Jumaat, 5 Jun 2009

MANOHARA O MANOHARA !!


Manohara Odelia Pinot, isteri Tengku Temenggong Muhammad Fakry, putera ketiga Sultan Kelantan, kini kembali ke Indonesia. Model berusia 17 tahun itu dilapor melarikan diri semasa berada di Singapura dengan bantuan polis Singapura dan Kedutaan Amerika Syarikat.
Manohara dianiaya secara fizikal. Dia telah dicederakan di bahagian dada dengan pisau cukur,” dakwa ibu Manohara, dipetik AFP.Kes Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia, dimuatkan di dalam berita dan program bual bicara stesyen TV tempatan. Dalam sidang media, Manohara mendakwa didera secara seksual, mental dan fizikal.“I have been treated like an animal,” kata beliau dalam temubual disiarkan di YouTube. Sejauh manakah kebenaran kenyataan itu belum dapat dipastikan setakat ini kerana tiada bukti dikemukakan.
Manakala istana Kelantan setakat ini mengambil pendekatan mendiamkan diri.Selagi kes ini tidak diselesaikan, jutaan rakyat Indonesia pasti memandang serong terhadap dakwaan layanan buruk diterima warganya itu, sekaligus nama Malaysia menjadi sebutan dalam konotasi negatif.
Posted by Mazidul Akmal Sidik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan