Isnin, 8 Februari 2010

CHELSEA DIPUNCAK SEMULA.........


LONDON 8 Feb. - Dua jaringan Didier Drogba pada separuh masa pertama membolehkan Chelsea menang 2-0 ke atas Arsenal di Stamford Bridge dan mengembalikan kelab itu di puncak Liga Perdana dengan perbezaan dua mata di hadapan Manchester United.
Penyerang ternama Ivory Coast itu tidak dikawal pada minit ke lapan dan mudah menolak bola hasil tandukan ketua pasukan John Terry dari sudut Florent Maouda.
Lima belas minit kemudian, beliau sekali lagi mencipta jaringan hasil serangan balas pantas bermula dari gerakan Frank Lampard yang melihat kedudukan beliau di sebelah kanan padang.
Drogba melepasi pertahanan Arsenal, Gael Clichy yang akhirnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Manuel Almunia.
Dengan keputusan tersebut, ditambah kekalahan kepada Manchester United di tempat sendiri minggu lalu, meninggalkan Arsenal dengan sembilan mata di belakang Chelsea dan tujuh mata di belakang United. - Reuters

Rabu, 3 Februari 2010

ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI 2 - LAWAN TETAP LAWAN

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.
Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Isnin, 1 Februari 2010

UMNO MULA SERANG PKR ?

Cukup rancak sehari dua ini Umno menyerang Pakatan Rakyat dengan memberi gambaran bahawa PR sedang mengalami krisis keyakinan dan umpama retak menanti belah. Tidak dinafikan wujud sedikit masalah seperti 'pendarahan dalaman' menurut Lim Kit Siang tetapi tidak sampai mengalami komplikasi.
Isu melibatkan YB Khalid Samad, Dato Dr, Hassan Ali, Zuklifli Nordin dan beberapa ahli parlimen daripada PKR lebih kepada proses 'pendidikan' kepada PR. Tetapi apa yang berlaku kepada Umno-BN menyebabkan mereka sebenarnya dalam kepanasan. Tengku Razaleigh secara terbuka berada di pentas rakyat bersama kerajaan Pas Kelantan, Khairy didesak secara terbuka melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menyebabkan parti 'juara rakyat' cukup tertekan.
Oleh itu tidak ada cara lain kecuali mengalih isu dan cuba menyogok wakil rakyat PR sama ada di parlimen dan Dun untuk berpaling tadah untuk 'memulih semangat' Umno-BN. Mereka tahu kalau mempelawa sekadar guna 'air liur basi' tak berkesan maka ratusan juta ringgit ditawarkan untuk wakil rakyat PR melompat parti. Dato Seri Anwar mendedahkan bahawa Dato Dr. Jamaludin Jarjis mengetuai komplot untuk menumbangkan PR. Siapa tak kenal JJ, bagi penduduk Rompin cukup mengenali beliau bahawa rasuah sudah sinonim dengannya untuk memastikan beliau kekal sebagai ahli parlimen Rompin. Maka saya tak pelik tugas untuk 'membeli' wakil rakyat PR diketua oleh JJ. JJ cukup dekat dan rapat dengan Presiden parti juara rakyat. sudah pasti beliau bukan bertindak bersendirian kalau tak buat apa susah-susah perabis bil telefon untuk menghubungi wakil rakyat PR dari Amerika!
Apa yang berlaku mendedahkan tembelang sebenar Umno yang bukan parti juara rakyat tetapi parti juara rasuah!