Jumaat, 27 Februari 2009

RASA TERUJA KONSERT ALAM MUSIK M.NASIR....


Apabila dapat peluang menonton Konsert Alam Muzik M. Nasir di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 26 Februari 2009 lalu, rasa teruja memang ada. . . . . . .
Maklumlah saya ni bukan wartawan jadi bukan selalu dapat peluang menonton konsert sedemikian.
Menunggu juga di manakah kemuncak konsert itu. Tapi nampaknya persembahan sifu M. Nasir mendatar sahaja.
Sebagai seorang artis yang hebat tak dapat dinafikan memang muziknya kedengaran dahsyat sekali. Malangnya tidak diserikan dengan persembahan keseluruhan yang lebih mengasyikkan.
Apabila mata mula rasa nak terpejam, saya berusaha membukanya takut nanti terlepas momen menarik yang bakal dipersembahkan.
Apabila kerling ke tepi, kelihatan penonton di sebelah sudah pun terlena.
Tak tahu di mana silapnya. Nak kata lagu-lagunya tidak menarik, banyak lagu popular yang masih menjadi siulan peminat diperdengarkan.
Penonton juga agak pasif dan macam tidak tahu di mana mahu menunjukkan keterujaan mereka terhadap persembahan yang mereka sedang tonton.
Hanya segelintir peminat fanatik yang beriya-iya menjerit setiap kali sesebuah lagu selesai dinyanyikan.
Saya juga meminati M. Nasir dan ada lagu-lagunya yang masih diminati, tapi saya tak tahu mengapa malam itu apa yang cuba disampaikan oleh M.Nasir tidak meresap ke jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan