Semalam telah berlaku satu sejarah di dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat dimana satu memorandum telah di ajukan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) oleh Naib Presiden, Sdr Mustaffa Kamil Ayub sendiri dengan diiringi lebih 50 orang penyokong parti di ibu pejabat parti, bangunan Keadilan di Tropicana Square, Petaling Jaya.
Memorandum yang antara lain memberikan gambaran secara menyeluruh semua kepincangan dan keraguan serta penyelewangan yang dihadapi oleh keseluruhan cabang-cabang yang telah mengadakan mesyuarat tahunan cabang dan pemilihan pusat diharap dapat membantu Presiden dan JPP untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlaku sekarang.
Mahu tidak mahu semua kepincangan dan kelemahan mestilah diakui jika parti sendiri mahukan semua pilihanraya umum atau kecil tidak diganggu atau di dalangi oleh pihak-pihak tertentu. Mustaffa Kamil Ayub sewaktu memberikan ucapan ringkas kepada penyokong parti ada menyebt tentang ada perlunya "mock run" atau "trial run" diadakan dahulu sebelum "satu ahli satu undi" ini dijalankan bagi mendapat kan satu sistem pembuangan undi yang lebih efektif dan berkesan.
Apa pun semua ahli mesti bersabar dan menunggu apa jua keputusan pimpinan tinggi parti, dengan kesungguhan dan kredibiliti Pengerusi JPP dan Presiden sendiri dalam menangani krisis ini, diharap masalah ini tidak berpanjangan demi masa depan parti.
Hidupkan demokrasi! Kuburkan exploitasi!
@seri beruntung, hulu selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan