on a stone?"


The other friend, smiling, replied: "When a friend hurts us, we should write it down in the sand, where the winds of forgiveness get in charge of erasing it away, and when something great happens, we should engrave it in the stone of the memory of the heart, where no wind can erase it"


~by unknown author~

Jumaat, 9 Januari 2009

PBB Luluskan Resolusi, bila masanya .....






14 hari mengharungi konflik, lebih 769 rakyat Palestin terkorban, termasuk 129 kanak-kanak, jam 10.30 pagi tadi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB meluluskan Resolusi 1860, menguatkuasakan genjatan senjata ‘serta merta’ antara pejuang Hamas dan tentera Israel. Amerika Syarikat mengambil tindakan berkecuali sewaktu pengundian dijalankan, 14 ahli Majlis lain menyokong.
Sejurus resolusi terbabit diluluskan, bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran di bandaraya Gaza. Serangan helikopter penggempur masih berterusan. Semuanya petanda awal, resolusi PBB itu tidak dihormati.
Mangsa yang terbunuh, aduhhh...banyaknya jiwa kanak-kanak, abang, kakak, pakcik, maksik, yang cacat dan normal..semuanya orang awam menjadi korban, mangsa perang yang disyaki dimana....Nampaknya, bertepatan dengan keadaan hari ini, isu Palestine mestilah di lihat dari segi ugama dan ilmu, semoga ada orang seperti pejuang islam, Salehuddin AlAyubi di zaman sekarang, semoga ada orang pejuang islam membawa kegemilangan islam di atas landasanya.
Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki dalam sidang media menyatakan malangnya resolusi sama tidak menyatakan secara jelas waktu spesifik tentera Israel harus berundur dari Gaza. Malah beliau percaya, dalam tempoh 2 hari akan datang, tentera Israel akan terus melakukan serangan dijangka mengorbankan lebih banyak nyawa.

Rabu, 7 Januari 2009

Mencari kenalan lama di masa persekolahan...







Usia semakin meningkat, terkenang ranjau hidup suka duka bersama sahabat, namun faktor masa dan keadaan memisahkan semua, ambe mencari semua sahabat lama yang telah terputus hubungan, moga pertemuan dan perhubungan semula mengeratkan ukhuwwah kita.. Semua sahabat di ;

Sek Keb Tg Piandang, Perak (1970 -1976)
Sek Men Raja Lope Nor Rashid, Tg Piandang, Kerian, Perak (1977 - 1979)
Sek Men Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak (1980 - 1981)

sesiapa yang mengenali diri ini sila hubungi sascyber@hotmail.com

AMCO... dalam kenangan semasa di Maybank


AMCO

REGISTERED UNDER TRADE UNION ACT, 1959REGISTRATION NO.624.

(dari http://www.amco.org.com/)
Lineup leadership for term 1992/1993
President:
Mohd Yunus Yaacob
Vice President:
Chey Onn Wah(until 24/2/1993)Zainal Kamar Abd Raof(wef 24/2/1993)
Secretary:
Lee Ah Tee
Assistant Secretary:
Shaiful Anuar Sulaiman
Treasurer:
Choo Chee Hyong
Council Member:
Yeow King Siong:
Yong Choo Sian:
Mohd Shukor Gulam Mohamad(until 24/2/1993):
Lee Hiang Kiang(wef 24/2/1993)

SAS: Aku masuk union nie secara kebetulan..sebab Sdr Lee Ah Tee, sebelah department aku..
banyk kami perjuangkan masa tu, buat demo mintak gaji revise, naik... collective agreement, kes2 pekerja faham jer laa.. semua tu amat mencabar.. Semua lineup geng diatas dah pencen atau ambik vss.. bermakna dimana mereka skrg... dimana2...

Friends are like balloons....


Kawan-kawan lagi...


Handsome lagi mamat nie, Dr Chua Kok Hua, skrg prof kat
Uniten, jumpa dia masa dia graduated dari Glasgow..
Sama masa form 5..


Nie Nik Danial...dah datuk kot, skrg kat Hicom DRB..
Ingat masa gi mancing sama2..kat US gak.. tak sangka kawin
dgn org dibelakang rumah adik ipar aku kat kemaman..


Mohd Syukor, sekarang Exec Dir Honda, selalu lunch kat Maybank
masa dia kerja kat BP Menara Maybank, Senior GM Marketing kat
Perodua Sales, housing loan dia aku buat masa kat Maybank..

TANDA-TANDA SEBELUM MATI.....AMIN

Sebagai org islam.. mengingati mati adalah sunat... tetapi meminta mati adalah berdosa..Berkaitan dengan kematian... marilah sama2 kita renungkan ...tanda2 sblm mati...

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanap... semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. wallahua'lam.Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak...

Masyallah...Jauhkan Aku dari api neraka.
Amin

Selasa, 6 Januari 2009

Kawan-kawan yg high profile...


Wan Azizi Dato Wan Mohamad, anak bekas MB Perak, roomate aku
kat USA.. sekarang exco Pemuda UMNO..timb Dato Azeez, Putera UMNO



Nie sama kelas dgn yb fadilah, Dato' Dr Zambri, YB Pangkor skrg..


Nie pun datuk gak, YB Fadillah Yusof, Tim Menteri Komunikasi, Sains Teknologi,
bekas Ketua Murid Sek Panglima Bkt Gantang, Parit Buntar
Masa dia di Ting 6, aku ting 5 Sains 1.



Sekarang nie dah datuk, Datuk Prof Nor Azlan Ghazali
berkhidmat di EPU, Jabatan Perdana Menteri....
Asal dari Bagan Serai, Perak..sama dgn aku di USA

Isnin, 5 Januari 2009

Style Makan Orang Pompuan (wajib baca)

Wednesday, 24 December 2008

Kalau korang tak perhati betul betul, korang tak kan dapat lihat perbezaan style makan orang lelaki dan jugak style makan orang pompuan.
Di bawah nie aku perlihatkan sedikit perbezaannya, mula dengan lelaki dulu...
LELAKI style dia begini...
1- Waktu rehat,terus jalan ker tempat makan
2- sampai kedai makan,masuk...3
- Amik pinggan.
4- Amik nasi
5- Amik lauk pas tu amilk air
6- Ke kaunter bayar nasix dan air sekali
7- Makan
8- Habis makan
9- Pergi surau
10- Balik office sambung kerja

PEREMPUAN pulak begini...
1- Waktu lunch, jalan terkedek kedek ke kedai makan
2- Peratikan orang lain waktu jalan, tengok aper yang orang lain pakai
3- Buat ulasan tentang orang yangg diorang tengok tu4
- Sambil jalan betul betulkan tudung,tengok pakaian sendiri pusing pusing lihat belakang sendirix, tengok tengok kasut sendiri
5- Tengok pulak pakaian orang lain terutamanya pakaian yg lebih cantik dari yang dia pakai lalu sambil berkata kata dalam hati (tah la kata apa sebab aku tak dengar...)
6- Sampai kedai makan, jenguk jenguk lauk dulu...
7- Terasa ramai orang carix kedai lain...
8- Jalan lagi Masuk kedai lain pulak sampai puas hati
9- Survey lauk lagi dua tiga minit
10- Cari pinggan amik pinggan tu
11- Belek belek pinggan tu, alamak tak bersih ! Eeee !!! tukar pinggan la pulak !
12- Lap pinggan dgn kertas tisu puas hati senduk nasi
13- cedok sikit sikit jea, campur semua sekali pun masih sikit jea
14- Keluarkan balik nasix tu... terasa teramik banyak la pulak
15- Buang sikit lagi... sebab masih banyak tinggal sejemput pun rasa banyak jugak lagi.
16- Cari pula lauk, survey lagi..sendok sana senduk sini..
17- Amik kuah sikit jea
18- Lihat bekas lain, amik kuah jugak lagi..
19- Jengok lagi,sambil jeling jeling org lain
20- Baru la amik lauk, sambil telan air liur sendiri...
21- Pusing tempat sayur pulak, amik sayurpun sikit jugak selepas tawaf dua tiga kali
22- Ke kaunter bayaran
23- Tengok balik pinggan, bisik dgn kawan 'Alamak banyaknya aku amik..'
24- Berapa ? sambil keluarkan duit
25- Buat isyarat mata dgn kawan sebelah nak gi tau 'mahal'
26- Bukak dompet yang tak berjenama, belek2 celah kad bank, kad nama, celah gambar bakal laki, gambar mak ayah gambar anak sedara.
27- Keluarkan duit, bayar, amik baki duit, tutup dompet amik nasi , carix tempat duduk
28- Dah dapat tempat duduk Alamak kotor la pulak.... carix tempat duduk lain
29- Dah jumpa tempat duduk maka duduk la...
30- Alamak... air tak oder lagi ! haduuuh...
31- Sambil betulkan tudung tinjau tinjau org nak amik oder air
32- Air dah sampai
33- Alaaaa... lupa la pulak sudu garpu !
34- Bangun amik sudu garpu
35- Start makan,
36- Berenti makan jap
37- Bangun gi amik tisu
38- Duduk balik
39- Kesat mulut dengan tisu tadi sebab kuah dah mengalir kat dagu
40- Sambil mengunyah sambil perati orang...
41- Cuit kawan sambil tunjuk dengan mulut, ada pasangan yg tak secocok, laki ensom, bini size XXL
42- Senyum sinis
43- Habis makan
44- Makan Separuh jea
45- Kenyang katanya !
46- Letak sudu
47- Letak garpu
48- Pinggan tolak tepi
49- Borak lagi
50- Katanya di sini makan tak sedap !
51- sambung ngumpat... kali nie pasal member se office, ada jea yg tak kena..
52- Jam 2.00pm balik office amik barang barang make-up
53- Masuk toilet la pulak
54- Tenyeh gincu, tepek bedak sapu ubat ketiak masam
55- Terus jalan ker SURAU
56- Tak jadi gi surau
57- Eh..! Baru teringat minggu nie tak leh semayang, bulan gerhana...
58- Sambil tengok jam tangan, slow jea balik opis nak sambung kerja la konon..
59- Start buat kerja
60- Berenti kejap, periksa hp kalau ada SMS masuk
61- Senyum sorang sorang
62- Balas SMS, kata kat boipren/laki jangan lupa jemput balik nanti
63- Tengok jam tangan,bandingkan jam kat opis kalau kalau jarum jam tak sama
64- Menguap, dah besar mulut baru teringat nak tutup

He he he cukup la tu sampai 64... tu pun dah jauh terlajak aku merepek !Ha ha ha Aku tulis nie bukan kerana nak kutuk kutuk orang pompuan tau.... tapi kerana sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayang ku.... he he he kita sama, semuanya sama apa yang ada hanyalah kehidupan !

macam lagu Ramli Sharip tu...

Ahad, 4 Januari 2009

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan


Disiarkan pada Jan 04, 2009..

Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.
Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.
Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan HAMAS itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika.
Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya.
Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?
Beberapa hari saya menyertai demontrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London. Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di UK ini.
Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini. Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir.
Selama seminggu demonstasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemontrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin.
Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demontrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.
Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).
Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).
Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.
Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.
Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demontrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan.
Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.
Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?
Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:
“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)
Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.
Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.
Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.

Kisah dua beradik


Photobucket

Ada dua beradik tinggal di sebuah ladang yang luas peninggalan arwah ayah dan ibu mereka. Oleh kerana si abang telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai, dia mendiami rumah yang besar manakala si adik mendiami rumah yang kecil di ladang itu kerana dia masih bujang. Dua beradik itu mengerjakan ladang peninggalan ibubapa mereka dengan tekun. Segala hasil dan keuntungan dibahagi samarata di antara mereka.


Pada satu hari si adik terfikir. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Aku rasa tidak adil jika hasil dan keuntungan ini dibahagi samarata kerana abangku mempunyai tanggungan yang ramai sedangkan aku seorang diri dan keperluanku tidak seberapa." Justeru, tiap-tiap malam dia mengambil seguni beras dari kepuknya lalu mencurahkan beras tersebut ke dalam kepuk abangnya secara rahsia.


Sementara itu, si abang pun terfikir juga dan berkata kepada dirinya, "Aku rasa tidak adil jika hasil dan keuntungan ini dibahagi samarata kerana adikku itu seorang diri. Aku telah berkeluarga, ada isteri dan anak-anak yang boleh menjaga aku satu hari nanti sedangkan adikku itu tiada sesiapa yang boleh menjaga dia." Justeru, tiap-tiap malam dia mengambil seguni beras dari kepuknya dan mencurahkan beras tersebut ke dalam kepuk adiknya secara rahsia.


Setelah beberapa lama, dua beradik itu berasa hairan bila melihat beras di kepuk masing-masing tidak mengurang sedikit pun sehinggalah pada suatu malam mereka bertembung di pertengahan jalan ketika masing-masing hendak menghantar beras tersebut. Sekarang barulah mereka faham mengapa beras dalam kepuk masing-masing tidak luak. Si abang terharu dengan pengorbanan si adik dan si adik pun terharu dengan pengorbanan si abang. Mereka lantas menangis sambil berpelukan.


Masih adakah lagi hubungan yang serapat ini di antara adik beradik di zaman sekarang? Sanggup berkorban harta dan kesenangan untuk saudara yang tersayang. Barangkali masih ada tapi bilangannya boleh dikira dengan jari. Yang paling menyedihkan, ada yang sanggup mengkhianati saudara sendiri, bercakaran berebut harta pusaka sedangkan apalah sangat yang ada pada harta jika dibandingkan dengan hubungan adik beradik seibu sebapa. Ada yang bermasam-masam muka bertahun lamanya dek kerana harta pusaka sedangkan dalam islam dilarang sama sekali kita tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut.


Tirana @ TPM

Jumaat, 2 Januari 2009

Detik terakhir Rasullulah....

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.


Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.


Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkanRasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?


Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi.


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


Amin...Wallahualam.

Adibah jadi mangsa...cian dia.




Menurut berita yang didengar di radio pagi tadi, polis sudah hampir menjejaki pihak yang bertanggungjawab menulis blog tersebut. Adibah Ahmad yang berasal dari Kedah sebelum ini telah lima kali membuat laporan polis mengenai ada orang yang menggunakan identitinya untuk menghina Nabi Muhammad SAW sejak 5 bulan lepas. Adibah Ahmad juga melaporkan telah melaporkan kepada SKMM.Begitulah kecanggihan teknologi , boleh digunakan untuk kebaikan tetapi boleh juga memberi keburukan kepada manusia.Jikalau PDRM ingin menyiasat melalui online seperti menjejak IP address ada sedikit masalah kerana tapak blog yang digunakan iaitu blogger.com dipunyai oleh syarikat luar negara (US). PDRM boleh meminta blogspot memberi IP penulis blog laknat tersebut itupun kalau blogger.com memberi kerjasama. Walaubagaimana pun, jika penulis blog laknat tersebut ada sedikit ilmu IT, dia boleh "hide" IP dia melalui laman proxy atau pun jika dia menggunakan kemudahan internet publik seperti Cyber Cafe,hot-spot,wi-fi dan sebagainya adalah sukar untuk mengesan IP penulis blog laknat tersebut.Saya ramalkan PDRM akan berjaya menjejak penulis blog laknat tersebut tidak lama lagi. Mungkin dari siasatan offline melalui Adibah Ahmad atau teman lelakinya yang bekerja di Syarikat kereta mewah di KL.Jikalau blogger laknat tersebut dapat dikesan, peluang untuk dia melepaskan diri adalah misi mustahil kerana saya yakin dengan kehandalan pakar forensik IT PDRM. Jika dia menggunakan komputer riba, kalau dia delete, buang cache malah format komputer riba dia sekalipun pakar forensik IT pasti dapat menemui bukti. Ini pernah berlaku semasa isu email fitnah Dato Siti Nurhaliza dahulu.Oh ya, menurut berita tersebut "Polis hampir menjejak lelaki-lelaki yang terlibat" bermakna blogger laknat tersebut kemungkinannya bukan seorang tetapi diusahakan secara berkumpulan. Semoga diaorang dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat sebagai teladan kepada blogger-blogger lain.


Nenek dan Cucunya, Mat Rempit

Ada sorang mat rempt ni, dia yatim piatu n tggl dengan nenek die. Dia sgt sygkn nenek dia. Suatu hari, neneknya sakit dan dia nak bawa nenek dia gi klinik.

Mat rempit: Nenek pegang kuat2 taw, nanti jatuh.
Nenek: Nenek tahu ler.Mat rempit: Sye dh nk rmpt ni, nenek pgg kuat2 taw!!
Nenek: Nenek dh pgg kuat2 ni, cptla ke klinik, nenek dh xthn skit ni.
Mat rempit: Ok, nenek pgg kuat2 yea!
Nenek: Budak ni!!,cptlah!!Maka Mat rempit tu pun mula memulas motornya. Tiba2... ..
Nenek: Adoiiii!!! Patah pinggang nenek ni cu!!Saketnyaa!!
Mat rempit: Nenek!! Nenek x apa2? Kan saya suruh nenek pgg kuat2, cemane bley jatuh??
Nenek: Nenek dh pgg kuat2 td.
Mat rempit: Nenek pgg kt mana?
Nenek: Kt pagar rumah..

Isnin, 22 Disember 2008

Khamis, 18 Disember 2008

Akhirnya aku disini

Salam semua!