Selasa, 7 Julai 2009

SIDANG KHAS KEPADA DUTA DAN DIPLOMAT ANTARABANGSA - KES MAHKAMAH DS ANWAR





Satu sidang taklimat khas telah diadakan pada pagi ini di Hotel De Palma Inn oleh Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada lebih 45 diplomat antarabangsa sekitar Lembah Klang.
Taklimat yang di pengerusi oleh YB Tian Chua turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Sdr Mustaffa Kamil Ayub dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, diantara lain YB Sivarasah, Sdr Edmund Boon dan Pn Lateefa Koya.
Sdr Mustaffa Kamil diantara lain telah memberikan satu gambaran tentang kepentingan kes mahkamah Datuk Seri Anwar kali ini yang mempunyai profail tinggi disebabkan DS Anwar adalah pengemudi barisan ahli parlimen yakni ketua pembangkang selain dari Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Situasi politik baru sekarang dimana Pakatan Rakyat sedang mara ke Putra Jaya untuk mengambilaleh kerajaan sekarang selewat-lewatnya di Piliharaya Umum ke 13 kelak. Mustaffa Kamil juga menambah, kerajaan sekarang sedang dalam ketakutan dan pertuduhan mahkamah ini hanya akan merosakkan imej DS Anwar, itulah diantara tujuan dibuat keatas DS Anwar.
Sidang taklimat khas ini akan diadakan dari semasa kesemasa di atas keperluan apabila kes mahkamah ini berjalan kelak, mulai hari Khamis 8 Julai 2009 kelak.
Peguam YB Sivarasah diantara lain telah memberikan hujah tentang kes ini yang mempunyai "player" yang sama seperti Peguam Negara Ghani Patail, bukti-bukti yang sengaja diadakan (fabricated) serta kertas laporan pakar perubatan (dari HKL dan PUSRAWI) yang tidak sehingga hari ini tidak dapat dikemukakan kepada panel penguambela DS Anwar.
Turut sama menjawab soalan adalah Sdr Edmund Boon, memberitahu keyakinan barisan peguam DS Anwar didalam menghadapi kes nahkamah kali ini, turut menjawab soalan dari seorang diplomat, kes sebegini adalah jarang sekali didapati di mahkamah Malaysia.
Sumber: MediaRakyat/SAS www.shaiful-hulusgr.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan