Jumaat, 29 April 2011
SUMPAH LAKNAT MESTILAH MENGIKUT PRINSIP SYARAK
Petaling Jaya, Selangor, 28 April 2011, KEADILAN ingin menjelaskan bahawa isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak tentang keperluan Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah laknat (mubahalah) hendaklah diselesaikan mengikut prinsip dan kaedah syarak.
Cara yang telah disarankan tersebut adalah tidak menepati dengan kaedah syarak yang sebenarnya. Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil). Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.
Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah. Akibatnya sistem kehidupan negara akan menjadi porak puranda.
Namun begitu, inilah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik. Demikianlah gambaran al-Qur’an:
“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).
Sifat orang-orang munafiq ini memang pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata. Namun begitu, mereka sentiasa dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong. Ini jelas dinyatakan Allah di dalam ayatnya yang bermaksud:
“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk hampas dan kosong). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? (4) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”(Al-Munafiqun:3-5).
Isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu. Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini.
Dr Muhammad Nur Manuty
Rabu, 27 April 2011
Khamis, 21 April 2011
Selasa, 19 April 2011
PRN Sarawak : PR Semakin Diterima Di Sarawak
ANALISIS PRN SARAWAK : Pakatan Rakyat memenangi dua kali ganda jumlah kerusi pada pilihanraya negeri kali ini walaupun berhadapan dengan Barisan Nasional menggunakan seluruh jentera kerajaan Malaysia dan sumber kewangan yang besar sekaligus menyampaikan mesej bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud perlu berundur segera.
DAP mencapai kejayaan paling besar, memenangi 12 kerusi berbanding 6 sebelumnya, manakala Parti Keadilan Rakyat menang tiga kerusi berbanding hanya satu pada tahun 2006 meskipun berhadapan dengan serangan bertali arus saban hari dengan pelbagai tohmahan membuktikan rakyat Sarawak kian berani dan matang untuk membuat anjakan politik.
Malahan Pakatan Rakyat turut meningkatkan jumlah undi popular dengan memperolehi 41.6 peratus atau 262,000 undi membuktikan rakyat Sarawak juga semakin menerima pendekatan dan perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat untuk membela rakyat.
BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).
Jika dijumlahkan rakyat Sarawak yang mengundi BN dan bukan BN maka hasilnya 372,379 (BN) dan 300,288 (bukan BN) jelas menunjukkan BN kini semakin tersepit di negeri yang dulunya sebagai kubu kuat BN.
Walaupun kejayaan itu jauh daripada mencukupi untuk menafikan BN majoriti dua pertiga, ia sudah cukup untuk menghantar mesej jelas kepada Putrajaya dan Perdana Menteri Najib Razak iaitu Sarawak tidak lagi boleh dianggap simpanan tetap BN pada pilihanraya umum DAN Taib harus berundur segera sebelum BN bertarung di peringkat Parlimen pada pilihanraya umum kelak.
Keputusan DUN Sarawak menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kerusi Parlimen sekitar Kuching, Sibu dan Miri adalah “kawasan hitam” bagi BN yang pasti memberi kesan kepada jangka hayat Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Keputusan yang menyaksikan BN menang sekurang-kurangnya 55 kerusi dan Pakatan 15 dan Bebas 1 Kerusi memberi isyarat paling jelas kepada Najib Razak bahawa beliau belum boleh selesa mengharapkan kemenangan mutlak pada pilihanraya umum akan ke 13 akan datang yang diramal untuk diadakan lebih awal dan mengejut.
Di atas kertas, kemenangan lebih dua pertiga BN itu adalah meyakinkan, tetapi tidak ada sesiapa akan menafikan bahawa BN terpaksa membelanjakan jumlah wang yang besar dan menurunkan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan untuk memperolehi keputusan itu.
Hakikat adalah prestasi BN merudum kali ini berbanding dengan kemenangan 63 daripada 71 kerusi pada tahun 2006, bermakna trend sokongan rakyat untuk BN terus menyusut.
Sekali imbas, BN kali ini berhadapan dengan sebuah Pembangkang yang masih tidak mempunyai sumber kewangan atau kemudahan untuk menyaingi pemerintah.
Namun rekod Taib selama 30 tahun menerajui Sarawak yang dibelit dengan dakwaan rasuah, rampasan tanah dan penyelewengan kuasa mendorong pengundi bandar, khususnya kaum Cina untuk menolak BN.
BN kalah semua lima kerusi yang dipertandingkan di Kuching kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.SUPP parti kedua terbesar dalam BN Sarawak ditolak sepenuhnya di ibu negeri Sarawak itu.
Presiden parti itu Dr George Chan pula kalah kepada calon DAP di Piasau Miri, keputusan yang mencerminkan sentimen pengundi terhadap BN pimpinan Taib yang merupakan besan Chan.
Kerusi Batu Kawah pula dimenangi DAP dengan sokongan pengundi bumiputera, yang menunjukkan DAP tidak bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina untuk menang.
Bagi PKR, usaha membawa angin perubahan ke kawasan pedalaman, khususnya rumah panjang Dayak dan Iban tidak mencapai keputusan yang diharapkan sungguhpun parti itu menang tiga kerusi berbanding satu sebelumnya.
Sesiapa yang arif dengan politik Sarawak akur dengan misi PKR dalam cuba menghebahkan mesej “ubah perintah” dengan segala kekangan logistik dan kewangan berbanding BN yang menjelajah ke seluruh pelosok Sarawak menggunakan helikopter dan feri-feri tempah khas.
Ini ditambah dengan penguasaan seluruh media arus perdana yang dilarang memberi liputan kepada ceramah pembangkang.
Laman-laman media alternatif pula digodam termasuk TVSelangor, Malaysiakini dan HarakahDaily di dalam Negara dan Sarawak Report di United Kingdom.
Meskipun kalah di sebilangan banyak kerusi, jumlah undi yang dipungut PKR di sesetengah kawasan memberi harapan kepada PKR untuk memberi cabaran yang lebih sengit dalam empat tahun lagi.
Kemenangan Pengerusi PKR Baru Bian di Be’kalalan tentunya membanggakan Pakatan Rakyat dan menjanjikan perjuangan lebih jitu untuk mendapatkan semula hak penduduk asal yang kehilangan tanah adat mereka kepada pemimpin BN dan kroni mereka.
Sesungguhnya PRN ke-10 ini pasti memberikan lonjakan baru kepada Pakatan Rakyat di DUN Sarawak untuk terus menggegar sidang DUN nanti yang kini mempunyai 15 wakil bagi membawa mesej dan harapan baru rakyat Sarawak.
Ahad, 17 April 2011
keputusan di dun samariang....
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942
1. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)......8,008
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR).........................2,577
Jumlah mengundi/Votes Cast...........................10,729
Peratus/Percentage....................................67.55%
Undi rosak/Spoilt votes.................................144
Majoriti/Majority.....................................5,431
Penyandang/Incumbent: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,365
Majoriti/Majority: 2,488
1. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)......8,008
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR).........................2,577
Jumlah mengundi/Votes Cast...........................10,729
Peratus/Percentage....................................67.55%
Undi rosak/Spoilt votes.................................144
Majoriti/Majority.....................................5,431
Penyandang/Incumbent: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,365
Majoriti/Majority: 2,488
Isnin, 11 April 2011
Calon Dun N07 Samariang - Sdr Zulrusdi Mohamad Hol
Calon PKR bagi Dun N07 Samariang adalah seorang anak muda yang mampu menananggung tanggongjawab dan amanah bagi pengundi di Dun Samariang dekat dengan Bandar Kuching ini. Seorang yang saya kenali sejak berjiran dengan beliau, merupakan seorang yang rendah diri, berprinsip dan berupaya memegang amanah sebagai pemimpin rakyat. Undilah beliau untuk perubahan di negeri Sarawak !!
Jumaat, 8 April 2011
ANWAR MEMBERI SERIBU MAKNA DI KG TIRAM JAYA, TG KARANG SEMALAM
Ketibaan dan kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Kg Tiram Jaya, Tanjong Karang semalam selepas berada di Sekinchan amat dihargai oleh hadirin terutama lebih 1500 penduduk sekitar Tg Karang. Apatah lagi dengan status "glamour" akibat mangsa klip video lucah di facebook dan internet yang semakin menggila sekarang memang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan untuk mendengar sendiri hujah beliau.
Ramai berpuas hati dengan kepetahan jawa YB Sekinchan dan ketokohan Anwar malam tadi. Cerita sensai dan fitnah di berikan perhatian oleh kuncu-kuncu BeeEnd walaupun sudah berapa banyak kes lain yg di majukan kepada pihak penguasa, tapi malangnya tiada yang diambil tindakan..Memang dasar penguasa zalim dan rasuah, isu ANWAR lebih penting, kerana ANWAR akan membawa perubahan besar dalam politik PRU13 nanti, sekarangpun dapat dilihat di pilihanraya negeri Sarawak, yang mungkin menyaksikan perubahan besar untuk menolak PERINTAH TAIB MAHMUD di Sarawak.
Selamat berjuang kepada semua calon Pakatan Rakyat di pilihanraya Sarawak dan jangan lupa untuk kita sama-sama membuat kejutan pada 16 April ini..
www.pkr-dunbatangkali.blogspot.com
Rabu, 6 April 2011
2 kawasan 6 penjuru, 2 kawasan lain 5 penjuru, yg lain 27 kawasan dua penjuru, 23 kaw 3 penjuru dan 17 kaw 4 penjuru...
KUCHING 6 April - Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini menyaksikan dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru dan dua kawasan pula pertandingan lima penjuru.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pertandingan enam penjuru berlaku di Belaga dan Balai Ringin, manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.
Dalam pada itu beliau berkata, Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di 71 kawasan akan ditentang calon DAP di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 26, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 49, Pas (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) 6 dan Bebas 41 kawasan.
Katanya, pertandingan dua penjuru berlaku di 27 kawasan, manakala 23 kawasan lagi berlaku pertandingan tiga penjuru, pertandingan empat penjuru di 17 kawasan, lima penjuru dan enam penjuru pula di dua kawasan.
Tambah beliau, bilangan calon bertanding mengikut jantina pula ialah 197 lelaki dan 16 orang perempuan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Urusan penamaan calon berjalan lancar di semua kawasan, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
Katanya, BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, Pas (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), SNAP (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.
PERSAINGAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK BERMULA HARI INI...
Perebutan bagi 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) bermula hari ini dengan calon mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini. Mereka yang berhasrat bertanding diberi masa satu jam bermula 9 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat penamaan calon yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR menetapkan setiap calon perlu membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 untuk bahan kempen.
Borang pencalonan itu kemudiannya akan dipaparkan kepada umum selama satu jam dari 10 pagi bagi sebarang bantahan.
Bagi mereka yang diterima menjadi calon, mempunyai masa 10 hari untuk berkempen bagi memancing sokongan untuk dipilih sebagai wakil rakyat, kurang sehari berbanding tempoh kempen pada pilihan raya negeri 2006.
Calon berkenaan yang mewakili pelbagai parti politik atau bertanding sebagai calon Bebas, akan berusaha memancing sokongan daripada sejumlah 979,796 pemilih berdaftar, termasuk 18,363 pengundi pos.SPR menetapkan setiap calon perlu membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 untuk bahan kempen.
Calon yang memutuskan untuk menarik diri selepas mengemukakan borang pencalonan layak dibayar balik wang deposit sekiranya penarikan itu dibuat dalam tempoh pencalonan iaitu dari 9 pagi hingga 10 pagi.
Pengundian ditetapkan pada 16 April di 1,749 pusat pengundian.
Bebanan hutang kpd golongan anak muda semakin tidak di pandang oleh penguasa sekarang?
HARGA rumah murah pun terkial-kial mahu dibayar oleh pembeli khasnya generasi muda, bagaimana pula skim terbaru yang diperkenalkan pemerintah baru-baru ini? Apakah pemerintah mahu terus menerus mewujudkan golongan pemiutang tegar dalam kalangan rakat negara ini selepas bergelut dengan pinjaman pendidikan yang mengenakan caj perkhidmatan? Belum pun dapat kerja lagi sudah di berikan notis memulakan pembayaran hutan pendidikan saperti PTPTN dan MARA.
Sabtu, 2 April 2011
Majlis Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal di Kuala Kubu Bharu
Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim bersama Exco Yb Dr Xavier, YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman dan Exco Kanan Selangor, YB Elizabeth Wong di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu pagi tadi sempena pelancaran Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal Peringkat Kebangsaan 2011
Jumaat, 1 April 2011
APA PERLU YANG KECUNDANG BANGUN DAN TUNTUT KEJAYAAN KITA, ADUHAI USAHAWAN !!
Untuk menuntut kejayaan, banyak yang perlu kita lakukan, memang susah dan sukar, tetapi jika hendakkan peningkatan, kenalah PENING....maka kita perlu dan terus berusaha, buatlah apa yang positif:
•Bekerja lebih kuat secara bijak.
•Bercakap sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Contoh: Anda seorang pakar pemasar internet, maka tidak boleh menjadi seorang yang lemah. Terus menerus bercakap mengenai bidang anda dan lakukan usaha-usaha berkaitan dengan bersungguh-sungguh.
•Tunjukkan bukti keberhasilan kerja anda. Jika anda pakar SEO, buktikan bahawa website anda sendiri mempunyai ‘ranking’ terbaik di enjin carian.
•Belajar dan terus belajar berkaitan bidang yang diceburi agar lebih berpengetahuan.
•Terus menerus membangunkan diri dengan belajar dan melatih diri.
•‘Walk the talk’. Apa sahaja yang diperkatakan perlulah disusuli dengan tindakan. Kata orang, “Cakap serupa bikin”.
•Percaya sepenuhnya. Tiada apa yang mustahil di dunia ini, terutama yang telah pernah diraih oleh manusia, selagi ia di dalam lingkungan kemampuan manusia. Jika boleh percaya ada hantu (walaupun tidak ada), mengapa tidak boleh percaya yang kita akan berjaya?
•Bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jika kita malas dan lemah, kita perlu salahkan diri sendiri. Perlu sentiasa menilai (muhasabah) diri agar kekurangan dapat diperbaiki.
•Bersama-sama dengan individu/kumpulan yang sama fikiran dengan kita.
•Fokus sepenuhnya terhadap usaha yang dilakukan.
•JELAS dengan matlamat dan tujuan berniaga. Anda berniaga sebab apa? Setiap kali rasa lemah, baca kembali matlamat murni anda itu dan kembalilah segera berusaha semula.
Kepada usahawan yang telah atau sedang kecundang, jatuh dan rebah dalam perniagaan, bangkitlah segera. Tuntut kembali kejayaan anda!
•Bekerja lebih kuat secara bijak.
•Bercakap sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Contoh: Anda seorang pakar pemasar internet, maka tidak boleh menjadi seorang yang lemah. Terus menerus bercakap mengenai bidang anda dan lakukan usaha-usaha berkaitan dengan bersungguh-sungguh.
•Tunjukkan bukti keberhasilan kerja anda. Jika anda pakar SEO, buktikan bahawa website anda sendiri mempunyai ‘ranking’ terbaik di enjin carian.
•Belajar dan terus belajar berkaitan bidang yang diceburi agar lebih berpengetahuan.
•Terus menerus membangunkan diri dengan belajar dan melatih diri.
•‘Walk the talk’. Apa sahaja yang diperkatakan perlulah disusuli dengan tindakan. Kata orang, “Cakap serupa bikin”.
•Percaya sepenuhnya. Tiada apa yang mustahil di dunia ini, terutama yang telah pernah diraih oleh manusia, selagi ia di dalam lingkungan kemampuan manusia. Jika boleh percaya ada hantu (walaupun tidak ada), mengapa tidak boleh percaya yang kita akan berjaya?
•Bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jika kita malas dan lemah, kita perlu salahkan diri sendiri. Perlu sentiasa menilai (muhasabah) diri agar kekurangan dapat diperbaiki.
•Bersama-sama dengan individu/kumpulan yang sama fikiran dengan kita.
•Fokus sepenuhnya terhadap usaha yang dilakukan.
•JELAS dengan matlamat dan tujuan berniaga. Anda berniaga sebab apa? Setiap kali rasa lemah, baca kembali matlamat murni anda itu dan kembalilah segera berusaha semula.
Kepada usahawan yang telah atau sedang kecundang, jatuh dan rebah dalam perniagaan, bangkitlah segera. Tuntut kembali kejayaan anda!
TAHNIAH KPD KERAJAAN SELANGOR MEMLULUSKAN ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Enakmen Kebebasan Maklumat (Selangor) 2010 diluluskan di sidang DUN Selangor pagi ini selepas bacaan kali ketiga. Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong yang membentangkan Enakmen ini berkata ia merupakan detik bersejarah untuk Selangor dan juga Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)