Selasa, 31 Julai 2012
SYABAS wajar pecat TS Rozali Ismail, hormat keputusan pilihan rakyat dan kerajaan negeri Selangor ~ Yahya Mat Sahri
TANJONG KARANG - Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Mohd Yahya Mat Sahri mahu Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Kerajaan Negeri dan sewajarnya rundingan dibuat berdasarkan pilihan rakyat.
Kerajaan Persekutuan seharusnya mengutamakan pilihan rakyat, bukannya berunding dengan syarikat persendirian yang bermatlamat keuntungan persendirian.
Menurutnya yang juga Pengerusi Sekretariat Impak Pengguna turut menyokong sepenuhnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyarankan agar Lembaga Pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memecat Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail kerana dengan itu mampu menjimatkan kos operasi berjumlah sekurang kurangnya RM5.1 juta setahun.
“Rozali sewajarnya sudah lama melepaskan jawatan ini kerana gagal menguruskan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Selangor. Kalau beliau seorang yang benar-benar mahir serta handal dalam selok belok pengurusan air, kenapa masalah air sentiasa berlaku meskipun hak pengambilan konsesi pengurusan air dipegang sehingga kini?
“Pelbagai persoalan timbul termasuk masalah saluran bekalan paip masih tidak selesai, status paip air kerap pecah, kerap berlaku tekanan air yang rendah di banyak kawasan dan kekeliruan bacaan meter air masih berlaku sehingga kini.
“Syabas hanyalah sebuah syarikat persendirian dan matlamat utama Syabas untuk mendapatkan keuntungan. Seandainya Syabas merancang kepentingan rakyat sudah semestinya Lembaga Pengarah Syabas tidak tergamak untuk membolot hasil keuntungan air dengan tarif bil terus meningkat setiap tahun,” katanya.
Mohd Yahya berkata. alasan Syabas berhubung isu air yang hanya dapat diselesaikan dengan pembinaan Projek Langat Dua menunjukkan kedangkalan tahap proses penyelesaian masalah. Apakah sumber air mentah daripada sungai di Selangor sudah habis hingga perlu mendapatkan air daripada Pahang?
“Laporan yang menyatakan masalah kehilangan bekalan air terawat akibat daripada kebocoran paip air mesti diselesaikan Syabas. Jika benar kehilangan air daripada kebocoran mencecah 40 peratus, maka kelemahan inilah yang sepatutnya diatasi kerana inilah punca utama kekurangan air,” katanya.
Ahad, 29 Julai 2012
Beruntung jika lebih baik dari semalam, celaka jika lebih terok dari semalam
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”
Sabtu, 28 Julai 2012
Jumaat, 27 Julai 2012
Jangan bermewahan dan membazir di bulan puasa...
Apa juadah anda masa berbuka..... Biar bersederhana. sedap, lebih jimat dan lebih mewah dari saudara-saudara kita di Somalia yang tiada apa untuk dijadikan sahur dan tiada apa untuk dijadikan iftor. Insaflah dengan maksud Ramadhan ... Usah biarkan puasa dimusnah oleh pembaziran dan bermewah-mewahan.
Ahad, 22 Julai 2012
Dekati Allah, solat sunat malamnya, berpuasa siangnya
“Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat… dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah…” (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Sabtu, 21 Julai 2012
Gambar terbaru anak Mawi dan Ekin ~ Cahaya Malaika
Gambar terbaru anak Mawi dan Ekin bernama Cahaya Malaika yang lahir pada 28 Februari lalu. Untuk info, Cahaya Malaika kini sudahpun mencecah usia empat bulan dan makin comel seperti ibunya. Begitulah tuah Mawi. Siapa sangka, bermula daripada anak peneroka Felda Taib Andak, beliau berjaya melangkah menjadi selebriti digemari ramai melalui Akademi Fantasia. Jodohnya dengan Ekin kemudian dilengkapkan dengan kehadiran Cahaya Malaika yang memberi kebahagiaan buat mereka.
Khamis, 19 Julai 2012
Curi barang dgn sorok dalam kain...
29 Syaaban 1433H. [MOD] -
PARIT BUNTAR, Buntar - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.
Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.
Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.
“Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.
“Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita.
Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya.
“Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.
“Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian,” katanya.
Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit.
“Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan.
Rabu, 18 Julai 2012
Ahad, 15 Julai 2012
SEPETANG DI CRYSTAL CROWN, KUALA LUMPUR BERSAMA WANITA HEBAT
Semalam di Hotel Crystal Crown berlangsungnya Majlis Hitea dan Ulangtahun ke 4 Persatuan Nur Iman dan Hari Anugerah Usahawan Wanita Nur Iman 2012, lebih 100 orang ahli- ahli persatuan dan beberapa jemputan untuk Usahawan Luar Kuala Lumpur telah bersama meraikan dan meeriahkan majlis....
Dapat jugak mengacarakn program ini, terimakasih kpd Cik Shiella, Abang Rahim@Ibrahim dan geng yang mengamanahkan majlis tersebut kepada saya.... Terima kasih daun keladi !
Dapat jugak mengacarakn program ini, terimakasih kpd Cik Shiella, Abang Rahim@Ibrahim dan geng yang mengamanahkan majlis tersebut kepada saya.... Terima kasih daun keladi !
Selasa, 10 Julai 2012
Zaman main bola di bendang...
Nostalgia semsa di sekolah rendah... bermain bola waktu musim lepas tuai.. buat perlawanan bolasepak diantara kampong2.... team kampong....
Isnin, 9 Julai 2012
Ahad, 8 Julai 2012
Akhirnya Ella bernikah, akan bersanding pada 1 Disember @PICC
Ratu Rock popular, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, kini sah bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan, Azhar Ghazali, 30, tepat jam 10.30 malam tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Teluk Gadong, Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Nor Izam Aminuddin, 55.
Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai beserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Sebagai balasan, Ella menghadiahkan Azhar dengan sembilan dulang hantaran.
Dalam majlis yang dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat ini, Ella dan Azhar mengenakan sepasang persalinan berona krim rekaan Saiful Baharim. Pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember hadapan.
Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai beserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Sebagai balasan, Ella menghadiahkan Azhar dengan sembilan dulang hantaran.
Dalam majlis yang dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat ini, Ella dan Azhar mengenakan sepasang persalinan berona krim rekaan Saiful Baharim. Pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember hadapan.
Langgan:
Catatan (Atom)