Rabu, 25 Mac 2009

DATU MUSTAPHA DI SABAH MULAKAN POLITIK WANG UNTUK MEMBANTU ORANG SABAH SETIAP PEMILIHAN USNO ..



Siapa punca politik wang dan bagaimana ia boleh menular dan meresap masuk ke dalam UMNO sedangkan semua pihak sedar bahawa perjuangan awal UMNO tidak pernah dicemari dengan gejala jijik sedemikian.
Malahan, ketika mula-mula UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, bangsa Melayu lebih sanggup berlapar dan mengorbankan harta benda mereka bagi menghidupkan UMNO dan melihat perpaduan serta kemerdekaan direalisasikan.
Lebih membanggakan lagi, ahli-ahli parti ketika itu juga turut mengadakan kutipan derma dan pelbagai sumbangan bukan sahaja untuk membolehkan segala perancangan parti berjalan dengan lancar tetapi juga turut mengumpul dana dan kewangan bagi membiayai rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Sememangnya, alangkah pilu dan dukacita para pejuang lampau yang telah tiada dan sebilangannya yang masih hidup juga tentunya amat terkilan dengan apa yang berlaku dalam arena politik hari ini.
UMNO dikaitkan dengan budaya rasuah yang secara tidak langsung mampu menghancurkan parti dari dalam di samping memberi pelbagai kesan kepada negara dan generasi masa hadapan.
Sedar atau tidak, sememangnya gejala tersebut mula dikesan sekitar awal tahun 1980-an dan diperkatakan pada tahun 1990-an.
Cakap-cakap mengatakan bahawa kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO telah membawa sekali amalan rasuah bukan sahaja dengan kata-kata manis yang menjanjikan pelbagai imbuhan tetapi juga wujudnya penularan sampul berisi di kalangan ahli-ahlinya.
Sesungguhnya ketika itu, penggunaan politik wang tidak dibincangkan secara terbuka seperti hari ini dan ia dilakukan secara tersembunyi agar tidak memalukan para pelakunya.

1 ulasan:

  1. sememangnya umno sudah berkarat dengan rasuah..tiada apa lagi yang dapat diubah kecuali ahli-ahlinya sekalian terutamanya pemimpin atasan sentiasa muhasabah diri tentang tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ALLAH..
    jangan terus memperjuangkan sekularisme, politik suku, ekonomi suku, sosial suku, kehidupan suku, agama suku...kembalilah kepada ajaran ISLAM yg syumul..

    BalasPadam