Rabu, 6 Oktober 2010

RADZUAN MENANG DI HULU LANGAT..

KAJANG - Mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 menjadi agenda utama bagi Ketua Cabang Hulu Langat, Radzuan Ahmad yang menang dengan undian sebanyak 370 sekali gus mengalahkan dua calon lain.

Lebihan 11 undi telah menobatkan Radzuan sebagai Ketua Cabang Hulu Langat manakala dua calon lain, Lee Kim Sin dan Rosli Mohd Yusoff masing-masing mendapat undian sebanyak 359 dan 27.

Pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Langat 2010/2013 itu mempertandingkan Jawatankuasa Cabang, Jawatankuasa Wanita Cabang dan Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang.

Daripada 5,402 ahli PKR Cabang Hulu Langat hanya 14.62 peratus melibatkan 790 ahli keluar mengundi manakala 268 adalah undi rosak tetapi proses pengundian serta pengumuman berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden.

Radzuan berkata, bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kemenangan itu maka perbincangan perlu dilaksanakan bersama semua sayap agar strategi yang dilaksanakan adalah terbaik.

“Selain mengekalkan kemenangan tersebut saya juga akan memastikan semua ahli cabang bersatu demi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat sekitar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pengumuman keputusan undian di sini, semalam.

Menurutnya, beliau pernah menjadi ketua cabang sementara pada 2003 dan kini telah bersara dan menumpukan sepenuh perhatian dalam politik serta bersedia untuk menghadapi setiap cabaran.

Lee Kim Sin berkata, walaupun kalah dengan 11 undian tetapi beliau masih tidak menyangka kerana memperoleh undian setinggi itu dan pemilihan tersebut adalah proses demokrasi yang dijalankan parti.

“Kerjasama akan sentiasa diberikan kepada ketua cabang memandangkan pelbagai cabaran dan masalah telah saya lalui sejak menjadi pemimpin lebih 10 tahun ini dan menjalankan tanggungjawab seperti biasa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

“Kebanyakan pemimpin terpilih adalah muka baru dan kemenangan mereka adalah baik supaya dapat menjalani proses kepimpinan dan lebih mengenali tentang perjuangan,” katanya.

Kim Sin berkata, sebelum bertanding jawatan itu beliau adalah pemangku ketua cabang dan pernah menjadi ketua cabang Hulu Langat pada 2001 malah kini bersedia menjalankan tanggungjawab walaupun tidak menyandang jawatan itu.

Rosli Mhd Yusoff berkata, menang atau kalah adalah adat dalam setiap pertandingan dan kekalahan itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus bertanding bagi jawatan ketua cabang pada masa akan datang.

“Walaupun kalah tetapi kita sebagai ahli perlu bersatu dalam parti dan menjalankan tanggungjawab bersama dan bagi mereka yang telah dipilih perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan,” katanya.


Terimakaseh kpd sekretariat cabang yang mengawal keadaan di hari pemilihan cabang hulu selangor..(2 Okt 2010 Sabtu)

Sabtu, 18 September 2010

PKR bantu mangsa bunuh di Serendah (17 Sept 2010)

Sumbangan kepada keluarga mangsa bunuh di Serendah, Chandran a/l Sadyaapan dari... Taman Idaman, Serendah disampaikan oleh Ketua Komuniti India, SM Poobalan, diiringi oleh Ahli Majlis Daerah, Pn Kameliyah Bien dan Ketua Penerangan PKR, Shaiful Anuar.. PKR berharap pihak polis membuat siasatan dgn segera bagi meringankan tekanan keluarga mangsa tersebut..

Khamis, 16 September 2010

Nostalgia di bulan syawal... basikal tua

Kenangan lama menyentuh hati di kampung halaman, yang tinggal basikal tua dan barangan lama, disamping ibu dan keluarga ....
Selamat menyambut hari lebaran eidulfitri dan maaf zahir batin..

Isnin, 13 September 2010

BERSAMA IBU DIPAGI EIDULFITRI....

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN - EIDULFITRI BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN DI KAMPUNG DAN DIMANA SAHAJA -- KEMAAFAN DIPINTA, KETERLANJURAN BAHASA, TERKATA DAN TERNODA DARI SHAIFULANUAR SULAIMAN DAN KELUARGA

Jumaat, 3 September 2010

Ingatan buat ahli cabang..

Penamaan calun dan pemilihan MATC kian dekat, jangan dek sedikit habuan dunia kamu semua, ahli-ahli parti sanggup perkosai parti, menodai serta menjual maruah diri dalam pemilihan, ingatlah parti, agama dan bangsa...yang paling penting keputusan kamu semua amat penting dan mempunyai impak besar di masa pru13 nanti...

Pendekatan proaktif, reaktif dalam pemilihan 2010

perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata penyelaras badan sukarela itu Yusmadi Yusoff (kanan).
Beliau yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, ia antara empat aduan yang diterima bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini.
"Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya.
Menjelang pemilihan PKR, cakap-cakap terdapat calon yang 'direstui' Anwar mula menular dalam parti itu, terutamanya dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam sayap kanannya.
Pemilihan dalam Pemuda PKR (AMK) dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin dan Mohd Rafizi Ramli, penyandang ketua Shamsul Iskandar Md Akin serta pemimpin cabang Hasmi Hashim.
Dalam kehangatan itu, Mohd Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor disebut-sebut mendapat 'restu' Anwar.
Manakala calon underdog Hasmi - salah seorang penulis ucapan Wan Azizah - pula dikatakan sedang cuba mendapatkan persetujuan presiden PKR itu sebelum mengumumkan kesediannya bertanding.
Kedua-kedua mereka bagaimapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan perkara itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusmadi menjelaskan walaupun bakal-bakal calon ke jawatan tertentu masih mengumumkan kesediaan mereka bertanding, Mydemocracy Watch tetap mengambil pendekatan proaktif dan reaktif bagi menangani kebimbangan dalam parti.
"Walaupun ia masih di peringkat cakap-cakap di kedai kopi, implikasinya tetap sama. (Ia) menyebabkan imej parti tercemar," katanya yang juga exco AMK.

Baling kerusi
Sementara itu, Yusmadi juga memberitahu, pihaknya juga menerima beberapa lagi aduan menjelang pemilihan PKR, antaranya:

Terdapat sebuah program latihan kerajaan Selangor digunakan bagi tujuan berkempen terhadap pemimpin tertentu.
Terdapat anggota MPP menaja calon-calon dalam pemilihan peringkat cabang di Pahang.  Berlaku insiden baling kerusi semasa proses pencalonan di sebuah cabang di Perlis.
Sehubungan itu, Yusmadi berkata, aduan-aduan itu akan diteliti dan disalurkan kepada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa disiplin PKR.
"Kita tak perlu turut baling kerusi macam di Taiwan, tak perlu pihak autokratik taja orang tertentu, tak perlu pelobi tidak beretika wujud macam di Amerika Syarikat.
"Kita patut beri ruang kepada demokrasi," katanya.
Mydemocracy Watch merupakan badan pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme.
Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Merdeka tapi jangan lupa 16 September 2010 HARI MALAYSIA

*SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YG KE 53* -perjuangan dan pengisian kemerdekaan RAKYAT MALAYSIA menjadi tonggak kemajuan NEGARA...jadilah RAKYAT yang cintakan kemakmuran dan kesepakatan dalam merealisasikan erti KEMERDEKAAN..
Namun, jangalah lupa SABAH dan SARAWAK...16 September 2010 Hari Malaysia !

Ahad, 29 Ogos 2010

AL FATIHAH BUAT ARUAH ISA BAKAR, LEGENDA BOLASEPAK MALAYSIA !

ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4. (Source :mStaronline)
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Isa Bakar, 58, meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi tadi di Hospital George Town, Pulau Pinang.
Di zaman kegemilangannya beliau sering berganding bersama Mokhtar Dahari merupakan penyerang berbisa dan amat digeruni lawan.
Era mereka tidak mengenal erti mewah dan wang ringgit, bermain semata-mata untuk negara yang dicintai.Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt. ALFA..TIHAH.

Jumaat, 27 Ogos 2010

PECUTAN TERAKHIR SELEPAS 17 HARI DI BULAN RAMADHAN....

Masa berlalu dengan pantas. Seolah-olah semalam baru kita memulakan puasa Ramadhan sedangkan ianya sudah masuk hari ke 17. Oleh itu mari kita membuat pecutan terakhir merebut peluang Karnival Ibadat ini supaya kita semua tidak rugi. Mari kita banyakkan sedekah, zikir, tilawah Al-Quran dan sebagainya.

Khamis, 26 Ogos 2010

SALAHKAH KHATIB YG MEMBACA DOA KUTBAH JUMAAT....

Dari Merdeka ReviewOleh Nazar Hashim
Khatib yang didakwa terlibat dalam isu doa khutbah Jumaat, Ustaz Zakaria Ahmad, mempertahankan pendirian beliau bahawa tiada kesalahan yang dilakukan semasa doa khutbah tersebut dibacakan bagi mendoakan kesejahteraan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Zakaria Ahmad yang bercakap kepada media selepas menemui panel jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di pejabat MAINPP semalam, berkata bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk berdoa (kepada orang bukan Islam).
“Cuma caranya sahaja perlu diperbetulkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MAINPP yang telah membantu bagi memberi panduan mengenai keperluan yang ada dalam isu khutbah ini.”
“Namun begitu isu ini hanyalah satu isu kecil. Sebelum ini pun ada orang lain yang membacakan doa dalam khutbah Jumaat kepada pemimpin tetapi kenapa mereka tidak dipanggil?” tanya beliau.
Mungkin ambil tindakan saman malu
Zakaria juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman malu kepada mereka yang telah melemparkan fitnah kepada beliau dalam isu ini dalam tempoh terdekat.
Tambah beliau lagi adalah suatu yang dikesalkan kerana isu sekecil ini telah dipolitikkan oleh mereka yang tidak memahami erti sebenar khutbah Jumaat sehingga sanggup menjadikan ia sebagai modal politik sempit mereka.
Manakala Yang Dipertua MAINPP, Ellias Zakaria berkata pertemuan dengan jawatankuasa siasatan MAINPP kali ini bertujuan untuk mendapat penerangan sebenar dari khatib yang terbabit sebelum apa-apa tindakan diambil. Beliau juga berkata perbincangan yang diadakan berjalan dalam suasana yang baik.
Tiada tindakan terhadap khatib Zakaria
“Tiada tindakan yang akan diambil terhadap beliau setelah adanya penerangan sebenar dari insiden yang membabitkan isu doa dalam khutbah Jumaat yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu,” jelas Ellias Zakaria.
“Kita juga berharap dalam suasana ramadan ini tiada pihak yang akan mengambil kesempatan isu ini dan mengeruhkan suasana yang ada,” kata Ellias Zakaria (gambar kiri).
Katanya lagi jawatankuasa yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Sazali Hussain dan Pegawai Tadbir Agama Daerah itu turut berpuas hati dengan penerangan yang telah disampaikan oleh Zakaria.
Sebelum itu Zakaria yang tinggal di Taiping, Perak telah disoal-siasat di Balai Polis Butterworth bagi diambil keterangan beliau setelah adanya laporan dibuat oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang, baru-baru ini.
Isu doa khutbah Jumaat yang didakwa menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah disebut oleh Zakaria di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth dan Masjid Jamek Padang Menora,Tasek Gelugor.
Dakwaan oleh Ahmad Zahid
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah mendakwa terdapat khatib yang mendoakan Lim Guan Eng di beberapa buah masjid dalam kawasan Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong.
Namun begitu tiada pula nama kawasan Bagan yang dinyatakan sedangkan Masjid Jamek Kubang Buaya berada dalam kawasan Bagan. Begitu juga dengan dakwaan ianya berlaku dalam kawasan Permatang Pauh.
Nama masjid yang didakwa dalam kawasan Permatang Pauh belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.
Banyak pihak mempertikaikan tindakan yang diambil oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam isu doa khutbah Jumaat ini. Sesetengahnya mendakwa isu ini sengaja dijadikan modal politik oleh UMNO dan BN setelah melihat kewibawaan yang ada pada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat dokongan rakyat.
Tindakan yang diambil oleh UMNO dan BN ini bukan saja menambahkan hilangnya keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada mereka, tetapi juga membuka ruang kepada masyarakat khususnya orang Melayu untuk melihat setakat mana isu agama sebegini akan dimanipulasikan sebagai modal politik untuk meraih sokongan.
Sekiranya isu sekecil ini tidak dapat diselesaikan dengan cara musyawarah apakah akan menjadi kenyataan perpaduan dan penyatuan Melayu yang sering menjadi omongan bagi UMNO dan PAS untuk bersatu di bawah satu payung bagi membela nasib masyarakat Melayu dan Islam dalam negara ini

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53 DI BULAN AL MUBARAK, AYUH PASANG BENDERA KEBANGSAAN KITA !

Rabu, 18 Ogos 2010

Jika lepasi Tol Bkt beruntung, singgah lah utk bubur lambuk dan bendera Msia...esok 5 ptg 19 Ogos 2010

Pada 19 Ogos 2010 ( Khamis ) jam 5.00 petang bertempat di Plaza Tol Bukit Beruntung akan diadakan program sumbangan bubur lambuk dan pemberian bendera Malaysia serta pelekat kereta untuk orang awam yang melalui tol tersebut.