rodelio.taucan@utusan.com.my
BACHOK 4 Jun – Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, seiras dengan kerabat Raja Jembal bagaimanapun dakwaan bahawa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong tidak diiktiraf.
Yang Dipertua PKRJ, Nik Yusuf Nik Muhamad berkata, PKRJ turut terkilan kerana Raja Tengku Putri Anis membuat pengakuan tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pertubuhan itu.
Katanya, upacara pemahsyuran beliau sebagai Sri Ratu Ketujuh Saadong sempena mengakhiri apa yang dikatakan sumpahan tujuh keturunannya pada Selasa ini juga tidak perlu dilakukan sebelum dakwaan berkenaan dibuktikan.
Sehubungan itu, beliau berharap r Raja Tengku Putri Anis dapat berjumpa dengan pertubuhan berkenaan yang mempunyai lebih 2,000 ahli untuk mengkaji salasilah dan kebenaran dakwaannya itu.
“Kita tidak menafikan dakwaannya itu namun kita tidak boleh mengiktirafnya sebagai waris ketujuh selagi belum dibuktikan kesahihannya.
“Apa yang saya baca dalam akhbar, beliau ada berjumpa dengan begitu ramai ulama untuk mengesan susur galur keluarganya tetapi tidak dengan kita.
‘‘Apa yang kita tahu, cerita mengenai Puteri Saadong habis setakat Gunung Ayam sahaja dan kita tidak tahu apa yang terjadi selepas itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PKRJ, Tuan Zakaria Tuan Ismail.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan pengakuan Raja Tengku Putri Anis yang mendakwa dirinya merupakan waris ketujuh kepada Puteri Saadong yang kisah sejarahnya disaluti mitos dan legenda.
Raja Tengku Putri Anis berkata, sudah sekian lama beliau menyimpan rahsia yang dibawa daripada generasi ke generasi dan tampil hampir pada saat dikatakan berakhirnya sumpahan Puteri Saadong yang merajuk membawa diri ke Acheh, Indonesia.
Katanya, Puteri Saadong meninggalkan sumpahan 420 tahun lalu dengan kata-kata:
Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.
Nik Yusuf berkata, beliau tidak pernah mempercayai kewujudan sumpahan itu dan ia hanya ditimbulkan dalam mitos dan cerita dongeng mengenai Puteri Saadong.Malah ujarnya, banyak pihak pernah membuat dakwaan sebelum ini bahawa mereka juga adalah kerabat Raja Jembal tetapi bila dibuat kajian ia ternyata tidak benar.
SAS: Sokong jika kebenarannya terserlah dengan bukti-bukti salahsilah puteri saadung.
cerita yang sbenar de gan owg biasa....
BalasPadamputeri ke 7,saadong adlah rkyak biasa di alm nyta ini...
tp alm sne bliau adelah raja
saya dah bertemu sendiri lah dgn warisni..kagum melihat kepetahan dalam berkata2 mengenai sejarah nusantara..pada malam kemunculannya juga hujan tiada henti dan memberi petanda yang baik..saya salut dgnnya krn dia mendapat perkenan para ulama yg bukan rekaan cerita tp melalui bukti2 yg ada tersimpan..sampai masa akan dipersembahkan pd kita semua ..kita xpyh nk kecoh tngu jela..saya tngk pelikla org melayu kita ni,klu inggeris kata semua angguk,tp klu muncul seseorg semua nk kritik..cuba kita pndg gn dari sudut gelarnya tp apa yg dia bw manfaat pd bangsa,tanah air dan rakyatnya...selagi dia xganggu harta org ,,kira ok la
BalasPadamtiada apa pon pada pangkak...
BalasPadam