Rabu, 18 Februari 2009

Exora nama MPV Proton

SUBANG JAYA 17 Feb. - Proton Holdings Bhd. (Proton) memilih Exora sebagai nama kepada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang akan dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan April ini.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemilihan Exora dibuat berdasarkan nama saintifik Bunga Siantan iaitu Ixora Fistula yang mana bunganya mengembang secara dalam kumpulan.
''Nama ini sesuai dengan semangat para pengguna Proton Exora yang akan menaikinya bersama-sama ahli keluarga seiring keserasian cogankata yang digunakan bagi kenderaan tersebut, 'keriangan keluarga','' katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pemilihan nama MPV Proton dan penyampaian hadiah kepada Peraduan Menamakan MPV, di sini hari ini
Syed Zainal Abidin menjelaskan Proton Exora yang akan ditawarkan pada harga kurang RM80,000 itu boleh ditempah mulai 21 Februari ini di kesemua 293 rangkaian Proton Edar dan EON di seluruh negara dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM1,000.
''Pengguna yang membuat tempahan MPV bermula Sabtu ini akan menerima penghantarannya pada bulan April ini,'' jelasnya.
Selain itu, beliau berkata, pembeli boleh memilih lima warna iaitu Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown dan Gaia Blue.
Nampaknya kenalah berhati-hati bila membeli, maklumlah dizaman semua projek dibekukan atau dikecilkan, bajet untuk kereta yang kurang RM80k ada patutnya, jika dapat dilihatkan kepada kualiti dan ketahanannya... bila nak diunjukkan modelnya?

2 ulasan:

  1. terima kasih sudi folo blog cerita kosong ya :)

    kereta - pengguna kena mimpikan kenyataan, walaupun praktikal dan sebagainya guna mpv, tapi kemampuan juga harus seiring, kan (saya lah)

    BalasPadam
  2. sama-sama kasih..

    borak kosong, minum air kosong, perot kosong..

    BalasPadam