Sabtu, 28 Mei 2011

Sesi Penerangan - Jom Masuk UNISEL di DUN Batang Kali (Sabtu -28 Mei 2011 3 ptg)

Satu sesi penerangan "Jom Masuk Unisel" telah diadakan di Dun Batang Kali, dimana lebih 50 orang termasuk pelajar lepasan SPM telah hadir untuk mendengar taklimat dari pegawai dan ketua jabatan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL).
Penyelaras Dun Batang Kali memerangkap Pengerusi, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali-Bukit Sentosa, Tuan Mohd Nashruddin Abd Aziz telah selamat menyempurnakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Hamdan Datuk Mohd Salleh dan Cik Eda Suhan Sharudin yang mewakili Prof Dr Mujaini Tarimin, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, UNISEL . Diantara kata-kata perangsang oleh Tuan Nashruddin adalah berkenaan pentingnya kauliti dan bukannya kuantiti yang perlu dihayati apabila berbicara tentang situasi graduan-graduan sekarang di institusi pengajian tinggi..
Saudara Shaiful Anuar Sulaiman, Pegawai Khas Dun Batang Kali ketika mengulas tentang majlis yang diadakan memberitahu bahawa tujuan utama dianjurkan majlis seperti itu adalah untuk membantu lepasan SPM ditahun lepas untuk berpeluang sendiri mendengar syarat-syarat kemasukan dan kelebihan yang ditawarkan oleh pihak ipt tersebut.



Ahad, 22 Mei 2011

ALFATIHAH - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (21 MEI 2011 AHAD)

Kepiluan Menyelubungi Masjid Hishamuddin Shah Bt 14, Hulu Langat

MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam. Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditumbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.
Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.
Ketika saya bersama bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamd juga bersama isteri dan seorang kawan, sekitar jam 12:40 tengah hari, lima jenazah diletakkan berbaris dalam masjid menghadap ke arah mimbar masjid. Ketika itu hanya dua lagi jenazah belum sampai dan dalam perjalanan ke masjid.
Orang ramai yang sudah memenuhi untuk menyembahyangkan jenazah yang akan disempurnakan selepas Zohor. Ia juga dipenuhi dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah Al-Tawqa yang sidap berpakian jubah putih.
Menjelang 15 minit masuk waktu solat, dua lagi jenazah tiba. Kesemua jenazah yang sudah siap dikapan dibuka untuk tatapan buat kali terakhir sanak keluarga, ibubapa dan waris waras. Ketika kain kafan ini dibuka suasana sedih tidak dapat ditahan, menyapu setiap wajah yang berada dalam masjid.
Bagaimana pun keadaan duka ini masih dapat dapat dikawal. Orang ramai hanya muram durjana dan menyembunyikan rasa sedih masing-masing. Ada juga yang tidak dapat menahan kedukaan menangis dan mendiamkan diri jauh ke belakang, tersendu dan tidak terkata apa.
Melihat satu demi satu anggota keluarga terdekat mencium dan menatap wajah mayat untuk terrakhir anak kesayangan mereka, saat inilah air mata yang sudah bersekah di birai tidak dapat ditahan lagi. Jauh dilubuk hati perisitiwa trajis itu dikembalikan ke dalam diri. Tidak terbayang pula kalau ujian sama dianugerahkan Tuhan kepada kita.
Sebelum masuk Zohor Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali memberi taklimat dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarha yang anak mereka maut dalam kejadian itu. Jelas beliau, kerajaan sangat berduka cita dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan.
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.
Selepas selesai solat Zohor jenazah disembahyang oleh ribuan orang. Keadaan sungguh menyenyat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku. Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.
"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh. Apandi dan beberapa orang yang berada berhampiran dengannya memapah dan cuba menenangkan perasaanya.
Kesayuan semakin mengetik rasa saat satu demi satu jenzah diangkat ke kereta jenazah yang sudah berbaris menanti untuk membawa jenazah ke kubur. Orang ramai termasuk juga rakan-rakan mangsa berebut-rebut untuk memberi penghormatan terakhir. Orang ramai juga bersambutan mengusung jenazah hingga masuk ke dalam van jenazah.
Di luar masjid orang ramai memerhati dengan penuh kesedihan dan kesayuan melihat pergerakan kereta jenazah bagaikana satu konvoi besar. Saaat kereta jenezah melepasi pagar masjid saya lihat hampir semua kaum wanita menyapu-nyapu air mata masing-masing.
Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah. [wm.kl.4:18 pm 22/05/11]

Hasan Ali sedang memerhari salah seorang mayat mangsa yang dibuka untuk tatapan terakhir keluarga terdekat.

Terkini !! 10 mayat telah ditemui sehingga 11 mlm tadi...

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.

Setakat 11 malam ini, 10 mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

Khamis, 12 Mei 2011

TAHNIAH KPD PESERTA PTRS DUN BATANG KALI ..

Setiap kali ada kelas tuisyen rakyat selangor (PTRS), ada golongan pelajar yang memang memerlukan kelas sebegini, alasan keluarga tidak mampu membiayai keals tuisyen betul-betul menyentuh hati.. Bukan semua pelajar berupaya meneruskan pendidikan, ada sesetengahnya terpaksa membatalkan niat mereka apabila ramai lafi adikberadik dibawah mereka ingin dan dahagakan pelajaran... 
Justru, saya ingin memastikan ada pembelaan pelajar2 yang tidak berkemampuan di kawasan Bukit Sentosa, bukit Beruntung yang rata-ratanya berpendapatan dibawah RM1500 sebulan..

Diharap ada sesiapa yang berupaya membantu dan memberikan sumbangan..

Jumaat, 6 Mei 2011

Jumaat, 29 April 2011

SUMPAH LAKNAT MESTILAH MENGIKUT PRINSIP SYARAK



Petaling Jaya, Selangor, 28 April 2011, KEADILAN ingin menjelaskan bahawa isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak tentang keperluan Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah laknat (mubahalah) hendaklah diselesaikan mengikut prinsip dan kaedah syarak.

Cara yang telah disarankan tersebut adalah tidak menepati dengan kaedah syarak yang sebenarnya. Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil). Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.

Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah. Akibatnya sistem kehidupan negara akan menjadi porak puranda.

Namun begitu, inilah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik. Demikianlah gambaran al-Qur’an:

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).

Sifat orang-orang munafiq ini memang pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata. Namun begitu, mereka sentiasa dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong. Ini jelas dinyatakan Allah di dalam ayatnya yang bermaksud:

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk hampas dan kosong). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? (4) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”(Al-Munafiqun:3-5).

Isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu. Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini.

Dr Muhammad Nur Manuty

Selasa, 19 April 2011

DIARY-2 DARI RAWANG KE DUN SAMARIANG









PERJALANAN DIARI DI DUN SAMARIANG...




PRN Sarawak : PR Semakin Diterima Di Sarawak


ANALISIS PRN SARAWAK :  Pakatan  Rakyat  memenangi  dua kali ganda jumlah kerusi pada pilihanraya negeri kali ini walaupun berhadapan dengan Barisan Nasional menggunakan seluruh jentera kerajaan Malaysia dan sumber kewangan yang besar sekaligus menyampaikan mesej bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud perlu berundur segera.
DAP mencapai kejayaan paling besar, memenangi 12 kerusi berbanding 6 sebelumnya, manakala Parti Keadilan Rakyat menang tiga kerusi berbanding hanya satu pada tahun 2006 meskipun berhadapan dengan serangan bertali arus saban hari dengan pelbagai tohmahan membuktikan rakyat Sarawak kian berani dan matang untuk membuat anjakan politik.
Malahan Pakatan Rakyat turut meningkatkan jumlah undi popular dengan memperolehi 41.6 peratus atau 262,000 undi membuktikan rakyat Sarawak juga semakin menerima pendekatan dan perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat untuk membela rakyat.
BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).
Jika dijumlahkan rakyat Sarawak yang mengundi BN dan bukan BN maka hasilnya 372,379 (BN) dan 300,288 (bukan BN) jelas menunjukkan BN kini semakin tersepit di negeri yang dulunya sebagai kubu kuat BN.
Walaupun kejayaan itu jauh daripada mencukupi untuk menafikan BN majoriti  dua pertiga, ia sudah cukup untuk menghantar mesej jelas kepada Putrajaya dan Perdana Menteri Najib Razak iaitu Sarawak tidak lagi boleh dianggap simpanan tetap BN pada pilihanraya umum DAN Taib harus berundur segera sebelum BN bertarung di peringkat Parlimen pada pilihanraya umum kelak.
Keputusan DUN Sarawak menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kerusi Parlimen sekitar Kuching, Sibu dan Miri adalah “kawasan hitam” bagi  BN yang pasti memberi kesan kepada jangka hayat Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Keputusan  yang menyaksikan BN menang sekurang-kurangnya 55 kerusi dan Pakatan 15 dan Bebas 1 Kerusi  memberi isyarat paling jelas kepada Najib Razak bahawa beliau belum boleh selesa mengharapkan kemenangan mutlak pada pilihanraya umum akan ke 13 akan datang yang diramal untuk diadakan lebih awal dan mengejut.
Di atas kertas, kemenangan lebih dua pertiga BN itu adalah meyakinkan, tetapi tidak ada sesiapa akan menafikan  bahawa BN terpaksa membelanjakan jumlah wang yang besar dan menurunkan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan untuk memperolehi keputusan itu.
Hakikat adalah prestasi BN merudum kali ini berbanding dengan kemenangan 63 daripada 71 kerusi pada tahun 2006, bermakna trend sokongan rakyat untuk BN terus menyusut.
Sekali imbas, BN kali ini  berhadapan dengan sebuah Pembangkang yang masih tidak mempunyai sumber kewangan atau kemudahan untuk menyaingi pemerintah.
Namun rekod Taib selama 30 tahun menerajui Sarawak yang dibelit dengan dakwaan rasuah, rampasan tanah dan penyelewengan kuasa mendorong pengundi bandar, khususnya kaum Cina untuk menolak BN.
BN kalah semua lima kerusi yang dipertandingkan di Kuching kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
SUPP parti kedua terbesar dalam BN Sarawak  ditolak sepenuhnya di ibu negeri Sarawak itu.
Presiden parti itu Dr George Chan pula kalah kepada calon DAP di Piasau Miri, keputusan yang mencerminkan sentimen pengundi terhadap BN pimpinan Taib yang merupakan besan Chan.
Kerusi Batu Kawah pula dimenangi DAP dengan sokongan pengundi bumiputera, yang menunjukkan DAP tidak bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina untuk menang.
Bagi PKR,  usaha membawa angin perubahan ke kawasan pedalaman, khususnya rumah panjang Dayak dan Iban tidak mencapai keputusan yang diharapkan sungguhpun parti itu menang tiga kerusi berbanding  satu sebelumnya.
Sesiapa yang arif dengan politik Sarawak akur dengan misi PKR dalam cuba menghebahkan mesej “ubah perintah” dengan segala kekangan logistik dan kewangan  berbanding BN yang menjelajah ke seluruh pelosok Sarawak menggunakan helikopter dan feri-feri  tempah khas.
Ini ditambah dengan penguasaan seluruh media arus perdana yang dilarang memberi liputan kepada ceramah pembangkang.
Laman-laman media alternatif  pula digodam termasuk TVSelangor, Malaysiakini dan HarakahDaily di dalam Negara dan Sarawak Report di United Kingdom.
Meskipun kalah di sebilangan banyak kerusi,  jumlah undi yang dipungut PKR di sesetengah kawasan memberi harapan kepada PKR untuk memberi  cabaran yang lebih sengit dalam empat tahun lagi.
Kemenangan Pengerusi PKR Baru Bian di Be’kalalan  tentunya membanggakan Pakatan Rakyat  dan menjanjikan perjuangan lebih jitu untuk mendapatkan semula hak penduduk asal yang  kehilangan tanah adat mereka kepada pemimpin BN dan kroni mereka.
Sesungguhnya PRN ke-10 ini pasti memberikan lonjakan baru kepada Pakatan Rakyat di DUN Sarawak untuk terus menggegar sidang DUN nanti yang kini mempunyai 15 wakil bagi membawa mesej dan harapan baru rakyat Sarawak.

Ahad, 17 April 2011

PENERANGAN SKIMSEL DI BUKIT SENTOSA, DUN BATANG KALI (16 APR 2011 3 PTG)

keputusan di dun samariang....

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942
  
    1. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)......8,008
    2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR).........................2,577
  
    Jumlah mengundi/Votes Cast...........................10,729
    Peratus/Percentage....................................67.55%
    Undi rosak/Spoilt votes.................................144
    Majoriti/Majority.....................................5,431
  
    Penyandang/Incumbent: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
    Undi diperolehi/Votes polled: 5,365
    Majoriti/Majority: 2,488

Isnin, 11 April 2011

Calon Dun N07 Samariang - Sdr Zulrusdi Mohamad Hol

 Calon PKR bagi Dun N07 Samariang adalah seorang anak muda yang mampu menananggung tanggongjawab dan amanah bagi pengundi di Dun Samariang dekat dengan Bandar Kuching ini. Seorang yang saya kenali sejak berjiran dengan beliau, merupakan seorang yang rendah diri, berprinsip dan berupaya memegang amanah sebagai pemimpin rakyat. Undilah beliau untuk perubahan di negeri Sarawak !!

Jumaat, 8 April 2011

ANWAR MEMBERI SERIBU MAKNA DI KG TIRAM JAYA, TG KARANG SEMALAM


Ketibaan dan kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Kg Tiram Jaya, Tanjong Karang semalam selepas berada di Sekinchan amat dihargai oleh hadirin terutama lebih 1500 penduduk sekitar Tg Karang. Apatah lagi dengan status "glamour" akibat mangsa klip video lucah di facebook dan internet yang semakin menggila sekarang memang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan untuk mendengar sendiri hujah beliau.
Ramai berpuas hati dengan kepetahan jawa YB Sekinchan dan ketokohan Anwar malam tadi. Cerita sensai dan fitnah di berikan perhatian oleh kuncu-kuncu BeeEnd walaupun sudah berapa banyak kes lain yg di majukan kepada pihak penguasa, tapi malangnya tiada yang diambil tindakan..Memang dasar penguasa zalim dan rasuah, isu ANWAR lebih penting, kerana ANWAR akan membawa perubahan besar dalam politik PRU13 nanti, sekarangpun dapat dilihat di pilihanraya negeri Sarawak, yang mungkin menyaksikan perubahan besar untuk menolak PERINTAH TAIB MAHMUD di Sarawak.
Selamat berjuang kepada semua calon Pakatan Rakyat di pilihanraya Sarawak dan jangan lupa untuk kita sama-sama membuat kejutan pada 16 April ini..

www.pkr-dunbatangkali.blogspot.com



Rabu, 6 April 2011

2 kawasan 6 penjuru, 2 kawasan lain 5 penjuru, yg lain 27 kawasan dua penjuru, 23 kaw 3 penjuru dan 17 kaw 4 penjuru...

KUCHING 6 April - Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini menyaksikan dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru dan dua kawasan pula pertandingan lima penjuru.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pertandingan enam penjuru berlaku di Belaga dan Balai Ringin, manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.
Dalam pada itu beliau berkata, Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di 71 kawasan akan ditentang calon DAP di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 26, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 49, Pas (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) 6 dan Bebas 41 kawasan.
Katanya, pertandingan dua penjuru berlaku di 27 kawasan, manakala 23 kawasan lagi berlaku pertandingan tiga penjuru, pertandingan empat penjuru di 17 kawasan, lima penjuru dan enam penjuru pula di dua kawasan.
Tambah beliau, bilangan calon bertanding mengikut jantina pula ialah 197 lelaki dan 16 orang perempuan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Urusan penamaan calon berjalan lancar di semua kawasan, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
Katanya, BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, Pas (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), SNAP (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

PERSAINGAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK BERMULA HARI INI...

Perebutan bagi 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) bermula hari ini dengan calon mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini. Mereka yang berhasrat bertanding diberi masa satu jam bermula 9 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat penamaan calon yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Borang pencalonan itu kemudiannya akan dipaparkan kepada umum selama satu jam dari 10 pagi bagi sebarang bantahan.
Bagi mereka yang diterima menjadi calon, mempunyai masa 10 hari untuk berkempen bagi memancing sokongan untuk dipilih sebagai wakil rakyat, kurang sehari berbanding tempoh kempen pada pilihan raya negeri 2006.
Calon berkenaan yang mewakili pelbagai parti politik atau bertanding  sebagai calon Bebas, akan berusaha memancing sokongan daripada sejumlah 979,796 pemilih berdaftar, termasuk 18,363 pengundi pos.
SPR menetapkan setiap calon perlu membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 untuk bahan kempen.
Calon yang memutuskan untuk menarik diri selepas mengemukakan borang pencalonan layak dibayar balik wang deposit sekiranya penarikan itu dibuat dalam tempoh pencalonan iaitu dari 9 pagi hingga 10 pagi.
Pengundian ditetapkan pada 16 April di 1,749 pusat pengundian.

Bebanan hutang kpd golongan anak muda semakin tidak di pandang oleh penguasa sekarang?

HARGA rumah murah pun terkial-kial mahu dibayar oleh pembeli khasnya generasi muda, bagaimana pula skim terbaru yang diperkenalkan pemerintah baru-baru ini? Apakah pemerintah mahu terus menerus mewujudkan golongan pemiutang tegar dalam kalangan rakat negara ini selepas bergelut dengan pinjaman pendidikan yang mengenakan caj perkhidmatan? Belum pun dapat kerja lagi sudah di berikan notis memulakan pembayaran hutan pendidikan saperti PTPTN dan MARA.