Jumaat, 6 Februari 2009

Bersama MB Perak baru...


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru setelah mendapat perkenan Sultan Perak.
Kali terakhir saya bertemu Datuk Dr Zambry bersama dgn Toy (Zul) ialah ketika beliau memberi ceramah semasa forum Peranan Akhbar Dalam Perjuangan Melindungi Hak Orang Melayu di Universiti Malaya, Ogos tahun lalu. Beliau tinggal di Bkt Rahman Putra, Sg Buluh, kawan saya yang pernah bertahlil di rumahnya (Hj Halim Janggut) beritahu saya ketika itu, baru lah saya tahu YB nie tinggal di situ. YB nie memang energetik, bersemangat dan berapi jugalah cara dia berucap!
Latarbelakang beliau ni dahsyat jugak... Beliau masa di SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, saya di Tingkatan 5, dia di Tingkatan 6 (dia ambik STPM) bersama Fadillah (Skrg Datuk, Timb Menteri ), sorang lagi kawan nya, pun memang berapi jugak. Lepas tu kami tak pernah jumpa kerana masing2 melanjutkan pelajaran (saya dan Toy ke US, dia ke UIA, kemudian ke US, macam kawan saya sorang tu jugak, Akak Tirana ke Australia).
Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pemikiran politik kontemporari (1995) dan Ijazah Sarjana dalam bidang falsafah politik dan perbandingan agama (1992) dari Universiti Temple, Amerika Syarikat.Sebelum ke Amerika, beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (1987) dan pernah menjadi penolong profesor di Jabatan Sains Politik universiti berkenaan.Beliau juga pernah menjadi CEO Institut Pengembangan Minda (INMIND) dan Ahli Kumpulan Pemikir Kebangsaan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).Beliau juga mempunyai bakat dalam penulisan dan pernah memenangi beberapa anugerah penulisan ketika menuntut di UIA. Selain itu beliau turut menulis beberapa buku, antaranya Education & Development, Business Administration In Islam, Administration in Islam, UMNO dan Jiwa Merdeka (1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah, Menuju Arah (2000) and Islam Malaysia & Amerika (2002).
Apa yang saya lihat ialah beliau seorang yang peramah dan mempunyai PR yang baik. Diharap apabila dah jadi MB nanti, beliau jangan lupa diri pulak ya! Kita dari Parit Buntar ooo... Mesti Akak Tirana tersenyum membaca tulisan ini !
Selamat berjuang bros..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan