Kes Syariah bakal menemui penonton pada setiap Khamis, jam 9.30 malam selama setengah jam bermula 19 Februari ini secara langsung dari Studio 4 Glenmarie Shah Alam bersama hos berpengalaman Azizah Ariffin. Program ini diterajui oleh penerbit eksekutif Zainal Ariffin Ismail dan penerbit Mohd Fasil Mohd Idris.
“Ini merupakan kerjasama pertama kami dalam menerbitkan sebuah program bicara majalah yang padat dengan informasi berdasarkan kepada fakta-fakta sebenar. Kes Syariah ini akan memaparkan pelbagai isu undang – undang Islam yang bukan sahaja mengenai kekeluargaan seperti nikah, kahwin, cerai, malah ianya juga akan mengupas isu harta, faraidh dan banyak lagi.”
“Kami amat berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kerana sudi untuk bekerjasama dengan kami dan yang paling utama memberi kepercayaan kepada kami dalam menerbitkan program Kes Syariah ini. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan terutamanya dalam mendidik masyarakat untuk memahami apa yang terdapat di sebalik bilik mahkamah syariah dan juga isu-isu yang sering diperdengarkan di mahkamah syariah ini.”
Menerusi Kes Syariah ini, penonton berpeluang mendengar kes-kes yang melibatkan selebriti-selebriti terkenal tanahair, tokoh-tokoh korporat dan juga orang awam di samping temubual eksklusif antara plaintif, defenden dan diakhiri dengan kesimpulan oleh pihak mahkamah syariah. Antara isu-isu yang bakal dipertikaikan adalah pengesahan pernikahan, talaq, poligami, tunggakan nafkah anak, hak penjagaan anak-anak, pengesahan lafaz cerai, faraidh, harta pusaka ajaran sesat dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan