Ahad, 27 Mei 2012

Beg tangan pun nak kesah?




Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).
Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.

Sabtu, 26 Mei 2012

Ramai tidak setuju PLKN diwajibkan...

Ramai pihak menolak cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Beberapa pertubuhan pendidikan, ibu bapa dan pelajar memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.Dr Tiki pada Khamis berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan diusulkan kepada kerajaan untuk persetujuan selain meminta maklum balas dari orang ramai.


“Jika ia dipersetujui, kira-kira 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. Oleh itu, kami akan mengkaji kemudahan sedia ada sama ada ia perlu diperluaskan untuk menampung pertambahan peserta,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, agak sukar untuk menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana program itu boleh menampung sekurang-kurangnya 90,000 pelatih setiap sesi pengambilan.

“Kita akan memilih pelatih secara rambang untuk ditempatkan di 79 kem seluruh negeri. Agak sukar menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana jumlahnya hampir setengah juta,” katanya pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, orang ramai tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut sehingga kemudahan di kem latihan dipertingkatkan.

“Sehingga perkara melibatkan keselamatan boleh dijamin, program tersebut tidak boleh diwajibkan,” katanya.

Ibu bapa turut menyatakan rasa bimbang mengenai keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

“Kem latihan yang disertai anak saudara saya mencatatkan kes buli paling tinggi,” kata Karen Wong, 48, yang turut memiliki seorang anak lelaki di Tingkatan 5. Lawrence Liu, 53, yang mempunyai anak perempuan di Tingkatan 4 berkata, program itu berdepan dengan masalah keselamatan.

“Terdapat banyak kes kematian berlaku. Apabila pelatih sakit, tiada perhatian secukupnya diberikan,” katanya.

Pelajar Tingkatan 4, Amin Haikal Ahmad, 16, dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berkata, program tersebut mempunyai masalah imej.

“Saya terdengar pelbagai cerita mengerikan dari beberapa kem latihan…saya tidak mahu menyertai program itu walaupun niatnya baik,” katanya.

Nur Fatin Syahmi Aqilah Mohd Ghani, 16, berkata, kerajaan perlu menggalakkan pelajar lepasan sekolah menengah menyertai program sukarelawan berbanding memaksa mereka menyertai program PLKN.

Isnin, 21 Mei 2012

Dulu tumbuk ANWAR, sekarang Ketua Panel Bersih 3.0~ dah habis dendam dulu ke?

*Ada Kemungkinan Ketua Panel Bersih Cadangkan Anwar Ditangkap* Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari itu. Perlantikan beliau sebagai ketua panel menyiasat Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara. Dengan perlantikan yang dipertikai banyak pihak itu mengenai revelansinya, memberi peluang dan kuasa kepada beliau meneruskan tugas beliau yang belum berakhir untuk menamatkan kerjaya politik Anwar Ibrahim.

Ahad, 20 Mei 2012

Anuar Musa sokong tuntutan royalti minyak akhirnya.....


Perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan sering membawa bersama persaingan politik parti melibatkan PAS dengan Umno.

Penguasaan PAS dalam kerajaan negeri dan Umno melalui persatuan bola sepak negeri menjadikan persaingan ini lebih sengit, dengan masing-masing berusaha dengan pelbagai cara untuk menunjukkan kaitan dan mengambil manfaat.

Kedua-dua kerajaan negeri dan persatuan bola sepak negeri sebelum ini berusaha menarik perhatian sebagai pihak yang mempunyai kaitan dalam kemenangan pasukan Kelantan, melalui pelbagai tindakan termasuk pemberian hadiah. 

Kali ini, Umno, atau lebih spesifik lagi Tan Sri Annuar Musa mempunyai kepentingan terbesar dalam kemenangan pasukan bola sepak Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby malam ini.

Walaupun PAS yang menguasai kerajaan negeri masih boleh meraih kredit, Annuar mempunyai satu kepentingan peribadi yang lebih besar dalam perlawanan malam ini, ekoran hukuman gantung daripada jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM.

Annuar menerima sokongan kuat penyokong dalam pertembungan ini, ekoran peranannya yang dianggap telah berjaya membantu meningkatkan prestasi pasukan Kelantan sejak beberapa tahun lepas.

Malah, akhbar Umno, Utusan Malaysia turut memuatkan kenyataan sokongan kepada Annuar oleh pemain Kelantan di muka depan hari ini, memetik Mohd Badhri Mohd Radzi sebagai berkata, "Saya mahu pastikan Piala FA ke Kota Bharu dan hadiahkannya kepada Tan Sri Annuar Musa."

Kenyataan yang mengaitkan terus perlawanan malam ini dengan Annuar ini memberi gambaran sokongan meluas untuk Annuar, termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Annuar menunjukkan sikap melawan dalam menghadapi krisis dengan FAM ini, dengan sengaja melibatkan diri dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA, sehingga diberi amaran keras oleh badan tertinggi bola sepak Malaysia itu.

Perlawanan malam ini, pada masa pasukan Kelantan mahu mencipta sejarah memenangi piala itu selepas dua kali tewas di perlawanan akhir sebelum ini, mendapat dimensi politik tambahan dengan adanya perjuangan peribadi presiden persatuan bola sepak negeri itu.

Rabu, 16 Mei 2012

PR SEDIA HADAPI PRU13 BILA-BILA MASA ~ SAIFUDDIN


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13. Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.

SHAFIE BEDAL DUIT SIAPA, BERI KPD ZAHIDA RAFIK ~ PEMANDU ZAHIDA

*PETALING JAYA:* Bekas pemandu seorang artis popular, Noor Azman Azemi *(gambar dua dari kanan)* memberitahu beliau pernah diarah membawa wang tunai berjumlah RM1 juta untuk diberikan kepada artis tersebut. Beliau juga mendakwa setiap kali pertemuan antara artis itu dengan seorang menteri, artis itu akan diberikan paling sedikit RM100 ribu. Menurutnya lagi, beliau tampil mengadakan sidang media hari ini kerana mahu membersihkan namanya yang dituduh melarikan RM200 ribu wang artis itu yang juga bekas majikannya.

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU!!


GAMBAR - ZIZAN RAJA LAWAK ZAMAN SEKOLAH




Siapa sangka budak sekolah yang tersenyum malu di tengah rakan-rakannya ini akan menjadi popular sebagai pelawak? Bukan itu sahaja, malah dia juga kini popular sebagai pelakon dan penyanyi yang mendapat imbuhan lumayan. Artis tersebut tidak lain yang tidak bukan ialah Zizan Raja Lawak yang mempunyai hidung bertuah. Malah penangan lawaknya serta tuah hidungnya itu juga membuat Juliana Evans tertawan padanya... ahaks! 

Selasa, 15 Mei 2012

SENAMAN BONTOT OLEH BEKAS TENTERA DEPAN RUMAH AMIGA ! ADA MORAL KE?

'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga BEGINIKAH MORAL BEKAS TENTERA? MEMALUKAN... Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

Isnin, 14 Mei 2012

PRU13 dalam masa terdekat, pakatan rakyat kini dalam peringkat akhir siapkan calon2...


PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan secepat mungkin.

“Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.
“Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan rakan-rakan di sana,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk memuktamadkannya.

Ahad, 13 Mei 2012

JELAS DAN MAKIN NYATA...PRU13

SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen. Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun. 

Sabtu, 12 Mei 2012

Himpunan RAKSASA Bukit Jalil ??Jumlah kerusi di stadium 87,400 buah, tapi kat media kata kehadiran 100,000 orang.....


ANWAR BERJIWA RAKYAT, PRORAKYAT @BKT BERUNTUNG

Hebat! Terimakasih Vasantha Kumar, Datuk Ramachandran dan Mustapha Kamal yang membawa pimpinan India dan penyokong kaum India bersantai bersama Dato Seri Anwar Ibrahim semalam.. lebih 10000 yang rata-ratanya orang India hadir di Program Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Padang Bolasepak Bkt Beruntung... Februari lepas DS Anwar bersama kaum Cina, semalam bersama kaum India, maka tidak hairan jika P094 Hulu Sgr akan jadi milik PKR semula !! Orang bernama ANWAR memang hebat.. ANWAR jadi titik penyatuan kaum dan bangsa di Malaysia, semua bersetia utk kemenangan Parlimen Hulu Sgr..

Jumaat, 11 Mei 2012

BERSAMA DS ANWAR IBRAHIM MALAM INI @PADANG BOLASEPAK BKT BERUNTUNG (BELAKANG ESSO) 11 MEI'12 @9MLM

Kepada teman-teman sila ke Padang Bolasepak Bkt Beruntung (belakang stesyen minyak ESSO) selepas tol Bkt Brtg ambik kanan dan terus kekiri selepas Petronas dan Esso....


Himpunan malam ini adalah gerakerja kaum India yang menjadi penyokong dan pendokong PKR dari tahun 2002 lagi... Insyallah selepas pertemuan dgn penyokong di Dataran Sg Tenggi, DS Anwar akan bersama dgn seluruhh warga Bukit Beruntung, Bkt Sentosa, dari Sg Choh hingga ke Batang Kali, Kalumpang, Hulu Bernam.... Sila datang beramai-ramai...Parlimen Hulu Selangor adalah milik Pakatan Rakyat! Pengundi baru 15000 telah dikenalpasti... Pilih lah calon tempatan kita !

Rabu, 9 Mei 2012

AYAH, BAPA, ABUYA ATAU PAK YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU.....

Beberapa Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Ayah Anda...mengingatkan saya kepada allayarham ayahanda yang telah lam pergi @ tanggal 15 Mei senantiasa membuatkan beliau, mentor dalam hidup yang tidak hilang di mata dan hati.......alfatihah.


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

... Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

2.5 JUTA RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 25 KEATAS BELUM BERKAHWIN

KUALA LUMPUR - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000, manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Heng berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki, katanya dipetik Bernama.

"Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.

"Sebanyak 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain," katanya.

Heng berkata, kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu telah disediakan swasta, pertubuhan bukan kerajaan badan agama dan beberapa parti politik.

Jumaat, 4 Mei 2012

Isyarat Jelas dari Rakyat ! Merdeka Rakyat @28 April 2012 !

Isyarat jelas... kehadiran lebih 250,000 orang di perhimpunan awam BERSIH 3.0 mengambarkan ketidakpuasan rakyat  terhadap sistem pilihanraya di negara ini yang membelakangkan demokrasi selain menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Demi Malaysia yang lebih baik !

Khamis, 3 Mei 2012

PRU13 MAKIN DEKAT! UTUSEX BERAKSI HEBAT!



Memang la dua tiga hari ni kecuh dengan aksi dalam jamban. Kalau sebelum ni cuma Anwar Ibrahim sorang yang kena. Kalau ikut fitnah-fitnah yang kena kat Anwar memang hebat Anwar ni, dengan betina dia main dengan jantan pun dia main, dengan bini orang dia main dengan cina doll pun dia main. Berbelas tahun Anwar turun naik mahkamah bicara pasai skandal seks masalahnya sampai sekarang sokongan kepada Anwar tetap macam tu jugak dan Umno BN tak berjaya nak bunuh kerjaya politik Anwar dengan skandal seks.

Cuma kali ni Azmin Ali pulak kena. Siap masuk muka depan Utusan lagi berita tu sampai ada yang bagi gelaran baru kepada utusan sebagai utusan Playboy. Demi nak bagi isu skandal seks Azmin tu cukup panas, Utusan terpaksa ketepikan 'nilai kgetimuran' sampai sanggup bubuh gambar aksi dalam jamban tu di muka depan.

Umi Hafilda pulak langsung tak bertangguh, terus sambut cerita tu dan dia bagitau yang dia yakin 99.9% orang dalam gambar tu adalah gambar abang dia Azmin Ali dan desak supaya Azmin buat sumpah laknat nafikan skandal tu.
Setakat ni adalah lebih selesa pilih untuk tak percaya. Tambah-tambah lagi Azmin adalah pemimpin Pakatan Rakyat yang berlawan dengan Umno BN yang kebanyakkannya memang beriman sungguh-sungguh dengan teori machiavelli. Dengan teknologi filem sekarang ni, apa sangat la kalau nak buat video yang nampak sama 100% pun.

Dalam keadaan sekarang ni, kalau betul pun orang dalam gambar tu memang betul Azmin, aku tak peduli.

Macam kata Apit dalam entry aku sebelum ni yang bertajuk "Kalau babi sekali pun yang lawan Umno, kami sokong!"

“LESBIAN tu JAHAT, GAY tu JAHAT, BISEXUAL tu JAHAT, tapi UMNO lagi JAHAT!! - Hang tau dak, Ambiga jadi LGBT tu bukan sebab dia nak jadi LGBT tapi sebab UMNO lah yang biarkan dan jadikan rakyat kita dok ikut LGBT ini. Bukan salah AMBIGA & Geng, tapi Salah UMNO – sebab itu kita semua rakyat jelata tak kira apa bangsa kena jatuhkan UMNO D*J** ini!!” - Ibid.

Apa pun, PRU13 memang dekat. Bersedialah!

Susunan : http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com/
Adaptasi dari : http://cenangau.blogspot.com/

Rabu, 2 Mei 2012

mengapa calon pru13 hulu sgr mesti dari orang tempatan?

Najib telah melahirkan tanda-tanda PRU13 akan muncul tidak lama lagi. Pak Khalid Jaafar muncul dan mengambil kesempatan menonjolkan dirinya sebagai calon PRU13 Hulu Selangor. Pimpinan parti perlu sedar keutamaan untuk menang dan membuat penilaian tentang calon PRU13 kali ini. Menurut maklumat dari gerakkerja parti PAS negeri, beberapa bulan yang lepas satu kajian yang diadakan di kalangan pengundi-pengundi parlimen Hulu Selangor telah mendapati bahawa majoriti pengundi-pengundi Melayu (53%) dan pengundi Cina (65%) kecuali pengundi India (25%) telah menyuarakan pendapat mereka dengan berharap mendapat seorang calon dari kalangan orang tempatan pada PRU13 ini.


Penyelaras DUN Batang Kali, Pak Khalid Jaafar telah menggunakan peluang dalam penggunaan gambar beliau untuk mendekati pengundi-pengundi di kawasan parlimen ini apabila kertas culaan kerajaan negeri telah tertera dengan gambar beliau. Menurut seorang ketua kampong di Batang Kali yg tidak mahu disebut namanya berkata, rata-rata pengundi di kawasan DUN Batang Kali dan penyokong parti PAS tidak bersetuju dengan penampilan orang luar seperti Pak Khalid Jaafar, yg cuma timbul dan melobi dirinya selepas Pilihanraya Kecil yang lalu, dimana menyaksikan kekalahan calon dari PKR di atas tangan calon BN. "kami sudah cukup merasai calon terjun ke Hulu Selangor. Pimpinan tempatan ada untuk memikul tanggongjawab ini."

Siapakah calon-calon tempatan. Dikalangan penyokong UMNO/BN sendiri sedang keliru dengan penonjolan beberapa calon-calon PRU13 kali ini. Di pihak Pakatan Rakyat sendiri, beberapa nama telah bermain di bibir pengundi dan penyokong dengan berbagai pendekatan di lakukan untuk memenangi hati pengundi.. Nampaknya rakyat yang beruntung dapat mendengar dan melihat ketokohan bakal-bakal calon PRU13 akan datang.

Sejak dari dulu lagi nama-nama seperti Sdr Radzali Mokhtar, Sdr Mustapa Kamal Sapingi dan Sdr Mat Rahad telah bermain dibibir penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Tidak ketinggalan nama seperti Ketua Cabang sendiri, Sdr Nazar Yakin dan bekas Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Cikgu Nashruddin Abd Aziz menjadi persaingan untuk merebut tempat sebagai calon parlimen HULU SELANGOR dan DUN BATANG KALI, sebagai memenuhi kuota PKR sepertimana sebelum ini.
Namun semua ini tidak akan dapat memikat hati pengundi-pengundi jika calon PRK dahulu Sdr Zaid Ibrahim merupakan satu kesilapan pimpinan PKR yang memilihnya, maka kali ini janganlah dibuat kesilapan dengan memilih calon luar seperti Pak Khalid Jaafar, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka (sekarang Majlis Pimpinan Negeri) dan beberapakali calon yang tidak menang di DUN negeri Melaka dalam PRU lepas.
Ketokohan calon-calon tidak boleh dipersoalkan, Sdr Radzali Mokhtar adalah seorang Jurutera berpengalaman dengan Bumi Highway. Masih muda lagi (memasuki era late 40s) dan telah mengisi kekuatan cabang Hulu Selangor dari tahun 1998 lagi dengan memegang pelbagai jawatan parti dan jentera parti di peringkat parlimen dan dun batang kali. Sekarang beliau adalah ahli majlis daerah Hulu Selangor bagi tahun ketiga. Jawatan parti sekarang adalah Timbalan Ketua Jentera PKR DUN Batang Kali. Di PRU lepas beliau menjadi nadi kekuatan jentera cabang dan merupakan orang tempatan Ulu Yam dimana allayarham Hj Mokhtar adalah seorang tokoh yang di segani di kawasan Batang Kali.
Sdr Mustapha Kamal Sapingi, Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor, merupakan mantan Pegawai Khas Allahyarham Ahli Parlimen Datuk Zainal Abidin, sekarang merupakan pegawai penyelaras Parilimen Hulu Selangor. Berpengalaman banyak di bidang koperasi sebagai seorang akauntan, banyak aktiviti kemasyarakatan dan parti telah dicurahkan di kawasan parlimen Hulu Selangor ini. Rata-rata pengundi India dan Cina meyakini beliau jika sekiranya di pilih sebagai calon PRU13 nanti. Merupakan ahli parti dari 1998 lagi, orang berpengaruh di kawasan pekan Batang Kali, anak kelahiran Selisek, Hulu Bernam.
Semoga kerusi parlimen kali ini dapat di menangi balik oleh Pakatan Rakyat dengan penonjolan calon-calon tempatan dan berwibawa.
Untuk menang, kita perlukan citaraya tempatan
~sekian.

Selasa, 1 Mei 2012

cerpen ~ bersih 3.0

ORANG ramai. Entah dari jihat mana, mereka tiba-tiba muncul dan berkumpul dan membentuk lautan manusia. Semua dalam rona kuning.


Datang dari pelbagai arah, dalam kumpulan yang kecil, bergabung den...gan kumpulan kecil yang lain dan kumpulan kecil yang lain lagi, sebelum menjadi besar, sama-sama dalam satu niat dan satu arah, menuju dataran.

Di dataran, semua inci ruang telah dipenuhi dengan warna kuning.

Anggota polis kelihatan berada di mana-mana, mengawal sebarang kemungkinan. Tapi para penguning tersebut tidak berbuat apa-apa selain duduk sahaja. Maka tiada banyak yang perlu dilakukan oleh mereka selain memerhati.

Suasana kelihatan aman. Suka-suka dengan gelak tawa memenuhi ruang.

Bila hampir tiga jam para penguning berada di dataran, himpunan pun berakhir. Berdikit-dikit mereka pulang dengan wajah riang gembira, bersama isteri dan anak-anak.

Terdapat beberapa penguning yang masih belum pulang, mengutip sampah-sampah yang sedikit yang ditinggalkan, lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Para pekerja DBKL mengucapkan terima kasih. Pihak polis bersyukur semuanya lancar.

Dia terjaga. Mimpi yang ngeri. Mana mungkin aku mahu menerimanya. Dia harus berbuat sesuatu agar mimpi itu tidak menjadi realiti. Mana mungkin manusia boleh bertemu sebegitu tanpa wujud rasa sengketa.

Terus diambil teropongnya, dan bangun hampiri tingkap kaca di satu bangunan tinggi, wahhh mana datang manusia menguning seluruh bandar ini. Manusia kuning. Lebuhraya demokrasi? Tidak mungkin.

Dia berasa susah hati lalu memanggil kelima anaknya. Tsabar, Al-A’war, Miswath, Dasim dan Zalinur masuk mengadap.

Arahan dikeluarkan. Himpunan itu harus menjadi kacau-bilau.
“Kerahkan seluruh syaitan untuk menghasut. Ingat! Jika misi gagal, tangan serta kaki mereka semua akan dipotong!”
"Fitnahkan, rakan kita telah di pukol, di terajang sampai mati!"

Kelima anak Iblis memberi tunduk hormat kepada ayahandanya sebelum keluar melaksanakan tugas masing-masing. Iblis menaruh keyakinan yang tinggi terhadap anak-anaknya. Kerap kali Iblis menceritakan kepada mereka, sebagai motivasi, tentang helahnya yang berjaya menghasut seekor ular ketika ingin menggoda Adam suatu masa dahulu. Ular itulah yang telah membawanya masuk ke dalam syurga.

Tapi Iblis masih merasa bimbang. Manusia tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan harmoni.

“Kita tidak boleh hadirkan rasa simpati kepada manusia seluruhnya. Bahkan, bukan sahaja manusia, tetapi juga binatang.” Kata Iblis menerangkan bagaimana ular yang dihasut itu kemudiannya dihukum dengan seumur hidup berjalan di atas perut.

Bila hari Sabtu 28 April berakhir, anak-anaknya datang membawa khabaran gembira. Manusia bergaduh dan merusuh.

Iblis sangat senang hati. Iblis ketawa terbahak-bahak.

Fitnah. Yang bathil. Yang hak terus di persoalkan. Yang berani dan yang BERSIH, harus tidak dibiarkan.

Tammat.

(sumber dan adaptasi dari Pak Faisal, jangan mareh)
http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com/











DIPIHAK SINI PULA YG SEDIA ADA JERSI KUNING DAN DOA ~ A.SAMAD SAID