Selasa, 24 Mac 2009

ANTARA MUHYIDDIN DAN MAT TYSON....TUNGGU 26HB MAC JADI PENENTU !!


Muhyiddin dianggap pemimpin UMNO paling lantang menegaskan 'kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun pahit'.Di kala pemimpin-pemimpin UMNO membisu, Muhyiddin telah menegaskan bahawa isu peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Najib dipercepatkan. Berkali-kali beliau menegaskan bahawa tindakannya ini adalah berdasarkan kepada kehendak akar umbi. Memandangkan kepada kelantangan Muhyiddin, beliau telah dipandang serong oleh Pak Lah.
Pak Lah sendiri tanpa berselindung telah memberi sokongan terbuka kepada Ali Rustam. Berdasarkan perkembangan mutakhir ini, Muhyiddin dianggap sebagai 'master mind' kepada kes rasuah yang dihadapi oleh Ali. Saya tidak menyalahkan Ali kerana Ali cukup matang berpolitik dan saya anggap kes Ali telah pun selesai.Keadaan sekarang sudah menjadi celaru. Celaru kerana penyokong-penyokong Ali hendak beralih kepada siapa? Kepada Muhyiddin kah atau kepada Mohamad kah? Jikalau penyokong Ali tetap percaya kepada 'konspirasi' Muhyiddin, maka keadaan Muhyiddin menjadi tenat. Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya sedar keadaan ini, Muhyiddin mungkin menjadi mangsa.
Sebagai seorang bakal Presiden Najib juga sedar keadaan ini. Najib berkata' hari ini kita ramai-ramai menawarkan diri bertanding, apa guna kita menang tetapi parti kita kehilangan kuasa'. Najib menegaskan, jangan terlalu ghairah berebut jawatan hingga melupakan kepentingan parti dan halatuju parti selepas perhimpunan agung. Najib memerlukan timbalan yang boleh bekerja bersama-samanya menangkis serangan pembangkang yang bertali arus sejak pilihanraya ke 12 lalu. Siapakah timbalan Najib yang boleh kita harapkan untuk berhadapan dengan Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang maupun Karpal Singh ?
Siapakah timbalan Najib yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk menangani krisis ekonomi dan politik yang semakin gawat ini. Kedua-dua tokoh ini tidak banyak bezanya. Kedua-duanya adalah bekas Menteri Besar kepada dua negeri yang maju. Kedua-duanya adalah daripada team wawasan ketika Anwar Timbalan Presiden UMNO pada 1993. Kalau begitu apakah pertimbangan lain yang boleh perwakilan fikirkan untuk membuat penentuan iaitu memilih satu daripada dua?
Akhirnya perwakilan khususnya penyokong-penyokong Ali Rustam perlu memikirkan kepentingan parti dan negara. Sebarang bentuk tekanan emosi dan sentimen hendaklah diketepikan. Pilihlah dengan kewarasan akal agar kesilapan tidak berlaku kerana sebarang kesilapan kemungkinan menyebabkan UMNO kehilangan kuasa.
@twww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan