Ahad, 29 Ogos 2010

AL FATIHAH BUAT ARUAH ISA BAKAR, LEGENDA BOLASEPAK MALAYSIA !

ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4. (Source :mStaronline)
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Isa Bakar, 58, meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi tadi di Hospital George Town, Pulau Pinang.
Di zaman kegemilangannya beliau sering berganding bersama Mokhtar Dahari merupakan penyerang berbisa dan amat digeruni lawan.
Era mereka tidak mengenal erti mewah dan wang ringgit, bermain semata-mata untuk negara yang dicintai.Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt. ALFA..TIHAH.

1 ulasan:

  1. Seorang yang berwarna warni telah jayakan konsep 1 Malaysia dengan mempunyai ramai kawan dari berbilang kaum

    BalasPadam