Selasa, 9 April 2013

TAHNIAH KEPADA PENYANYI AISHAH, BOLEH LA PEMINAT SEMUA TURUN KE JEMPOL BANTU

Tiga tokoh baru dipilih oleh PAS untuk membawa cabaran pada PRU 13 nanti. Mereka ialah Penyanyi terkenal Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol, Arkitek terkenal Dato Raja Kamarul Baharin Raja Ahmad di Parlimen Kuala Terengganu dan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato Fauzi Shaari di Parlimen Larut.

WEEKEND DI RUMAH JALAN BAWAH TG PIANDANG....

Memang dingin sekali dibuai angin petang di ban pecah,tg piandang .. sempat bergambar dgn adindaku Saifuddin,
Harap dapat luangkan masa dengan rakan sekolah selepas ni.... dulu di kawasan inilah, aruah bapa duk bawak memancing ikan semilang..... bila air pasang tergesa2 la balik takut di kepong air pasang.... pasir memang halus... tapi sekarang semuanya di tambak dgn batu2 besar utk menghalang dari di makan air pasang.......

Rabu, 3 April 2013

JANGAN AMBIK JALAN PINTAS, RASUAH KEJAR KEMEWAHAN

Banyak sebab menjadi punca berlaku rasuah. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan individu.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan, memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum?
Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka?

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya" (al-Baqarah : 188)

Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu? Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
Ambillah ini sebagai iktibar dan jawapan kepada persoalan dikepala sebagai seorang pemimpin yang hendak memimpin.
@(MediaPKR/SAS)