Jumaat, 16 November 2012

HORMATI ORANG TUA2, DEPA NI MEMANG BANYAK TRICK...

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). 
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua 
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini : 


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU" 

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Isnin, 5 November 2012

lepas hina agama kini hina orang islam, dan ini dibenarkan oleh mingguan minggu




KUALA LUMPUR: Selepas menyinggung perasaan umat Islam dan dimalukan teruk apabila penulis blog seks berkata rakan karib mereka adalah idolanya, Umno cuba menyelamatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dengan membiarkan Mingguan Malaysia meletakkan penjelasan Chua di muka depan semalam.

“Tapi sudah terlambat. Laporan itu back-fire lagi, Chua kini dilihat dari menghina Islam kepada menghina kebijaksaan umat Islam terutamanya pengundi Umno dengan penjelasannya,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

“Apakah perlu lepas 2 minggu lamanya baru beri penjelasan? Sudah tentu tidak. Penjelasan Chua sepatutnya datang lebih awal. Tapi kerana penulis blog seks berkata Chua adalah idolanya, maka penjelasan itu terpaksa ditangguhkan. Kalau keluar masa yang sama, keadaan akan menjadi sangat kelakar dan kekok pada Umno,” tambahnya lagi.

Sumber itu memberitahu kerana Umno tidak dapat menceraikan MCA, dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk memaksa Chua turun takhta, maka jalan terakhir ialah untuk cuba menyelamatkannya dan cuba selamatkan balik apa yang telah dirosakkan Chua terhadap undi Melayu atas pagar.

Semalam, Chua mengeluarkan satu kenyataan panjang mendakwa bahawa beliau dan MCA hanya menentang hudud PAS dan menuduh Pakatan Rakyat memutar belit kenyataannya.

“Itulah yang orang terasa Chua sedang menghina intelek orang Melayu Umno. Masa Adun Johor buat usul hudud, beliaulah orang pertama yang menghinanya berkata beliau hilang idea dan kemudian kata nak keluar BN,” kata sumber dalaman Umno itu.

Tambahnya lagi, orang dan pemimpin Umno juga terasa kecil hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata hudud tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam ditempelak Chua seperti beliau seolah-olah seorang menteri agama yang bodoh kerana tidak membuat kajian terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Jamil cuba damage control akibat keceluparan Chua dan MCA pada perhimpunan agung mereka, tapi Chua tak faham dan ego mempercayai bahawa keberanian menegur Jamil bakal membantu MCA mendapatkan kembali sedikit undi Cina. Tapi Chua tersilap, dan UMCEDEL dah buktikan isu hudud dah tak makan,” terang sumber dalaman Umno itu kepada Harakahdaily.

Sumber dalaman Umno itu turut berkata dalaman Umno kini berpecah pada pendapat mereka terhadap Chua.

“Kem anti-1Malaysia tidak mahu lagi bersekongkol dengan Chua kerana merasakan Chua dan MCA sudah tidak berguna malah kini menjadi lebih tidak berguna dan berbahaya kepada undi Melayu yang mereka perlukan untuk kekal berkuasa.

“Kem pro-1Malaysia pula merasakan PRU13 BN akan tewas jika tiada sokongan bukan Islam dan mengharapkan serangan Chua bertubi-tubi pada PAS akan dapat mendapatkan kembali sedikit undi Cina pada BN,” kata sumber dalaman Umno itu lagi.

Tapi segalanya berubah, kata beliau apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau sedia bertanding di Pekan sekiranya diarahkan oleh parti.

Sumber politik itu berkata kenyataan Hadi telah menjadikan slogan PAS ganti Umno kini betul-betul akan diperdebat dan dibandingkan oleh rakyat jelata berhubung tahap pemimpin PAS dengan pemimpin Umno.

““Isu itu menyebabkan orang bukan Islam terutamanya Cina dan Melayu kini terus membuat perbandingan antara PAS dengan Umno. Lihat barisan ini – Nik Aziz banding dengan Dr Mahathir, Najib dengan Hadi, Muhyiddin dengan Mat Sabu, Mahfuz (Omar), Salahuddin (Ayub), Husam (Musa) dengan Hishamuddin (Hussein), Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Tuan Ibrahim dengan Ahmad Maslan – Umno dah tewas 7-0 dari segi integriti, kebolehpercayaan dan amanah – dalam erti kata lain boleh ganti Umno dengan PAS,” katanya.

Jadi penjelasan Chua, katanya, sudah terlambat bahkan merugikan dan merumitkan lagi keadaan kepada Umno.

“Kesian kat backbenchers Umno-BN yang mengambil isu-isu ekonomi untuk melawan Pakatan Rakyat… tiba-tiba Chua merosakkan semuanya kembali dengan kenyataan terbarunya,” kata sumber itu lagi.

Perhimpunan Agung Umno akan datang, kata sumber dalaman Umno akan menentukan sama ada MCA diperlukan lagi atau tidak bersama Umno untuk menghadapi PRU13.

“Tidak mungkin tendang MCA keluar, tapi Umno akan menyuruh MCA menutup mulut sehingga PRU13 selesai. MCA dah tewas habis, cuma sekarang jangan susahkan Umno lagi,” kata beliau.

harakah/-

Jumaat, 2 November 2012

KONVENSYEN HALATUJU PENDIDIKAN NEGARA 18 NOV 2012 ~ LT2 TGT 4 UNISEL

SHAH ALAM, 1 NOV : Yayasan Selangor akan menganjurkan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara pada 18 November (Ahad) ini di Dewan Syarahan Universiti Selangor (UNISEL), Seksyen 7 Shah Alam.
Komunikasi Korporat Yayasan Selangor, Saifullah Zulkifli berkata, Yayasan Selangor menganjurkan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara sebagai langkah penambahbaikan terhadap dasar dan sistem pendidikan negara perlu diberikan perhatian.
Ia supaya Dasar Pendidikan Negara tidak tergelincir daripada landasan pembinaan negara-bangsa yang bertamadun.
“Pakar-pakar pendidikan dikumpulkan bagi mengkaji dan membahaskan isu-isu dasar pendidikan di Malaysia dengan perjalanan konvensyen dibahagikan kepada beberapa sesi.
“Sesi pertama adalah merupakan ucaptama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku mantan Menteri Pendidikan Malaysia dan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” kata Saifullah dalam kenyataan medianya.
Saifullah berkata, sidang kedua adalah bengkel selari dengan pembentangan 15 kertas kerja serentak dengan pengulas berkenaan pelbagai topik yang berlegar di sekitar pendidikan.
Sidang terakhir adalah resolusi serta penutup oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Konvensyen ini adalah hasil daripada Perbincangan Meja Bulat Pendidikan Malaysia yang diadakan pada 8 September 2012 di Hotel Quality, Shah Alam anjuran Pejabat Exco Pendidikan Negeri Selangor.
“Konvensyen ini menarik untuk diberi perhatian kerana selain daripada membahaskan aspak halatuju pendidikan dan falsafah pendidikan, program ini turut membahaskan isu pendidikan vokasional, pengajian tinggi, sekolah rendah dan menengah.
“Turut dibincangkan adalah isu pendidikan kaum Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kini hangat dibahaskan,” kata Saifullah.
Kata beliau, penyertaan adalah percuma.
Kepada yang berminat untuk hadir sebagai peserta boleh menghubungi pihak Yayasan Selangor di talian 03-79551212 atau hubungi Sdr Saifullah Zulkifli 013-3005461