Sabtu, 31 Oktober 2009

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK HARI INI DI HOTEL SYUEN -IPOH


BENGKEL PERSEDIAAN SPM 2009 - SHAH ALAM- AHAD 25 OKT 2009


BUATLAH SESUATU PADA AGENSI MARA !!

Apabila MARA atau Majlis Amanah Rakyat membeli komputer riba berharga RM84,000.00 bagi dua unit, maka ini merupakan satu tanggapan pertama dan senyum sinis masyarakat terhadap ketelusan kakitangan agensi ini dan ianya juga merupakan tamparan kepada kepimpinan di organisasi MARA sendiri.
Sebelum ini ramai kawan-kawan pernah membangkitkan tentang kelemahan dan masa hadapan MARA.
Terutama sekali baru-baru ini apabila agensi ini dikatakan tidak cukup wang untuk disalurkan sebagai pinjaman atau biasiswa kepada pemohon yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Bukan setakat itu sahaja, MARA dikatakan mempunyai terlalu banyak unit-unit di bawah seliaannya. Ini termasuklah pusat latihan, skim keusahawanan, pembiayaan perniagaan, program teknikal, pusat industri, pusat pengajian, kolej, pengangkutan, pinjaman, unit saham dan sebagainya.
Ramai kawan-kawan yang pernah terlibat dengan pembelian unit-unit amanah di bawah MARA juga melahirkan kebimbangan.
"Dulu agensi ini boleh membayar dividen 30%-40% setahun. Sekarang tinggal 3%-6% sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kena lihat apa yang sedang dilakukan oleh pegawai-pegawai di bahagian ini" kata seorang pelabur.
"Apabila kita menelefon bertanyakan, pegawai-pegawainya tidak sensitif malah memberikan penjelasan sambil lewa" kata kawan tadi.
Jika boleh, keseluruhan MARA ini perlu dirombak. Ramai yang mengatakan kakitangan MARA menganggap agensi berkenaan sebagai milik elit. Banyak yang dirahsiakan di atas nama Bumiputera.
Sejak penubuhannya pada tahun 1966, sudah 22 Pengerusi dari kalangan ahli politik dilantik.
Jangan-jangan pengerusi dan kakitangan hidup secara elit, esok lusa MARA secara fizikalnya dimakan anai-anai.
Lama-lama MARA merudum menyembah bumi. Pelanggan - pelajar, peniaga, pelabur, penyewa dan pembeli - tidak akan mendapat apa-apa faedah atau pulangan pun.



@ALKERENGGA

Selasa, 27 Oktober 2009

Korban Pertama 1Malaysia di Sungai Kampar....





Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus. Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat. Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. 

Ahad, 25 Oktober 2009

SLOT MINDA SEGAR - OSMAN AFFAN


Mudah lupa 9 dari 10 perkara selepas 2 hari..begitu kata Sdr Osman Affan di Bengkel Menghadapi SPM 2009 Dewan Jublee Perak, Shah Alam... Minda kita mudah lupa.. Tambahan pula dengan buku-buku tebal di sekolah

Sabtu, 24 Oktober 2009

Selasa, 20 Oktober 2009

Jamuan DeepaRaya PKR Wilayah Persekutuan.. Ahad 18 Okt 2ptg..


-Jamuan deeparaya di hari Ahad lepas, dari Lembah Pantai (Yb Nurul Izzah), ke kampong baru, Kelab Sultan Sulaiman sehingga ke Cabang Hulu Langat.. Cabang Hulu Selangor ada lebih 7 jemputan... maaf laa Ali, Devan, Fadilah, Hasnor dan lain-lain disebabkan tidakhadir... Ada panggilan emergency ke Lembah Pantai Hospital pagi tu....

-Salam deepavali dan eidulfitri dari saya, sehingga berjumpa di tahun 2010, nampaknya sibuk la lepas majlis jamuan, jamuan terakgir di bulan syawal semalam ke rumah tuan mustaffa kamil ayub, letih selepas seharian berjuadah dengan teman-teman parti yang inginkan maklumat.. sebagai imbuhan banyaklah teh-teh tarik  yang memenuhi perut.. walau bagaimana pun, terimakasih diatas sokongan anda semua kepada blog ini....SAS

Selasa, 13 Oktober 2009

Rumah Terbuka Kampong Sg Choh 2009 - 11 Okt Ahad


Bersama Zainal (HR Tan Chong) , Nazir Mesjid Sg Choh dan rakan lain ketika bersama raikan majlis sambutan hariraya di Mesjid Kg Sg Choh..

Ahad, 11 Oktober 2009

UNDILAH PAS ! CALON PAS BERSIH REKODNYA.

Selepas tshunami politik dalam PRU Ke-12 Mac tahun lalu, tidak ada kawasan lagi yang benar-benar menjadi kubu Umno/BN iaitu yang dianggap selamat. Semuanya, termasuk di Johor, Melaka, Pahang yang selama ini dianggap kubu kuat BN kini tidak lagi menjadi kawasan selamat. Demikianlah juga Dun Bagan Pinang. Mermanglah ada yang ‘gerun’ mendengar demikian banyak undi poo di sana yang biasanya pergi kepada BN, tetapi itu masih boleh di atasi kerana perubahan suasana politik negara di mana pengundi bukan Melayu dijangkan memberikan sokongan kuat kepada calon PAS. Ini berbeza dengan masa lalu di mana pengundi bukan Melayu ini menjauhi calon PAS disebabkan kempen perkauman Umno/BN yang dilakukan puluhan tahun.
Pakatan Rakyat telahpun mengumumkan bahawa Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan antara Umno dan PAS. Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober. Ia diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.
Zulkefly yang bersih rekodnya. Adalah seorang terpelajar dan aktivis masyarakat yang terkenal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad seorang yang pernah terpalit dengan kes politik wang. Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang menyifatkan pemilihan Zulkefly sebagai calon tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting ia calon terbaik Pakatan Rakyat.

Isnin, 5 Oktober 2009

Bersama kawan lama, Zulkefli Hj Rahim di Taman Pelangi, Rawang pada Ahad 4 Okt 2009..




Semalam berjumpa dengan seorang lagi kawan kampong yang bersara dari tentera laut, kini bergelar pengawal kepada kerabat diraja Johor.. Sharif.. Yang bestnyer dia nie yang paling nakal dan bertubuh besar sekali dikampong (masa sekolah rendah lah nie), kami selalu bermain bola di sawah belakang rumah.. dia akan jadi penjaga gol disebabkan tubuh besar yang susah bergerak.. Semalam dia bagitau, dia tidak pernah lupa tendangan penalti aku semasa bermain bola kat kampong... ..buat aku tergelak @ Sharif oh Sharif..

Jumaat, 2 Oktober 2009

MISI KEMANUSIAAN DI PADANG SUMATERA..!!



Pasukan perubatan INSAF dan pasukan 'Rapid Assesment' akan bertolak ke Padang, Sumatera pada 8hb Oktober 2009. Pasukan perubatan yang diketuai oleh Dr Ahmad Abdul Wahid dan Dr Alvin Tan serta 'Logistiction' sdr Ishak Abd Kadir merangkap Presiden INSAF akan membawa bekalan ubat-ubatan dan peralatan khemah dalam Misi Kemanusiaan ini.
Namun begitu oleh kerana bekalan yang kami bawa hanya mampu bertahan untuk sementara waktu, pihak kami sangat mengalu-alukan bantuan sdr-sdr semua tak kira apa bentuk bantuan terutama bantuan kewangan.
Sila hubungi pihak kami
http://www.insafmalaysia.org

Khamis, 1 Oktober 2009

Sekarang pula MB Selangor Kenalpasti 100 Ekar Tanah Untuk Penternak Dan Bertindak Rampas Tanah Tapak Pelupusan Sampah Haram

SHAH ALAM, 30 September - Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor hari ini mengenalpsati tapak seluas 100 ekar di Hulu Selangor untuk dijadikan tapak penternakan untuk penternak di Kampung Sungai Kertas, Gombak yang tertimbus lembu mereka baru-baru ini. Sementara itu, kerajaan negeri akan merampas tanah tapak pelupusan sampah haram daripada pemiliknya di Kampung Sungai Kertas, Gombak yang telah beroperasi lebih daripada lima tahun lalu.
Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, berikutan pemilik tanah tersebut enggan menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini walaupun beberapa kompaun telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).Kes ini juga akan di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah injuksi.
“MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini,” katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco dan merasmikan Pelancaran Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SUK, di Shah Alam hari ini.
Jelas Tan Sri Khalid lagi, pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan Borang 7A iaitu Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat di bawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut.Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pemilik berkenanan dan keputusan diambil supaya mengeluarkan notis baru untuk pengembalian tanah kepada kerajaan.“Oleh kerana tiada tindakan yang dibuat sehingga kini, Pegawai Daerah sekali lagi diarahkan untuk mengemukakan Borang 8A iaitu Notis Pengembalian Tanah Kepada Kerajaan di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara untuk merampas semula tanah berkenaan daripada pemilik berkenaan,” katanya.Kata Tan Sri Khalid, setelah usaha rampasan selesai dilakukan, MPS akan memantau dan membersihkan kawasan itu dan mendapatkan khidmat pakar daripada Worldwide Holding Berhad dalam usaha memulihara kawasan tersebut.Jelasnya, kawasan itu telahpun diisytiharkan sebagai ‘kawasan bencana’ dan sebarang aktiviti termasuk penternakan tidak sesuai dijalankan.“Kawasan tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana semenjak 4 September dan usaha memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki.“Berkenaan dua penternak yang terlibat, Exco juga dimaklumkan oleh MPS bahawa aktiviti penternakan tidak sesuai dijalankan di kawasan itu kerana pencemaran yang berlaku,” katanya.