Jumaat, 2 Januari 2009

Adibah jadi mangsa...cian dia.




Menurut berita yang didengar di radio pagi tadi, polis sudah hampir menjejaki pihak yang bertanggungjawab menulis blog tersebut. Adibah Ahmad yang berasal dari Kedah sebelum ini telah lima kali membuat laporan polis mengenai ada orang yang menggunakan identitinya untuk menghina Nabi Muhammad SAW sejak 5 bulan lepas. Adibah Ahmad juga melaporkan telah melaporkan kepada SKMM.Begitulah kecanggihan teknologi , boleh digunakan untuk kebaikan tetapi boleh juga memberi keburukan kepada manusia.Jikalau PDRM ingin menyiasat melalui online seperti menjejak IP address ada sedikit masalah kerana tapak blog yang digunakan iaitu blogger.com dipunyai oleh syarikat luar negara (US). PDRM boleh meminta blogspot memberi IP penulis blog laknat tersebut itupun kalau blogger.com memberi kerjasama. Walaubagaimana pun, jika penulis blog laknat tersebut ada sedikit ilmu IT, dia boleh "hide" IP dia melalui laman proxy atau pun jika dia menggunakan kemudahan internet publik seperti Cyber Cafe,hot-spot,wi-fi dan sebagainya adalah sukar untuk mengesan IP penulis blog laknat tersebut.Saya ramalkan PDRM akan berjaya menjejak penulis blog laknat tersebut tidak lama lagi. Mungkin dari siasatan offline melalui Adibah Ahmad atau teman lelakinya yang bekerja di Syarikat kereta mewah di KL.Jikalau blogger laknat tersebut dapat dikesan, peluang untuk dia melepaskan diri adalah misi mustahil kerana saya yakin dengan kehandalan pakar forensik IT PDRM. Jika dia menggunakan komputer riba, kalau dia delete, buang cache malah format komputer riba dia sekalipun pakar forensik IT pasti dapat menemui bukti. Ini pernah berlaku semasa isu email fitnah Dato Siti Nurhaliza dahulu.Oh ya, menurut berita tersebut "Polis hampir menjejak lelaki-lelaki yang terlibat" bermakna blogger laknat tersebut kemungkinannya bukan seorang tetapi diusahakan secara berkumpulan. Semoga diaorang dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat sebagai teladan kepada blogger-blogger lain.


2 ulasan:

  1. ya, sgt zalim org itu. dunia maya ini terlalu licik..banyak kepalsuan yang tiada kesahihan fakta..maka, berhati-hatilah..

    BalasPadam
  2. six could put your pc and action at risk by infecting the system
    with infections, spyware, viruses, Trojan viruses, dialers as well as ad ware, distroying its stability and robbing your
    personal info, along with propagating through the network to consider effects of other computers.
    Using these techniques to get rid of the need to obtain a
    genuine license for Ninja Surfing Hide IP 1
    .

    Also visit my webpage - how to use easy hide ip

    BalasPadam