Ahad, 31 Oktober 2010
Selasa, 26 Oktober 2010
Sabtu, 23 Oktober 2010
masih ada yang ragui kaum lain jadi pemimpin PKR?
Oleh G Manimaran
Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata, beliau terkilan kerana aspek kaum masih dianggap sebagai faktor untuk memberikan sokongan kepada Chang yang dimasukkan dalam barisannya.
Katanya, ahli-ahli PKR seharusnya menunjukkan teladan positif kepada parti lain dengan mengetepikan soal ini.
“Saya mendengar di bawah (akar umbi), ada cakap-cakap yang bertanya mengapa saya pilih Chang Lih Kang, orang Cina sebagai calon bagi jawatan timbalan ketua AMK dalam pasukan saya.
“Saya hairan dengan perkara macam ini yang kelihatan masih wujud (dalam PKR) sedangkan kita tidak harus ikut garisan perkauman.
“Dia kaum apa, latar belakang apa, tidak harus wujud dalam PKR. Saya memang kecewa (apabila mendengar isu ini),” kata beliau ketika ditemui pada sesi pengenalan calon barisannya kepada ahli-ahli AMK PKR Negeri Sembilan di sini malam tadi.
Barisannya bertanding atas tema “Penerus Perjuangan Reformasi”. Kata Badrul Hisham, ada pihak yang mempersoalkan sebab beliau memilih calon timbalannya daripada kalangan orang Cina. Perkara itu turut diakui Chang dalam ucapannya.
Dalam PKR, keanggotaan 50 peratus adalah orang Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus lain-lain.
Bagaimanapun Badrul Hisham menekankan, isu itu belum mencapai tahap yang serius tetapi sebagai sebuah parti pelbagai kaum, perkara seperti ini tidak seharusnya wujud.
“Saya masih menganggap soal membangkitkan Chang Lih Kang seorang calon Cina dan tidak harus undi bagi jawatan timbalan sebagai kes terpencil.
“Kami yakin soal-soal ini tidak akan menjejaskan peluang kami untuk menang kerana kami mengetengahkan visi dan misi kami kepada para ahli,” kata beliau lagi.
Kata beliau, pasukannya juga tidak membuat sebarang aduan mengenai isu berkenaan kepada jawatankuasa pemilihan pusat.
Ditanya mengenai pihak di belakang isu berkenaan, Badrul Hisham tidak mahu menuding jari ke arah mana-mana pihak.
Persaingan jawatan ketua AMK menyaksikan pertarungan satu lawan satu.
Badrul Hisham, ketua PKR Rembau mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mempertahankan kedudukannya. Gandingan Shamsul Iskandar bagi jawatan timbalan ketua AMK ialah Khairu Anuar Zainudin Jonah.
Sementara itu, Chang yang berucap pada majlis tersebut berkata, beliau berharap ahli-ahli PKR khususnya AMK akan mengetepikan pemberian sokongan mengikut garis kaum dan latar belakang.
“Saya tidak kisah kalau saya kalah kerana saya tidak kacak, saya tidak kisah kalau saya kalah jika atas alasan saya tidak pandai berucap, tetapi saya tidak mahu kalah kerana menganggap saya seorang Cina atau kerana latar belakang saya,” kata beliau yang juga bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Suaram dan Gerkaan Anti-ISA (GMI).
“Saya pernah terlibat dalam NGO Suaram, pernah bertindak sebagai setiausaha GMI... semasa dalam GMI, saya membantu mereka yang ditahan di bawah ISA, yang kebanyakan adalah orang Melayu-Islam termasuk anak Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat),” kata beliau.
“Saya pernah ditahan kerana membantu orang Melayu yang rumah mereka dirobohkan di Ampang, itu komitmen saya tak kira agama dan kaum.
“Kami akan membantu semua orang ... sebab itu saya sedih dengan tindakan segelintir orang yang menganggap saya orang Cina... nilai saya atas kebolehan saya, keupayaan saya, bukan kerana warna kulit dan latar belakang,” kata beliau.
Selain Chang, barisan calon Badrul Hisham terdiri daripada Dr Nicholas J Gantobon dari Sabah, Yunus Jamhari (Perak) dan Sivam Veeramuthu (Selangor) yang bertanding tiga kerusi naib ketua.
Proses pengundian pemilihan pusat PKR termasuk AMK dan Wanita akan bermula 29 Oktober ini, dijalankan secara berperingkat selama tiga minggu.
Ini kali pertama PKR memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung melibatkan undi setiap ahli.
Rabu, 20 Oktober 2010
Belanjawan 2011 petanda PM M'sia akan bertukar lagi?
Dicatat oleh Merah Hitam
"Aku bukan nak sarapan dengan seluar dan baju dalam" kata seorang pembantu Kerani wanita sebuah syarikat ketika menyelak salah satu akhbar tabloid terkenal di Malaysia.
"Pelik le guru-guru kat M'sia ni, baru dapat duit RM500 ...bukan main bangga dan tepuk tangan...Depa tak sedar ke kroni UMNO kaut juta-juta masuk tembolok masing-masing...guru dapat apa?" kata seorang kakitangan kerajaan kepada saya.
"PM tak pandai ambik hati orang muda. Kalaulah PTPTN tu dimansuhkan dan wujudkan biasiswa macam dulu, pasti Pakatan Rakyat gigit jari dalam PRU akan datang... tetapi nampaknya keadaan ini akan jadi sebaliknya" komen seorang pelajar IPT yang rasa kecewa dengan pengumuman belanjawan mega itu.
"Harga barang tetap naik tanpa kawalan...orang kampung nak makan apa?" tanya seorang mak cik tua. Ayat tu dah biasa sangat masuk ke telinga saya...." Mak Cik, walaupun barang naik, semua naik...tapi makcik undi UMNO/BN jugak kan?" tanyaku padanya.
"Biar Allah balas pada orang yang suka curi duit dan tipu rakyat!!!" kata makcik tersebut , dalam nada suara yang agak marah.Nak tergelak pun ada.Lain ditanya, lain jawapannya......
Ahad, 17 Oktober 2010
Selasa, 12 Oktober 2010
SIAPA WANITA PERTAMA MALAYSIA - RAJA PERMAISURI AGONG ATAU ROSMAH?
Harakahdaily - KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.
Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.
Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.
Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.
Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.
Isnin, 11 Oktober 2010
Jumaat, 8 Oktober 2010
Rabu, 6 Oktober 2010
RADZUAN MENANG DI HULU LANGAT..
KAJANG - Mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 menjadi agenda utama bagi Ketua Cabang Hulu Langat, Radzuan Ahmad yang menang dengan undian sebanyak 370 sekali gus mengalahkan dua calon lain.
Lebihan 11 undi telah menobatkan Radzuan sebagai Ketua Cabang Hulu Langat manakala dua calon lain, Lee Kim Sin dan Rosli Mohd Yusoff masing-masing mendapat undian sebanyak 359 dan 27.
Pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Langat 2010/2013 itu mempertandingkan Jawatankuasa Cabang, Jawatankuasa Wanita Cabang dan Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang.
Daripada 5,402 ahli PKR Cabang Hulu Langat hanya 14.62 peratus melibatkan 790 ahli keluar mengundi manakala 268 adalah undi rosak tetapi proses pengundian serta pengumuman berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden.
Radzuan berkata, bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kemenangan itu maka perbincangan perlu dilaksanakan bersama semua sayap agar strategi yang dilaksanakan adalah terbaik.
“Selain mengekalkan kemenangan tersebut saya juga akan memastikan semua ahli cabang bersatu demi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat sekitar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pengumuman keputusan undian di sini, semalam.
Menurutnya, beliau pernah menjadi ketua cabang sementara pada 2003 dan kini telah bersara dan menumpukan sepenuh perhatian dalam politik serta bersedia untuk menghadapi setiap cabaran.
Lee Kim Sin berkata, walaupun kalah dengan 11 undian tetapi beliau masih tidak menyangka kerana memperoleh undian setinggi itu dan pemilihan tersebut adalah proses demokrasi yang dijalankan parti.
“Kerjasama akan sentiasa diberikan kepada ketua cabang memandangkan pelbagai cabaran dan masalah telah saya lalui sejak menjadi pemimpin lebih 10 tahun ini dan menjalankan tanggungjawab seperti biasa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.
“Kebanyakan pemimpin terpilih adalah muka baru dan kemenangan mereka adalah baik supaya dapat menjalani proses kepimpinan dan lebih mengenali tentang perjuangan,” katanya.
Kim Sin berkata, sebelum bertanding jawatan itu beliau adalah pemangku ketua cabang dan pernah menjadi ketua cabang Hulu Langat pada 2001 malah kini bersedia menjalankan tanggungjawab walaupun tidak menyandang jawatan itu.
Rosli Mhd Yusoff berkata, menang atau kalah adalah adat dalam setiap pertandingan dan kekalahan itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus bertanding bagi jawatan ketua cabang pada masa akan datang.
“Walaupun kalah tetapi kita sebagai ahli perlu bersatu dalam parti dan menjalankan tanggungjawab bersama dan bagi mereka yang telah dipilih perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan,” katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)