Isnin, 30 November 2009

MAJLIS IBADAH KORBAN PERDANA TAMAN BUNGA RAYA - 29 NOV 2009 (AHAD)



Sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan bersempena Program Ibadah Korban Perdana, Taman Bunga Raya semalam. Majlis dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali dengan kerjasam Pejabat Khidmat Masyarakat Taman Bunga Raya dan penduduk sekitar Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
Walaupun julung kali-nya diadakan, acara berlangsung dengan meriah apabila hampir 1,000 penduduk membanjiri padang bola sepak di sebelah Apartmen Mawar dekat sini.
Penyelaras, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali, berkata beliau melihat program sebegini bukan sahaja mendidik umat Islam untuk berkorban, malah memberi ruang mengeratkan silaturahim antara masyarakat di sini.
"Saya merasakan amat wajar program ini diteruskan dari tahun ke tahun dan mungkin jumlahnya boleh di tingkatkan lagi bagi memberi penglibatan yang lebih ramai lagi.
“Nilai sepakat yang dilihat pada hari ini memberi mesej baik dalam perjuangan umat Islam di samping menghayati pengertian Hari Raya Korban itu sendiri,” katanya yang turut memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan peserta pada hari ini (semalam).
Hadir sama, Pengerusi Program, Sdr Abd Malek, Sdr Hamiruddin Parman (Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor), Ustaz Zulkifli Dawam (Pengerusi, Pejabat Khidmat Masyarakat TBR), Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tn Hj Abd Wahid Basri, Pn Mariani (Wanita Prihatin TBR), Shaiful Anuar Sulaiman (Pegawai Khas DUN) dan semua ahli jawatankuasa Pengelola Program (Abd Rahim. Apandi, Ust Fauzi, Wan Ismail, Zamani, Roni dll petugas). Syabas diucapkan kepada semua tenaga kerja dan penyokong program yang menghasilkan satu kerjasama dan ukhwah yang berkesan dikalangan penduduk sekitar Taman Bunga Raya. Anda semua memang hebat!!

DAPATLAH PULAK PENYANYI INUL BERGERUDI DI KUALA LUMPUR


Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista membuktikan bahawa Malaysia masih di hatinya dengan mengadakan persembahan bertenaga di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam.
Walaupun sebelum ini konsert Inul yang sepatutnya diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, pada Julai tahun lalu dibatalkan namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk datang ke negara ini.
Malah persembahan Inul di KL Live itu berjaya memukau hampir 5,000 penonton yang hadir.
Pada persembahan tertutup percuma yang dikhususkan kepada tenaga kerja Indonesia itu, Inul yang terkenal dengan aksi goyang gerudi 360 darjah kelihatan bersemangat dan gembira kerana akhirnya berpeluang untuk menghiburkan peminatnya di Malaysia.
"Apa khabar anda semua di Malaysia? Saya sangat gembira untuk beraksi di sini untuk anda semua," kata Inul.
Berpakaian kuning keemasan, Inul kelihatan sopan tetapi bijak membawa penonton menari dan gelek bersamanya pada persembahan selama 40 minit anjuran Mandiri Remittance (Perkhidmatan Kiriman Wang Ke Indonesia).
Inul menyampaikan tujuh buah lagu popularnya termasuk Goyang Inul dan keadaan di dalam Life Centre terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Namun, keadaan sedikit kelam-kabut sebelum persembahan yang turut disertai oleh kumpulan Dewa 19 bermula sekitar pukul 3 petang apabila penonton bersesak-sesak memasuki ruang dewan persembahan.

Sabtu, 28 November 2009

Rabu, 25 November 2009

AYAT ALQURAN MUNCUL DI MOSCOW


Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Jumaat, 20 November 2009

Ahad, 15 November 2009

DS ANWAR - PERANG TERHADAP DS NAJIB ..



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. "Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..
"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya. Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN. Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.
Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.
"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.
"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.
Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.
"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.
"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya
Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.
Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.
Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada Pilihanraya Mac tahun lalu.
"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.
"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

Isnin, 9 November 2009

BINTANG NUR KASEH .. PIKAT MAKCIK2 DGN TUDUNGNYA..



NAMA Tiz Zaqyah tiba-tiba meletup. Dia meletup bukan kerana mendapat gelaran Datuk atau memenangi anugerah. Pertama Tiz meletup kerana watak alim dalam drama Nur Kasih arahan Khabir Bhatia.
Kedua, kerana gambar seksinya di sebuah kelab hiburan tersebar di Internet. Ini yang membuatkan namanya menjadi bualan.
Kerana itu biar pun baru empat tahun menjadi artis, Tiz menempatkan namanya sebaris dengan bintang popular lain kerana kontroversi gambar seksinya.
Dalam tempoh empat tahun sebagai pelakon, Tiz terlibat dalam dramaImpian Ilyana, Bernafas Dalam Lumpur, Gol & Gincu serta Putih. Wataknya dalam drama itu sekadar sampingan.
Tetapi hari ini Tiz Zaqyah mampu melonjakkan namanya dek kerana kekuatan lakonan dalam Nur Kasihitu.
Gadis berasal dari Kuala Lumpur ini mengakui dia merupakan artis beruntung. Masa awal-awal dahulu tiada siapa pun yang ambil peduli tentang Tiz.
Sekarang semuanya sudah berubah. Nama Tiz cukup dikenali. Watak bertudung dalam Nur Kasih berjaya memikat golongan ibu-ibu dan makcik-makcik yang jatuh hati dengan wajah ayunya itu.
Nampak suci dan baik sahaja. Ironinya pada masa yang sama juga gambar seksinya di majlis sosial diedarkan di Internet. Namun, ada juga di kalangan mereka yang sudah memasang cita-cita untuk bermenantukan pelakon ketinggian 5 kaki 3 inci ini.
"Tidak nafikan populariti sekarang bagaikan kejutan buat Tiz. Bila orang mula bercakap tentang Tiz sebenarnya ada kesan sampingan. Kalau orang berniat baik, mereka sokong apa sahaja yang Tiz lakukan.
"Kalau tidak, mereka cuba menggali semua kelemahan atau keburukan Tiz dan sebarkan kepada semua," kata Tiz atau Siti Zaqlah Abdul Razak ini.
Kerana itulah gambar Tiz yang sedang "bersosial" di pusat hiburan bersama beberapa teman tersebar di Internet awal tahun lalu. Gambar itu tersebar ketika Nur Kasih disiarkan di TV3.
l Bukan gadis liar
Benar kata orang, sekeping gambar membawa seribu cerita. Gambar-gambar yang tersebar menggambarkan Tiz gadis yang begitu bebas. Pakaian di tempat berkenaan juga memang seksi dan berbeza dengan watak Nur Amina yang solehah dan bertudung litup.
Tiz berulang kali menjelaskan dia tidak terlibat dengan aktiviti kurang sihat itu walaupun gambarnya dilihat oleh orang ramai menerusi Internet.
Sementara penulis blog yang menyiarkan gambar itu pula menggunakan ayat keji dan turut mengaitkan perbuatannya itu dengan kekurangan didikan daripada ibu bapa.
"Tiz belajar daripada kesilapan. Tiz beruntung kerana punya ibu bapa yang memahami. Mereka sentiasa mengingatkan bahawa dunia artis ini berbeza. Apa yang kita lakukan dipantau dan dijadikan bualan semula. Gambar itu diambil sebelum Tiz menjadi artis lagi."
"Apa motif penyebaran tidak diketahui tetapi ia seakan-akan mahu menjatuhkan karier Tiz yang baru bermula. Bersosial tidak bermakna Tiz liar. Tiz seorang yang selamba tetapi tidak bermakna Tiz mudah untuk dipijak kepala," tegas peminat muzik jazz ini.

Ahad, 8 November 2009

PISAU CUKUR MENJADI PANAS !



Banyak pujian diberikan di atas usaha Bernard Chauly menghasilkan "Pisau Cukur" selepas tayangan gala filem tersebut diadakan di Cathay Cineplexes Damansara, e@curve baru-baru ini. Cubaan pertama Bernard dalam menghasilkan filem komedi ternyata mendapat tepukan dan reaksi positif daripada pihak media serta mereka yang berpeluang menonton filem tersebut. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan "Pisau Cukur" menunjukkan filem Malaysia semakin bagus dan berkualiti.
Bercakap ketika sidang media yang diadakan di Platinum Movie Suites, Bernard mengaku bukan mudah untuk menghasilkan filem ini. "Saya elak menonton banyak filem kerana tidak mahu "Pisau Cukur" terikut pelbagai style daripada filem lain. Penting untuk saya menghasilkan sebuah filem komedi yang segar. Itulah cabaran yang perlu saya hadapi. Jadi harap-harap "Pisau Cukur" adalah sebuah filem yang unik tetapi universal dan sesuai ditonton oleh semua khalayak. Itu yang penting."
"Pisau Cukur" dibarisi pelakon-pelakon yang berbakat dan mempunyai nama besar dalam bidang lakonan. Diteraju oleh dua pelakon wanita yang pernah memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia, Maya Karin dan Nur Fazura, filem ini mengisahkan Bella (Maya) dan Intan (Fazura) yang pergi bercuti di sebuah kapal peranginan. Ketika percutian tersebut, Bella berusaha mencari suami kaya manakala Intan menyiasat kes pembunuhan seorang Datuk yang dikenalinya. Filem ini turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Khatijah Tan, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Umie Aida, Sharifah Sofea dan penampilan pertama daripada Shahredza Minhat.

NEGERI SEMBILAN MUNCUL JUARA PIALA MALAYSIA SELEPAS 61 TAHUN..



SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.
Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.

Sabtu, 7 November 2009

Bersolat hajat bersama pelajar SPM ..



Semalam di Mesjid Negeri, Shah Alam sempat bersama rakan dari DUN Rawang, Hulu Bernam untuk bersolat hajat di Mesjid Negeri, diimamkan oleh ulama Ust Harun Din. Lebih dari 2000 pelajar telah bersama dalam program tersebut. Dimulai dari jam 6 petang, bersolat jemaah Maghrib, Kuliah Ust Harun Din, bersolat Isya, diakhiri dgn tips persediaan peperiksaan dari Dr Tnegku Asmadi..

Selasa, 3 November 2009

Farid berlakon lagi, Cinta Tikar Sejadah..



FARID Kamil merupakan salah seorang pelakon lelaki tanah air yang mendapat tumpuan ramai menerusi lakonannya sama di televisyen (TV) ataupun filem sejak enam tahun lalu.
Sementara itu, bagi Fida atau Rafidah Ibrahim dan CT Zie pula, mereka merupakan pelakon wanita pelapis yang baru muncul dalam bidang lakonan sejak setahun kebelakangan ini.
Biarpun masih baru dalam dunia lakonan, namun dua pelakon muda ini mula mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah bagi mengetengahkan lagi bakat lakonan mereka.
Justeru, apabila buat pertama kalinya Fida, CT Zie digandingkan bersama Farid menerusi drama bersiri berjudul Cinta Tikar Sejadah, ia merupakan suatu permulaan yang baik dalam dunia lakonan tempatan.
Ini kerana, melalui drama terbitan MIG Productions Sdn. Bhd. itu, dua gadis terbabit sedikit sebanyak berkongsi pengalaman mereka berlakon di samping Farid yang semakin menonjol sebagai hero popular dalam drama serta filem tempatan sejak akhir-akhir ini.
Ikuti pengalaman mereka sepanjang berlakon dalam drama bersiri yang akan ditayangkan menerusi saluran TV Astro Oasis tidak lama lagi itu.

Ahad, 1 November 2009

Perarakan Hari Halloween di Kawasaki, Jepun



Peserta-peserta di perarakan Hari Halloween di Kawasaki, dibahagian selatan Jepun sedang berhimpun untuk memulakan peraraka pada hari Sabtu 1 Nov 2009. Lebih 3000 orang mengambil bahagian dalam perarakan itu.