Jumaat, 24 Februari 2012

JOM KE HIMPUNAN HIJAU 2.0 ~ 26 FEB 2012 AHAD

Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan