11 Feb 2009 10:56AM
MADRID: Kepulangan David Beckham dan Fabio Capello ke Sepanyol bagi pertandingan persahabatan antarabangsa mungkin menjadi peringatan kepada para peminat setempat mengenai kehilangan yang mereka rasakan sejak kedua-duanya meninggalkan Real Madrid pada 2007.
Beckham, yang akan menjangkau usia 34 tahun pada Mei ini, telah menunjukkan prestasi yang baik semasa dipinjamkan ke AC Milan dan mungkin menyamakan rekod Bobby Moore sebanyak 108 penampilan apabila turun mewakili England menentang juara Eropah di Seville hari ini (5 pagi Khamis waktu Malaysia)
Bintang midfield itu, yang dijadualkan akan bersama Milan sehingga bulan depan sebelum pulang ke Los Angeles Galaxy, telah menyatakan beliau mahu terus bersama kelab gergasi Italy itu.
Tetapi kelabnya di Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat menolak tawaran pertama kelab Italy itu.
Capello dipecat selepas memimpin Real menjuarai Liga Primera tetapi jurulatih dari Italy itu telah membawa England memenangi kesemua empat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 sejak mengambil alih pasukan tersebut pada lewat 2007.
'Beliau adalah pemain yang amat penting dan saya menyaksikannya bermain satu perlawanan di Milan dan menggantikan Italo Galbiati dan Franco Baldini dalam perlawanan-perlawanan lain,' kata Capello mengenai Beckham.
'Beliau menunjukkan peningkatan permainan dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya.'
Perlawanan hari ini merupakan yang pertama bagi dua negara ini di Sepanyol sejak pertarungan hebat di Bernabeu di Madrid pada November 2004, yang dicemari oleh ejekan berbaur perkauman terhadap pemain-pemain kulit hitam England.
Menteri Luar Sepanyol, Miguel Angel Moratinos, meminta maaf selepas sebahagian daripada 55,000 penonton bertindak keterlaluan dan akibatnya Fifa mengenakan denda AS$87,000 ke atas Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).
Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque, berkata beliau tidak menjangka keadaan tersebut berulang di Seville hari ini.
'Jika mahu bercakap tentang negara di mana para pendatang telah dapat bersatu, maka ia adalah Sepanyol,' kata bekas jurulatih Real Madrid itu.
Del Bosque menyertai pemain-pemain muda Barcelona, Gerard Pique dan Sergio Busquets, dalam skuad nasional buat pertama kalinya, yang turut disertai oleh Xavi and Andres Iniesta.
Carles Puyol menarik diri pada saat-saat akhir selepas kapten Barcelona itu mengalami masalah otot dalam perlawanan Liga Primera, di mana pendahului liga itu menundukkan Sporting Gijon 3-1.
Bekas pemain pertahanan Manchester United, Pique, 22 tahun, mungkin mengisi tempat Puyol di bahagian tengah pertahanan bersama-sama dengan pemain Valencia, Raul Albiol.
Pemain midfield, Busquets, 20 tahun, akan mengambil tempat kapten Arsenal, Cesc Fabregas, yang mengalami kecederaan lutut sejak Disember lalu.
Liverpool mempunyai lima pemain dalam skuad Sepanyol, di mana penyerang handalan Fernando Torres dipilih di samping penjaga gawang, Pepe Reina; pemain pertahanan, Alvaro Arbeloa; serta pemain-pemain midfield, Xabi Alonso dan Albert Riera.
Capello tanpa beberapa pemain utama, termasuk pemain-pemain midfield Steven Gerrard dan Joe Cole yang cedera, dan penyerang Manchester United, Wayne Rooney, yang beransur pulih daripada kejang otot pahanya.
Sepanyol memenangi kedua-dua perlawanan persahabatan yang lalu dengan mengalahkan England 1-0 di Manchester pada Februari 2007 dan di Madrid pada 2004.
Kali terakhir England menang ialah di Birmingham pada 2001 apabila menundukkan Sepanyol 3-0. / Reuters

Tiada ulasan:
Catat Ulasan