Rabu, 16 Februari 2011

Komen Prof madya Dr Abu Hassan mungkin benar, rakyat tidak terpukau lagi dgn manifesto parti tetapi gelagat ahli politik itu sendiri telah banyak mewarnai politik Malaysia sekarang.......

Adakah janji 100 hari Pakatan Rakyat akan memberi kesan pada pentadbiran Najib untuk menyediakan pelan 'counter back'  sekiranya pilihan raya akan diadakan tahun ini?

Pada pandangan saya masyarakat sekarang secara realistiknya tidak mempercayai manifesto.Tidak kira siapa pun yang melakukan manifesto itu, masyarakat tidak memberi perhatian yang besar kepadanya. 
Cuma setiap posisi politik boleh memberi manifesto dan merencana strategi mereka bagi negara ini. Masyaraat menilai dengan cara lain iaitu menilai sejauh mana kebersihan ahli politik dalam menjayakan sebuah negara yang mempunyai tanggung  jawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Kenapa Dr. berkata masyarakat kini sudah tidak mempercayai manifesto sedangkan sebelum ini telah banyak janji dalam manifesto Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat ditunaikan?

Sebenarnya selepas PRU 12, kebanyakan parti politik gagal memenuhi  manifestio tersebut baik secara strategi mahupun secara realiti dan praktikal. Dengan kata lain, masyarakat sudah hilang sedikit kepercayaan terhadap manifesto, slogan atau kempen-kempen tidak kira daripada apa pun. 
Jadi masyarakat sekarang lebih berfikir terhadap politik praktikal atau pragmatik bermakna sesiapa yang dapat membawa masyarakat terhadap penghidupan ataupun sivil society atau masyarakat madani iaitu masyarakat yang hidup serba selamat dan sejahtera serta tidak dibebankan dengan segala macam bebanan. 
Maka masyarakat akan memilih aliran politik yang sebegini. Sebab itu saya mengatakan perkembangan aliran sosialisme ini sangat besar di negara kita sekarang di mana masyarakat mula memberi tumpuan terhadap keselesaan pengangkutan awam, tempat tinggal termasuklah harga barangan dan makanan yang murah. 

Jika benar pengundi tak percaya manifeto, mereka percaya apa dalam menentukan undi?

Berapa banyak manifesto sekalipun masyarakat sudah mengabaikan dan menganggap manifesto hanyalah sekadar bahan-bahan bercetak yang diberi oleh parti politik sebagai garis panduan apa yang mereka lakukan. 
Jadi, masyarakat melihat itu. Untuk masyarakat mempercayai seratus peratus manifesto itu sudah tidak wujud sebaliknya masyarakat sudah menanam suatu sikap baru iaitu untuk melihat politik praktikal atau pragmatik.

(MySAS - sempat berjumpa dgn Prof sewaktu Forum Mesir-Tunisia di Hotel De Plama, Ampang 14 Feb 2011)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan