Selasa, 31 Julai 2012

SYABAS wajar pecat TS Rozali Ismail, hormat keputusan pilihan rakyat dan kerajaan negeri Selangor ~ Yahya Mat Sahri


Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Mohd Yahya Mat Sahri.
TANJONG KARANG - Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Mohd Yahya Mat Sahri mahu Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Kerajaan Negeri dan sewajarnya rundingan dibuat berdasarkan pilihan rakyat.

Kerajaan Persekutuan seharusnya mengutamakan pilihan rakyat, bukannya berunding dengan syarikat persendirian yang bermatlamat keuntungan persendirian.

Menurutnya yang juga Pengerusi Sekretariat Impak Pengguna turut menyokong sepenuhnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyarankan agar Lembaga Pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memecat Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail kerana dengan itu mampu menjimatkan kos operasi berjumlah sekurang kurangnya RM5.1 juta setahun.


“Rozali sewajarnya sudah lama melepaskan jawatan ini kerana gagal menguruskan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Selangor. Kalau beliau seorang yang benar-benar mahir serta handal dalam selok belok pengurusan air, kenapa masalah air sentiasa berlaku meskipun hak pengambilan konsesi pengurusan air dipegang sehingga kini?

“Pelbagai persoalan timbul termasuk masalah saluran bekalan paip masih tidak selesai, status paip air kerap pecah, kerap berlaku tekanan air yang rendah di banyak kawasan dan kekeliruan bacaan meter air masih berlaku sehingga kini.

“Syabas hanyalah sebuah syarikat persendirian dan matlamat utama Syabas untuk mendapatkan keuntungan. Seandainya Syabas merancang kepentingan rakyat sudah semestinya Lembaga Pengarah Syabas tidak tergamak untuk membolot hasil keuntungan air dengan tarif bil terus meningkat setiap tahun,” katanya.

Mohd Yahya berkata. alasan Syabas berhubung isu air yang hanya dapat diselesaikan dengan pembinaan Projek Langat Dua menunjukkan kedangkalan tahap proses penyelesaian masalah. Apakah sumber air mentah daripada sungai di Selangor sudah habis hingga perlu mendapatkan air daripada Pahang?

“Laporan yang menyatakan masalah kehilangan bekalan air terawat akibat daripada kebocoran paip air mesti diselesaikan Syabas. Jika benar kehilangan air daripada kebocoran mencecah 40 peratus, maka kelemahan inilah yang sepatutnya diatasi kerana inilah punca utama kekurangan air,” katanya.

3 ulasan:

  1. pembekuan perbelanjaan modal (CAPEX) oleh pihak kerajaan telah menyebabkan masyarakat membuat tanggapan dan persepsi bahawa syarikat konsesi itu gagal mengeluarkan modal dan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh termasuk untuk menggantikan paip2 lama....

    BalasPadam
    Balasan
    1. oi mama sepatu....
      apsal ayat ko ni cam skema jerk... mana ko dapat ayat nih..kakakakakakakaka...

      tapi macam mana pon logik gak ko cakap nih... sebab kerajaan negeri selangor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggantian paip yang gagal dilaksanakan sejak 2008 disebabkan pembekuan CAPEX atas arahan kerajaan negeri....

      Padam
  2. Setuju dgn Mama Sepatu yg pasal Capex, technically kerajaan negeri yg halang paip2 lama daripada diganti/dibaiki. Bukan Syabas

    Kalau kerajaan negeri ambil alih, boleh ke uruskan air agar tidak jadi kembali ke zaman 1998 punya krisis? atau sebelum tu di mana air karat selalu jadi masalah di Selangor. Ingat sikit pengguna di Selangor makin ramai, urus tadbir pun kenalah cekap

    Jgn suka2 suruh org letak jawatan. Rozali Ismail tu bukan shj berbakti dlm industri bekalan air tp dh byk tolong businessman Melayu dan org2 Felda. Kalau setakat nk main2kan isu lapuk pasal gaji, tu haa kenapa tak ungkit pasal gaji Robert Kuok dgn Ananda Krishnan? Kenapa sesama Melayu jugak nk dengki dan busuk hati?

    BalasPadam