Jumaat, 25 Mac 2011

Tahniah kpd pelajar SPM yang berjaya mendapat keputusan cemerlang!

SHAH ALAM - Seramai 2,229 daripada 65,844 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Selangor berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.
Peratus yang gagal dengan mendapat gred G mencatatkan penurunan sebanyak 42 orang iaitu 677 pada tahun 2009 kepada 635 orang pada tahun ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Sulaiman Wak berkata, seramai 88 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C mencatatkan peningkatan daripada 14,536 kepada 16,488 calon.
”Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A+, meningkat 34 orang berbanding 2009 iaitu 54 orang. Tiga daripadanya berjaya mendapat 12A+, 17 mendapat 11A+, 49 mendapat 10A+ dan 19 mendapat 9A+.
“Tiga calon yang mendapat 12A+ ialah KugnethranA/L Parmusuan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Kampung Jawa 2, Klang dan dua orang pelajar daripada SMKA Maahad Hamidiah, Kajang iaitu Amirul Ikhwan Adlan dan Nur Azlyn Ahmad Fauzi,” katanya.
Sulaiman berkata, melalui gred purata sekolah (GPS) yang dikeluarkan, sebanyak 11 sekolah berada dalam kategori cemerlang antaranya Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak dan SBPI Rawang.
Katanya, daripada 85 mata pelajaran yang ditawarkan pada 2010, 45 subjek mencapai 100 peratus lulus, 25 subjek meningkat peratus lulusnya dan 17 subjek telah menunjukkan penurunan peratus lulus.
“Pencapaian bagi mata pelajaran teras menunjukkan peningkatan kecuali Pendidikan Islam iaitu penurunan sebanyak 0.46 peratus iaitu 90.51 pada 2009 kepada 90.03 peratus pada 2010.
“Bagi mata pelajaran Sains Tulen pula, Fizik menunjukkan penurunan sebanyak 0.12 peratus daripada 99.19 pada 2009 kepada 99.07 peratus,” katanya.

Ahad, 20 Mac 2011

"PAK HITAM" RAMAI DI SELAYANG

SELAYANG – Kehadiran warga Afrika atau gelaran ‘Pak Hitam’ oleh warga tempatan, kini semakin meningkat di Selayang, sehingga menimbulkan rungutan masyarakat setempat.
Seorang penduduk berkata, paling membimbangkan penduduk apabila golongan ini berani mengganggu wanita tempatan termasuk isteri orang.
Menurutnya, aduan perbuatan tidak senonoh oleh ‘Pak Hitam’ ini banyak diterima dari penduduk seperti di Taman Prima Selayang dan dua perumahan kondominium sekitarnya.
“Memang ramai warga asing berada di kawasan Selayang dan sekarang ditambah warga Afrika pula. Kita bukan prejudis, tetapi nampaknya kehadiran mereka ini mengundang banyak masalah sosial.
“Kita harap Jabatan Imigresen mengambil langkah terbaik bagi memastikan mereka tinggal secara sah di sini. Kita akan buat perjumpaan dengan polis dan Imigresen mengenai perkara ini,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau turut menerima aduan warga asing ini mengusai kemudahan di perumahan penduduk seperti kolam renang dan tempat riadah sehingga warga tempatan terutama wanita takut untuk menggunakan kemudahan sama.
Dalam pada itu, mengulas kebanjiran warga Myanmar dan Bangladesh di kawasan Pasar Borong Selayang lama, beliau mencadangkan supaya pasar terbabit ditutup.
“Tidak perlu lagi pasar borong lama kerana sudah ada pasar borong baru. Mungkin tapak pasar itu boleh digantikan dengan cadangan penduduk supaya terminal stesen transit aliran ringan (LRT) diwujudkan di situ.
“Kita sudah mohon dan ajukan cadangan ini kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Wilayah dan Kementerian Pengangkutan,” katanya.
Sementara itu, salah seorang penduduk, Norhidayah Omar, 45, berkata, kesal pernah diganggu warga Afrika ketika dalam lif dan sering kali melihat anak gadis turut diganggu.
Katanya, peralatan di taman permainan kanak-kanak perumahannya menjadi tempat warga asing ini melepak pada waktu petang dan lewat malam.
“Bayangkan dengan saiz badan mereka, sudah tentu boleh merosakkan peralatan permainan di sini,” katanya.
“Ada antara warga Afrika ini melirik mata memerhatikan remaja wanita melintas dan gayanya seperti cuba menggoda.
Seorang lagi penduduk, Mahfuz Kassim, 31, mencadangkan supaya pemilik rumah yang menyewakannya kepada warga asing mendaftar dengan Jabatan Imigresen atau balai polis berhampiran agar memudahkan pihak berkuasa membuat pantauan.
“Tindakan berat perlu dikenakan ke atas pemilik rumah yang menyewakannya kepada warga asing kerana mereka hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira siapa,” katanya.
“Pernah berlaku tangkapan kerana isu ‘black money’ di perumahan ini dan isteri orang diganggu warga Afrika di sini pada minggu lepas,” katanya.

Sabtu, 19 Mac 2011

AKHIRNYA DUN SARAWAK AKAN DIBUBARKAN.....ISNIN 21 MAC 2011

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.
Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.
Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.
Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.
Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

Jumaat, 11 Mac 2011

YB KAMARUDDIN JAAFFAR MENGAKHIRI ZAMAN DUDA SEMALAM ...

BEKAS Setiausaha Agung Pas yang juga ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah mengakhiri zaman dudanya selama dua tahun malam tadi apabila beliau diijab kabulkan dengan Yushazlinda. Majlis meraikan perkahwinan kedua Kamaruddin itu diadakan di sebuah hotel di Shah Alam.Seorang rakan Fb saya telah mengirimkan gambar perkahwinan berkenaan.
Kelihatan dalam gambar mengapik pengatin ialah Anwar Ibrahim bersama isterinya Wan Azizah.Kepada Kamarudin Jaaffar dan Yushazlinda diucapkan selamat pengatin baru dan tahniah.!!!

MERONG MAHAWANGSA SUDAH DI PAWAGAM !!

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu

Antara pelakon – pelakon yang menjayakan filem ini ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali. 

Khamis, 10 Mac 2011

Rupenyer ada cerite Anwar dalam buku Mahader ni...

NONETun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.

Pengemis jalanan di Penang - siapa yang mesti dipersalahkan..

Setiap tahun sekitar pertengahan bulan Februari atau mengikut kalendar China yang jatuh pada tarikh tersebut, Kaum Hokkien dari kalangan orang-orang Cina akan mengadakan upacara sembahyang di tokong-tokong.
Ini adalah salah satu upacara wajib Tahun Baru bagi mereka.
beggars in Penang during chinese new yearDi Pulau Pinang, di Jalan Pokok Ceri yang terletak di bahagian bawah Bukit Bendera, berhampiran Stesen Keretapi Bukit Bendera turut berlaku upacara ini. Tahun ini jatuh pada 10 Februari 2011 menjelang tengah malam.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang sangat maklum hari upacara ini, sekali lagi meninjau sebelum menjelang tengah malam. Memang benarlah tokong yang terletak di kaki Bukit Bendera, kira-kira dua ratus meter dari pintu gerbang jalan raya merupakan rumah ibadat dan upacara sembahyang kaum Hokkien yang bernama Tua Pek Kong.

Tapi malangnya hari upacara sembahyang yang dituntut oleh agama mereka telah dicemari oleh sebahagian besar pengemis untuk mengemis sepanjang jalan tersebut.
beggars in Penang during chinese new yearMereka, sepanjang tinjauan di buat ada yang datang dari negara luar selain dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sendiri. Seperti mana pengemis-pengemis yang mengemis di mana-mana rumah ibadah, mereka sebenarnya tidak dijemput.
Sejak pagi lagi mereka sudah duduk berbaris dengan bekalan di sepanjang jalan dua ratus meter ke Tokong Tua Pek Kong.
Persatuan Pengguna merasa terpanggil meminta perhatian mana-mana pihak yang berkenaan, terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Bandaraya atau parti politik yang sering sering bersuara menjaga maruah bangsa dan sukuan supaya mencari jalan, di samping menggunakan kuatkuasa yang ada untuk menafikan kehadiran golongan seperti ini.
beggars in Penang during chinese new yearMereka telah mencemar keadaan dan suasana, memalukan kaum sukuan dan menjatuhkan maruah bangsa. Dengan tibanya hari upacara sembahyang setiap tahun, mereka seolah-olah berpesta dan mereka seperti terpanggil oleh sebab mendapat simpati dari pengunjung ke situ.

Persatuan Pengguna mahu mereka ditiadakan atau dalam ertikata yang lain tidak dibenarkan 'mengemis' pada hari-hari seperti itu, pada mana-mana tempat ibadah semua kaum.
Kami juga dapati, pengemis yang mengemis di situ bukan saja terdiri dari kalangan orang tua, dewasa tetapi juga telah mengguna tenaga kanak-kanak bagi mendapat simpati. Kami juga menemui sekumpulan keluarga yang sedia berkhemah, menghampar tikar plastik bersama anak beranak.
Persatuan Pengguna mendesak pihak JKM bertindak sama ada di bawah Akta 611, iaitu Akta Kanak-kanak 2001 Bahagian 3 atau pun Subseksyen 3(2) Akta Orang papa 1977.

beggars in Penang during chinese new yearIni tentunya akan menjadi lebih kemas apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sedang mengkaji untuk meminda Akta Orang Papa 1977 bagi menghukum pengemis 'tulen' atau 'pengemis palsu'.

Kami berpendapat, kebanyakan pengemis di Jalan Pokok Ceri yang bermusim ini terdiri dari 'Pengemis Palsu.'

Apapun kami berpendapat, pengemis yang muncul di sepanjang Jalan Pokok Ceri berdekatan stesen Keretapi Bukit Bendera menuju ke Tokong Tua Pek Kong perlu dinafikan kehadiran mereka tahun-tahun mendatang, kerana selain dari kita dapat mengelak dari maruah kaum dan etnik tercemar, mengemis bukanlah budaya yang perlu dipelihara di negara Malaysia.

Isnin, 7 Mac 2011

Pusat Tuisyen Rakyat Dun Batang Kali dilancarkan

Sebahagian dari usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal yang telah diambil dari kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa telah berjaya mengumpulkan lebih 80 peserta, menurut Koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman, tuisyen tersebut telah bermula semalam di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.

Nasruddin Abd Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat memerangkap Penyelaras Dun Batang Kali telah melancarkan program PTRS ini semalam di pejabat Dun Batang Kali. Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman.

Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula pada 6 Mac akan dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.